Assalamualaikum (:
Alkisahnya begini…
Masa short sem ari tu, aku dah berkira2, kalau boleh nak sangat ada part time job. Bukan apa, at least kalu ada keje ni boleh tampung perbelanjaan harian kat sini. Takkan nk harapkan sponsor dari family je kot. Kos sara hidup kat sini dah la tinggi. Ptptn pulak bukannya ofer time short sem ni. First week ari tu aku pergi kat SDEV tanya ada part time job kat ofis mahalah ke tak. Diorang cakap setakat ni takde. Hampa la jugak tapi aku pujuk hati aku, kalau ada rezeki tu pasti tak kemana punya. Aku tak putus asa, hari berikutnya aku pergi kiosk mahalah, kot2 ada keje kosong ke. Pun jawapannya mengecewakan. Dah kat situ tulis keje kosong, bila tanya cakap dah ada orang isi. Rupanya dia tampal notis tu sem lepas lagi. Macam mana la aku boleh tak perasan ada notis lapuk kat situ. Nak tergelak pun ada. Tak pe lah bukan rezeki aku. Banyak lagi keje lain kot...
Pas tu minggu kedua kat sini aku try gak usya2 cari. Last2 ditakdirkan rezeki aku, masa otw nak balik mahalah lepas abis kelas, aku jumpa ngn Asma. Dia tanya nak keje tak. Ada part time tutor utk ajar BM kt foreign student nih. Aku tanpa pikir panjang bercampur excited terus setuju. Masa tu aku tak pikir benda lain, janji bila dah ada peluang depan mata ni, kesempatan jangan dipersia. Lepas kena interview dgn Abdullah, bos aku dari China, aku diterima bekerja and kene hadirkan diri Isnin depan. OMG, I’m so speechless. Tak sangka doa aku btol2 termakbul. Dapat keje plus ajar student forener. Tapi nilah yang dikatakan rezeki. Dan aku pulak kena ajar diorang dua kali seminggu, Isnin dan Rabu malam selama 28 jam. Dan dari situ, bermula lah hidup aku sbg seorang guru…
Nak dijadikan cerita, Isnin malam tu aku pegi la kat Aikol tempat aku mengajar tu. Tak tahulah kenapa tiba2 rase nervous smacam. Mungkin sebab dah lama tak mengajar kot. Dulu ajar tuisyen budak2, sekarang org dewasa, maunya tak tercabut jantung nih. Lucunya bila diorang mula2 tengok aku, diorang cam terkedu. Maybe diorang pikir cikgu diorang ni orang dewasa, dah ade master or PhD. Tengok2 budak yang tak lepas degree lagi. Hehe. Dah la diorang tu most of them ialah student master and phD. Yang sebaya ngn aku dalam 2 or 3 orang je. Nasib baik diorang tak ramai, tak sampai 15 orang. Perempuan adala dalam 4 orang, selebihya lelaki. Mak oii.. Tapi aku cuba kuatkan semangat, lepas perkenalkan diri, aku bgtaw kat diorang anggap je la aku ni kawan or sister or anak perempuan diorang. Kalau ada pape nak tanya, tanya je. Then dari situ diorang dah boleh terima aku. Memang kelas kitaorang sgt2 happening. Ada je lawak yang keluar dari mulut aku ngn diorang. Aku ni dahla kalu bab2 speaking agak fail, tapi lantakla, yang penting diorang faham. Diorang pun English bukannya betul sgt pun.. huhu
Bestnye ajar diorang ni bila diorang sangat2 peramah, berkeyakinan tinggi, mudah sgt faham dan tak malu bertanya. Bayangkan cikgu diorang ni ajar kira nombor satu smpai seratus, tak sampai 5 minit diorang dah boleh master nombor tuh. What a miracle! Memang diorang betol2 hebat. Aku ajar wat karangan sampai M je, diorang boleh siapkan smpai Z. begitulah analoginya. Pastu diorang cakap la yang bahasa ni memang senang gile kot. Belajar sikit je terus faham. Nak interact ngn orang lain memang tak amek masa panjang. Masa tu memang aku terharu ngn semangat diorang. Rasa macam penat lelah aku berbaloi sgt2. Semua stress and tension aku hilang camtu je bila deal ngn diorang nih.
Benda yang paling tak leh lupakan ialah bila malam tu aku ada suruh diorang wat karangan Bm. Diorang ada 3 grup dan setiap grup aku bagi satu karangan.
Grup 1: keluarga saya
Grup 2: cita2 saya
Grup 3: makanan kegemaran saya
Time diorang present tu memang tak timbul langsung rasa kekok. Confident betul diorang present. Tapi yang lucunya bila ‘jagung’ jadi ‘jugang’, ‘kami’ jadi ‘kima’, ‘teh tarik’ jadi ‘tetarek’ dan yang paling lawak yang sepatutnya ‘abang yang kuat dan kakak yang kurus’ jadi ‘kuat abang dan kurus yang kakak’. Aku tergelak kat situ jugak. Tak tahan sgt. Diorang bila tgk aku gelak diorang pun gelak jugak walaupun tak faham nape aku gelak. Sampai si Abdullah yang jadi evaluator aku time tu pun tergelak sama. Padahal mamat tu pun dua kali lima gak ngn diorang. Hehe. Pastu aku betolkan ayat diorang. Yang lawaknya diorang siap argue ngn aku konon ejaan diorang betol and aku ni salah. Adui sakit kepala dgn gelagat diorang ni. But all that I can conclude here is, they are so so so out of the ordinary. And I’m so proud of them. Thanks guys for making me laugh again =)
Another sentence that one of them, Usman presented in front of us is; saya suka bercakap Bahasa Melayu tetapi ramai ketawakan saya bila saya bercakap bahasa Melayu. Bayangkan dgn ekpresi muka frust yang bercampur dgn slank afrika dia tuh cukup wat suasana kelas kitaorang hinggar binggar.
Lepas kena evaluate ngn si Abdullah tuh, dia ofer aku satu lagi job lain. Ajar individual class pulak. Dan aku terus terima dgn hati yang terbuka. Dah rezeki depan mata, takkan la nak tolak. So aku kena ajar student tuh, Nayef namanya selama 3 kali seminggu. Hari Ahad, Selasa dan Khamis. So maknanya hari2 la aku kena berjalan kali ke Aikol tu tuk ajar diorang. Tapi bagiku, it doesn’t matter coz I love this job! Dan aku sudah jatuh cinta pada bidang nih <3
Here these are some candid pictures that I captured. To my beloved students, Kinan, Jarout, Buthainah, Aisyah, Usman, Sai’d, Khaled, Ahmad, Khaliq, Rozanna, Kareem and others (dah lupa nama diorang), this is one of the most valuable thing that I ever had with you guys. I love to spend all my precious time with you. Our laughing, giggling and smiling, all those things really make me enjoy and blissful ((:
sedang berdiskusi utk presentation |
Ni Usman ngan Said. diaorang ni sangat2 klakar. suka sengat kenakan aku. mentang2 la aku tak paham bahasa diaorang. ces
kinan &ahmad tgah present |
Aku perasan yang muka Kinan ni macam Maher Zain. tapi dia jarang datang kelas sebab busy. something yang aku suka kat dia, dia sangat hormatkan aku even aku ni lagi muda dari dia. cara dia cakap pun lembut je.. heee
khalid ngn aisyah |
ayat diorang sgt2 klaka..heee |
kinan & jarout tgah xplain. |
Si Jarout ni muka dia sebijik cam muka lecturer aku, Sir Siraje. Serius semacam je. Tapi Sir Siraje lagi handsome kot. Dahla friendly. hihi. Si Kinan jugak mengingatkan aku pada sorang classmate aku time CELPAD dulu.
khusyuk |
exam midterm |
time ni paling kecoh. Diaorang neves sebab takut aku bagi soklan susah. chill beb, aku ni tak la sekejam tu. Soklan senang je aku bagi. Kalu tak takkan ada yang skor almost 100 percent kot...
yg final exm punyerr.. |
P/s: I’m going to miss all of you after this L
0 criticisms:
Post a Comment