Showing posts with label Islam is greatest. Show all posts
Showing posts with label Islam is greatest. Show all posts

Friday, 26 July 2013

Lets be thankful

currently written by faie mohamad at Friday, July 26, 2013 0 criticisms

Assalamualaikum...

Every so often we keep asking ourselves on why and why we did not constantly get what we want? It become questions for many years somehow till one fine day we found the truth and on that day it reveals everything that we never know. Again and again we've become more thankful for the blessings and start to realize that if our du'a was answered spontaneously on that moment, we won't get what we have currently.

In life, sometimes it is better for us to look around ourselves and see those who are less fortunate and from that we will start to be more grateful and keep strong onto the faith that we hold upon.


To be the truth, my tweets are all about two Indian students who came and see me after I needed to interview them to complete my need assessment at that school. They are seeking for the love of people that are called 'father' and 'mother' so long moment ago and till now still crave for it. Nevertheless they never get the endless love from them and could you imagine on how their life would be? 

I can't imagine how their life could be if they never hold the stands to be stronger day by day. Seeing them crying in front of me with explainable words that can be told really made me reflect on what I have in current.

Compared to them, I can see myself that I am much more luckier than them. I got enough love from family and full support from them to pursue anything that I want. All praises to Him.  But I am just a normal human being.

Me, is just a typical woman who have lots of emotional expression especially when I reach stage of adulthood. As a human being, I have experience of been loved, been betrayed, been hated, been hurt,  being cheated, been trusted,  become an object of happiness to somebody, been isolated, humiliated and most hurtful is just become a place for people when only needed.

It's truly an unpleasant moment to me, and for others also it is something malicious for sure. 

But then from these, even though it is hard for me to face it at first, at the end of that it taught me too much things on how life is all about. Without this sorrow, distress, enjoyment, pleasure, amusement and laughter, I would be called as nothing. I may still be regarded as stiff as a doll for do not have any to share about.

That is what life want us to learn. Those people who have fought the toughest battles are the ones who have experienced got hurt by people.

When we look back over the years, smile and say to ourselves; 'I never thought I could do it and I did!' We never thought that we overcame all people, heartaches challenges that bring us down.

Which then of the bounties of your Lord will you deny? Astaghfirullah...




I have an inspiring video to share to all. It is a great moment for us to do self-introspection on ourselves about what we have. It is truly impress me a lot on what actual thing that need to be discovered. As I've already mentioned this in my previous entry (click here), let's us do muhasabah and always being thankful. Life would be great if we're not only think about the suffer, but also the bless. 



Surely there is a purpose behind the trialWhatever heedlessness we are engaging in, the test should make us realize we have no one, no one at all, but Him.

“Or do you think that you will enter Paradise while such [trial] has not yet come to you as came to those who passed on before you? They were touched by poverty and hardship and were shaken until [even their] messenger and those who believed with him said, ‘When is the help of Allah?’ Unquestionably, the help of Allah is near.” [Qur’an, 2:214]

Monday, 5 November 2012

Nak tinggal solat lagi tak?

currently written by faie mohamad at Monday, November 05, 2012 6 criticisms
Suatu hari di Bilik Bimbingan dan Kaunseling (sekitar Julai 2012).

Sesi kaunseling antara seorang kaunselor pelatih (perempuan) dengan lima orang pelajar (semuanya lelaki).


Kaunselor: Assalamualaikum semua. Apa khabar hari ini?

Murid A, B, C, D, dan E: (serentak) Waalaikummusssalam. Alhamdulillah sihat cikgu.

Kaunselor: Alhamdulillah.. Baiklah. Seperti mana yang dijanjikan, syukur hari ini kita dapat berkumpul kembali. bla..bla...bla..bla..bla... (dipendekkan cerita).Memandangkan ini adalah sesi kita yang ketiga, cikgu mahu bertanyakan satu soalan yang agak menarik.

Murid B: Hah? Soalan apa cikgu?

Kaunselor: Aii.. tak sabar2 nampak. Okay, cikgu mahu utarakan beberapa soalan. Sape kat sini yang solat?

(Suasana sunyi seketika. Tak lama kemudian, seorang mengangkat tangan)

Murid A: Saya, cikgu.

Kaunselor: Betul? Pernah tinggal solat sebelum ni?

Murid A: Setakat ni tak pernah cikgu. Lainla kalau saya tertidur ke, tapi saya akan cepat2 qada' balik.

Kaunselor: Bagus. Cikgu suka jawapan tu.

Murid A: (Tersenyum malu).

Kaunselor: Siapa lagi yang tak pernah tinggalkan solat?

(Tiada seorang pun yang mengangkat tangan)

Kaunselor: (Tersenyum simpul). Baiklah. Cikgu mahu tanya kalian, apa kepentingan solat dan kenapa kita difardhukan melakukan ibadah ini?

Murid B: Dapat cegah perkara mungkar cikgu.

Murid C: Buat jiwa kita jadi makin tenang.

Murid D: Memudahkan urusan. Kalau time kita tak boleh selesaikan sesuatu perkara, lepas solat pasti Allah akan permudahkan.

Murid E: Dapat halang syaitan dekati kita cikgu.

(Spontan semua ketawa)

Kaunselor: Bagus jawapan kamu. Cikgu kagum sebab kamu tahu kepentingan solat ni. Ini bermakna kamu memang tahu solat itu sangat penting untuk hamba mcam kita. So apa yang kamu rasa kalau kamu tinggalkan solat?

Murid A: Kalau ikut pengalaman saya, kalau saya tinggalkan solat, saya akan rasa serabut sangat hari tu. Jiwa rasa tak tenang. Nak buat sesuatu asyik rasa terganggu je.

Murid B: Wah ko ni A.. Bukan main lagi jawapan ko eh.

(Semua menghamburkan ketawa tanpa diduga termasuklah kaunselor itu).

Kaunselor: Takpe2, janji A cuba jawab. Yang lain macam mana?

Murid C: Dulu ada jugak rasa bersalah cikgu. Sekarang ni.. ermmm tak tahu la..

Kaunselor: (mengangguk).. Lain2 jawapan?

Murid D: Saya pun rasa macam tu. Tapi cikgu, nak buat macam mana, parents saya pun tak tegur saya. Diorang pun bukannya solat sangat saya tengok. Bagi kami, tu bukan satu kesalahan besar.

Murid E:  Errrkk.. saya takde jawapan cikgu. Tak tahu nak jawab apa.


Kaunselor: Takpe2, terima kasih atas respon2 tu. Satu lagi soalan cepumas dari cikgu. Apa balasan orang meninggalkan solat dengan sengaja? Sape nak jawab dulu?

(Semua tersengih. Tak berani menjawab)

Kaunselor: Okay, C, dari tadi asyik senyum je. Ermm boleh bagitahu cikgu apa balasan orang yang meninggalkan solat?

Murid C: Saya tak berapa pasti cikgu. Tapi seingat saya, kalau tinggalkan solat, ada azab kubur yang dahsyat. Ada ular akan belit kita, tulang rusuk bertindih satu sama lain.

Murid A: Saya tahu cikgu. Kalau kita tinggalkan solat, dosanya macam meruntuhkan kaabah, dosa macam berzina dengan parents sendiri, dicampakkan ke neraka selama 60 tahun. Cuma saya tak berapa ingat which solat secara specifik.

Murid D: Cikgu, saya tahu kalau tinggalkan solat pasti hati takkan tenang sebab Allah takkan redha dengan kehidupan kita.

Kaunselor : Okay.. Jadi kalau Allah tak redha, adakah hidup kita akan berkat akhirnya?

(Semua terdiam)

Kaunselor: Selain dari itu, apa lagi balasan meninggalkan solat?

Murid B: Dikenakan azab yang tak terhingga dalam neraka. Sebab solat kan perkara pertama pertama yang dihisab Allah.

Kaunselor :  (Menarik nafas) Lepas dengar penjelasan dari kamu semua, Alhamdulillah cikgu tengok kamu akhirnya tahu kepentingan dan balasan meninggalkan solat macam mana. Jadi ada tak rasa-rasanya kat sini nak rasa azab seperti yang kamu listkan tadi?

Murid B dan C : Err.. tak nak cikgu.

Murid A: Takutla cikgu, saya tak nak rasa semua tu.

Suasana hening seketika. Masing2 tunduk ke lantai.

Kaunselor : Okay, kalau tak nak rasa azab itu, apa yang kamu kena buat dari sekarang?

Murid E: Solat cukup 5 waktu. Kalau rajin, tambah dengan solat-solat sunat. Jugak pastikan khusyuk dalam beribadah dan sentiasa lakukan dengan ikhlas.

Kaunselor: Bagus. Jadi macam mana nak cukup solat 5 waktu tu?

Murid A: Muhasabah diri. Sentiasa rasa diri tu berdosa, baru kita akan selalu bertaubat kepadaNya.

Murid C: Selalu paksakan diri. Lepas tu kita akan terbiasa dengan sendirinya.

Murid D: Kena ada yang sentiasa memperingatkan. Contohnya kawan2, keluarga, dan termasuklah cikgu sendiri. Hehehe.

Kaunselor : (ketawa). Pandai kamu eaa.. Syukur akhirnya kamu sedar akan semua ni. Jadi, kat sini cikgu akan sediakan jadual solat untuk kamu. Kamu solat ke tak solat ke, tolong tick kan. Kalau solat, tulis pukul berapa. Kalau tak solat, tandakan pangkah. Tolong jujur eh. Cikgu takkan hukum kamu kalau kamu tinggalkan solat sebab cikgu takde kuasa untuk hukum kamu. Minggu depan, lepas perhimpunan, datang sini balik dan hantar jadual tu kat meja cikgu. Boleh semua?

Murid A, B, C, D, dan E : Insyaallah boleh cikgu.




(jadual solat yang diedarkan kpd mereka)



*****

Seminggu kemudian,

Murid A: Cikgu, ni jadual solat yang cikgu bagi hari tu. Tapi ada hari yang saya terlewat Subuh cikgu. Saya dah tick kan kat situ.

Kaunselor: Terima kasih. Yang penting kamu jujur, cikgu dah happy sangat.

Murid A: Terima kasih cikgu.

Kaunselor : Sama2..  Ermmm B, mana jadual solat kamu?

Murid B: Ni dia cikgu. Mula2 tak complete cikgu, tapi sekarang dah meningkat sikit.

Kaunselor : Bagus! Sekurang2 nya kamu berusaha untuk penuhkan jadual solat ni. Peningkatan yang memberansangkan cikgu tengok.

Murid B : (tersengih2).

Murid  C: Cikgu, ari ni dan semalam saya tak tinggal solat cikgu. Tapi ari2 sebelum tu ada. Cikgu, saya kena ganti ke?

Kaunselor: Mesti la.. Ia dikira hutang yang perlu kamu bayar kepada Allah. Kamu tahu niat solat qada macam mana?

Murid C : Tahu cikgu. Cikgu, kena buat solat taubat sekali kan?

Kaunselor : Yup. Bila dah buat solat taubat tu, janji takkan buat benda sama lagi. Nanti cikgu bagi kamu niat dan doa solat taubat lepas ni.

Murid C: Terima kasih cikgu.

Kaunselor: Sama2. Ermmm mana D dengan E?

Murid B: Diorang ada kelas cikgu. Tapi sekarang ni saya tengok diorang pun dah jarang tinggalkan solat. Biasanya habis sekolah terus balik. Sekarang ni singgah kat musolla sekolah dulu. Dulu si E tu bukan main liat lagi nak solat. Takut kena azab kot. Hehehe. Cikgu, terima kasih banyak2. 

Kaunselor: Alhamdulillah.. Tapi kena ingat solat tu bukan semata2 sebab tak nak kena azab, tapi sebagai tunduk patuh kita padaNya. Supaya kita cintakan Pencipta kita melebihi segala-galanya. Barulah Allah sayangkan kita. Kalau kita tak jalankan kewajipan kita, macam mana kita nak jawab depan Dia kat padang mahsyar nanti?

Murid A: Tapi cikgu, macam mana dengan mak ayah kami yang langsung tak solat tu?

Kaunselor: Banyakkan berdoa dan terus berdoa. Tunjukkan di depan mereka kamu seorang anak yang baik. Ajak mereka solat berjemaah sama2. Tapi jangan menghukum. Kalau mereka tak nak jugak, mintak pandangan dan nasihat dari mereka yang terdekat dan lebih arif. Contohnya datuk atau nenek kamu. Insyaallah.

Murid A: Ooo begitu.. Terima kasih Cikgu.

(Alhamdulillah, bisik kaunselor itu dalam hati)





# Statistik menunjukkan 80% (mungkin lebih) dari rakyat Malaysia tak solat. Fikirkan... Dimana kita sekarang?


Thursday, 1 November 2012

Allah has chosen you

currently written by faie mohamad at Thursday, November 01, 2012 7 criticisms


Alhamdulillah...


Bersyukurlah dilahirkan sebagai Muslim!

Thursday, 26 July 2012

Aku, Lim dan Islam

currently written by faie mohamad at Thursday, July 26, 2012 2 criticisms

# Artikel ni ditulis oleh Abdullah Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am




Aku mempunyai seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta.



Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti hari jadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar Matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan agama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, dan beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.



Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan. Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.


" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago.’

Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku. Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya.


Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. Wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.


'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang’


 Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.

Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.


‘Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?’


‘Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?


‘kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?’


‘Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?’


‘Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?’

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.

‘Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati, macam mana la nasib aku di alam sana.’

Lim menyambung,

‘Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. Tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

 Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.

‘Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong agama Allah?Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir’, kata Lim lagi.


Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! Dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat seseorang itu. Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya.

Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku Islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serius tentang kebenaran Islam? Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

P/s : sebagai Tauladan..

***********

Artikel ini aku ambil dari satu sumber. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua. Hidup sebagai seorang Islam bukan hanya untuk diri sendiri tetapi ia juga adalah untuk menyebarkan kebenaran kepada  orang  lain. Islam  itu   benar.   Sebarkan ia selagi nyawa kekal di badan sebelum ia dibawa pergi  ke alam  barzakh. Waktu  itu  walau  air   mata  darah sekalipun keluar  tetap  tidak  akan  mampu  mengembalikan kita ke   alam dunia. 

Peace   ^___^

Sunday, 17 June 2012

Peringatan Rasulullah untuk wanita

currently written by faie mohamad at Sunday, June 17, 2012 6 criticisms
Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Untuk entri kali ni aku nak share beberapa hadis khusus untuk kaum wanita. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua.



1.       ‘’Wanita  yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya masuk ia  kedalam syurga.’’
(Riwayat Tarmizi)

2.       ‘’Dunia adalah sebaik baik perhiasan dan sebaik baik wanita ialah wanita solehah.’’
(Riwayat Muslim)

3.       ‘’Dikahwini wanita kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka carilah yang kuat agamanya nescaya kamu bertuah.’’
(Riwayat Bukhari)

4.       ‘’Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangan kepadanya (memohon maaf).’’
(Riwayat Hassan)

5.       ‘’Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar,mendongaklah syaitan memandang akan ia.’’
(Riwayat Tarmizi)

6.       ‘’Wanita, apabila ia bersembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taatkan suaminya, maka masuklah dari mana  mana pintu syurga yang ia kehendaki.’’
(Riwayat Ahmad, Ibnu Hibba, Thabrani, Anas bin Malik)

7.       ‘’Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan  untuk suaminya atau muhrimnya) adalah seumpama gelap gelita pada hari kiamat, tiada nur  baginya.’’
(Riwayat Tarmizi)

8.       ‘’Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan syarak, maka haramlah baginya bau syurga.’’
(Riwayat Abu Daud, Tarmizi)

9.       ‘’Mana mana wanita yang memakai bau bauan ,kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya, makaia adalah perempuan zina dan tiap tiap mata yang memandang adalah zina.’’
(Riwayat Ahmad, Tabrani dan Hakim)

10.   ‘’Syurga itu terletak ditelapak kaki ibu.’’
(Riwayat Imam Ahmad)

11.   ‘’Kamu sekalian adalah pemimpin dan masing masing akan ditanya tentang mereka yang kamu pimpin. Raja pemimpin kepada keluarganya dan isteri pemimpin rumahtangga suaminya. Maka kamu sekalian pemimpin dan akan bertanggungjawab atas pimpinanmu.’’
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


 Dear women outside, you are special... Please protect yourself from any harm... :)
 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea