Friday, 8 June 2012

pointer hanya sebuah nombor

currently written by faie mohamad at Friday, June 08, 2012
Reactions: 
Assalamualaikum dan salam  sejahtera...

Alhamdulillah,  untuk hari ni 08 Jun 2012,  berakhirlah  sem 2  sesi  2011/2012  selepas  setelnya last paper  tadi, Research Methodology in Counseling.  Aku keluar dari  dewan exam  tadi sejam  setengah lebih awal. Dah soalan banyak multiple choice, kalau tak leh jawab main hentam je.. heee


contoh multiple choice question heeee


Actually I dislike multiple choice question. Why? Because as for me, it can limit our thinking where we cannot think widely about that issues. Dah  jawapan tersedia kat situ, macam mana nak cari jawapan lain? Compared to structured question and essay, I think these type of questions sangat2 helpful untuk uji kemahiran dan kebolehan semua student. Even my teachers also agreed with this statement. But, as I can see, sem ni paling banyak paper yang ada mcq. Dan kalau ikutkan sebelum2 ni pun, paper yang ada mcq aku tak boleh skor dengan baik. Satu, sebab tak ada kebolehan dalam cari jawapan yang paling tepat, dua sebab selalu confuse dengan jawapan jawapan tersebut dan tiga sampai ke akhirnya tak dapat dapat cari jawapan tersebut. (erk macam sama je alasan2 nih). But I really hope sem ni harap-harap adala perubahan sikit akan penerimaan soalan soalan macam ni in the future.

Soal result yang bakal keluar pertengahan bulan ini,  biarlah hanya Dia yang menentukan.  Aku dah  cuba yang terbaik. Sudah berusaha semampu mungkin.  Seandainya Allah memberikan yang baik buat aku, aku bersyukur dan seandainya tidak, aku terima dengan hati yang terbuka. Berkali kali aku ingatkan diri, result bukan penentu dan tiket kita sudah excellent atau belum. Ia hanyalah sebuah gambaran yang secara luarannya menilai kita samada kita tahu tentang perkara itu secara basic atau tidak. Bagi aku result exam hanya mewakili 30 peratus daripada apa yang kita usahakan selama ini. Student  yang dapat skor  dengan baik dalam exam tidak  semestinya dia sudah pandai dan excellent, tapi nilaiannya adalah pada usaha  kerasnya  dan bagaimana dia berusaha untuk mencapai ke arah itu. Banyak kali aku memberitahu kawan kawan aku jangan bersedih andai result mereka tidak seindah yang mereka impikan, tetapi berbanggalah dengan dengan effort yang kita buat. Yang dilakukan dengan jerih perih usaha yang kita lakukan dengan pelbagai, dan jangan menangis akan outcome yang kita dapat. As a saying goes, 'great effort, great praying, but less expectation'

Allah sendiri tidak memandang hasil seseorang, yang Dia pandang adalah effort dan usaha seseorang itu. Pernah dengar atau tidak kisah Nabi Ibrahim dan burung yang cuba memadam api yang dibakar? Dalam kisah itu, Nabi Ibrahim dibakar oleh Raja Namrud dan seekor burung kecil itu berusaha memadamkan api tersebut dengan menggunakan air yang diambil menerusi paruhnya. Walaupun burung itu tahu air sebanyak itu tidak mampu memadamkan api itu, sekurang kurangnya ia sudah menjalankan peranannya dan berusaha untuk melawan kejahatan itu. So, adakah disitu Allah akan mempersoalkan tentang jumlah api yang terpadam? Of course no, dear. As long as kita ada effort untuk membuat something, ia sudah cukup membuatkan kita mendapat ganjaran yang cukup indah disisiNya.



Jadi, to everyone outside, jangan bersedih andai kamu tidak mendapat result yang excellent di kemudian hari. Grade dan pointer for me hanyalah sebuah nombor. Cukup untuk membuatkan kamu excellent di hadapan kawan kawan kamu, tapi di mata yang sebaliknya andai kamu tak dapat apply apa yang dipelajari dari ilmu tersebut, it's still called meaningless. Nothing that you can proud of. It's shameful if you proudly tell  everyone that you got excellent result whereas none of things that you can contribute to them. Either knowledge or skill applied. Bukan nak kata pointer langsung tak penting, tapi biarlah ia selari dengan apa yang kita kerjakan dan knowledge yang kita dapat. You got it? :)

Kalau dulu pun aku rasa down kalau  dapat result teruk masa kat sekolah tuh, nak nak bila tak dapat catch up subject Add Math and Kimia yg memang bukan jadi kesukaan. Tapi bila dah masuk alam universiti ni, sebab selalu disogokkan dengan motivasi dan usrah bahawa result bukan penentu segala-galanya, akhirnya aku dah imun. See, walaupun result tidak se excellent orang lain, till now I can give smile to everyone (:




Conclusionnya, pertama, result dan pointer bukan tiket untuk kita bergelar seorang yang excellent secara total. Ia hanyalah markah yang menunjukkan kita berada di tahap sekian sekian zahirnya tetapi dalamannya ia  dinilai melalui bagaimana kita apply ilmu itu diluar dan prestasi kita bila memasuki alam kerja. Second, nilai apa yang kita pada hari ini melalui usaha kita, bukan melalui outcome. Walaupun ia menyumbang serba sedikit, tetapi sebenarnya proses pembelajaran dan bagaimana kita nak adapt to it yang menyumbang kepada kecemerlangan diri kita. Jangan salah faham, bukan maksud aku result tak menyumbang langsung, tetapi ia hanyalah indikator pertama untuk kita dalam melangkah ke step seterusnya. Yang penting niat, usaha dan doa. Soal result biarlah Allah yang menentukan.



Cukup untuk kali ini..

Love ^^


p/s: Since sem ni dah merdeka dengan exam dan assignment bagai, so keterujaan nak balik kampung tu memang tinggi. I miss everything at home. Baby, mummy, toddlers, cat and monkey (haha), kawan2 satu kampung, and all. Holiday for 3 weeks. Maybe I will stop  thinking about blogging and facebooking for a while :D



6 criticisms:

eenie minniey said...

waaa cepat nya abez..ida lagi 4 paper lagi..huhu sama la nga ida..xsuke multiple choice sbb byk treat qusstion..n sbb ida xsuke pilihan..nak semua..ahaks :D

Aril Akira said...

Bestnye dah habis exam. Gudluck tunggu result :)

Blog Panjang said...

best nye. i tak habis lagi ni. :( boleh lagi bw sini. HAHA

Najwa said...

all the best utk result .awk baru nak cuti ,sy nak msuk blik kmpus .haiyaa . chill :)

ctm said...

Gudluck for the upcoming result :)

Amalina Ulya said...

best kan habes exam :)

btw, gud luck utk result nnty :)

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea