Dialah dihati ;) |
Pernahkan kita terfikir, kenapa kita selalu dipertemukan dengan orang yang salah? Insan yang selama ini kita kasihi sepenuh hati, yang kita tatang dengan penuh berhati-hati tiba2 pergi meninggalkan kita tanpa alasan munasabah. Memang perit bila cinta tidak berbalas, lebih2 lagi insan itulah yang kita harapkan mampu menemani kita kelak. Tapi sedarkah kamu apakan hikmah yang tersirat disebalik semua ini? Sedarkah kamu mengapa ternyata bukan dia yang kita cari selama ini?
Allah tidak pernah mentakdirkan sesuatu itu secara sia-sia. Allah juga tidak pernah cuba untuk menyusahkan hambaNya melainkan hamba itu berupaya mengatasi keperitan yang dilalui itu. Dan Allah juga sengaja menemukan kita dengan orang sebegitu supaya kita sedar bahawa cinta kepadaNya adalah cinta teragung, bahkan tiada siapa yang mampu menandingi nikmat cinta yang diberikan kepada kita. Kalau dulu mungkin kita fikir yang cinta kita adalah cinta tulus, walhal cinta itu hanyalah sesama manusia yang hatinya mudah berbolak balik tanpa ada rasa cinta pada yang Maha Khaliq itu sendiri. Allah juga mahu kita sedar, melalui ujian ini, kita mampu menjadi seorang penilai yang baik. Ya, kalau dulu kita mungkin buta. Kita mungkin sengaja memekakkan telinga kita. Konon itulah cinta sejati, itulah cinta hakiki. Tanpa kita sedari, sebenarnya disebalik semua itu, Dia telah mentakdirkan orang yang jauh lebih baik dari insan itu. Supaya kita dapat menilai yang mana kaca, yang mana permata yang paling berharga.
Anda yang budiman, jangan cuba untuk menganggu kerja mahupun urusanNya. Bertafakurlah sejenak. Anggaplah jika belum sampai jodohmu, si dia sedang dalam diam membina sakhsiah dirinya untuk memimpin dirimu. Usah ditangisi andai jodohmu belum tiba. Ingatlah, lelaki baik untuk perempuan yang baik. Jika kau thabat dijalan yang benar, insyaALLAH si dia pun akan turut berada di jalan yang sama. Allah tidak akan sesekali menzalimi nasib hambaNya. Pernahkan kita terfikir, betapa banyak ujian dan dugaan yang kita terima, dan kita tangisi semua cubaan yang walaupun mampu merobohkan tembok air mata tapi sebenarnya membuatkan diri kita menjadi makin kental. Pernahkan kita melihat disebalik hujan yang Dia turunkan kepada kita beserta dengan ribut petir sabung menyabung, selepas itu Dia mendatangkan kepada kita satu pelangi yang sungguh indah. Begitu juga bila kita menghadapi saat-saat insan yang tersayang meninggalkan kita, sebenarnya Dia mahu memberikan kita insan yang jauh lebih berharga dari itu.
Dia sebenarnya mahu menganugerahkan kepada kita insan yang mampu membahagiakan kita, yang mampu memimpin kita kejalanNya, dan mampu merasakan kita adalah manusia yang berharga, ibarat mutiara yang terletak didasar laut, dek kerana terperuk di bawah, ia sukar digapai melainkan ada tangan yang mampu mengambilnya. Dan tangan itulah yang akan membawa mutiara itu menemui cinta sejati lillahita’ala.
Percayalah, tiada kebahagiaan tanpa keperitan dan duka yang dirasai. Tiada istilah gembira andai hidup kita tidak pernah disulami sedih dan pilu. Dan Allah sengaja menemukan kita dengan insan-insan sebegini kerana Dia tahu disebalik semua ini, kita pasti akan menemui sebuah cinta yang sejati. Rahmat disebalik kesedihan, pasti terselit kebahagiaan. Percayalah, Dia yang mengaturkan segalanya. Usah dibimbangi siapa jodohmu kelak, gapailah cinta Allah sebelum kamu menggapai cinta seorang manusia yang mampu membawamu hingga ke syurga untuk bertemu denganNya…
0 criticisms:
Post a Comment