Tuesday, 19 March 2013

idols.peers.belonginess

currently written by faie mohamad at Tuesday, March 19, 2013
Reactions: 

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Mendapat inspirasi dari blog Kak Aimi yang gojes ni yang mana beliau mengatakan,

''Whom we choose to look upon as our role model indirectly reflects who we are..''  *like berjuta kali*

Yes. Totally agree with that. Any objection out there?

Well, dalam hidup kita, for sure walau tak ramai pun, mesti ada someone yang kita admire dari jauh. I mean someone yang kita jadikan idola yang mana dia berjaya mengubah persepsi kita terhadap sesuatu, membuatkan kita sentiasa bermotivasi and selalu berangan nak jadi macam dia. Betul tak anak-anak sekalian?

Dan dari role model tu secara tak langsung actually menggambarkan personaliti kita bagaimana. Kita menjadikan artis sebagai role model, menggambarkan kita sukakan hiburan yang terkadang melalaikan dan membuatkan kita jauh dari Tuhan. Kita menjadikan alim ulama sebagai contoh ikutan, secara tak langsung kita terdorong untuk melakukan kebaikan walaupun pada masa lampau terlalu banyak dosa yang buat tapi itu sudah menjadi satu penghijrahan yang baik. Mendekati golongan ulama. Yes. Itu bermakna Allah telah menghadiahkan sinar hidayah buat kita. Jugak bila kita menjadikan jutawan ternama sebagai role model, ia mencerminkan yang kita bercita-cita tinggi dan berusaha keras dalam mengikut jejak langkah mereka. 

Begitu jugak dlm memilih kawan rapat yang kononnya selalu ada time susah or senang, makan sama-sama, tidur pn sebantal...eh. Pernah dengar kan kata-kata ni,

'Kalau nak tahu perangai seseorang tuh maka lihatlah dengan siapa beliau berkawan dan cara pergaulannya dengan kawan-kawannya..'

Sejauh manakah pentingnya pengaruh rakan sebaya ni sampaikan nak tengok karakter seseorang tuh kena tengok melalui akhlak sahabatnya?

Meh tengok Abraham Maslow's hierarchy of needs nih.





Abraham Maslow, seorang pakar psikologi dalam bidang humanistik telah menggariskan 5 keperluan yang merujuk kepada tingkah laku manusia. Menurut beliau manusia terdorong untuk memenuhi keperluan paling bawah iaitu keperluan psikologi, seterusnya kepada keperluan yang atas seterusnya. Dalam erti kata lain, keperluan fisiologi harus dipenuhi terlebih dahulu sebelum memenuhi tahap keseterusnya. Selepas keperluan fisiologi, keperluan keselamatan diambil kira, then keperluan cinta dan kasih sayang, penghargaan kendiri, dan akhir sekali sempurna kendiri. Maslow jugak berpendapat, andai keperluan yang utama tak dapat dipenuhi, ia akan memberi efek besar kepada keperluan seterusnya. 

Dan berdasarkan teori tersebut, cinta dan persahabatan berada di tempat ke 3. Ini menunjukkan bahawa ia tidak kurang pentingnya dalam keperluan manusia memenuhi kesempurnaan diri. Keperluan kasih sayang dan persahabatan dalam diri manusia tidak dapat dipisahkan. Kalau tak masakan ia berada di kedudukan selepas keperluan keselamatan, yakni antara keperluan utama. Itu lumrah.

Tapi apa hubungkaitnya dengan pengaruh rakan?

Manusia, kalau dah namanya manusia takkan lari dari menjalinkan hubungan persahabatan, tak kirala samada dari gender yang sama mahupun berbeza. Bila berkawan, automatik mereka akan rasa didengari, dihargai dan disayangi. Dan lumrah manusia, suka mengikut dan meniru gelagat rakan mereka, tidak kira baik atau tidak.

Cuba fikir kembali. Andai kita diberi satu situasi dimana waktu itu kita tidak terlintas untuk melakukan sesuatu, contohnya sebelum ni sangat susah untuk menghadiri talk atau ceramah agama bermanfaat, tapi bila bersahabat atau berkawan dengan ahlinya iaitu mereka yang suka mendekati golongan sebegini, tendency untuk kita mengikut jejak langkah diorang adalah tinggi.

Jika kita dikelilingi sahabat yang sangat bijak dan bercita-cita tinggi, peratus kecenderungan kita untuk mengikut dan meniru cara hidupnya juga pasti meningkat. Secara tidak langsung kita jugak terdorong untuk belajar bagaimana mahu menjadi sepertinya, seterusnya mengangkatnya sebagai idola dalam diam.

Begitu jugak bila hidup kita dilingkungi oleh mereka2 yang gemar bersosial or mengamalkan cara hidup kebaratan, walaupun sebelum ini kita dibesarkan oleh famili dengan adab dan nilai timur yang bersyariat, tidak mustahil mereka berjaya mempengaruhi kita, sedikit demi sedikit.

Jadi, amatlah penting untuk kita mencari teman yang benar-benar boleh menjadikan kita seorang manusia. Bukan teman yang hanya tahu menghancurkan. Bukan juga teman yang hanya ada waktu senang sahaja. Teman yang sentiasa mengiringi perjalanan langkah kita dalam mendekatkan diri pada Tuhan. Teman yang langsung tidak putus asa dalam perjuangannya sebagai seorang daie dan mewarnai hidupnya dengan derap langkah sebagai murabbi.


Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:

"Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk." 

Jugak jangan lupa tau, bukan hanya role model dan sahabat yang mencerminkan peribadi kita, pasangan hidup kita jugak secara tak langsung turut terbias sama. Baik kelakuan kita, Insyaallah baik la jugak kelakuan mereka. So, choose them wisely :)

"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." (Surah al-Rum, ayat 21) 



p/s: Apabila bersahabat kerana Allah, syurga itu mengiringi langkah ^__^

2 criticisms:

sabella mohamad said...

suka entry ni akak ! ^^

hehe . bella teringat pulak semalam , mak abah ada pesan , nanti dah masuk uni kena cari kawan yg leklok . kalau dapat kawan yg perangai tah pape , dgn kita2 sekali terikut ikut kan kak .

faie mohamad said...

thanks dear. Yup, kne pandai cari. nanti takut kite plak yg terikut2 perangai tak elok. Iman sentiasa turun naik. huhu

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea