Saturday, 29 December 2012

Oh UIA

currently written by faie mohamad at Saturday, December 29, 2012
Reactions: 
6 criticisms


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Beberapa hari lepas, masa duk online, terus bukak laman IIUM ONLINE and tiba2 terjumpa statement ni. 




Cuti semester bagi IPTA di Malaysia.
   
UiTM : 22 Januari – 3 Mac = 6 minggu

UPM : 14 Januari - 17 Februari = 5 minggu

UKM : 19 Januari - 17 Februari = 4 minggu

UTHM : 21 Januari - 17 Februari = 4 minggu

UPNM : 21 Januari - 17 Februari = 4 minggu

UMP : 19 Januari - 17 Februari = 4 minggu

UUM : 17 Januari -17 Februari = 4 minggu

UMK : 20 Januari - 16 Februari = 4 minggu

UM : 19 Januari – 17 Februari = 4 minggu

UMS : 21 Januari - 17 Februari = 4 minggu

UIAM : 14 Januari - 3 Februari = 3 minggu




Oh Tuhan... betapa sekejapnya waktu cuti kami. Dahla time belajar pening kepala dengan segala assignment,  presentation, and report bagai.. pulak tu waktu cuti yang diberi terlalu singkat berbanding IPTA lain..  Jeles2.

Tapi kan, bila difikirkan balik, okay pe cuti sekejap. At least tak de la masa tu terbuang sangat. Lagipun reason cuti sekejap ni adalah sebab kami ada 3 sem setiap tahun; 2 sem panjang dan 1 sem pendek. 1 sem pendek tu dalam tujuh minggu kurang lebih.

Aku antara student UIA yang tak pernah miss ambik short sem. Konon sebab nak reduce subjek masa long sem. Sekali bila dah akhir sem tiba2 dah takde subjek nak ambik. Kuota tak cukup. Kesudahannya kena ambik subjek tambahan lain. But sebenarnya aku nak singkatkan waktu aku belajar kat sini tapi bila dah masuk last2 sem ni lecturer tak bagi pulak. Adoii

Berbalik pada cuti kami, actually jauh di sudut hati jantung aku, ada jugak rasa terkilan. Sebab apa? Bila dah spend masa yang lama kat sini, for sure waktu aku bersama famili tersangatlah kurang. Sometimes rasa rindu sangat nak duduk rumah berbulan2, tak payah pening2 dah fikir pasal assignment ke, projek itu ini... being at home make me become real! 

Tambah pulak, bila cuti tak sama dengan IPTA lain, kebarangkalian untuk berjumpa dengan kawan2 lama tersangatlah rendah. Kalau jumpa pun mostly time raya je. And sadly setakat ni aku tak pernah berkesempatan attend majlis kahwin kawan2 lama because of this. Kalau diorang nak kecik hati pun nak buat cemano. Redha jela..

Lagi satu kalau ada kenduri kat rumah aku. Tak kira la kenduri arwah ke, tahlil ke, sape2 bertunang ke, kahwin ke,  memang aku yang ketinggalan sebab waktu cuti yang absolutely berbeza dengan yang lain. Feeling bad? Perhaps.

Satu je best bila cuti kami berbeza dengan yang lain. Tak payah pening2 fikir bila nak beli tiket balik kampung. Hohoho. Alhamdulillah so far aku tak pernah kehabisan tiket bas walau selambat mana sekalipun beli sebab takde persaingan dengan student IPTA lain.






So, sekarang ni, memang agak busy dengan final exam. Paper pertama aku start 31hb and berakhir 10hb. Lepas tu sambung pulak dengan program sampai 18hb nih. Aduh, dahla waktu cuti pendek, time ni jugak nak buat program la ape la. Tambah lagi dengan lambakan assignment yg lecturer bagi saat2 genting nih. And it must be submitted on 31hb. See, paper start 31hb then pada masa yg sama submit proposal date yg sama.

My beloved lecturer, why did you gave us your 'sweet' assignment and projects where at the same time we need to struggle on our final? Kalau bagi awal2 dulu takpe jugak. It's such an illogical thing that we must encounter, but it's a fact! Please la, please take into consideration about students like us who did not have ample time to study itu ini and you simply give us with these kind of assignments. Bukan kami tak mahu buat, bukan kami enggan but masa yang tersangat TERHAD itu, sempatkah ia disiapkan? 

And yes, till now still aku tak sempat nak study untuk paper on this upcoming 31th. Ni pun baru je siap buat proposal untuk seminar and kena present after 31hb ni. Me had to take charge in designing program itinerary and masterplan. Dua malam2 berturut2 terpaksa siapkan assignment yang baru diberi, oh I really can breath at all!

I wish that she did not read this entry but I really hope something. Untuk bergelar pendidik bukan sesuatu yang mudah dan perlu dipandang remeh. Please consider at your students' situation at the age you become an educator. Don't simply give them tasks that need to be finished during their hectic time . Depression, pressure, stress, anxiety semuanya ada. Sometimes kita perlu berada di tempat orang yang lagi rendah kedudukannya dari kita. Baru kita tahu betapa hidup ini bukan mudah. Ia indah, tetapi jalan untuk menelusurinya terlalu pahit. Kadangkala ia perlu akan pengorbanan dari diri, tetapi andai tiada siapa yang dapat membantu dan memahami, kepada siapa belasnya terarah?


Gigih siapkan benda alah ni sampai tak tidor dibuatnye


Aku sungguh terharu bila ada sorang lecturer ni bagitahu kami dalam kelas beliau,

'I have experienced so many bitter moments with my teachers. They treated me badly and reject all my points of views. Feeling so bad is what I've to go through. But don't worry my students, I won't do the same to you. I will try to understand you and won't discard you. That's my promise' - teary~

Alhamdulillah.. ada jugak yang masih memahami kami. Bukan aku nak condemn tapi ni salah satu cara aku express perasaan sebenar. Bukan tak pernah cakap depan2 pun pasal ni.. tapi entahla.. still takde perubahan pape.

p/s: tiba2 ada dua topik berbeza pulak kat sini..  Erkkk.. biasala musim exam segalanya mungkin :p 





  

Wednesday, 26 December 2012

i love you my little girl

currently written by faie mohamad at Wednesday, December 26, 2012
Reactions: 
0 criticisms









My Little Girl"
(Maher Zain feat. Aya Zain)




You are a miracle
You are a blessing from above
You brought joy to my soul
And pleasure to my eyes
In my heart I can feel it
An unexplainable feeling
Being a father
The best thing that I could ever ask for

Just thinking of you makes me smile
Holding you, looking in your eyes
I’m so grateful for having you
And everyday I pray
I pray that you’ll find your way

You know I love you, I love you
My little girl, my little girl
I ask God to bless you, and protect you always
My little girl, my little girl

You’re like a shining star
So beautiful you are
My baby girl
You light up my world
I pray that I’ll get the chance
To be around and watch you grow
And witness your first steps
And the first time when you will call me “dad”

Just thinking of you makes me smile
Holding you, looking in your eyes
I’m so grateful for having you
And everyday I pray
I pray that you’ll find your way

You know I love you, I love you
My little girl, my little girl
I ask God to bless you, and protect you always
My little girl, my little girl

I could spend hours watching you
You’re so innocent, so wonderful and pure
O God I can not express my gratitude!
But I’ll raise her good, ‘cause all I want is to please You
And now I pray You’ll guide her steps forever

You know I love you, I love you
My little girl, my little girl
I ask God to bless you, and protect you always
My little girl, my little girl



My dear Niece, Qiesya Nur Dhiya Irdeena, May Allah give you joy and bless.. Love you as always!

Friday, 21 December 2012

jika sakit itu mampu menghapus dosa-dosaku...

currently written by faie mohamad at Friday, December 21, 2012
Reactions: 
3 criticisms
Ya Allah,

Jika sakit yang aku alami ini adalah sebuah  ujian dan bertujuan menghapus dosa-dosaku serta menaikkan darjatku, maka dengan serendah hati aku tega menghadapinya tanpa keluh kesah. Cuma tenangkanlah aku, berilah aku kesempatan walau secebis cuma untuk mengucap syukur padaMu yang tak terhingga.



Sakit dalam mulut. Bengkak di kawasan lelangit selama 2 minggu sangat menyeksakan. Tambah lagi dengan final exam yg bakal bermula minggu depan, terasa diri ini tersangat fragile dan kerdil sekali. Hanya air mata yang tumpah menjadi saksi betapa derita yang aku alami ini sangat tak tertanggung. Terkadang terbit jua keluhan dari  bibir, bukan menyesali rasa sakit itu tetapi kerana  bimbang andai ia  makin memburuk. Pada siapakah akan aku mengadu nanti?

Pergi klinik sudah, makan ubat sudah, tapi sakit masih berterusan, bahkan makin menggila. Huhuhu. Di kala ini hanya wajah seseorang yang bermain di mata. Emak.

Mak, kesakitan yang anakmu alami ini sungguh tak tertahan. Kadangkala air mata tumpas jua sebagai bukti anak ini tidak kuat menghadapinya. Meskipun mak sudah mengetahuinya melalui panggilan telefon, bukan semua yang aku beritahu itu betul. Konon ia bertambah sembuh. Walhal ia bertambah memburuk. Bahkan lenaku seakan terganggu dan aku kerap terjaga malam sambil menangis seorang diri. Tak siapa pun yang tahu. Terkadang di depan khalayak ramai aku cuba mengukir senyuman di bibir walhal dalamannya deritanya  hanya Dia yang tahu.

Bukan niat aku untuk menipu dirinya, tetapi aku tidak mahu membuatnya bertambah bimbang. Pasti jika dia mengetahui hal sebenar, cemasnya pasti tidak terkata. Pasti aku dihujani soalan bertubi2 dari mulutnya kerana risaukan akan diri anaknya. Aku tidak mahu rasa bimbang itu menghantui dirinya. Biarlah ubat painkiller yang dikirim olehnya semalam menjadi peneman setia kala air mataku jatuh tanpa henti. Biarlah dia ingat sakit aku makin menghampiri kesembuhan, bukan sebaliknya.

Efek dari sakit yang makin mengganas itu, aku ditimpa demam yang agak teruk. Suhu badan aku naik mendadak. Sudahla tak mampu menikmati makanan pejal, hanya  terpaksa menyuap bubur nasi yang kenyangnya  hanya  sementara, rasa sakit di kepala juga makin menjadi-jadi. Ya Allah, disaat aku ingin bertempur  dalam ujian final exam yang sungguh memberi tekanan  emosi yang mendalam, Kau datangkan rasa sakit ini agar aku tidak akan sekali-kali melupakanMu dalam doa sujudku.

source: google



“Tidak ada satu kesusahan, yang menimpa di bumi dan juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia diadakan di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya yang mengadakan demikian(kesakitan, cubaan, bencana) itu, adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu tidak bongkak dengan apa yang ada pada diri kamu, dan ingatlah bahawa Allah tidak suka pada setiap mereka yang takabbur lagi membanggakan diri” Surah Al-Hadid ayat 22-23.

Selalu aku terdengar andai kita jatuh sakit, itu bermakna Allah sedang mengampunkan dosa dan menaikkan darjat hambaNya. Hatta  terpijak batu ditepi jalan mahupun terpijak duri sekalipun menunjukkan  anugerah  Allah kepada hambaNya, inikan  pula sakit berterusan yang membuatkan hambaNya  makin menginsafi diri, sakit itu permulaan untuk menuju alam kematian.

Allah ingin kita kembali mengingatiNya, muhasabah kembali kehidupan kita  yang amat singkat ini. Sakit itu adalah petanda kita adalah  hanya seorang manusia, yang tiada apa2 melainkan ihsan dariNya.

Ya  Allah, andai sakit ini membuatkan aku kembali menginsafi dosa-dosaku yang silam, maka biarlah kesakitan itu berada dalam diriku hingga dosa-dosa itu beransur pergi. Apa yang aku inginkan ialah, berilah aku kekuatan dan semangat untuk menghadapinya dengan ketabahan dan kekentalan yang Engkau  anugerahkan.

Sakit itu kaffarah dosa. Masa sakit inilah kebergantungan kepada Allah kena kuat, kan?


Sakit, mampu menjadikan kita beringat. Seakan-akan bila kita sakit, Allah SWT berbisik kepada kita:
“Sesungguhnya Aku mampu menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja”

Tuesday, 18 December 2012

Hantaran tinggi- ukuran bernilainya seorang wanita?

currently written by faie mohamad at Tuesday, December 18, 2012
Reactions: 
7 criticisms
Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Aku ambil ni dari fb Ibnu Batoota.







Wanita itu 'tidak ternilai' bukan 'tidak bernilai',
Maka jangan sesekali fikir mas kawen atau duit hantaran itu adalah harga seseorang wanita.
Jangan samakan muslimah kita dengan pelacur yang meletakkan nilai wanita pada jumlah duit.

Kami(lelaki) bukan membeli muslimah dgn mas kawen.
Tapi kami memberi mas kawen sbg hadiah dan tanda cinta.


Ketika zaman jahiliah,harga wanita dinilai dengan wang,lagi cantik wanita itu,lg mahal harganya, wanita dilacurkan secara umum.


Bila datang islam,islam mengubah 'wang lacur' kepada 'mas kahwin',mengubah akad 'lacur' kepada akad 'isteri'.


Menukar fahaman bahawa wanita 'alat seks' kepada 'teman hidup'.
Maka jangan lah kembalikan adat jahiliah dengan melacurkan anak2 kalian atas nama 'perkahwinan','mas kahwin','duit hantaran'.


Kepada wanita skalian,tahanlah ibu bapa kalian dari melacurkan kalian kepada kami.
Tahanlah mereka dari meminta2 mas kahwin dan duit hantaran yang tinggi dan meletakkan nilai kalian atas duit.

Kalian adalah mulia,isteri yg solehah adalah separuh dari kesempurnaan agama,lahirnya mujahid penakluk dunia dari seorang ibu yg mulia..Maka knapa melacurkan diri?

************

Kekadang bila aku duk baca statement dari mana2 pihak yang condemn pihak perempuan yang menetapkan hantaran tinggi mengalahkan artis, aku akan tersenyum sendiri. Jelas nampak ketidakcerdikan mereka yang mahu itu ini, hantaran serba satu seolah-olah mereka itu bidadari turun dari langit.

Walaupun aku seorang perempuan, aku sangat bersetuju dengan statement di atas. Wanita itu tidak ternilai. Walaupun hanya mahar seringgit, tetapi jika dia adalah bidadari dunia yang bakal menghuni syurga, dia adalah semahal-mahal wanita. 

Tingginya martabat wanita itu bukan dinilai pada hantarannya yang bernilai ribuan serba satu, tapi pada akhlaknya dan kedudukannya yang dia letakkan dirinya disisi Allah.

Walaupun ramai yang menyangkal dan mengatakan zaman sekarang ni segalanya memerlukan duit.. Nak tahu lelaki itu mampu sara kita atau tidak, tengok pada harga hantaran yang diberinya...  YA! Sangat betul. Tapi perlu ke berlebih-lebihan?

Aku tak kata nak kahwin lelaki perlu bagi mas kahwin hanya RM10 dan segalanya selesai. Nikahnya sah tapi tanggungjawabnya selepas itu lagi besar. Berilah dengan berpada-pada, sesuai dengan keadaan dan kemampuan. Jangan diikut sangat uruf dan adat negara kita yang sangat suka meletakkan hantaran serba satu  yang jumlahnya pun dah melangkaui jumlah kos kahwin. Sampai bajet semua lari sebab duk ikut sangat adat yang entah apa-apa itu.

Contohnya, kalau nak berkahwin dengan pemegang Ijazah, hantarannya harusss RM12K-RM15K. Derrr, perlu ke macam tu? Takkan nak tunggu lelaki tu sampai beruban baru boleh masuk meminang? Takkan nak tunggu sampai ada hubungan terlarang sampai baru kelam kabut nikah free. Tak perlu hantaran tinggi dah.

Jangan nanti ramai yang bergelar andartu sebab nak tunggu prince charming bagi hantaran RM15K keatas baru nak kahwin. Padahal masak pun tak reti, kemas rumah pun hancuss. What a shame!

Islam sebaik-baik agama yang menekankan kesederhanaan dalam pelbagai perkara. Yang boleh didahulukan, dahulukanlah. Tak perlu la nak tunggu yang grand dulu baru rasa puas hati yang teramat. Zaman sekarang, semuanya perlukan duit. Kalau urusan kahwin pun dah menelan belanja macam beli Toyota Vios, mana lagi baki yang tinggal?

Nasihat aku, ikutlah kemampuan. Kalau mampu bagi yang tinggi, bagi la. Kalau tak mampu, jangan paksa diri. Kalau si gadis menolak, apa susah, cari je la orang lain. Habis cerita. Biar padan muka gadis tu : p

Soal hantaran, bagi aku tak manis kalau pihak perempuan yang tetapkan. Dalam masyarakat kita, yang over tu biasanya datang dari ibu bapa si gadis, bukan dari gadis tu sendiri. Lepas tu timbul istilah jual anak la, anak tu cantik sangat sampai hantaran 20k, macam-macam la. Kan dah jadi spekulasi. Pakcik makcik nak tengok anak jadi andartu ke?



“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian yang halal itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya”.
[An-Nisaa: 4]



Hantaran itu hanyalah adat warisan. Yang wajibnya mas kahwin. Yang duk sebut time akad tu. Hantaran yang ribu ribu ribu ribu tu takde pun dalam Islam. Tu cuma adat je. Ingat tu.


Aku petik kata2 ni dari sebuah blog. Kata2 nya lebih kurang begini:


''senangla korang cakap tak payah hantaran tinggi2 utk kitaorang. Nanti yang masak pagi2 buta sape? Yang bangun malam berjaga anak lapar nak minum susu, tukar pampers anak, jaga anak sampai diorang besar, masak lagi, basuh baju, kemas rumah bagai... sape??? Lelaki? Membuta la jawabnya. Takdenye nak bangun buat susu anak.. Kalau anak menangis buat dek je. Wajarla kalau kami dapat hantaran mahal2 pun.. Tu kira upah ape utk kitaorang. Sepatutnya lebih dari tu kami perlu dapat...''


Dear anda yang berbicara, (mengikut pendapat aku dari seorang perempuan itu sendiri),

Kalau bagi hantaran tinggi semata-mata untuk membalas kebaikan perempuan yang banyak berkorban dalam keluarga, termasuk terpaksa korbankan waktu tidur semata2 kerana tangisan anak2 yang banyak ragam, dengan stressnya kene kerja untuk support suami then balik rumah terpaksa bekejar ke sana ke mari semata-mata nak tunaikan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri, apala nilai sangat hantaran setakat belas-belas ribu. Hatta ratusan ribu pun tak mampu nak balas pengorbanan tu.

Analogi yang boleh diguna, boleh terbayarkah jasa ibu bapa kita yg membesarkan kita dengan memberi mereka duit RM10k sebulan? Mampukah membalas segala penat lelah mereka membesarkan kita selama ini?

Walaupun jutaan ringgit yang diberikan, tetap takkan mampu membayar harga sebuah pengorbanan yang tiada tara itu. Walau berduit mana pun seorang anak, tetap takkan mampu membayar balik sejumlah wang dengan setitik peluh yang keluar dari ibu bapa mereka demi menyara anak-anak mereka.

Jadi, samalah dengan hantaran itu. Walaupun berjuta-juta hantaran yang dibayar oleh pihak lelaki, tetap takkan mampu membayar pengorbanan seorang wanita dalam rumah tangga itu. Besarnya pengorbanan itu takkan mampu terbalas dengan material.

Hanya pahala yang berterusan dan keredhaan Allah yang mampu menebusnya. Ya, keredhaan Allah. Yang lebih penting dari segala. Bukan emas yang bergunung tinggi, bukan duit yang berbilion dolar, bukan segunung intan permata. Redha Allah adalah keutamaan kita.


Sabda Rasulullah Saw:
"Wanita yang paling agung kebarakahannya, adalah yang paling ringanmaharnya."  (HR Ahmad, Al-Hakim, Al-Baihaqi dengan sanad yang shahih).

Rasulullah juga mengingatkan,"Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Namun sebaliknya,wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya."


Belajarlah untuk menjadi seorang yg bukan materialistik! 




Till then..


p/s: currently tgh siapkan entri mandarin part 3 :)


Saturday, 15 December 2012

Medical check up aka pemeriksaan kesihatan

currently written by faie mohamad at Saturday, December 15, 2012
Reactions: 
5 criticisms
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni nak share event yg agak best sepanjang sem ni. Memandangkan sem ni skill course yg aku ambik Community Service, so kitaorang harusss buat program yang berunsurkan komuniti setempat (dah namanya community service kan). So kitaorang diberi dua option; buat program di PDK Gombak Setia OR di Fasa 7 Sri Gombak.

Fikir punya fikir, decide punya decide.... kami pilih option ke 2. Fasa 7 Sri Gombak.

Hampir 2 bulan masa diambil utk siapkan proposal, site visit, plan itu, plan ini, rombak master plan beribu2 kali, beratus2 kali tukar floor plan, terpaksa layan kerana ketua komuniti tempat tu yg agak annoying pada mata kasar kami.. sekejap nak itu.. sekejap nak ini.. tunda tarikh berkali2.. Dari 3hb Disember ke 7hb Disember... Tukar pulak ke 15 Disember kerana kerenah birokrasi pihak atasan... Semuanya buat kami terasa amat2 down. Tapi lepas tu masing2 sama2 beri semangat dan start balik dari mula. Demi menunjukkan komitmen pada masyarakat dan sebab tak nak repeat dan subjek ni sem depan, masing2 cuba cekalkan hati. Dan Alhamdulillah... akhirnya pada hari ini... 15hb Disember 2012.. ia berjaya dilaksanakan atas kerjasama semua pihak. Bestnya bila sampai sana.. semua pakat ringankan beban masing2.. biro PR buat kerja biro Catering, PC pulak ambik alih tugas nurse buat MC, Prep and Tech sama2 tolong Special Task punya biro.. Amazing! Semua pakat tak berkira hulurkan tangan masing2 bantu sekadar termampu.



Me as Program Coordinator (PC). Dan aku jugaklah yg terpaksa tolong nurse ambik tekanan darah utk penduduk taman tu. PC yg sorang lagi terpaksa gantikan tempat aku. Tapi takpe, masing2 memang dah follow task memasing kat floor plan tu. So takde masalah sangat :D (mukapucatdemamtakkebahsampaisekarang)




Alhamdulillah.. Syukur sesangat bila sampai kat sana kebetulan penduduk tengah buat gotong royong. So ini peluang keemasan kami. Apalagi kami tarik diorang buat medical check up terus. Actually tempat yang diorang buat gotong royong tu adalah tempat asal kami but lepas dapat arahan dari Tuan Haji, terpaksa buat kat depan surau kat situ je. Nasib baik dah ada back up plan awal2.

Taklimat dari wakil penduduk disitu. Lupa namanya apa hahaha

poster ditampal dimana-mana



sesi rehearsal bersama commitees members






Syukur jugak sebab target penduduk yang kami inginkan tercapai. Bajet dalam not more than 100 sebab tak cukup bajet utk makanan dan yg datang adalah dalam 60+++. Itu sudah cukup bagus buat kami. Before this masing2 down sebab takut takde orang datang. Ketua penduduk tu pulak awal2 cakap program ni maybe tak dapat sambutan sebab diorang sibuk dgn aktiviti gotong royong. Sebaliknya gotong royong tu yg buatkan  semua pakat datang :)

Pamplet2 yang diedarkan kepada mereka2 nih





Paling aku takleh lupakan bila check tekanan darah penduduk taman. Yang perempuan ok lagi tp yang lelaki ni punyala susah nak masukkan alat tu dalam pergelangan tangan diorang. Bila aku suruh adjust sendiri, diorang buat acuh tak acuh pulak. Takkan aku nak pegang tangan diorang pulak. Sabo je la. But dalam byk2 ni ada jugak yg kelakarnya. Sorang mak cik ni suruh aku check tekanan darah dia. Bila check bacaannya mak aii.. more than 200++... Dia tak puas hati.. Dia off sendiri alat tu and on balik... Sekali lagi keluar result, lagi tinggi dari sebelum tu. So dia cabut alat tu kat tangan dia and cakap, lain kali mak cik buat ye. Mak cik rasa banyak yang silap ni.. Hahaha ado pulak cenggitu. Macam2~


Selain ada team medical check-up, ada jugak pegawai dietitian bagi ceramah. Dalam 1 jam setengah lebih kurang. Time ni mostly ramai yang dah balik. Nak masak tengahari kott...


Kawan aku cakap muka aku tersangat pucat time tu. Yela demam tak kebah lagi. Ulser pulak makin menjadi2. So dia suruh aku pakai spek cover sikit kepucatan kemacaman kemayatan tuh. hihihi

So after talk, kitaorang mula berkemas2 nak balik. Balik UIA terus buat post moterm. Bincang isu yang timbul dan cuba perbaiki kelemahan diri. Manusia, selagi namanya insan selagi tu tak lekang dari khilaf. Tol dak?

#Terfikir jugak... diri sendiri tak sihat, duk check kesihatan orang lain. Ceh. Takpe2, buat jangan kerana sesiapa. Tapi kerana Allah. Mudah-mudahan Allah bagi kesembuhan yang cepat kepada aku. In sya Allah.

Till then...




Tuesday, 11 December 2012

It's tiring but pretty fun!

currently written by faie mohamad at Tuesday, December 11, 2012
Reactions: 
4 criticisms
Asssalamualaikum dan salam sejahtera...

For 5 days I left my assignment, my roomates, my blog, my FB, no blogwalking, no stalking hahaha.. And finally, lepas 4 hari berada di Kuantan kerana Kursus Bina Insan Guru IIUM (KBIG) di Kempville Beach Resort, Kg Kempadang, Kuantan, akhirnya aku kembali kesini meneruskan hidup seperti biasa. Segalanya bercampur baur; penat, lapar, mengantuk, excited, seronok, sedih, macam2 lagi. It really taught me a life indeed. A life that is rounded by a globe. And the  globe is rounded by Him. Being in groups  with people that I rarely mingle and talk bangang2 with them is   something quite interesting for me. Aku berada dalam satu group yang semuanya lebih tua dari aku and aku digelar 'maknae' oleh diorang. Hahaha bangga sekejap jadi muda padahal kat sini aku antara yang paling tua cos dah nak abis belajar.



Members of the group



One of the module that is unforgettable by us is 'Qurban'. First time, cuak jugak dengar nama tu. Bila dah ada kat tempat tu (tepi chalet kitaorang), segalanya nampak biasa saje. Takde pun yang pelik macam nama tajuk module tu. Kot2 la maksud qurban tu ada alat tajam ke.. Hahaha memang dahsyat betul fikiran aku time tu.

 Di depan kami ada 3 papan yang terhampar and ada batu bata yg berselerakan. And kami diarahkan utk berjalan atas papan tu and jangan sesekali pijak tanah. Buatla macam mana pun janji dapat lalui papan yg satu lagi. You know jarak papan tu dengan papan satu lagi? More than 2 metres! Kalau ikut logik akal, sape yg dapat rentasi papan satu lagi tu melainkan kalau org tu ada kuasa supernatural. And the chief of fasi, Poknik bagitaw,  kami perlu berkorban.  Berkorban? Then dia menceritakan kisah Hajar dengan Ibrahim, Hajar yg terpaksa ditinggalkan oleh Ibrahim semata2 memenuhi tuntutan dakwah kpd Ilahi. And here, benda yang perlu dikorbankan ialah apa yang ada pada kami.

Then, my friends mostly voluntarily bagi apa yang ada pada mereka. Jam, keronsang, duit, macam2 lagi.... semata2 nak dapatkan bata untuk melalui papan yg satu lagi. Sadly, ia tak dapat lagi memenuhi kehendak Poknik. Dia cakap, pengorbanan ini melibatkan bukan hanya fizikal tetapi mental, rohani dan spiritual. Dia tanya sorang sister ni ada rantai tak. Perlahan saje dia cakap 'ya'. Pandai betul dia teka sister tu memang ada rantai yang terkalung di lehernya. Menangis sister tu sambil terpaksa memberikan rantai pemberian neneknya kpd Poknik. Sorang lagi terpaksa memberikan gelang emas yg diberi ibunya yg sedang sakit. Of course la sambil tu menahan sebak yang tertahan2, namun akhirnya air mata itu jatuh juga.

Perasaan kami waktu tu? Semuanya menangis teresak2. Air mata jatuh tak tertahan. Can you imagine that someday barang berharga yg diberikan oleh someone yg sangat kita sayang terpaksa diberikan secara paksarela untuk disedekahkan kpd anak yatim? Bagi aku, ambillah harta apa pun yang ada pada aku.. Yang aku beli guna titik peluh sendiri sekalipun, tetapi andaikata memberikan sesuatu yg dihadiahkan oleh orang yang kita sayang, tidak sama sekali... Walaupun ia murah, tetapi sentimental value yg ada pada barang itu tak mampu terluah dengan bicara kasar.

Paling menyedihkan, ada antara kawan2 senior aku yg dah berkahwin terpaksa memberikan barang kemas hantaran perkahwinan mereka. Rantai dan gelang itu menyaksikan betapa kentalnya mereka dengan pasrahnya memberi walau ada yang sampai menangis terduduk. Mungkin mereka rasa kesal, bukan kerana harga barang kemas itu, tetapi nilai ia pada mereka. Nilai yg jika ditukar dengan wang ringgit sekalipun takkan mampu menggantikan ia yang sudah tiada menjadi perhiasan di tubuh.

Itu yg terbuku dihati kami waktu itu. Melihat 2 orang kawan yang memberikan barang kemas milik mereka untuk mendapatkan sekeping dua bata sometimes nampak sgt tak logik. But it's a fact. Aku pasti ada perancangan tersembunyi yang dibuat Poknik diam2. And apa yang aku andaikan betul. Malam sebelum pulang, dia bagi balik semua benda yang kami bagi termasuklah rantai, gelang, jam, duit. Tujuan atau rasionalnya, supaya kami dapat mempersiapkan diri supaya lebih redha andai sesuatu terjadi kepada kami. Andai ia ditarik balik oleh Allah atau kita secara terpaksa melepaskan sesuatu yg kita sayang, itu adalah kerana suatu ujian yang indah. Indah kerana imbalannya bakal kita saksikan dan rasai selepas kita merasai hayat di dunia.

Poknik memang bijak! We all love you. Thanks for everything!


Muka Poknik ni sama macam lecturer aku, nama Poknik jugak. What a surprise...


Not only that, pengalaman night walking is something yang amat wonderful. Checkpoint pertama, terpaksa berjalan sorang diri... adala dalam seratus meter lebih. Chekcpoint kedua, kami terpaksa ditutup mata sambil berpegangan tangan. Time ni sikap percaya kepada members is very crucial. Then lepas bukak mata kena masuk dalam satu lorong sambil meniarap ala2 askar. Pulak tu diorang letak rempah kari dan telur. Memang habis badan bau rempah kari. Pastu badan kami diikat dan terpaksa melangkah2 ramai2 secara perlahan ke tempat yang dikehendaki sambil menjerit 'hud huuuuddd'. Nampak seram pun ada tapi buat2 berani je. Lepas sampai je checkpoint seterusnya, kena masuk dalam air sungai pulak dah. Tangan kiri pegang bahu kawan, tangan kanan pegang tali. Ada la dlmnya paras dada tapi sebab aku ni agak panjang, paras pinggang je. Ada gak hikmahnya. Lepas tu kami terpaksa masuk dalam terowong sambil merangkak. Terowong yang dipenuhi ais. And kami dilarang menyatakan apa yg kami rasai waktu itu walaupun rasa terseksa. Alhamdulillah akhirnya semuanya dapat melalui semua itu dengan jayanya.

Last sekali semua disuruh dalam keadaan tahiyat akhir sambil diazankan Poknik. Kemudian kami disuruh bermuhasabah diri dan sujud ke tanah yang berbau rumput tu. Sambil tu menyesali semua dosa2 dan perbuatan yang telah kami lakukan selama ini. Then kami disuruh berpelukan dan meminta maaf kepada semua kawan kot2 ada TERmengumpat ke, TERmengata ke, TERberprasangka bukan2 ke...

Actually banyak lagi module2 yang menarik. Module 'ukhuwah', yang mana 20 orang terpaksa berdiri dalam satu kawasan yg tersangat sempit sambil memijak kaki kawan dan didukung. Module 'bahtera Noah' yang mana terpaksa menaiki bot dan mengambil botol2 yg mengandungi ayat2 surah dan cantumkan semua ayat. Module 'gerak hati' dimana kami memijak petak2 sambil ikut gerak hati. Modul 'percaya' yg mana ada flying fox. Pulak tu angin bertiup kencang. Memang menguji kekuatan fizikal dan mental. Module 'hijrah' yang mana terpaksa pindahkan tayar ke satu kawasan lain sambil mata ditutup. Semua module2 tu challenging but fun!


Terompah ciptaan kami. Oba-chan means terompah nenek. Yang menggayakannya memang buat2 jadi nenek.. Klaka~





We are buddies till eternity :)



Poknik and sorang lagi trainer duk terangkan tentang modul


pakai jaket keselamatan dulu...




Tu belum termasuk lagi buat replika rumah, masjid and sekolah menggunakan sayur-sayuran dan keropok yg kalerful, design terompah yg dibuat daripada kotak dan ada telur dibawahnya. And pastikan telur tu tak pecah. Kalau pecah, failed. Alhamdulillah semua group berjaya buat. Berkat kerjasama semua pihak.


khusyuk potong kotak untuk dibuat terompak nenek.. hihi



Replika rumah ciptaan kami. Hentam je yg mana ado


one thing for sure... walau secantik mana pun rumah, namun jika tiada kebahagiaan dan ketenangan yang hakiki, nilai rumah itu pasti tiada... (learning outcome dari module ni)


Aktiviti lain, visit kawasan kampung dan cari rumah termiskin dan interview diorang. Macam2 gelagat dapat tengok. Kelakar pun ado. Lepas tu ada 'survivor cooking', and kami diberi seekor ayam yg masih hidup, seketul ubi keledek and bakar bawah tanah, seekor ikan patin dan masak nasi guna kelapa. First time buat macam tu, excitednya usah cerita. A very sweetest moment that I felt on that day.


Jalan2 cari rumah termiskin sambil hulurkan sumbangan termampu mungkin






Nasi kelapa.. Masak guna air kelapa and then bakar dalam timbunan api. fuuhhh



module Menara Maruah.. Cuba naikkan setinggi mungkin.









Pictures can tell everything.

Setiap perkara pasti akan berlalu, tetapi kenangan itu pasti akan dirasai andai ada gambar yang mampu membuatkan ia berbicara kembali :)


Biarku menjadi lilin...
memberikan cahaya...
terangi sekeliling.. dengan diri terbakar...
tak siapa yang sedar...
disaat kegelapan.. rela aku berkorban..
demi satu harapan...
biar masa berlari...
dan kau terus mendaki...
aku tenang disini...
dengan sabar menanti...
tanpa dendam dan benci..
andainya kau terjatuh, terluka dan 
tersungkur...
ku rawat biar sembuh...

Till then...


Thursday, 6 December 2012

Jom belajar bahasa Mandarin #part 2

currently written by faie mohamad at Thursday, December 06, 2012
Reactions: 
6 criticisms
Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Ni hao ma? Ni zai zuo shenme? :) (Apa khabar? Tengah buat apa?)

Seperti yang dijanjikan, lepas aku publish  entri Bahasa Mandarin part 1 beberapa hari lepas, kali ni aku nak ajar korang tentang nombor, warna, dan some simple sentences yg korang boleh apply. Mane la tahu kot2 lepas ni terdetik hati nak kahwin ngan orang Cina ke, or nak naik Tembok Besar China ke, korang boleh cuba belajar untuk belajar basic bahasa ni yang selalu diorang cakap dengan geng diorang. For  sure kadang2 kita jeles kan sebab tak faham diorang cakap apa kan? So aku nak share sikit la tentang bahasa ni, but please, do correct me if I'm wrong okay. Korang nak copy pun aku langsung tak kisah.

Firstly, jom kenali dulu nombor2 dalam bahasa Mandarin yang ohsem nih.


yi (sebut eii) : satu

er (sebut ar) : dua

san : tiga

si (sebut se) : empat

wu : lima

liu : enam

qi (sebut chi) : tujuh

ba :  lapan

jiu : sembilan

shi : sepuluh



Seterusnya,


shi yi : 11

shi er : 12

shi san : 13

shi si : 14

shi wu : 15

shi liu : 16

shi qi : 17

shi ba : 18

shi jiu : 19

er shi : 20

san shi : 30

si shi : 40


Dan begitulah seterusnya.....

Kalau 21, sebutannya er shi yi.

kalau 22, sebutannya er shi er

kalau 23, sebutannya er shin san

bla..bla..bla... Pendek kata just tukar nombor mengikut panduan di atas. :)


Next, tentang warna (yan se) pulak.








(aku warnakan terus la ye)



hong               hei            fen

huang             lan             lu (tebalkan bunyi 'l')

zi                   bai (putih)




Next, jom belajar tentang beberapa ayat mudah.


Vocab:

xiang: mahu/fikir/rindu                 chang : selalu

xihuan: suka                                 zhege : disini

qu: pergi                                       shangdian: kedai    

mai: beli                                        mianbao : roti

dongxi: barang                             niunai : susu

da: main                                        Zhongguo : China

wangqiu: tenis                              hen : sangat

kan: tonton/tengok                      hao : bagus      

dianying: cerita/filem                   ye : juga

ting: dengar                                  yinyue: muzik





  1. wo xiang qu Guangzhou 
  •  saya mahu pergi Guangzhou


   2.   wo xihuan mai dongxi

  • saya suka beli barang 




    3.   wo xiang kan dianying
  • saya mahu tengok cerita/wayang
  
  4.    ta xihuan da wangqiu
  • dia suka main tenis

   5.   ni xihuan ting yinyue ma?
  • awak suka dengar muzik  ke?


Jom baca ayat ni sama2...



Wo xihuan mai dongxi, kan dianying. Wo chang qu zhege shangdian. Wo mai mianbao, niunai. Wo xihuan kan hao dianying, Zhongguo dianying hen hao, wo xiang kan. Wo ye xihuan ting Zhongguo yinyue.


Ulang baca berkali2 dan try faham maksud sehingga sebati (ceh macam nak masak pulak).

            Wo Xiang chi mianbao ( saya mahu makan roti) nyum nyum nyum



Formula mudah:



S + (bu) + xiang + V  + N



S + xiang + V  + N

S + (bu) + xihuan + N


'S' : subject/pronoun

'bu' : not

'V' : verb

'N' : noun


Contoh ayat paling mudah:


# Wo bu xiang qu Ma Lai Xi Ya ( Saya tak mahu pergi Malaysia)

# Ta xiang ting yinyue ( Dia mahu dengar muzik)

# Ni bu xihuan mai dongxi ma? (Awak tak suka beli barang ke?)



Latihan terakhir untuk entri part ini... Jom hafal building pulak. Sambil hafal sambil relate dengan gambar2 ni.






Bank : yinhang




Pejabat pos: youju





kedai: shangdian





Restoran: fandian





bilik: fangjian




bilik  darjah : jiaoshi





Okay, cukuplah pelajaran kita hari ni ye. But if korang ada perasan terms2 yang mungkin tersalah maksud, sila bagitahu ye. I'm not a perfect one, and it's my frailty to make many mistakes everytime. Still I'm in learning process that need strong efforts throughout the way.

Lagi sekali aku bagitahu, you're allowed to copy this entry (other entries also) without seeking my permission. Ilmu Allah, sama2 kita kongsikan. Just doakan semoga aku pass exam ni ye.

Aku buat entri ni bukan sebab bajet bagus or pandai or cerdik or whatsoever... Tujuan aku hanya satu; semoga korang mendapat manfaat darinya. That's why aku tak kisah kalau korang copy ke apa. Paling penting, jangan kisah sape yang post, tapi belajarlah sesuatu daripadanya. Ia pasti akan menjadi ilmu yang tak ternilai suatu hari nanti.

And, jangan lupa study taw.^^

Till then.

Assalamualaikum.

Zai jian!


p/s : Entri ni aku berjaya siapkan pukul 1.30 pagi. Mengantuk sudaa...
 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea