Showing posts with label tipu. Show all posts
Showing posts with label tipu. Show all posts

Saturday, 15 September 2012

fake friend

currently written by faie mohamad at Saturday, September 15, 2012 3 criticisms
Assalamualaikum dan salam sejahtera...



In this world, there are groups of people who...




pretend to befriend with you,

dislike you because of power and fame,

spread rumors about you,

know your business to attract you,

kill you silently,

give you fake hope and dream,

promise not to tell your problems to anyone,

but after all everybody found about it,

only exist when they need you,

hug you but hold the knife to stab you from the back,

give you smile when bump into you but spit you when you are away,

be your shadow as if you are always be with them,

stick around during your brightness moment,

but disappear during you darkest hours,

they are called....



FAKE FRIENDS!!!!

Beware...

You may not realize them because they are good in acting,

and bluff you with their own ways!

they may sit in front of you right now!


Monday, 2 July 2012

jangan kecewakan wanita itu

currently written by faie mohamad at Monday, July 02, 2012 5 criticisms

Kata Ustaz Azhar Idrus,


# Jangan pikat wanita kalau anda tidak bersedia cintakan dia.


# Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tidak cintakan dia.


# Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.


# Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.


# Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.


Dan,


# HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk menikahinya.





Kata aku,

Kenapa perlu memegang hati seseorang dengan berniat menghancurkan jiwanya?

Kenapa perlu memberi harapan kepada seseorang kalau sudah ada orang lain di sisi?

Kenapa perlu menghancurkan hati orang dengan kata-kata manis yang hanya terucap di bibir?

Kenapa perlu berterusan mengejar seseorang walaupun tahu ia bakal makin menambahkan kelukaan hatinya?


Bagi aku,

Cinta perlu ditaati, perlu dihargai,

perlu disemai dan dibajai,

 bukan untuk ditangisi,

Meskipun ia perlu akan pengorbanan,

 Namun jika ia berlandaskan cinta suci kpdNya, kekalnya pasti sampai ke alam syurga.

Cinta yang dicemburui oleh bidadari-bidadari syurga.

Yang membuatkan mereka tertanya-tanya,

Apakah insan ini begitu istimewa sehingga mendapat cinta agung ini?

Namun,

Jika kepercayaan dirobohkan atas satu konspirasi,

Jika janji tidak mampu untuk ditepati,

Jika keikhlasan hati disalaherti,

Jika ketulusan hati tidak mampu dihargai,

Apa gunanya janji-janji cinta yang terucap,

Ibarat menanam tebu di pinggir bibir,

Manisnya terasa, tapi akhirnya pahit jua yang bakal di telan.


Anda di luar sana,  satu pepatah ini cukup untuk menjelaskan suatu perkara,


‘what you give you get back. When you hurt somebody, for sure you will get hurt after that.’


Allah maha adil. Penghakiman Allah terpatri jelas. Jika hari ini kita telah membuatkan seseorang menangis kerana kita, suatu hari nanti Allah pasti akan membalasnya dengan perkara yang sama. Jika hari ini kita telah berjaya menimbulkan kesengsaraan dalam belas hatinya, suatu hari nanti kita akan diuji dengan kesengsaraan yang sama. Jika hari ini kita berjaya membuatkan air mata dia jatuh walaupun setitik, di masa akan datang air mata itu bakal menyaksikan penderitaan yang bakal kita dapat atas kesilapan yang dibuat.

Kesempurnaan? Mengapa mencari mereka yang cantik umpama bidadari, yang tidak mempunyai cela walau sedikit?

Percayalah, jika kita terlampau memilih kesempurnaan pada diri seseorang, kita pasti tidak akan  menggapainya walau kepada sesiapa pun. Kerana jika kita sendiri tidak sempurna, mengapa mengharapkan insan pendamping yang umpama bidadari? You think you are perfect enough, huh?



*khas utk seorang sahabat yang sedang berduka... May Allah give you strength because He knows the best to His slave. Trust Him :)


Tuesday, 27 September 2011

CURANG??? biarkan mereka dengan dunianya...

currently written by faie mohamad at Tuesday, September 27, 2011 0 criticisms
Assalamualaikum. 


Antara kita mesti sangat2 anti dengan word ni. Curang.Tentu ada diantara kita yang pernah mengalami rasa kecewa dan sakit hati sebab pasangan kita berlaku curang, di belakang kita mahupun secara terang-terangan (yang tu memang sangat2 melampau). Dan ia tentu lebih sakit bila kecurangan itu berlaku sampai menyebabkan dia melupakan kita seratus peratus dalam hidupnya. Maybe kita tak sedar sebelum ni sampai semuanya terbongkar. Selama ni bukan main lagi beribu janji manis yang ditabur, last2 sekali bila kantoi, tak dapatla sape2 nk nolong.

 Well, jika ini berlaku dalam hidup anda, bersyukurlah kerana sekurang-kurangnya bila tembelangnya pecah, kita tidak akan terus menerus ditipu dan merana sepanjang hayat. Ini adalah isyarat dari Allah bahawa sesungguhnya dia bukanlah insan terbaik dari hidup kita dan perlu dijauhi serta merta. Jangan cuba toleh ke belakang untuk memberinya peluang kedua. Don’t ever give him/her any chances! You will suffer more when you open your heart  again and again to him/her after all happened!

 Korang boleh maafkan dia tapi dengan syarat jangan cuba untuk kembali padanya lagi. Mungkin tu hanya jerat untuk mengaburi mata korang yang dia benar2 berubah. Berubah? Nonsense. Ingat senang nak suruh orang berubah? Percayalah jika dia dari dulu sejak azali lagi perangai macam tu and tiba2 nak suruh dia berubah drastically, aku rasa tu kena tunggu kucing tumbuh tanduk lembu dulu baru semuanya berubah. Korang boleh bagi dia peluang kedua dengan HANYA BERKAWAN dengannya but not having a special relationship with her/him anymore.

Bunyinya memang  agak kejam but it is actually for your own sake. Cuba bayangkan kalau sekali dia menipu kita, tak mustahil dia menipu banyak kali lagi selepas itu dan mungkin lebih dari tu. Kalau sekali dia membelakangi dan menjalinkan hubungan lain dengan orang lain, tak mustahil dia akan mengulanginya beratus ratus kali. Tak kirala lelaki ke perempuan ke, bagi aku sama je. 

Aku pernah dengar sorang hamba Allah ni (wanita) duk bercakap-cakap dengan kawannya.  ‘’laki aku ni kalau dia buat perangai selain dari menduakan aku, aku boleh maafkan dia. Dia kaki pukul ke, pemalas ke, liat nak bayar nafkah ke, aku masih lagi boleh bertahan dalam eri kata lain. Tapi kalau sekali aku dapat tahu dia curang dengan aku, sampai bila-bila pun aku takkan maafkan dia.’’ Mak oi, terkedu gak aku dengar. Betul2 marah tahap berapi ni. Abaikan nafkah boleh diterima tapi curang tak boleh dimaafkan? Ni pandangan masing2 dan bagi aku setiap orang punya cara sendiri. Malas nak komen tang kata2 dia tu tapi tu lah lumrah manusia. Tidak sanggup diduakan, mahupun ditigakan, diempatkan… blah… blah.. blah.. kecuali la kalu orang tu tiba2 terputus urat perasaan dia dalam body tuh!~

From my personal view la, terutamanya pada sape2 yang dikecewakan atau ditinggalkan di luar sana, jalan yang terbaik untuk mengatasi kepedihan ni adalah syukur. Syukur? Kenapa syukur? Sebab korang sedar ke tak sebenarnya bila kita kehilangan dia sebenarnya itu adalah ‘anugerah’ dari Allah untuk kita. Anugerah yang mampu menyelamatkan kita dari something yang membawa bencana. 

Maksud disini secara lebih tepat, sebenarnya Allah dah merencanakan someone yang jauh lebih baik dari orang itu dan menjauhkan sesuatu yang yang lebih buruk yang bakal berlaku. Mungkin korang tak sedar, andai dia tak buat perangai dan korang masih bersama, who knows mungkin dia akan terus menerus menghancurkan hidup kita tanpa sedar. Sebelum korang mendapat sakit yang lebih parah, lebih baik dia tunjukkan awal2 perangai dia tu.  Andai kata dia tak buat perangai macam ni sebelum diijabkabulkan, who knows selepas nikah dia mula menunjukkan taringnya. Jika sebelum ni dia cuba sembunyikan perangai buruk dia, selepas semua hal yang berkaitan dengannya terbongkar, bersyukurlah kerana Allah dah menyelamatkan kita dari menjadi mangsanya.

Kalau tak percaya, tengoklah pada pengalaman masing2. Sebelum kita berjumpa dengan soulmate kita yang sebenarnya, kita telah terlebih dahulu berjumpa dengan orang yang salah. Betul tak? Kita terlebih dahulu ditemukan dengan orang yang perangai macam hantu sebelum dipertemukan dengan mereka yang baik budi pekertinya. Kenapa macam tu? Sebab Allah sengaja mahu kita menjadi seorang penilai yang baik dan mampu membuatkan kita melihat kembali kealam nyata.

 Kalau sebelum ni dia curang kepada kita dan meninggalkan kita atas sebab2 yang tak leh diterima akal, just let him/her go. Buat apa nak simpan orang macam tu kan.

Dia tinggalkan korang sebab dia jumpa someone yang lebih gorgeous and awesome? Loser gile

Dia curang sebab dia dah jumpa someone yang boleh bagi dia kemewahan dan harta yang banyak? Idiot. 

Dia lupakan korang dalam hidupnya sebab dia fikir dia akan jumpa orang yang kononnya boleh bagi dia kebahagiaan lebih? Omaigod how stupid they are! 

 Well, don’t ever think of him/her anymore. Say to yourself that your life is more precious rather than thinking of the freaking things. Dia nak curang ke, dia dah buat hidup kita merana ke, dia dah perabiskan harta kita, biarkan. Maksud aku bukan biarkan terus tapi try to forget it all. Ni satu pengajaran yang utuh untuk kita supaya kita dapat tempuhi hari2 yang mendatang sebelum kita berdepan dengan problem yang lebih challenging.  Normal la kalau kita disakiti, dikecewakan, ditinggalkan dan dicurangi by someone that we love most. Because as I said, Allah dah mengatur someone yang jauh lebih baik dari dia. 

Believe this, this is not your loss but theirs, for they lost someone who wouldn’t give up on them. So the best way is always motivate yourself. Maybe agak susah mula2 tu untuk korang nak adapt dengan feeling baru atas sebab still rasa kehilangannya but try and try. Again try to do something which can make you  feel delighted. Move on.


Yes.. I know how hard it is... Tapi sila sila dan silalah untuk bersikap lebih rasional. Sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang. Sebelum kita dianugerahkan kebahagiaan, kita akan terlebih dahulu diuji dengan kepedihan dan kehilangan. Untuk kuatkan jiwa kita jugak. Apa yang Allah rencanakan kepada kita itulah yang terbaik. 

Who knows mungkin sekarang kita tak nampak tapi in future baru kita nampak dan terfikir, bahawa Ya Allah sesungguhnya aku bersyukur dengan ujian yang Kau berikan ini kerana Kau telah mengurniakan seribu kali yang lebih baik dari Dia. Kau hilangkan kaca dengan menganugerahkan aku satu permata yang tak ternilai. InsyaALLAH.

 Some words to ponder :

''kadang2 kita terlalu memikirkan kecurangan sesama manusia. tapi bagaimana pulak kecurangan dengan Pencipta? Kita lebih mementingkan panggilan kekasih dari panggilan Dia selama 5 kali sehari. Bukan ke tu lagi curang? Curang yang lagi keji sifatnya. So, bila kamu berhadapan dengan manusia, reflect balik dengan diri sendiri. Adakah waktu ini kita sedang curang kepadaNya? Lihat kembali hubungan kalian dengan Allah. Kamu pasti akan melihat betapa cacatnya hubungan itu jika hendak dibandingkan dengan hubungan dengan sang kekasih yang pada akhirnya memakan diri...''

p/s : cara aku tulis ni macam ada pengalaman je. Ehem. Actually aku dapat idea ni hasil observation aku dari orang sekeliling. Sometimes aku tengok sebab kecewa akibat pasangan diorang curang, diorang sanggup buat kerja bodoh konon nak suruh orang tu menyesal. This is not a wise thing to express what your feel. Ingat, sebelum kita dipertemukan dengan orang yang betul, kita akan terlebih dahulu diuji dengan orang yang salah. Dan orang yang salah itu adalah dia! Trust me, akan datang kamu akan berjumpa dengan orang yang beratus ribu kali lagi baik dari dia. Don’t be sad, ok
 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea