Monday, 6 April 2015

Life with my awesome students

currently written by faie mohamad at Monday, April 06, 2015
Reactions: 
1 criticisms
Assalamualaikum...

As promised. Here i wanna share about my precious moment with my students. So adorable you know. Al kisahnya begini. Aku sebenarnya tak plan pun nak jadi guru ganti kat sekolah x ni. Plan asal saja jalan-jalan ikut kakak aku ke Johor sambil teman dia naik bas dgn anak-anak. So aku stay sana ada dlm 3 mggu. Minggu terakhir tu kakak aku ada meeting kat sekolah dia. Dalam meeting tu pengetua announced yang dia sedang cari dua orang guru ganti. Sorang ajar Bahasa Inggeris. Sorang lagi ajar Math, Terus kakak aku suggest supaya aku mohon. And i was like... why not! Memang aku tgh cari kerja kot. Nak harapkn posting dari KPM memang kepam la sijil aku jawabnya. Almost two years in waiting list, thus i need to find another job instead of it. 

Mula-mula dia tanya aku, nak ajar BI ke Math? Nak gantikan yang mana satu? Terus aku jawab BI la.At least aku ada basic sikit-sikit masa kat UIA dulu. Belajar speaking, writing.Pada tanggapan aku, student luar bandar, takde masalah sangat kot. BI dorang pun takdelah sampai tahap advance. Kalau nakk compare ngn Math, silap2 bebudak yang ajar aku. ahahaha, Dari dulu lagi Add Math tak pernah pass kecuali masa SPM la. Nak wat cane, tendency aku more to language. Takleh nak wat gapo doh. So, aku buat keputusan. Jadi teacher BI lah camtu. So aku terus call kakak ipar aku mintak tolong poskan sijil SPM, STPM, Degree, academic trancript, surat beranak etc etc. Lepas tu terus ke PPD jumpa officer kat sana and submit resume dan yang lain-lain. Alhamdulillah dipermudahkan disitu. Tapi nervousnya masih ada.

Mana taknya. Sebelum tu aku mengajar student pendidikan khas. Kanak2 pra pulak tu. Yang 6 tahun punya. Masih kecik2, comel2 siap berpampers lagi. Lepas tu ajar kanak-kanak sekolah rendah mengaji dan hafazan untuk ABIM. Dan terus berdepan dengan students sekolah menengh yang dah remaja yang mana menurut kakak aku boleh tahan jugakla attitude diorang. You just need to be patient, katanya, Aku dah mula fikir macam-macam, but its okay.demi pengalaman, demi tanggungjawab aku sanggup. cewah.

Okay, mula2 mengajar kat situ, aku mengaku segalanya kelam kabut. Aku seakan blur. Apa taknya, dahla masa jadi guru ganti pendidikan khas tu aku just amik tugas mengajar je, Means relaks gile smpai sempat lagi online dalam kelas. Tapi kat sini segalanya berubah 360 degree. Aku ingatkan aku just gantikan relief je macam sesetengah sekolah yang lain. Tapi disini, aku terpaksa ambil tugas cikgu tu dari A sampai Z you know. Dari perihal jadi guru kelas berdepan dengan bebudak form 2 yang buat aku pening kepala, jadi juri untuk macam-macam acara sekolah, buat dokumen bla-bla, siapkan itu ini ikut deadline.. Feeling dia..perghhh. Penat dan stress tu takyah cakap. Sampai aku pernah buat keputusan nak stop je kontrak tu pada minggu pertama tapi ditentang oleh kakak aku. Belum lagi masuk kerenah pelajar yang taknak dengar kata. Bila masuk kelas buat dono je sampai buat aku berkecil hati, tapi cepat-cepat pujuk diri. Diorang tak biadab pun dah syukur Alhamdulillah. Takpe lah ni baru ujian kecik, pujuk diri sendiri. Tapi tak dinafikan ada jugak kelas favorite aku. Means memang tak sabar nak masuk kelas diorang. Dahla diorang behave sangat tak bising2 , respek aku albeit im not officially a teacher at that school. Terharu gila bila setiap kali jumpa students mesti diorang bagi salam, senyum2. Pengalaman masa internship pun macam ni jugak, tp feeling dia lain. Rasa macam diterima kat sekolah tu.

Anddddd... dipendekkan cerita lah. kalau nak cerita memang 5 entri baru abis, tapi yang ni aku shortkan. Adalah dalam dua bulan aku kat sekolah tu. Tak dinafikan memang aku ada hubungan yg sangat baik dgn student2 kat sana. Aku pegang prinsip yang aku tonton dari crita GTO.

#Buat student macam sahabat baik. Dengar cerita mereka, share masalah, makan-makan sampai mereka rasa kita sebahagian dari mereka.
#Make lesson as two ways communication. Aku tak suka cakap sorang2 dlm kelas. So aku akan mintak diorang brtanyakan soalan atau jawab apa yg patut 
#Buat sesuatu jangan harapkan imbalan dunia. Means buat apa kita dipertanggungjawabkan. Kalau dalam GTO tu kan, si Onizuka tu kalau dia nak buat pape dia tak fikir apa dah. Janji bg manfaat kt pelajar dia. Jangan harapkan gaji semata-mata dan penghargaan dari pelajar. Tu hak diorang nak terima kita ke tak.
#Beri penekanan kat aspek dalaman pelajar. Yang ni ada kelas aku tak sempat bagi penekanan. Time constrained. sob sob.

Aku memang menganggap mereka semua sahabat aku. Aku taknak ada gap dengan diorang. Kami bebas berbincang apa sahaja walaupun pada mulanya mereka agak malu2 tapi lama kelamaan aku perasan mereka seronok dengan cara ni. Aku suka mengambil tahu hal students. Even kecik bagi kita, besar maknanya bg mereka. im aware of that. Bila aku buat macam ni, suasana kat kelas jadi lebih santai, belajar dalam keadaan happy. Apa-apa keadaan kami bebas bergurau tapi ada jugakla aku set boundaries dalam kelas i.e jangan bergurau secara melampau dan make sure diorang still respek aku. Memang berkesan, Syukur.

Pastu bila dah masuk minggu last, memang aku rasa sedih gila. Tapi sebab aku rasa nervous dengan interview spp dalam masa yang sama, perasaan sedih tu aku terpaksa pendam dulu, even dalam masa yang sama kadang2 aku takleh control. Maunya tak weh. Bayangkan walaupun just dua bulan kat sana, aku masih ingat hari last tu, diorang menangis2 minta aku jangan pergi, ada yang siap bagi hadiah,letak atas meja aku anonymously. Lepas tu bila diminta tulis kritikan atau ucapan apa2 sahaja, memang buat mata aku berair. Macam2 kata semangat, pujian, ucapan yang jauh dari lubuk hati untuk aku, guru ganti diorang yang bagi aku sendiri takde pape pun yang aku banggakan. Tapi bagi mereka, seolah2 aku lah guru yang mereka paling sayang. Aku takleh nak express feeling tu macam mana. Sedih, dalam masa yang sama bangga, terharu,gembira dan puas.












Antara ucapan dan kata2 terakhir. Kami create group whatsapp ni masa minggu last aku kat sana, Aku rasa macam.. Ya Allah, terima kasih kerana meghadirkan aku kenangan ini. Mereka semua sangat bermakna bagi aku. Hanya Engkau sebaik-baik pencipta.






















Bila ada kenangan camni kan.. otomatik rasa best pulak jadi cikgu subjek ni. Malas pulak jadi kaunselor ni.. hahaha. Tapi takpe lah, ada la tu reason disebalik semua ni. Lagipun jadi kaunselor best pe. Dua kali masuk sekolah deal dengan bebudak rasa iols ni sesuai dgn jiwa sekolah menengah. Bukan tak suka dgn budak2 pra dan sekolah rendah, tapi kadang2 tak leh ngam sebab tak leh share segala cerita..huhuhu

So, to all my students, walaupun korang tak baca pun entri ni, tapi ticer nak korang semua tau yg ticer sayaaangg sgt korang tau. Jaga diri bebaik. Good luck on ur upcoming exam okay. Be a good muslim and muslimah to our ummah. Insyaallah. May Allah bless us.

Thursday, 2 April 2015

Hari Lahir-Birthday-Tanjoubi-Shengri

currently written by faie mohamad at Thursday, April 02, 2015
Reactions: 
0 criticisms

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. 1st April datang lagi dalam hidup aku. Membawa maksud usiaku sudah menginjak ke angka seterusnya. Menandakan aku telah matang sepenuhnya dalam memikul segala tanggungjawab dalam diri. Juga membawa erti ajal semakin hari semakin dekat. Oh, really cant imagine this huhu.

Birthday kali ni takde celebration pun. Bila usia dah makin bertamb
ah, segala sambutan bagi tu bukan perkara utama dah. Kalau dulu kemain beria beli kek, beli props celebrate kat KFC la pastu amik gambar ramai2. Sekarang ni ada jugak la feeling camtu cuma masa yang membataskan, Yang penting ucapan. Yes, ucapan from orang-orang tersayang. Bila ada yang sudi wish, feeling dia tu, pergggghhh... rasa dihargai sangat. Rasa disayangi pulak kikiki. Dan kebetulan sebelum tu aku pernah menjadi guru sementara kat sekolah di Johor, maka ramai lah yang tampil mengewish chegu dia yang sempoi nih. Nanti next entri aku cerita pasal students aku.

Ucapan dari student 5UKM. Thanks qila. Qila kesayangan ckgu. Cikgu sayang qila


Ucapan dari student 5UKM. Yang ni pun antara kesayangan. Dia nyanyikan lagu birthday dalam Bahasa Korea. Oh my... Effa, awak comel sangat tau. Sayang gilee

Ucapan dari student 5UKM. Juga student kesayangan aku,.Tq Fatin. Awak memang sweet sgt! wink wink


Ucapan dari student 4UKM melalui group whatsapp. Korang mmg sweet, tak pernah buat ckgu marah2. Sayang sgt2

Ucapan dari student 5UKM dari group whatsapp. Terharu gila. Rindu korang tau

Ucapan dari student 4UKM. To Fara, arigatou! Cg akan selalu sayang awak sampai bila-bila tauu


Ucapan dari student 5UKM. Thanks Kai, good luck for your spm :)


Yang ni pulak kat WeChat. Diorang post kat moment. Ada yang masa aku buat praktikal kt KL dulu pun wish. So sweet :). Thanks Hazim yang gigih up kat moment and pagi-pagi dah wish sy happy birthday. terharu tau. Juga terima kasih kat Dini dan Fatin yang still ingat kt cikgu dia ni even dah dua tahun tak jumpa :')

Terharu takleh nak cerita. Aku ingatkan once bila aku tinggalkan sekolah tu, aku bakal dilupakan sedikit demi sedikit, sebaliknya membuatkan aku makin disayangi. Walaupun just 2 bulan, aku menganggap kelibat aku akan hilang dalam minda untuk beberapa minggu, Namun, sehingga sekarang mereka masih lagi tidak lupa bertanyakan khabar, Thanks kesayangans teacher. Really mis all of you :')

Actually ada lagi ucapan birthday tu. Kat Fb, through inbox tapi malas nak screenshot. haha

Also, ucapan dari adik beradik tersayang. Banyak sgt. Tenkiu kakak2 ku yang telah banyak berjasa dan memberikan aku kehidupan. Aku tak mampu membalas semua tu, hanya mampu mengirim doa buat kalian. Semoga hidup dalam keberkatan dan penuh ketaatan kepadaNya.

For my mom, trima kasih mak kerana melahirkan aku. Aku selalu kelu mengungkapkan ucapan itu tapi jauh disudut hati, aku bersyukur kerana mempunyai ibu sepertimu. Seorang yang kuat, tabah, dan sangat kental. Very strong. I really wish to be like you, mom. 

So, untuk birthday kali ni, apa yang aku harapkan ialah:

-Cepat-cepat posting supaya aku cepat berkhidmat sebagai pendidik. Tu cita-cita dari kecil. Allah, kabulkanlah.
-Bertemu Mr Right at the right moment, right place, right time. InsyaAllah
-Jadi seorang muslimah dan caliph yang taat kepadaNya. InsyaAllah
-Dapat kumpul harta. I mean beli aset seperti kereta, ada sejumlah wang untuk kegunaan masa depan.
-Tambah ilmu sebanyak mungkin, baik ilmu duniawi mahupun ukhrawi. Balance kan.
-Ubah sikap negatif kepada positif. It may take time, but i hope it will work.
-Improve skill memasak. Sekarang ni aku dah terer (la sangat haha) masak mcm2 jenis masakan Melayu. Yang lain aku tak minat.
-etc etc

Ok. Takleh nak cerita banyak-banyak dah. Kang banjir kang. huhu. Arigatou gozaimasu everyone!

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea