Assalamualaikum…:)
Alhamdulillah akhirnya Finishing School Program selesai suda. Selepas dua minggu kami bertungkus lumus menyiapkan kerja2 sebagai committee aka fasilitator, akhirnya ia berbayar dengan sebuah kepuasan dan kegembiraan yang tak terhingga. Atceli ni program untuk final year students yg bakal grad akhir tahun ni. So kami selaku student GUIDE (gabungan 2nd year & 4th year students) dgn kerjasama pihak Alumni & Career Service telah diamanahkan untuk menjayakan program ni kat CAC dan Resource Management Centre depan library tuh. Kakak2 dan abang2 GUIDE dari batch pertama INSTED menjadi committee merangkap participant and kitaorang yang second year ni jadi committee je, just tolong apa yang patut untuk diorang. Program ni jugak adalah yang pertama kat UIA nih. Sebab tu lah ia menelan belanja yang bukan sedikit. Patutla makanan best, free pulak tu. Sijil dapat, pengalaman pun dapat. Selama lima hari program ni kitaorang banyak belajar tentang persiapan memasuki alam pekerjaan yang agak challenging ataupun dlm BI disebut World of Work (WoW). Sambil2 buat kerja kitaorang join sekali aktiviti2 yang ada kat situ. Boleh dikatakan schedule ni agak padat la sebab pukul 11 malam baru selesai pastu pukul 8 pagi esok tu semua kena berkumpul dah. Tu pun pihak2 committee kena bersengkang mata sampai pagi nak siapkan kerja yang tertangguh. Pernah sekali aku sampai kat bilik mahalah pukul 2 pagi sebab kena print sijil2 untuk participant nih. Siap kena soal lagi ngn pak guard hafsa tu sebab dah lewat sangat. Ye la dah setiap slot ada sijil. Bayangkan aku dan kwan2 lain selaku committee special task kena wat 15 sijil untuk sorang participant yang nak dekat 50 orang. So nak dekat 8 ratus sijil jugak la kena siapkan dalam 2 hari termasuk sijil2 utk committee. Sampai dah cramp otot2 nih. Tapi best sebab aku memang minat kerja2 perkeranian nih dan selama dua hari berturut2 menjadi kerani tidak bergaji aka tukang ‘copy paste’ and ‘margin’ untuk nama2 diorang. Kawan2 aku yang jadi committee catering, registration & prep and tech pun sama sibuk dan penat yang tak terkata. Tapi overallnya masing2 dah menunjukkan komitmen yang bagus untuk menjadikan program yg grand ni berjalan lancar. Congratz 2 all :)
Yang bestnya, ikatan kami antara student junior dgn kakak2 dan abang2 GUIDE yang nak grad tu menjadi erat dan padu. Waktu nilah yang sesuai untuk kami berkenalan antara satu sama lain, share pengalaman diorang yang dah siap wat praktikal, bergurau senda, ketawa sama2.. and it’s a lovely moment that we shared together.Kami tgk wayang pacak kat tangga besar smbil mkn popcorn rmai2, kami dinner kat de palma sama2, kami wat sijil sampai semua aggota badan skit2, pastu kami wat lawak ramai2 smpai nak termuntah.. huhu. Buat Kak Nor, Kak Nelly, Kak Ain, Kak zaitun, Kak Fadhilah, Kak Syarimah, Kak Nadia, Kak Fezza, Kak Aisyah, Lukman Uzir & Syahran, terima kasih daun keladi dari kami untuk korang semua atas segala jasa2 dan nasihat korang… peace:)
Ni antara gambar2 yang kami ambik sepanjang program tuh. Dan aku pasti rindukan sume nih pasni..^^
gambar bersama farrah adeeba |
kat hotel De Palma |
senamrobik pada hari kedua kt dpn CAC |
menu ala western utk dinner |
masing2 menunjukkan 'bakat' terpendam. haha |
chocolate cake. oleh kerana aku ni bukan penggemar sebarang jenis kek, kek coklat ni hanya dipandang sepi...T_T |
akak2 fasi ni sgt2 baek! |
Dah tak larat dah nak upload sume. my last words would be, bestnye kalu dpt join lagi. Tadi masa postmortem mdm Haniza smpat lagi belanja kitaorang pizza. I’ll miss you all after this sebab akak2 fasi dah kena pegi posting. Ntah bila lg dapat jumpa.. sob2
p/s: bye2 sume.. semoga korang berjaya dlm hidup.. peace :)
0 criticisms:
Post a Comment