Thursday 30 June 2011

semester 3

currently written by faie mohamad at Thursday, June 30, 2011 1 criticisms

Assalamualaikum =)



Alhamdulillah selepas hampir tujuh minggu, akhirnya semester 3 atau short sem nih telah sampai ke penghujungnya. Rasanya baru je aku balik kampung masa cuti sem 2 ari tuh dan habiskan saki baki cuti ngn mak dan dua org anak sedara kt umah aku tuh. Masa berlalu sangat pantas dan dalam tempoh short sem ni terlalu banyak suka duka yang aku lalui dan kadangkala membuatkan aku hampir rebah dan longlai, namun atas sokongan kawan2, aku kembali bangkit mencari siapa diri aku yang sebenar. Terima kasih korang atas nasihat dan sokongan yang korang berikan untuk hamba Allah ni. Withour your efforts, I’m nothing..(‘’,)



Dan dalam tempoh tujuh minggu ni, aku seolah2 bangkit dari lenaku yang panjang. Aku menyedari banyak perkara yang sebelum ni aku kabur (bukan buta ye) untuk menilai sesuatu. Betul la bila datang ujian kepada kita barulah kita sedar siapa diri kita sebenarnya. Dan dalam jangkamasa singkat ini juga aku memperolehi titik2 semangat baru, semangat yang sebelum ini aku tercari2 dalam meniti liku2 hidup aku sendiri. Kalau sebelum ini aku rasa tidak mampu, nah sekarang aku dah berjaya buktikan aku boleh! Aku mampu mengatasi segala halangan yang sendiri tidak yakin aku dapat tempuhi semua tu. Tapi nilah yang dikatakan kuasa Allah.. Alhamdulillah..



Berbalik pulak kepada short sem nih, sebelum ni memang aku plan tak nak ambik. Bukan apa, aku dapat add satu subjek je, subjek testing & assessment of edu masa prereg ari tu. Masa tu aku fikir, bukan setakat duit je yang banyak melayang, tapi masa yang aku nak luangkan bersama mak aku kat kampung ni pun takde. But after thinking cook cook (hahaha), akhirnya aku decide, Insyaallah, ini adalah sebuah keputusan yang tepat lagi betul. Lagipun duk lama2 kat kampung ni bosan gak. Dahla cuti sampai bulan 9. Lagipun manela tahu kot masa short sem ni dapat keje ke mcm short sem taun lepas tu, boleh tampung perbelanjaan diri sedikit sebanyak. Then, syukur.. Betullah bila kita sentiasa kuat pergantungan dgn Allah, Dia pasti akan permudahkan segala urusan kita. Tempoh short sem ni aku dapat keje (spt yang diceritakan dlm entry lepas) dan pengalaman yang aku dapat dari situ adalah something yang sangat tidak ternilai. Siapa sangka aku berjaya merentasi semua tu secara on the spot tanpa dirancang.


Waktu ni jugak aku belajar bagaimana untuk menyayangi, menghargai, mengasihi mereka2 disekeliling aku. Rupanya terlalu banyak hikmah Allah yang aku dapat daripada peristiwa2 sebelumnya yang mana membuatkan aku semakin tabah dan cekal. Setiap perkara yang berlaku pada aku sekarang ini sungguh bermakna dan tidak ternilai sekali untuk diungkapkan dgn kata2. Biarlah semua ini menjadi rahsia Allah, antara aku dan Dia yang Maha Penyayang. Sesunguhnya Hamba ini naïf untuk mengerti dan menginterpretasi semua ujian2 yang Kau berikan.


p/s: my mum pergi kulim ari ni. Time aku balik dia pulak pegi sana.. nasib baek ade budak jepun kat umah tu^^

Sunday 26 June 2011

my foreign students yang so funny@klaka =)

currently written by faie mohamad at Sunday, June 26, 2011 0 criticisms

Assalamualaikum (:





Alkisahnya begini…

Masa short sem ari tu, aku dah berkira2, kalau boleh nak sangat ada part time job. Bukan apa, at least  kalu ada keje ni boleh tampung perbelanjaan harian kat sini. Takkan nk harapkan sponsor dari family je kot.  Kos sara hidup kat sini dah la tinggi. Ptptn pulak bukannya ofer time short sem ni. First week ari tu aku pergi kat SDEV tanya ada part time job kat ofis mahalah ke tak. Diorang cakap setakat ni takde. Hampa la jugak tapi aku pujuk hati aku, kalau ada rezeki tu pasti tak kemana punya. Aku tak putus asa, hari berikutnya aku pergi kiosk mahalah, kot2 ada keje kosong ke. Pun jawapannya mengecewakan. Dah kat situ tulis keje kosong, bila tanya cakap dah ada orang isi. Rupanya dia tampal notis tu sem lepas lagi. Macam mana la aku boleh tak perasan ada notis lapuk kat situ. Nak tergelak pun ada. Tak pe lah bukan rezeki aku. Banyak lagi keje lain kot...



Pas tu minggu kedua kat sini aku try gak usya2 cari. Last2 ditakdirkan rezeki aku, masa otw nak balik mahalah lepas abis kelas, aku jumpa ngn Asma. Dia tanya nak keje tak. Ada part time tutor utk ajar BM kt foreign student nih. Aku tanpa pikir panjang bercampur excited terus setuju. Masa tu aku tak pikir benda lain, janji bila dah ada peluang depan mata ni, kesempatan jangan dipersia. Lepas kena interview dgn Abdullah, bos aku dari China, aku diterima bekerja and kene hadirkan diri Isnin depan. OMG, I’m so speechless. Tak sangka doa aku btol2 termakbul. Dapat keje plus  ajar student forener.  Tapi nilah yang dikatakan rezeki. Dan aku pulak kena ajar diorang dua kali seminggu, Isnin dan Rabu malam selama 28 jam. Dan dari situ, bermula lah hidup aku sbg seorang guru…



Nak dijadikan cerita, Isnin malam tu aku pegi la kat Aikol tempat aku mengajar tu. Tak tahulah kenapa tiba2 rase nervous smacam. Mungkin sebab dah lama tak mengajar kot. Dulu ajar tuisyen budak2, sekarang org dewasa, maunya tak tercabut jantung nih. Lucunya bila diorang mula2 tengok aku, diorang cam terkedu. Maybe diorang pikir cikgu diorang ni orang dewasa, dah ade master or PhD. Tengok2 budak yang tak lepas degree lagi. Hehe.  Dah la diorang tu most of them ialah student master and phD. Yang sebaya ngn aku dalam 2 or 3 orang je. Nasib baik diorang tak ramai, tak sampai 15 orang. Perempuan adala dalam 4 orang, selebihya lelaki. Mak oii..  Tapi aku cuba kuatkan semangat, lepas perkenalkan diri, aku bgtaw kat diorang anggap je la aku ni kawan or sister or anak perempuan diorang. Kalau ada pape nak tanya, tanya je. Then dari situ diorang dah boleh terima aku. Memang kelas kitaorang sgt2 happening. Ada je lawak yang keluar dari mulut aku ngn diorang. Aku ni dahla kalu bab2 speaking agak fail, tapi lantakla, yang penting diorang faham. Diorang pun English bukannya betul sgt pun.. huhu



Bestnye ajar diorang ni bila diorang sangat2 peramah, berkeyakinan tinggi, mudah sgt faham dan tak malu bertanya. Bayangkan cikgu diorang ni ajar kira nombor satu smpai seratus, tak sampai 5 minit diorang dah boleh master nombor tuh. What a miracle! Memang diorang betol2 hebat. Aku ajar wat karangan sampai M je, diorang boleh siapkan smpai Z. begitulah analoginya. Pastu diorang cakap la yang bahasa ni memang senang gile kot. Belajar sikit je terus faham. Nak interact ngn orang lain memang  tak amek masa panjang. Masa tu memang aku terharu ngn semangat diorang. Rasa macam penat lelah aku berbaloi sgt2. Semua stress and tension aku hilang camtu je bila deal ngn diorang nih.



Benda yang paling tak leh lupakan ialah bila malam tu aku ada suruh diorang wat karangan Bm. Diorang ada 3 grup dan setiap grup aku bagi satu karangan.



Grup 1: keluarga saya

Grup 2: cita2 saya

Grup 3: makanan kegemaran saya


Time diorang present tu memang tak timbul langsung rasa kekok. Confident betul diorang present. Tapi yang lucunya bila ‘jagung’ jadi ‘jugang’, ‘kami’ jadi ‘kima’, ‘teh tarik’ jadi ‘tetarek’   dan yang paling lawak yang sepatutnya ‘abang yang kuat dan kakak yang kurus’ jadi ‘kuat abang dan kurus yang kakak’. Aku tergelak kat situ jugak. Tak tahan sgt. Diorang bila tgk aku gelak diorang pun gelak jugak walaupun tak faham nape aku gelak. Sampai si Abdullah yang jadi evaluator aku time tu pun tergelak sama. Padahal mamat tu pun dua kali lima gak ngn diorang. Hehe. Pastu aku betolkan ayat diorang. Yang lawaknya diorang siap argue ngn aku konon ejaan diorang betol and aku ni salah. Adui sakit kepala dgn gelagat diorang ni. But all that I can conclude here is, they are so so so out of the ordinary. And I’m so proud of them. Thanks guys for making me laugh again =)


Another sentence that one of them, Usman presented in front of us is; saya suka bercakap Bahasa Melayu tetapi ramai ketawakan  saya bila saya bercakap bahasa Melayu. Bayangkan dgn ekpresi muka frust yang bercampur dgn slank afrika dia tuh cukup wat suasana kelas kitaorang hinggar binggar.



Lepas kena evaluate ngn si Abdullah tuh, dia ofer aku satu lagi job lain. Ajar individual class pulak. Dan aku terus terima dgn hati yang terbuka. Dah rezeki depan mata, takkan la nak tolak. So aku kena ajar student tuh, Nayef namanya selama 3 kali seminggu. Hari Ahad, Selasa dan Khamis. So maknanya hari2 la aku kena berjalan kali ke Aikol tu tuk ajar diorang. Tapi bagiku, it doesn’t matter coz I love this job! Dan aku sudah jatuh cinta pada bidang nih <3



Here these are some candid pictures that I captured.  To my beloved students, Kinan, Jarout, Buthainah, Aisyah, Usman, Sai’d, Khaled, Ahmad, Khaliq,  Rozanna, Kareem and others (dah lupa nama diorang), this is one of the most valuable thing that I ever had with you guys. I love to spend all my precious time with you. Our laughing, giggling and smiling, all those things really make me enjoy and blissful ((:

sedang berdiskusi utk presentation

Ni Usman ngan Said. diaorang ni sangat2 klakar. suka sengat kenakan aku. mentang2 la aku tak paham bahasa diaorang. ces




kinan &ahmad tgah present

Aku perasan yang muka Kinan ni macam Maher Zain. tapi dia jarang datang kelas sebab busy. something yang aku suka kat dia, dia sangat hormatkan aku even aku ni lagi muda dari dia. cara dia cakap pun lembut je.. heee


khalid ngn aisyah


ayat diorang sgt2 klaka..heee


kinan & jarout tgah xplain.
Si Jarout ni muka dia sebijik cam muka lecturer aku, Sir Siraje. Serius semacam je. Tapi Sir Siraje lagi handsome kot. Dahla friendly. hihi. Si Kinan jugak mengingatkan aku pada sorang classmate aku time CELPAD dulu.

khusyuk


exam midterm

time ni paling kecoh. Diaorang neves sebab takut aku bagi soklan susah. chill beb, aku ni tak la sekejam tu. Soklan senang je aku bagi. Kalu tak takkan ada yang skor almost 100 percent kot...


yg final exm punyerr..



P/s: I’m going to miss all of you after this L


Friday 24 June 2011

Jangan Cemari Kesucian Taman Ilmu & Budi!

currently written by faie mohamad at Friday, June 24, 2011 0 criticisms



Assalamualaikum…



(post ni sepatutnya aku wat 4 ari yang lepas tapi sebab masa tidak mengizinkan untuk aku tulis tentang luahan hati aku yang tengah panas ni T__T)





Beberapa hari lepas masa aku tengah online kat dalam kelas, seperti biasa aku bukak news feed untuk cari info2 terkini tang perkembangan kawan2 aku kat fb. Tiba2 dalam duk baca komen2 status diorang, mataku tertancap pada sesuatu. Post yang dikeluarkan oleh BULETIN UIAM.. Mula2 baca tajuk tu pun dah cukup membuatkan aku beristighfar dan seram sejuk…





‘’UIAM bakal menjadi sebuah sarang dot dot dot’’(tak sanggup nak tulis) T_T





Nota ni ditulis oleh seorang hamba Allah yang belajar di UIA, student postgraduate yang mengambil jurusan keagamaan dan sebelum ni mendapat ijazah di sebuah universiti tempatan, juga dalam bidang yang sama. Yang membuatkan celcius dalam badan aku naik mendadak ialah bila penulis tu mengeluarkan statement dan pendapat beliau yang agak berat sebelah tentang gejala sosial yang hangat diperkatakan di UIA waktu ni. Dan yang pastinya, statement tu telah mendapat reaksi dan feedback dari pelbagai pihak, komen2 negatif tentunya. Mana taknya, post yang dikeluarkan oleh pelajar tu jelas menunjukkan sikap unfair beliau kepada warga UIA dan mengeluarkan stigma bahawa semua student UIA adalah seperti perkara yang disebutkan, tanpa ada pengecualian!



Aku tak nafikan bahawa masalah2 sosial yang berlaku kat sini adalah betul dan tidak sama sekali bercanggah dengan isu2 yang sering diwarwarkan oleh pihak2 ilmuwan agama kat sini. Tapi statement yang dikeluarkan oleh beliau itu jelas menunjukkan ketidakcerdikan beliau dalam memberi pendapat dan sikap beliau itu adalah seolah2 menghentam dan ingin menunjukkan kepada seantero dunia bahawa UIA adalah universiti yang sekian sekian bla bla bla!



UIAM telah ditubuhkan berlandaskan satu falsafah dan misi serta visi yang murni demi kepelbagaian sejagat. Dan penubuhan universiti ini telah diikitiraf oleh pelbagai pihak dan jelas membuktikan bahawa universiti ini mampu mencapai visi dan misi yang diharapkan. Aku sangat kesal dengan penulis tersebut yang sanggup memalukan UIA dengan sedemikian rupa. Bagaimana kalau orang lain yang membaca dan menilai kenyataan tuh? Dah tentu ia bakal mengundang musibah yang lebih besar terhadap kesucian UIA itu sendiri. Aku bukan nak menutup mata tentang masalah2 sosial yang berlaku sekarang lebih2 lagi yang berlaku kat sini tapi apa salahnya sebelum mengeluarkan kenyataan itu, selidikilah fakta dengan cara yang lebih mendalam. Cari penyelesaian yang lebih bijak dan matang, bukan hanya tahu menghentam. Walhal penulis tu baru setahun jagung kat sini tetapi sudah menilai universiti dengan macam2 kutukan negatif. Dia tak tahu ke yg kat universiti ini sudah banyak melahirkan ilmuwan2 yang cerdik pandai tentang Islam dan kat sini juga terdapat banyak jenis persatuan dan kelab2 yang dibina atas nama Islam demi memartabatkan kesucian agama itu sendiri? Kenapa penulis tidak melihat akan semua itu malah cuba menunjukkan kepada semua bahawa UIA adalah seperti yang diperkatakan tanpa mengambil kira perkara2 baik yang berlaku disini? Sigh~



Jangan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Dalam setandan pisang pasti ada yang dimakan haiwan walaupun sebiji. Jangan anggap semua perkara itu adalah sempurna kerana last2 pasti akan menimbulkan kekecewaan lak kat  diri sendiri. Mana ada benda perfect dalam dunia ni melainkan ALLAH. Sama juga macam tanggapan kat UIA nih. Meskipun dibina atas dasar islamization, tetapi tidak semestinya semua student yang mendaftar masuk ke sini adalah mereka yang berlatarbelakangkan agama dan lepasan maahad. Ada antara mereka yang datang dari sekolah biasa dan course yang diambil pula tidak semestinya menjurus kepada keagamaan semata2. Aku rasa penulis tu mesti lebih arif tentang hal ni kerana beliau merupakan student master dan lebih alim tentang ilmu2 agama berbanding orang lain, termasuklah aku sendiri.

Lagipun aku tengok situasi kat UIA ni takdela seteruk seperti yang diperkatakan oleh penulis tu. Bahkan kat sini aku dapat melihat satu suasana dimana ajaran Islam masih dipraktikkan oleh kebanyakan penghuni disini. Setiap kali aku balik dari AIKOL pukul 10 malam aku akan tengok berbondong2 orang keluar dari masjid. Usai mengadakan tazkirah dan usrah barangkali. Sister2 juga kulihat ramai yang masih layak digelar wanita solehah dan sering menundukkan pandangan walaupun ada segelintir yang masih ada sister yang endah tak endah. Tapi jumlah itu agak terpencil jika dibandingkan dengan jumlah mereka yang still menghayati nilai agama yang sebenar. Saban hari terutama waktu maghrib dan subuh hatiku pasti terusik mendengar azan dari masjid UIAM yg berkumandang indah dan agak sayu kedengaran dan tika itu hatiku terdetik, alangkah bertuahnya aku menjadi sebahagian dari penghuni UIA ni. Tapi bila penulis itu mengatakan bahawa sini bagaikan 'neraka', aku tak tahulah nak cakap apa. Memang la nak kata kat sini perfect tak boleh sebab setiap benda tu ada kekurangannya, tapi tindakan beliau mengecop universiti ini sbg neraka, memang sangat2 melampau.


Jujurnya, aku kadang2 meluat plus bosan dengan perangai orang macam penulis tu. Hanya tahu mencaci dan menghentam tetapi tidak tahu mencari solusi.  Hanya merasakan diri mereka je yang betul, orang lain semua salah. Dan hanya fikir orang mcam dia je yang layak masuk syurga, dan orang lain layak masuk neraka ( maaf agak kasar), tetapi itulah hakikatnya. Dan aku sudah banyak kali berjumpa dengan insan2 yang kononnya alim dan warak tetapi bila bertembung dengan orang2 biasa ni, usahkan nak tegur, pandang pun tak mahu. Kenapa perlu menunjukkan sikap macam tu? Islam ajar ke?



Islam adalah agama yang syumul, meliputi semua perkara termasuk urusan duniawi. Islam juga adalah agama yang mudah dipraktikkan, bukan untuk menyusahkan umatnya dan segala macam urusan dan arahan serta larangan yang sedia termaktub dalam kitab suci dan hadis2 nabi sememangnya bersesuaian dengan jiwa dan fitrah kejadian manusia itu sendiri. Islam juga tidak mengajar umat2nya double standard dan  menuding jari sesama sendiri, ‘aku yang salah, ko pun salah’… jadi kenapa perlu memburuk2kan saudara sesama muslim dan mencaci mereka tanpa mencari sebuah solution yang tepat akan hal ini?



Sepatutnya orang seperti penulis itulah yang menjernihkan keadaan, bukan semakin mengeruhkan perkara yang timbul. Orang seperti penulis itulah yang dipertanggungjawabkan untuk mentarbiahkan kembali jiwa2 muda anak2 remaja di sini supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Cuba cari satu penyelesaian yang tepat untuk mengatasi kekalutan nih. Penulisan yang extreme mcm ni tidak akan menyelesaikan masalah kerana ini pasti menimbulkan salah faham dari student universiti tempatan yang lain. Meskipun ia membuka mata ramai pihak, tapi tindakan mengeluarkan tajuk yang bersifat kurang sopan itu pasti menimbulkan kontroversi dari semua orang. Lagi satu,  nak berdakwah tidak semestinya berserban dan berjilbab serta dilakukan kat masjid. Dakwah ada banyak cara dan memerlukan masa yang bukan sehari dua. Kalau kita telusuri semangat jihad yang dilakukan oleh rasul junjungan kita dan mengimbas kembali kebijaksanaan baginda dalam menyampaikan dakwah sehingga Islam masih kekal kesuciannya di muka bumi ini sehingga sekarang, sudah pasti kita sedar untuk mentarbiahkan orang lain itu semestinya bukan perkara mudah.  Ingat, setiap perkataan yang keluar dari mulut kita itu adalah doa. Jangan hanya kerana bicara anda, maruah UIA tercemar teruk. Orang seperti anda lah yang sebenarnya merosakkan kesucian taman ilmu dan budi itu sendiri. Fikirkan.



 ::   Matlamat takkan menghalalkan segala cara. Walaupun niat penulis tu betul tapi method yg digunakan oleh beliau itu sangat bertentangan sekali dengan ajaran Islam. Sedangkan Rasul kita menutup aib para sahabat dan umatnya. Dan kami sisters kat sini bukannya ________ seperti yang anda perkatakan!




P/s : kesal + kecewa + bengang. Moga penulis itu diberi hidayah oleh Allah atas kekasaran dan keterlanjuran beliau…

Monday 20 June 2011

Aku & lukisan darjah 1

currently written by faie mohamad at Monday, June 20, 2011 0 criticisms

Assalamualaikum =)



Malam tadi lepas study tibe2 terfikir nak buat benda nih.. hehehe






 

yang ni aku lukis masa umo 7 tahun..(kononnya) :p




Aku buat lukisan mcm lukisan budak sekolah rendah ni masa pukul 2 pagi. Masa tu suasana memang sunyi sepi and tibe2 idea ni muncul bila aku terpandang satu lukisan yang ala2 macam ni jugak kat satu wall. Bila aku wat lukisan ni, memang bermacam2 benda yang aku fikirkan. Yeah, actually tibe2 teringatkan seseorang. And selalu teringat quote yang dia slalu bagi T___T … haaiihh….. Tak payah la cite panjang2 pasal dia tapi melalui lukisan ni telah menggambarkan beribu perkara yang ingin aku lontarkan. A picture represents a thousand of words. Memang buruk lukisan ni, maklumla masa kat sekolah dulu subjek pendidikan seni asyik fail je.. hehehe.. Tapi ini adalah yang tersirat di sebalik yang tersurat sebenarnya.     BUT….



IKHTILAT: I want a guy who loves Allah more than he loves me :) -anonymous





ok.... THAT'S IT! 


That’s called a true love essentially. Mencintai Allah lebih dari segala. Jangan anggap cinta itu cinta sejati kalau hanya berlandaskan cinta kerana tarikan dan nafsu semata. Tu bukan jatuh cinta, tp JATUH NAFSU! Ikhtilat yang dibina biarlah atas dasar cinta yang hakiki, dan sebuah cinta sejati itu hanya dipanggil cinta suci melalui sebuah ikatan perkahwinan. Ada yang bertanya, so kalau sebelum kahwin tu kira cinta palsu la? Erkkkkk….



Boy : I love you, sayang

Girl: really? Prove it…

Boy : with all my heart. And I’ll do anything just for you. (muka seposen + mengharap)

Girl : so what’s left for ALLAH??

Boy : ?????



Itulah hakikatnya. Kita mungkin tak sedar, tapi itu yang kita ungkapkan…



Just remember one thing…. Kalau dia adalah jodoh kita, INSYAALLAH pasti takkan kemana. Walaupun sorang kat England, sorang kat Jepun, kalau dah ditakdirkan korang ada jodoh, mesti korang akan dipertemukan suatu hari nanti.. Ingat, jangan ganggu kerja ALLAH. Biarlah Dia yang mengaturkan segala =)






p/s : Hati ini walaupun milik kita, tetapi Allah yang memegangnya ^___^

Friday 17 June 2011

pemergian itu... satu kehilangan T_T

currently written by faie mohamad at Friday, June 17, 2011 2 criticisms
INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJIUN…
‘’sesungguhnya bila datang kematian, tidak akan cepat atau lewat mahupun sesaat…’’
genap setahun berlalu…

11/07/2010… tarikh keramat yang membawa kesedihan dan kepiluan kepada kami sekeluarga. Pukul 2 pagi, aku menerima perkhabaran duka yang ayahku telah pergi selama-lamanya akibat sakit jantung. Bayangkan masa tu aku dalam bas, nak balik UIA setelah 3 minggu bercuti di kampung. Masa kakak aku telefon tu aku tengah mamai. Kakak aku tu (kak Ina) yang kebetulan dlm perjalanan pulang ke kampung bila dapat tahu ayah kami tenat bersama 2 orang lagi kakak2 aku, sis Ida ngn Bib. Bila aku angkat panggilan tu, (faham2 je la bila tgah mamai), dia cakap,’dik, ayah kita dah xde..’ aku macam terkejut. Tapi aku xleh interprete lagi maksud dia tuh. Ye lah ptg tu masa aku lawat dia kat hospital walaupun dah nampak semacam tapi dia segar bugar lagi. Manakala aku sangka jadi camni. Aku just diam je sebab terlalu mengantuk. Kakak aku ulang lagi ayat yang sama. Masa tu aku dah mula sedar and rasa xsedap hati. Bila kak Ina letak telefon baru aku rasa mata aku segar balik.

 Tak sampai seminit kakak aku yang nombor dua (kak Zan) yang jaga ayah aku kat wad sepanjang malam call aku pulak. Cepat2 aku angkat telefon tuh. Dia cakap,’dah taw belom ayah kita dah xde.. 15 minit lepas dia pergi..’ masa tu tak dapat digambarkan bagaimana perasaan aku. Aku menangis kat situ jugak. Satu bas dengar kot.Then kak Zan pujuk aku suruh bersabar. Macam mana aku leh bersabar, sedangkan aku tak berada di sisi dia masa dia hembuskan nafas dia yang terakhir, and petang tu masa aku lawat dia kat wad, arwah sempat pesan suruh aku jangan batalkan tiket naik bus utk ke UIA malam ni walaupun hati aku meronta-ronta tak nak pergi. Arwah cakap, kalau ada umur, kita jumpa lagi raya ni. Mak aku and abang aku pun cakap benda yang sama. Diorang cakap kalu nak jumpa ayah lagi, lepas setel register subjek and mahalah,terus  tempah tiket balik kampung lepas tu.  Aku sempat cium tangan arwah dan peluk dia buat kali terakhir petang tu. Tak tahu kenapa masa tu aku rasa sedih sgt2. Rasa cam ni kali terakhir aku dapat tengok dia. Tapi aku pujuk hati aku, ni mungkin cuma mainan perasaan aku je. Tak sangka instinct aku betul. Dia pergi tinggalkan aku selama2nya sebelum sempat dia melihat aku mengenggam segulung ijazah. Then aku masih ingat lagi dua tiga minggu terakhir pemergiannya kebetulan aku kat rumah habiskan cuti sem. Setiap pagi bila aku pergi bilik dia, dia akan suruh aku buatkan air kat dia. Pastu dia suruh aku urut belakang dia, katanya nafas dia sesak sgt smpai tak boleh bernafas. Bila ingat balik sume tu… ntahla byk sgt perasaan yg bercampur2 skg nih.

Berbalik pada cerita tadi, kebetulan dalam bas tu aku bersama kawan aku, Sarah namanya. Bila aku kejutkan dia cakp yang ayah aku takde, dia cuba tenangkan aku and she hugged me tightly. Dia pun ikut sama menangis. Masa tu aku cakap kt Sarah walau macam mana sekalipun aku tetap nak balik jugak. Masa tu aku kat Raub. Tak sampai dua jam dah smpai KL. Aku fikir mungkin aku dah tak berpeluang untuk jumpa arwah. Semangat aku untuk belajar langsung mati. Aku dah tak boleh fikir apa-apa dah. Fikiranku kosong. Apa yang aku fikir sekarang ialah ayahku. Aku tahu walaupun peluang aku untuk pulang ke kampung sgt tipis, ye lah kat Kl aku xde adik beradik, tapi aku terus berdoa supaya datangkan keajaiban yang membolehkan aku menjenguk arwah. Lepas aku sampai Uia abang  Lah, abangku yg sulung call aku. Dia cakap kalu aku nak balik boleh balik ngn abang ah (Asrul), sepupu aku yg duk Kajang. Dia baru dpt tahu hal ni and decide nak balik utk tgk arwah buat kali terakhir. Aku terus bersetuju. Masa tu aku terus bermuhasabah diri. Betapa besarnya kuasaMu ya ALLAH.. KAU dah memakbulkan doa ini. Selaut syukur aku pnjatkan padaMU. ALHAMDULILLAH…

Abang Ah dtg amek aku akt UIA pukul 7 pagi. Berpandukan GPS, kami berdua selamat smpai di Besut pada jam 12.30 tengahari. Dalam kereta tu aku memang tak bercakap banyak. Mata tgah sembap. Abang Ah pun just diam. Agaknya dia faham condition aku time tu. Pukul 12.30 tu masa kami smpai arwah baru dimandikan. Masa tu semua adik beradik aku dah ada kat rumah kecuali kakak aku yang nombor 4, Kak Zura yang tgah otw dari Kulai Johor. Dari jauh aku tgk sekujur tubuh yang terbujur kaku. Hatiku sebak kembali tapi aku cpt2 control. Tak nak perasaan tu terus menghantui aku. Tepat pukul 1, kak Zura smpai rumah dan time cium arwah buat kali terakhir, kami semua menangis. Perasaan ni tidak datang secara dibuat2. Arwah kelihatan tersenyum dlm lena pnjangnya.  Aku terharu melihat adik beradikku yang selama ini begitu kental tiba2 pada hari ini menitiskan air mata kepiluan. Emakku juga tidak terkecuali. Kami sudah menjadi anak yatim dan tiada siapa yang mampu mengubah hakikat itu.

Aku turut sama pergi menghantar jenazah ke tanah perkuburan. Aku melihat sendiri jenazah di masukkan kedalam liang lahad dan ditutupi tanah perlahan2. Baru semalam aku melihatnya tersenyum. Baru semalam aku berbual2 mesra dgnnya dan hari ini mataku menyaksikan sendiri tubuhnya dilitupi tanah kubur yang masih merah. Perasaanku waktu ini tidak tergambar dgn kata2. Buat pertama kalinya aku kehilangan insan yang cukup bermakna dalam hidup aku dan hari itu dia pergi meninggalkan aku selama2nya. Tanpa sempat kami berbual pnjang akhirnya pada detik itu dia jauh meninggalkan alam fana ini. Tiada lagi senyuman dibibirnya tatkala kami berbual, tiada lagi bayangan jasadnya dirumah kami, dan tiada lagi usikan nakalnya padaku yang selalu membuai rasa hatiku sejak aku kecil. Ayah, kami redha dgn pemergianmu. Bahagialah dikau disana, sesungguhnya anak ini sentiasa mendoakan kesejahteraanmu di alam sana.

:: Al-fatihah untuk arwah ayahanda,  Haji Mohamad bin Hassan



p/s: mood bercampur baur.. but I’ll try not to let it to conquer my feeling -_- but thanks Allah, I still have my mum. I treasure her a lot and she’s everything to me^^

Tuesday 14 June 2011

:: Nota untuk hati ::

currently written by faie mohamad at Tuesday, June 14, 2011 0 criticisms

Selepas beberapa waktu dan ketika, Alhamdulillah aku kembali ‘bernyawa’ di bumi Allah ini. Jika sebelum ini, aku masih lagi tercari-cari siapa aku, masih lagi mengutip sisa-sisa kenangan yang tidak aku perlukan lagi dalam hidup ini. Kenangan yang lalu walaupun aku sedaya upaya untuk menjauhinya tetap datang jua. Mengusik sekeping hati tanpa sempat aku bertanya kenapa. Akhirnya aku sedar, inilah maghfirah Allah dan kekuasaanNya. Siapalah kita untuk menidakkan kekuasaan yang ada padaNya. Sesungguhnya inilah tarbiyah untuk aku. Tanpa ujian, kita tidak akan sedar siapa kita. Manusia tidak akan suci dari dosa kerana dunia ini sendiri penuh dengan noda dan kotoran. Hanya insan-insan yang soleh mampu bangkit untuk membersihkan debu dan kotoran itu. Dicelah tadahan doa kepadaMu, rahmatilah insan ini dan orang sekelilingku. Terima kasih Tuhan yang Maha Pengasih diatas rahmatMu yang Engkau limpahkan kepada kami.





p/s: just a short note. But it represents everything that I want to reveal to everyone (‘’,)


Monday 13 June 2011

FINISHING SCHOOL PROGRAM... satu memori ^___^

currently written by faie mohamad at Monday, June 13, 2011 0 criticisms

Assalamualaikum…:)
Alhamdulillah akhirnya Finishing School Program selesai suda. Selepas dua minggu kami bertungkus lumus menyiapkan kerja2 sebagai committee aka fasilitator, akhirnya ia berbayar dengan sebuah kepuasan dan kegembiraan yang tak terhingga. Atceli ni program untuk final year students yg bakal grad akhir tahun ni. So kami selaku student GUIDE (gabungan 2nd year & 4th year students) dgn kerjasama pihak Alumni & Career Service telah diamanahkan untuk menjayakan program ni kat CAC dan Resource Management Centre depan library tuh. Kakak2 dan abang2 GUIDE dari batch pertama INSTED menjadi committee merangkap participant and kitaorang yang second year ni jadi committee je, just tolong apa yang patut untuk diorang. Program ni jugak adalah yang pertama kat UIA nih. Sebab tu lah ia menelan belanja yang bukan sedikit. Patutla makanan best, free pulak tu. Sijil dapat, pengalaman pun dapat. Selama lima hari program ni kitaorang banyak belajar tentang persiapan memasuki alam pekerjaan yang agak challenging ataupun dlm BI disebut World of Work (WoW). Sambil2 buat kerja kitaorang join sekali aktiviti2 yang ada kat situ. Boleh dikatakan  schedule ni agak padat la sebab pukul 11 malam baru selesai pastu pukul 8 pagi esok tu semua kena berkumpul dah. Tu pun pihak2 committee kena bersengkang mata sampai pagi nak siapkan kerja yang tertangguh. Pernah sekali aku sampai kat bilik mahalah pukul 2 pagi sebab kena print sijil2 untuk participant nih. Siap kena soal lagi ngn pak guard hafsa tu sebab dah lewat sangat. Ye la dah setiap slot ada sijil. Bayangkan  aku dan kwan2 lain selaku committee special task kena wat 15 sijil untuk sorang participant yang nak dekat 50 orang. So nak dekat 8 ratus sijil jugak la kena siapkan dalam 2 hari termasuk sijil2 utk committee.  Sampai dah cramp otot2 nih. Tapi best sebab aku memang minat kerja2 perkeranian nih dan selama dua hari berturut2 menjadi kerani tidak bergaji aka tukang ‘copy paste’ and ‘margin’ untuk nama2 diorang. Kawan2 aku yang jadi committee catering, registration & prep and tech pun sama sibuk dan penat yang tak terkata. Tapi overallnya masing2 dah menunjukkan komitmen yang  bagus untuk menjadikan program yg grand ni berjalan lancar. Congratz 2 all :)


Yang bestnya, ikatan kami antara student junior dgn kakak2 dan abang2 GUIDE yang nak grad tu menjadi erat dan padu. Waktu nilah yang sesuai untuk kami berkenalan antara satu sama lain, share pengalaman diorang yang dah siap wat praktikal, bergurau senda, ketawa sama2.. and it’s a lovely moment that we shared together.Kami tgk wayang pacak kat tangga besar smbil mkn popcorn rmai2, kami dinner kat de palma sama2, kami wat sijil sampai semua aggota badan skit2, pastu kami wat lawak ramai2 smpai nak termuntah.. huhu.  Buat Kak Nor, Kak Nelly, Kak Ain, Kak zaitun, Kak Fadhilah, Kak Syarimah, Kak Nadia, Kak Fezza, Kak Aisyah, Lukman Uzir & Syahran, terima kasih daun keladi dari kami untuk korang semua atas segala jasa2 dan nasihat korang… peace:)


Ni antara gambar2 yang kami ambik sepanjang program tuh. Dan aku pasti rindukan sume nih pasni..^^



gambar bersama farrah adeeba

kat hotel De Palma




senamrobik pada hari kedua kt dpn CAC

menu ala western utk dinner


masing2 menunjukkan 'bakat' terpendam. haha


chocolate cake. oleh kerana aku ni bukan penggemar sebarang jenis kek,
 kek coklat ni hanya dipandang sepi...T_T



with k.norsiah@k.ros


bersama participant2 final year
sesi Art Therapy, salah satu sesi yg kami praktikkan
masa counseling session
akak2 fasi ni sgt2 baek!


Dah tak larat dah nak upload sume. my last words would be, bestnye kalu dpt join lagi. Tadi masa postmortem mdm Haniza smpat lagi belanja kitaorang pizza. I’ll miss you all after this sebab akak2 fasi dah kena pegi posting. Ntah bila lg dapat jumpa.. sob2



p/s: bye2 sume.. semoga korang berjaya dlm hidup.. peace :)



Sunday 12 June 2011

sebab kenapa Allah mentakdirkan kita bertemu dengan mereka...

currently written by faie mohamad at Sunday, June 12, 2011 0 criticisms

Dialah dihati ;)

Pernahkan kita terfikir, kenapa kita selalu dipertemukan dengan orang yang salah? Insan yang selama ini kita kasihi sepenuh hati, yang kita tatang dengan penuh berhati-hati tiba2 pergi meninggalkan kita tanpa alasan munasabah. Memang perit bila cinta tidak berbalas, lebih2 lagi insan itulah yang kita harapkan mampu menemani kita kelak. Tapi sedarkah kamu apakan hikmah yang tersirat disebalik semua ini? Sedarkah kamu mengapa ternyata bukan dia yang kita cari selama ini?


Allah tidak pernah mentakdirkan sesuatu itu secara sia-sia. Allah juga tidak pernah cuba untuk menyusahkan hambaNya melainkan hamba itu berupaya mengatasi keperitan yang dilalui itu. Dan Allah juga sengaja menemukan kita dengan orang sebegitu supaya kita sedar bahawa cinta kepadaNya adalah cinta teragung, bahkan tiada siapa yang mampu menandingi nikmat cinta yang diberikan kepada kita. Kalau dulu mungkin kita fikir yang cinta kita adalah cinta tulus, walhal cinta itu hanyalah sesama manusia yang hatinya mudah berbolak balik tanpa ada rasa cinta pada yang Maha Khaliq itu sendiri. Allah juga mahu kita sedar, melalui ujian ini, kita mampu menjadi seorang penilai yang baik. Ya, kalau dulu kita mungkin buta. Kita mungkin sengaja memekakkan telinga kita. Konon itulah cinta sejati, itulah cinta hakiki. Tanpa kita sedari, sebenarnya disebalik semua itu, Dia telah mentakdirkan orang yang jauh lebih baik dari insan itu. Supaya kita dapat menilai yang mana kaca, yang mana permata yang paling berharga.


Anda yang budiman, jangan cuba untuk menganggu kerja mahupun urusanNya. Bertafakurlah sejenak.  Anggaplah jika belum sampai jodohmu, si dia sedang dalam diam membina sakhsiah dirinya untuk memimpin dirimu. Usah ditangisi andai jodohmu belum tiba. Ingatlah, lelaki baik untuk perempuan yang baik. Jika kau thabat dijalan yang benar, insyaALLAH si dia pun akan turut berada di jalan yang sama. Allah tidak akan sesekali menzalimi nasib hambaNya. Pernahkan kita terfikir, betapa banyak ujian dan dugaan yang kita terima, dan kita tangisi semua cubaan yang walaupun mampu merobohkan tembok air mata tapi sebenarnya membuatkan diri kita menjadi makin kental. Pernahkan kita melihat disebalik hujan yang Dia turunkan kepada kita beserta dengan ribut petir sabung menyabung, selepas itu Dia mendatangkan kepada kita satu pelangi yang sungguh indah. Begitu juga bila kita menghadapi saat-saat insan yang tersayang meninggalkan kita, sebenarnya Dia mahu memberikan kita insan yang jauh lebih berharga dari itu.


Dia sebenarnya mahu menganugerahkan kepada kita insan yang mampu membahagiakan kita, yang mampu memimpin kita kejalanNya, dan mampu merasakan kita adalah manusia yang berharga, ibarat mutiara yang terletak didasar laut, dek kerana terperuk di bawah, ia sukar digapai melainkan ada tangan yang mampu mengambilnya. Dan tangan itulah yang akan membawa mutiara itu menemui cinta sejati lillahita’ala.








Percayalah, tiada kebahagiaan tanpa keperitan dan duka yang dirasai. Tiada istilah gembira andai hidup kita tidak pernah disulami sedih dan pilu. Dan Allah sengaja menemukan kita dengan insan-insan sebegini kerana Dia tahu disebalik semua ini, kita pasti akan menemui sebuah cinta yang sejati. Rahmat disebalik kesedihan, pasti terselit kebahagiaan. Percayalah, Dia yang mengaturkan segalanya. Usah dibimbangi siapa jodohmu kelak, gapailah cinta Allah sebelum kamu menggapai cinta seorang manusia yang mampu membawamu hingga ke syurga untuk bertemu denganNya…




Friday 10 June 2011

between girls & apples

currently written by faie mohamad at Friday, June 10, 2011 2 criticisms
I’ve discovered about something. Something that is so amazing to think. Believe it, woman are very precious :)
=)


''Girls are like apples on tree. The best one is the top of the tree. Boys don’t want to reach for the good apples because they are afraid of falling and getting hurt. Instead they get the rotten apples on the ground that isn’t as good, but easy. So the apples at the top think something is wrong with them when in fact they are amazing. They just have to wait for the right boy, the one who will risk everything, who’s brave enough to climb up all the way up to the top of the tree.'' 

So for girls outside, don’t worry about your soul mates.. No matter how you look, your akhlaq is more essential rather than your appearances :)

how do you feel when you love somebody?

currently written by faie mohamad at Friday, June 10, 2011 0 criticisms

Pernahkan kamu melalui pengalaman ini? Mencintai dan menyayangi seseorang secara tiba-tiba, tanpa dipaksa2? Kamu menyayanginya sepenuh hati dan kamu juga berusaha untuk memenuhi segala permintaan dan kemahuannya walaupun berat untuk dituruti. Kamu juga selalu memekakkan telinga mendengar sindiran dan umpatan orang akan hubungan kamu kerana bagi kamu, dialah insan yang terbaik di hati kamu. Dialah penawar duka. Dialah penghibur dikala kesunyian. Tanpa dia, hidup kamu seakan gelita. Tanpa dia, jiwamu kosong dan selalu meronta2 merindui kehadiran dia.


Namun sayangnya cinta itu seakan palsu belaka. Dia yang kamu cintai, yang kamu kasihi seluruh jiwa ragamu telah berpaling tadah. Insan yang kamu selalu rindui itu rupanya hanyalah satu sandiwara. Dia mengkhianati hubungan itu kerana dasar orang ketiga. Ibarat bom yang menghancurkan genap ruang hati kamu, begitulah yang kamu rasai. Pedih bukan?

You love someone deep in your heart, but they love somebody else. That’s the hardest thing that you ever had. You’ve tried your best to her/him to show your love and care towards them and they respond to your love with this sort of things. It is hurt right? THAT'S WHAT ALLAH FEELS MOST OF THE TIME… Astaghfirullahalazim...

Ya, Allah mencintai semua hambaNya, tetapi dengan bersyarat. Agar kita semua patuh dengan segala apa yang Dia perintahkan melalui perantaraan para rasul yang diutuskan olehNya. Dia memberikan cintaNya pada kita dengan nikmat2 yang tidak terhitung, tapi kita membalas ‘cinta’ itu dengan maksiat. Tanpa kita sedari, ungkapan akujanji yang telah kita lafazkan sebelum kita menjenguk dunia ini seakan dilupakan. Kita berjanji bahawa kita akan menuruti segala perintahNya, berjanji bahawa kitalah khalifah yang terbaik dibumiNya tapi bila kita menjenguk dunia yang fana ini, dek kerana kekangan hawa nafsu serta darjat, kita melupakan semua janji2 itu.

Ingat, mencintai manusia itu walaupun nikmat tetapi sangat sakit. Bayangkan sakit yang dirasakan itu jika dibandingkan dengan nikmat cinta, ia jauh lebih mendahului dari segala. Bohongla kalau dalam bercinta itu tiada rasa cemburu, tiada rasa marah atau sakit hati, atau juga rasa dikhianati. Sememangnya cinta manusia sentiasa begitu.

Anda, jika kamu mencintai seorang manusia, cintailah dia kerana hatinya. Cintailah dia tanpa syarat walaupun kadang2 tidak berbalas, tapi tetapkan di dasar hati bahawa cinta yang kamu hulurkan itu adalah cinta yang tulus dan suci. Tetapkan didalam hati bahawa cinta itu adalah kerana Allah, bukan kerana maksud duniawi. Kerana jika dia khilaf, kamu mampu memaafkannya sepenuh hati. Dan kamu juga masih lagi mampu untuk menerimanya kembali dalam hidupmu.


cintai manusia, kamu akan sakit. tapi cintailah Allah, kamu pasti akan merasa tenang


 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea