# Artikel ni ditulis oleh Abdullah Dari Jeram Pasu on
Monday, September 6, 2010 at 10:11am
Aku
mempunyai seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama
bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM, aku masuk ke
Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika
Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak
yang dikongsi bersama. Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke
rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala,
jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta.
Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti hari jadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar Matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan agama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, dan beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.
Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan. Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.
" He's name is no more Lim Wei
Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago.’
Subhanallah!
Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T.
Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi
saudara seagama denganku. Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu
aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya.
Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. Wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.
'Ini dia olang memang sudah manyak
lama kawan, dari kecik ini dua olang’
Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu
yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan
menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur
melihat keislaman rakanku.
Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.
Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.
‘Talha, kau kawan baik aku kan?
betul tak?’
‘Memanglah..Kenapa kau tanya macam
tu?
‘kalau kau kawan baik aku, Kenapa
kau biarkan aku diseksa?’
‘Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa?
What do you mean?’
‘Cuba kau fikir, kita ni kawan dari
kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau
tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru
aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan
mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?’
Aku
terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.
‘Kalau betullah kau kawan baik aku,
Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik
kau ni diseksa didalam api neraka?Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk
islam hingga aku mati, macam mana la nasib aku di alam sana.’
Lim menyambung,
Lim menyambung,
‘Aku akan dakwa semua orang melayu
Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada
aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan
nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. Tapi,
nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau
sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan
Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.
Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.
‘Berdakwah adalah tugas muslim yang
paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku
lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah,
macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong agama
Allah?Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini
kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah
berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi,
jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana
kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian
mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir’, kata Lim lagi.
Aku
menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! Dan
aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki
amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya
tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan,
bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat seseorang
itu. Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim
yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20
orang termasuk adiknya.
Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku Islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serius tentang kebenaran Islam? Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.
Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku Islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serius tentang kebenaran Islam? Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.
P/s
: sebagai Tauladan..
***********
Artikel ini aku ambil dari satu sumber. Semoga ia bermanfaat
untuk kita semua. Hidup sebagai seorang Islam bukan hanya untuk diri sendiri
tetapi ia juga adalah untuk menyebarkan kebenaran kepada orang
lain. Islam itu benar.
Sebarkan ia selagi nyawa kekal di badan sebelum ia dibawa pergi ke alam
barzakh. Waktu itu walau
air mata darah sekalipun keluar tetap
tidak akan mampu
mengembalikan kita ke alam
dunia.
Peace ^___^
2 criticisms:
terharu sangat . sampai tak tahu nak bg komen apa . ngee~ ^_^
terkejut dgn kata2 lim.
Post a Comment