Sunday, 25 August 2013

Musim buah

currently written by faie mohamad at Sunday, August 25, 2013
Reactions: 
0 criticisms
Assalamualaikum...

I am a kampung girl. Tinggal di kampung yang masih lagi mengekalkan ciri-ciri kekampungan, ada sungai, ada bukit bukau, sawah padi yang menghijau, pokok buah yang sentiasa mengeluarkan hasil sepanjang tahun, takde bangunan tinggi, takde pasaraya melainkan di bandar berdekatan, dan jugak kadang-kadang susah nak dapat network connection. Sesetengah rumah masih lagi mempunyai perigi yang digali sendiri termasuklah rumah aku, tapi takde la sampai tahap toilet kat luar rumah macam cerita Cun tu. Most of us ada wifi kat rumah, Astro tu boleh katakan setiap rumah ada terpacak piring tu kat atas bumbung, ada ayam itik yang sentiasa berkejaran sesama mereka sambil ucap 'I love you' kat crush memasing, ada lembu jantan dan betina, ada kambing yang selalu menjahanamkan pokok bunga yang aku tanam kat laman rumah sehinggakan pernah sekali aku tampar beliau yang tak sudah-sudah makan tumbuhan lidah jin yang aku tanam tuh, jugak ada kuda peliharaan jiran. Ekor dia, fuuhh.. macam buat teknik rebonding!

That is how I live. Tinggal di kawasan kampung yang sebenar-benarnya, tanpa ada aktiviti pembangunan yang pesat, udara yang sentiasa dingin dan nyaman. Pagi-pagi lagi kedengaran bunyi ayam berkokok mengejutkan tuannya supaya jangan subuh elephant, malam-malam cengkerik mula la berpesta memeriahkan suasana, suara katak babak yang scary kalau  dengar banyak kali. Semua ni aku tak rasa masa duk kat KL nih.

Di kampung, specifically di rumah kami, ada sungai kecik yang merentangi kawasan rumah kami, depan dan belakang rumah. Dulu masa kecik sungai atau alur tu ada jugak ikan tapi sekarang ni banyak daun kering je. Dah hampir kering dah kawasan air tu. Dulu banyak gak ikan-ikan kat situ terutamanya masa musim tengkujuh. Memang rezeki kaki gila pancing la. Tapi sekarang ni bila sungai tu mengecil, air pun makin menyusut. Silap haribulan memang sungai tu tinggal memori je.

Masa kecik-kecik dulu selalu jugak aku ikut abang or sedara pergi memancing kat belakang rumah tu. Guna umpan cacing yang panjang tu.. Ewww sampai sekarang aku kalah dgn makhluk Allah yg sekor tuh. Setiap kali mancing, ada la habuan yang menanti. Samada ikan haruan yang kurang bernasib baik haritu atau bebelan mak yang tak henti-henti. Hahaha. Pernah sekali jugak aku dan anak sedara aku curi-curi pergi belakang rumah konon nak tangkap ikan, last2 kami tersembam di lumpur sungai. Habis comot baju time tuh. Imagine la sendiri apa 'hadiah' yang kitorang dapat haritu. Hahaha

Tapi semua tuh dah tinggal kenangan. Sekarang ni dah tak rasa ni semua. Cepatnya masa berlalu wuwuu..

Kat kanan rumah kami ada sebatang pokok rambutan. Lebat berbuah dan manis berbuah. Tak pernah mungkir menghasilkan buah setiap tahun. Kat pokok tu aku belajar panjat pokok dari abang aku, kadangkala kami bergayut kat dahan yang 'pohu' tuh yang memungkinkan tu adalah faktor ketinggian aku sekarang. Kui2. Sambil panjat sambil petik dan makan rambutan yang fresh dari ladang tuh. Lepas tuh ade la sesapa yang jadi mangsa kami kena baling kulit rambutan dari atas. Ada 'rezeki' kami dikerumuni kerengga slim yang sedia menanti. Tiap kali musim buah aku antara orang yang bertanggungjawab rambutan, langsat, durian, manggis or duku di sekeliling rumah kami untuk dimakan. Kadang-kadang kalau tak habis, ia akan dijual tapi harga murah gila.

Kat kampung aku durian yang paling mahal harganya RM1.50 sekilo. Tu masa minggu pertama musim buah bermula. Lepas tu harganya akan turun sampai satu tahap jadi 30 sen sekilo. Rambutan pun dapat nasib yang sama. Sekilo rambutan baru 30 sen dijual kepada pemborong tu pun kadang-kadang diorang taknak beli sebab dah ramai yang jual kat diorang. Tak berbaloi kan? Baik makan or bagi sedekah je.

Atau kalau ada vistor-visitor yang datang melawat keamanan dan ketenteraman kampung kami nih, kami bagi je buah-buahan tempatan ni sebagai hadiah buah tangan kenang-kenangan... hihihihi visitor la sangat kann..

Gambar pertama. Rambutan yang merimbun depan rumah. Kaler kuning bersih pulak tuh. Kami gelar rambutan ni 'gula batu'. Aku tak berani nak ambil gambar secara dekat. Takut terserempak dengan makhluk hitam tak berkaki yang licin tuh. Kawasan tu agak bersemak sikit. Tapi makin semak makin merimbun la pulak buah tu.Terliur tak terliur tak?

Yang ni kat tepi rumah kami je. Anak sedara kite main petik je buah ni sebab pokoknya rendang sangat. Masa aku kat kampung haritu rambutan2 ni baru je nak berbuah lebat tapi tak berapa nak jadi merah ranum lagi. Pokok rambutan anak sekolah ni parents aku tanam 3 pohon sepanjang jalan. Kalau malam-malam ada yang kelaparan boleh la stop kejap and makan puas-puas. Konon la. Bawah pokok rambutan tu pulak ada buaian dan set meja dan kerusi yang memang diciptakan untuk kami yang suka bersantai sambil memerhatikan makcik-makcik yang lalu lalang yang baru balik menganyam ketupat di kedai berdekatan, anak-anak remaja yang kemain lagi merempit sampai tak hengat, dan jugak golongan belia yang sentiasa lalu kt kawasan tuh. Pendek kata setiap kali diorang lalu situ, mesti akan memanjangkan leher tengok pokok tu. Dekat sangat ngan jalan raya.

Ni pulak durian yang aku kutip kat belakang rumah. Belakang rumah kami ada 2 pokok yang memang berbuah lebat gila, depan rumah ada 3 pokok besar tapi  memang scary la kalu pergi kutip sorang-sorang. Takut-takut terserempak dengan akak berbaju batik je. Abang aku dah terkena. Nasib baik beliau sempat pecut.

Pokok duku yang baru je nak hijau. Lokasi dibelakang rumah kami. Dalam erti kata lain memang aku tak sempat nak nikmati buah ni untuk tahun ni sobss. Rasanya manis gila. Biasanya mak aku jual je buah ni kat peraih. Dah tak larat nak makan dah.

Buah dokong yang sedang bergugusan di pohon ngeeee.. Manis sesangat.


Feeling kekonon tengah petik buah. Rambutan ni aku dapat kat depan rumah. Aku guna galah yang sedia ada dan kait sebanyak mungkin. Tapi rambutan ni tak berapa manis sangat. Tak macam rambutan anak sekolah tuh. Kalau sesape yang ade diabetes sesuai la kot.. Ni mak aku sendiri yang cakap.. heheee

Tapi dalam banyak-banyak buah, aku paling suka buah manggis sebenarnya. Rasa yang masam manis tu memang memikat selera. Nak dijadikan cerita sebelah pokok durian belakang rumah kami tu ada pohon manggis. Masa syok kutip durian tu, tengok-tengok je ada manggis yang sedang berbuah lebat. Apa lagi, terus aku capai galah yang ada kat situ dan kait dalam 10 bijik and makan kat bawah pokok tu jugak. Hahaha kalu orang tengok mesti pandang semacam tapi belakang rumah sape yang nak tengok kan. Monyet ada la.

Actually kami ada satu lagi kebun buah ni iaitu kat Kampung Durian Merekah. Kalau google sekalipun memang takkan wujud dalam peta punya sebab kampung ni memang terpencil sangat. Allahu, besarnya ganjaran pahala arwah datuk aku yang tanam pokok2 buah tu. Kat situ lah dusun buah-buahan penduduk kampung area situ. Aku sendiri dah bertahun tak menjejakkan kaki kat situ. Bukan apa, takut kot nak pergi sana. Cik bibah tengah berpesta kat sana, tu pun belum lagi termasuk ada  ura-ura cakap encik belang pun ada menghuni, tapi kebenarannya wallahua'lam.

Motif entri ni? Saje nak cakap yang kite boleh makan buah kat atas pokok on the spot dan mampu panjat pokok tau hahaha.. Tapi tu dulu la.. Masa zaman kanak-kanak ribena boleh la buat keje camtu. Skarang ni kalau buat lagi memang awal-awal lagi kena rejek.. huhuhu..

Sekarang dah sopan santun........kot






Wednesday, 21 August 2013

Kisah di Mesir dan umat Islam

currently written by faie mohamad at Wednesday, August 21, 2013
Reactions: 
0 criticisms


Assalamualaikum

(THIS IS NOT FROM ME. I TOOK THIS FROM THIS ENTRY.. DO VISIT AT THIS BLOG OKAY :) )

Tiada Tajuk Untuk Sesuatu Yang Seseriyes Ini


 "Tidak ada ketaatan dalam kemaksiatan; sesungguhnya taat hanya pada perkara maaruf."

[Hadith riwayat Bukhari dan Muslim]

Kalau membunuh itu bukan kemungkaran, saya tidak tahu apa lagi.

Andai memfitnah dan berdusta itu bukan kemungkaran, saya tidak tahu apa lagi.

Jika menangkap orang yang tidak bersalah kemudian membuat pertuduhan yang nista terhadapnya itu bukan kejahatan, saya tidak tahu apa lagi.

Krisis yang sedang berlaku di Mesir sekarang ini bukan konflik yang berlaku dalam kalangan orang Mesir semata. Ia bukan pergaduhan orang-orang Arab yang biasa-biasa. Ia bukan juga pertentangan antara penyokong Mursi (tajarrud) dan pendokong demokrasi dan puak liberal (tamarrud) semata-mata.

Pergolakan yang berlaku di Mesir yang sedang kita saksikan hari ini adalah suatu krisis kemanusiaan yang sekiranya tidak dihentikan dengan segera, akan menjadi penyesalan yang dibawa ke kubur oleh semua umat manusia, sepertimana yang pernah berlaku pada Bosnia dan Rwanda.

Konflik yang sedang kita soroti hari ini adalah pertentangan antara al-Haq dan al-Bathil, kebenaran dan kepalsuan, kebaikan dan kejahatan. Ia terlalu jelas, tidak perlu lagi disuluh dengan lampu sorot cap Ikan Lumba-lumba. Eh.

Kegilaan yang sedang kita tonton dan hapdet setiap hari ini adalah peperangan antara semua manusia yang chentakan kebenaran; tidak kira penyokong Ikhwanul Muslimin atau tidak, Muslim atau tidak, orang Arab atau tidak, dengan pendokong dan pejuang kezaliman, kekejian dan taghut yang tamak akan kekuasaan.

Kita sebenarnya sedang menyaksikan suatu kisah epik Firaun dan Haman yang dibangkitkan semula, penuh kegilaan dan kerosakan, sanggup melakukan apa sahaja demi memburu dan memenui kepentingan diri dan kepuasan peribadi. Hanya sahaja Musa dan Harun yang belum lagi muncul tiba di dalam kisah ini. 

Bangkitlah anda yang sedang lelap di luar sana! Sedarlah anda yang sedang bermimpi di siang hari! Bangunlah anda yang sedang berdengkur!

Umat di luar sana sedang sakit tenat! Saudara-saudara kita sedang asyik dipijak dihambat! Saban hari semakin banyak tubuh yang disembelih dikerat!

Meskipon ada segelintir 'alim ulama' dan umara' (moga Allah rahmati mereka dan ampunkan dosa-dosa mereka) yang berpendirian kontroversi; betapa ketaatan kini hanya pada as-Sisi dan kerajaan yang baru ditubuhkannya, kononnya Ikhwanul Muslimin adalah khawarij dan sudah murtad (lahawla wala quwwata illa billah!) dan rakyat perlu berdiri di belakang kerajaan Adly Mansour dan Hazem Beblawi menentang keganasan, terlalu ramaaaiii pula 'alim ulama' penegak al-haq di luar sana yang tidak bersetuju malah menentang sekeras-kerasnya dengan kezaliman yang sedang berlaku. Nama-nama seperti Dr. Yusuf al-Qardhawi, Tariq Ramadhan, Dr. Tariq Suwaidan, Syaikh Hassan as-Syafi'e (penasihat kepada Syaikhul Azhar), Dr. Ali Muhyiddin Qara Daghi (Setiausaha Agung Persatuan Ulama' Muslimin Sedunia), Dr. Asri Zainul Abidin dan ramai lagi nama-nama besar yang ditsiqahi umat ini, tidak takut dan gerun, lantang menyatakan bantahan dan tentangan mereka terhadap kebiadapan as-Sisi dan anjing-anjingnya. Belum lagi dikira jumlah ulama' al-Azhar yang turut sama terkorban (moga Allah mengurniakan mereka dengan mati syahid!), dibantai tentera-tentera taghut as-Sisi kerana menyertai demonstrasi menyokong letigimasi Mursi. 

Sekiranya anda masih ragu-ragu, terikat dengan fatwa-fatwa dan pendapat sesetengah ulama' yang mengelirukan dan menyesakkan, was-was dek pendapat sesetengah ilmuwan yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri, berfatwalah dengan hati. Apa guna Allah kurniakan hati dan akal itu kalau bukan untuk berfikir dan membezakan yang al-Haq dan al-bathil..? Berapa kali dalam al-Quran Allah mengecam segolongan manusia yang tidak menggunakan hati untuk berfikir dan mentaddabur hakikat kehidupan ini? 
"Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tuli dan bisu (tidak mendengar dan memahami kebenaran) iaitu orang-orang yang tidak mengerti."
[al-Anfal, 8:22]

 
Apa yang susah sangat mahu mengakui bahawa apa yang dilakukan oleh as-Sisi itu suatu yang kejam, keji dan tidak berperikemanusiaan..? Cuba bayangkan perkara yang sama berlaku pada anda atau orang-orang kesayangan anda, ha, sekarang apa perasaan anda..? Terasa macam mahu tampar dan tumbuk perut as-Sisi itu bukan...?? 

"Anda tidak perlu menjadi rakyat Mesir untuk bersimpati dengan apa yang berlaku; anda hanya perlu menjadi manusia." - Recip Tayyib Erdogan 

Dan betapa banyak dalil-dalil dari langit berserta hadith-hadith sahih yang mencela perbuatan membunuh dan menzalimi orang lain...?

"Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah jahannam, ia kekal di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mencelanya serta menyediakan azab yang besar baginya."
[an-Nisa', 4:93]

"Barang siapa yang membunuh seorang manusia, bukan karena orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan karena membuat kerusakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barang siapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia seluruhnya."
[al-Maidah, 5:32] 

Nah, masih mahu berjiddal, berhujah apa yang dilakukan as-Sisi itu halal dan sah...?? Selain ayat-ayat di atas, ar-Rasul SAW juga pernah bersabda:

"Jauhilah olehmu tujuh hal yang merosak." Kemudian Rasulullah menghitungnya satu per satu, dan salah satu antaranya ialah: "Membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan alasan yang hak."

[Hadith riwayat Bukhari dan Muslim]

Malah baginda juga pernah bersabda:
"Barangsiapa yang membunuh kafir dzimmi, dia takkan mencium bau sorga, sedangkan bau sorga itu bisa tercium dari jarak perjalanan empat puluh tahun."

[Hadith riwayat Bukhari] 

Bayangkanlah! Jiwa seorang kafir dzimmi pon dilindungi dan dimuliakan dalam Islam; apatah lagi nyawa seorang mu'min dan muslim yang tidak berdosa! Apa lagi alasan yang mahu diberikan untuk menghalalkan darah saudara-saudara kita di Mesir...??

Jangan beri alasan ada tiada ilmu! Jangan berdalih yang anda tidak tahu! Jangan bermuka-muka yang kononnya anda hanya mengikuti 'alim ulama' yang lebih tahu dan berilmu! 

Kebenaran sudah tersingkap! Sudah terlalu jelas bahawa apa yang dilakukan oleh as-Sisi dan konco-konconya adalah haram, zalim dan kejam!

Kepada anda yang selama ini berdiam, bersuaralah! Kepada anda yang memilih untuk lena, bangkitlah! Dan kepada anda yang selama ini lebih selesa untuk bersendiri, ayuhlah bersama kami! 

Al-Haq pasti menang dan kemenangan itu sudah tidak lama lagi! Amat rugilah kita sekiranya anda memilih untuk tidak bersama-sama dengan gerabak kemenangan ini!

Atau tidak... Persiapkan diri untuk dipertanggungjawabkan oleh saudara-saudara kita yang dizalimi di Mahsyar nanti! Gulp. 

"Ya Allah, sesungguhnya kami letakkan Engkau di batang leher musuh-musuh kami, dan kami berlindung denganMU dari kejahatan mereka. Ya Allah, hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka! Kacau-bilaukan persatuan mereka! Cerai-beraikan pakatan mereka! Goncangkan pendirian mereka! Hantarkan ke atas mereka anjing-anjing Engkau! Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka, Wahai Tuhan Yang Maha Menyiksa, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Wahai Tuhan yang menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan yang menggerakkan awanan, wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Ahzab, kalahkanlah mereka, menangkanlah kami ke atas mereka..." 

-gabbana- 

...dan untuk semua darah yang tumpah, nyawa yang hilang, Hosni Mubarak bakal dibebaskan. Pppffftttt!

Sunday, 18 August 2013

Anugerah Syawal.. Minal Aidil Wal Faizin

currently written by faie mohamad at Sunday, August 18, 2013
Reactions: 
2 criticisms
Assalamualaikum...

#ERRR SEBELUM TU SAYA NAK UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SESIAPA YG MEMBACA ENTRY INI. MAAF ATAS SEGALA KEKHILAFAN DAN KETERLANJURAN -(FARIHAH MOHAMAD)

Raya dah hampir dua minggu berlalu tapi sekarang baru aku sempat update. Kenapa? Kat rumah internet connection tak berapa ok. Asyik putus-putus je. Aku syak pokok2 durian belakang rumah jd penyebabnya. So feeling nak upload gambar, update belog pun jadi hambar. Dan Alhamdulillah hari ini aku sampai juga ke bumi UIA ni, taman ilmu dan budi ni buat kesekian kalinya.. Dan juga buat kali terakhir sepanjang aku belajar di  kampus yang terlalu banyak memori tersimpan ini. Ada lagi dua bulan berbaki internship yang terakhir ni. Malam tadi baru naik bas ke KL. Sadly I had bad experience last night while taking this bus. Bus 'PEARL' (try la melayukan). Semuanya kerana berlaku pertengkaran kecil antara aku dgn driver bas yang insist taknak berhenti kat Greenwood and nak stop kat Hentian Putra sahaja sebagai destinasi terakhir dengan alasan takut disaman. Puas aku merayu kat pak cik tu supaya stop kejap kat Greenwood tu dgn reason aku tak pernah lagi menjejakkan kaki ke Hentian Putra tu walaupun dah 4 tahun aku kat sini. Dan dia jugak bertegas tak nak bagi sebab nak ikut peraturan syarikat. Aku terpaksa mengalah walaupun hati sebal usah cakap.

Also another major thing happened last night yang menjadi penyebab aku sampai UIA pukul 8 walhal sepatutnya pukul 6 aku dah sampai. Perjalanan yang sepatutnya 8 jam tetiba menjadi 11 jam. Puncanya? Biarlah yang tu menjadi rahsia, hanya Allah yang mengetahui. Tapi sepanjang 11 jam dalam bas tu tak habis-habis pakcik bas tu mention aku sebagai bahan sindiran beliau dan cuba memalukan aku kat public. Konon nak suruh semua orang dengar. This is my second bad experience sepanjang 4 tahun aku naik bas ke KL selepas peristiwa aku teruk dimaki oleh pakcik bas Transnasional yang blame aku silap beli tiket walhal tu semua berpunca dari kesilapan kerani tiket yang tersilap tulis tempat turun walhal sudah puas aku argue dengan beliau sebelum tu. Iskk. Rasa macam nak menangis pun ada tapi bila mengenangkan yang pakcik tu sebaya dengan arwah ayah aku, aku terpaksa pendamkan rasa sakit hati dan kecewa tu dengan tidak memanjangkan keadaan. Serik dah. Serik untuk aku book tiket bas tu untuk masa akan datang. 

Tidak terhenti disitu dugaan yang aku lalui, perkara yang membuatkan aku sakit hati bila sampai je kat Hentian Putra tu aku hampir menjadi mangsa penipuan bila driver teksi nak mengenakan caj RM50 dari Hentian Putra ke UIA. Ni memang tak masuk akal yg waras bagi aku. Nasib baik aku dah ada pengalaman kena tipu sebelum ni. Sekali lagi aku argue dengan pakcik teksi dan aku mengugut seandainya dia tak menggunakan meter yang ditetapkan, aku akan buat aduan LPKP. Lepas tu baru la dia mengalah dan sampai je sini rupanya tambang lebih kurang RM25 je.. Ceh nasib baik aku tak terpedaya. See, dua orang lelaki yang membuatkan aku rasa annoying dengan perangai mereka yang entah apa-apa dan for sure jugak diorang annoying dengan aku yang suka argue dengan diorang hahaha. Its okay, Allah Maha Mengetahui.

Okay, stop talking about this. Lets clear our mind with the main topic above.

Raya tahun ni, tiada pertambahan ahli keluarga baru seperti tahun lepas tapi Insyaallah bulan 11 dan 12 ni aku bakal menerima orang baru dalam keluarga kami. Kakak dan kakak ipar aku dijangka bersalin hujung tahun ni dan of course menambahkan lagi kemeriahan suasana yang sedia ada. Yang ralatnya tahun ni dua orang kakak tidak bersama dengan kami untuk raya pertama kerana beraya di kampung suami masing-masing dan masuk raya ketiga baru kami semua berkumpul sesama. Kebetulan ada majlis kenduri pada raya ketiga dan kemeriahannya berkali ganda terasa. Alhamdulillah I feel blessed. Can you imagine hanya hari raya yang berjaya menyatukan kami semua berkumpul dalam satu keluarga besar yang sentiasa bertambah jumlah ahlinya dari setahun ke setahun. Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa. Cuma yang tak bestnye bila diorang selalu tanya aku turn bila. Erkkk, serahkan segala-galanya pada Dia.


Hari raya pertama. Keluarga besar kami. Tu pun family kakak aku yang dua orang tu takde dalam gambar. Meriah kemain. Tihehehehe

#OOTD. Tudung instant. Jugak baju raya instant. Semuanya instant. Kebetulan ada gabungan pink-blue kesukaan aku. Memang tak dirancang tapi entah macam mana tetiba jadi macam ni. Plan asal color hijau. Tapi terbeli pink. Hihi

Cherish every single moment. Memandangkan handphone aku sedang nazak dan tengah terlantar sakit, aku terpaksa 'merompak' galaxy note kakak aku tanpa pengetahuan beliau. Lepas bergambar baru bagitahu. Bagus punya adik! Tapi tak banyak gambar diambil pada hari kejadian. Aku tengah demam time tu. Lagipun kami sibuk dengan rewang dan kemas apa yang patut kat rumah untuk tetamu yang bakal datang.


Hari raya ketiga. Tiada gambar yang diambil pada raya kedua. Demam aku makin teruk pada raya kedua. Aku mengalami keracunan makanan, muntah-muntah dan sakit perut yang melampau pada hari tersebut. Dan batuk yang berterusan before cuti raya lagi. Segalanya menguji kesabaran dan kekuatan fizikal. Dan pada raya ketiga ni gambar2 diambil sewaktu kenduri dan aku baru je pulang dari klinik. Nasib baik tak ditahan kat wad. Kalau tak beraya di hospital jawabnya.


Bersama pengantin :)



Spesis2 Kak Ton blake nih. Ingatkan time raya berat badan makin naik rupanya makin turun.. Hmmphh


Raya keempat. Bersama bakal ummi yang bakal melahirkan khalifah dunia hujung tahun nih. Ahkak dah gemuk yayyy!!

Melawat bapa saudara, Ayah Long, di Setiu, Terengganu. Aku ni takdela tinggi sangat pun...kot

Sempat lagi posing di belakang rumah beliau. Aku suka kawasan rumah beliau sebab pasir kaler putih. Nampak unik dan bersih.. Hehehee




With my adorable Qiesya. Ciksu sayang Qiesya sangat-sangat.

Ustajah Qiesya Nur Dhiya Irdeena


video
Dan ini video yang sempat aku rakamkan. Qiesya yang comel sesangat. Macam anak patung! Geram tau (abaikan suara-suara pelakon tambahan yang tak terlibat tu hahaha)

Hari yang sama jugak. Singgah di Pantai Air Tawar sambil menikmati keropok lekor, satar dan air kelapa. Sedap tak terhingga. Pemandangan pantai yang jugak cantik sesangat. Dari situ jelas nampak Pulau Perhentian dan jugak Pulau Redang. Subhanallah.

Wide shawl pemberian kakak aku aka mak buyung. I love this shawl. Comfy dan senang dibentuk. Tapi angin pantai yang membuatkan ia nampak serabut dan bergerak dari kedudukan asal. kikikiki



Hari raya kelima. Melawat pusara ayahanda di Kampung Amir. Sempat kami cabut rumput2 yang tumbuh meliar sambil menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Sudah 4 kali raya kami tanpa beliau. Memori bersamanya tetap bersemadi sampai bila-bila.  Semoga rohnya aman disana.. Ameen.

Tak seperti tahun-tahun sebelumnya, kami sekeluarga pasti akan mengadakan acara tahunan iaitu bbq dan membakar sate samada ditepi pantai atau kawasan lata. Tapi disebabkan tahun ini ada majlis perkahwinan, bbq hanya dilaksanakan di rumah aku saja. Kemeriahannya tetap terasa. Hubungan silaturahim makin erat dan ikatan kasih sayang antara kami semakin kuat. Alhamdulillah.

Mungkin inilah anugerah syawal yang sentiasa kami nantikan. Ia merupakan hadiah kemenangan umat Islam setelah berpuasa selama sebulan, menahan lapar dahaga serta melatih diri melawan nafsu yang sentiasa merajai diri. Anugerah yang tidak terhingga yang Allah berikan. Segala puji baginya. Harap tahun depan kami masih lagi berkesempatan bertemu dengan tarikh keramat ini. Semoga Allah melanjutkan usia dan menambahkan amal kita semua. Insyaallah.

p/s: Memandangkan tahun ini mungkin adalah tahun terakhir aku menerima duit raya, banyak jugak 'keuntungan' yang aku dapat hari tu. Tapi tak banyak macam tahun lepas. Papepun cukup untuk aku guna sepanjang internship ni selama sebulan lebih. Sukenye...















 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea