Sunday, 30 September 2012

maksud surah Al-Fatihah

currently written by faie mohamad at Sunday, September 30, 2012
Reactions: 
6 criticisms
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saban hari, 5 kali sehari kita menunaikan solat yang telah di fardukan, 17 kali membaca Al-Fatihah dalam solat, belum tentu lagi kita memahami erti dan makna lafaz Al-Fatihah tersebut. Bukan sahaja dalam solat, hatta mahu memulakan sesuatu majlis atau acara, memulakan perjalanan, ketika mendengar berita kematian,  membaca al-Quran atau di mana-mana sahaja, ummul kitab itu tidak lekang di bibir. Namun fahamkah anda tentang maksud di sebalik tujuh ayat yang tersurat dalam kitab suci kita? Mari kita baca ramai-ramai maksudnya.





Bismillahirrahmanirrahim

1.  Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang.

     2.  Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam.

     3.  Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

     4.   Pemilik hari pembalasan.

     5.   Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.

     6.   Tunjukilah kami jalan yang lurus.

     7.   (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya, bukan (jalan) mereka yang   dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.



Subhanallah. Betapa indahnya kalimah yang penuh suci ini. Setiap bait yang tertulis membawa makna yang penuh tersendiri. Sayangnya ramai antara kita yang tak begitu memahami maksud disebalik kalam tersebut. Justeru baru-baru ni aku jumpa satu lagu yang dinyanyikan oleh sekumpulan kanak-kanak (termasuk anak seorang artis, Nora) yang mana sangat best dan mudah di ingati. Lagipun kan ada kajian yang menunjukkan bahawa untuk memudahkan hafalan dan ingatan, kita perlu menggunakan muzik sebagai medium untuk mudah faham, as long as menurut Islam muzik tu tak melalaikan dan tidak bercampur dengan yang haram. Untuk tujuan kebaikan, apa salahnya kan?

Nah, dengarlah lagu@nasyid yang dinyanyikan kanak-kanak comel nih.



Siyes tersangatlah awesome!

Jom kita berdoa ramai-ramai...



''Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang kafir. Dan ampunilah kami ya Tuhan kami. Sesungguhnya Engkau Maha Perkasa dan Maha Bijaksana''.

 (surah al-mumtahanah: ayat 5)

Thursday, 27 September 2012

Allah knows the best!

currently written by faie mohamad at Thursday, September 27, 2012
Reactions: 
9 criticisms

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Entri spontan. Tiba2 rasa nak share gambar ni. Walaupun dah common di dengar, tapi as long as mendatangkan manfaat untuk semua, why not kan?




Kadang2 kita secara sengaja or tak sengaja menyalahkan Tuhan atas apa yang berlaku. Tanpa kita sedar, terlalu banyak nikmat2 yang kita tak syukuri. Apa yang kita nampak hanyalah nikmat dunia yang langsung tak memberi manfaat.

Jangan marah pada Tuhan andai Dia tak makbulkan doa kita, tetapi malulah kepada Dia kerana kita sering ingkar janji kita padaNya.

Jangan sesali apa yang berlaku. Allah adalah penyusun takdir yang terbaik. Dia yang Maha Awal, Maha Akhir, tapi kita?

Ujian Allah dalam pelbagai bentuk. Bersyukurlah bila diuji kerana Dia memang sayangkan kita.





I love to watch this video.. Walaupun dah banyak kali dengar, tetap tak rasa jemu.

Sama-sama bermuhasabah diri di petang Khamis yang indah ini.

May Allah bless us.

Ameen..

Tuesday, 25 September 2012

Mandarin class

currently written by faie mohamad at Tuesday, September 25, 2012
Reactions: 
6 criticisms


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Just wanna share something for tonight. Maybe because aku terlampau excited kot. Excited nak belajar bahasa baru. Currently walaupun dah di saat2 akhir menikmati kehidupan sebagai student, for me, learning process still HARUS berjalan sampai bila2. Dan bila aku tengok jadual sem ni tak berapa nak padat. aku decide nak amik kelas mandarin. Special utk student UIA. Harganya sangat berpatutan. RM90/sem. Kalau nak dibandingkan dengan harga kat luar sana yg berkali2 ganda lagi mahal, aku rasa aku dah buat pilihan yang tepat dah. Walaupun mula2 die punye pronunciation tu masyaallah, tergeliat aku yang biasa makan budu nih, but lama kelamaan aku mula jatuh hati dengan kelas ni even though baru pertama kali masuk kelas.

But why Mandarin is my choice? Why not Japanese, Korean or Arabic or French or whatsoever? Reasonnya sebab aku sangat mengetahui tentang kepentingan bahasa ni kat negara berbilang kaum nih. Walaupun kaum cina bukan kaum majoriti but ramai yg tak boleh nafikan bahasa mandarin tak kurang pentingnya utk masa depan. Mostly majikan akan mengambil pekerja yang tahu berbahasa Mandarin, selain dari bahasa Inggeris dan Melayu. Memang minat aku suka sangat belajar tentang bahasa. Sejak baby kecil lagi. Walaupun dah ada basic yang secebis cuma dalam mandarin, bagi aku why not aku ambik subjek bahasa ni secara formal. Lagipun salasilah keluarga kami adalah dari bangsa cina, yang menurut arwah ayah aku familinya berasal dari Hong Kong. So secara tak langsung aku boleh belajar bahasa mandarin ni demi memartabatkan bahasa salasilah keturunan aku. cewah!


Sinar Language course. Kalau sape2 yang duk UIA memang tersangatlah familiar dengan company nih. Bertampal2 dimana2 je.. Kat center la, kafe2 kat seluruh UIA. Dengar kata ada experience 10 tahun ajar bahasa nih. Wallahualam.

Kelas aku bermula minggu ni, yakni Isnin dan Rabu. Tapi sebab partner aku ada kelas skill malam Rabu tu, kitaorang decide amik hari Isnin dan Khamis. Tutor kitaorang student jugak, nama Fatimah@Ma Jun Ling. Erkk bila aku dengar nama tu tiba2 je aku teringat pasal tajuk sebuah cite kat Astro tuh. Hahaha.. Eh apa ni duk gelak kat cikgu nih. Tak berkat lorr. Haih.


Look at my handwriting masa dalam kelas tu. Cakar ayam ke cakar harimau ntah. Nak wat camne dah cikgu  aku ajar laju sangat. Nak kena salin lagi, sebut lagi berulang2 pronunciation tu sampai lidah jadi kebas. Lepas tu dia akan random tnya sape2 suruh sebut balik apa yang dia cakap. Dahla baru first kelas, nasib badan. But yang tukang ajar kami ni bukan cikgu Fatimah @ Ma Jun Ling tuh sebab time tu dia ada hal tapi pengasas Sinar Language ni, Ishaq Ma, classmate kawan aku. Muda2 dah ada bisnes sendiri. Biasa la, orang cina, penuh semangat dan kerja kuat. Contohilah beliau dalam kehidupan seharian. Hihi


Untuk beginner macam aku nih, nak sesuaikan diri dengan lidah cina memang agak complicated. Dia punya alphabet tak sama dengan alphabet biasa sebab cara nak pronounce tu tersangatlah berbeza. Aku pun cuak jugak masa mula2 masuk tu. Mane la tahu kot2 susah nak faham ke. But sebab aku dah ada pengalaman mengajar foreigner dalam Bahasa Melayu for foreigner, aku faham untuk memahami sesuatu bahasa yang bukan bahasa ibunda bukan sesuatu yang senang. Walaupun ada orang kata bahasa Melayu bahasa paling senang, tapi nak betul2 faham tu amik masa jugak. Even kita yang duk belajar bahasa Inggeris ni dari 6 tahun sampai sekarang pun tak fasih-fasih dalam erti kata sebenar. Setakat sebut boleh, tapi nak apply dalam dialog harian memang SUSAH sebab minda orang kita, speaking je terus di cop berlagak. So what's the problem? Lantak pi la orang kata, janji kita tak kacau diorang. Diorang tak pernah bagi nafkah kat kita. Just ignore people like them okay.

p/s:  Sedang tengok latest update tentang pilihanraya UIA yang kena diadakan lagi sekali. Haih banyak betul tangan2 ghaib sekarang. Ape la nak jadi dengan kampus tercinta aku nih. (sigh)

Monday, 24 September 2012

Melaka here we come!

currently written by faie mohamad at Monday, September 24, 2012
Reactions: 
5 criticisms

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Hujung minggu kalau berlalu begitu je tak buat apa2 tersangat lah merugikan. Tambah pula dengan pressure dari semua perkara termasuklah kuliah dan pihak pentadbiran buat kitaorang tersangat2 stress dan tension yang teramat. So salah seorang dari classmate aku mencadangkan buat trip for fun ke Cameron Highland. Wah, excited jugak aku dengar. Pergi ramai2 dengan kawan rapat mesti awesome! But sadly, pada saat2 akhir, atas sebab2 keselamatan, trip ke Cameron terpaksa dibatalkan BUT digantikan dengan Melaka. Alaa, Melaka je ke? But ok lah, daripada tak pergi mana2 hujung minggu, better plan something yang boleh hilangkan stress dan tenangkan minda, kan?

Kawan aku dah tempah chalet kat Pengkalan Balak. Betul2 kat tepi pantai. 3 hari spend masa kat sana, omaigod, pemandangan di pantai itu sangat membuatkan rasa stress aku hilang macam tu je.

(kualiti gambar memang bukan di tahap yang bagus la sebab aku ambik guna handphone je…)






Subhanallah... Cantiknya tempat ni. Kalau boleh sampai bila2 pun aku nak spend masa kat sini. Indahnya ciptaan Allah. Tak terlawan dengan ciptaan manusia yang tak seberapa. Awesome sangat2.



Tempat kami menginap selama 2 malam. Actually nak jugak rasa tidur dalam chalet papan tapi semua dah fully booked T_T.


Almost tiga hari berada di sana, there are some hidden things discovered. Tak perlu la aku cakap apa, but it's such a memorable things that assist me in dealing with everyone in the future. Tapi yang surprisenya bila berkomunikasi dengan orang Melaka. Boleh tahan jugak nada diorang nih bila bercakap. Tapi tu keunikan yang ada pada diorang.  Oh ya, trip tu terdiri dari kami sembilan orang, termasuk aku, And sepanjang berada di sana, beratus2 gambar aku snap. Asal ada tempat menarik je, terus buat 'photoshoot'. Nak2 pulak semuanya jenis sporting kalau bab bergambar. Oh my... Tapi rasanya tak sesuai kot nak share gambar2 tu kat sini. Buat album simpanan sendiri tak pe.


 Till then...

May Allah bless us.

Assalamualaikum w.b.t!


p/s: entri pendek je. Malas la pulak nak taip panjang2..










Tuesday, 18 September 2012

malu ada kelakar pun ada

currently written by faie mohamad at Tuesday, September 18, 2012
Reactions: 
4 criticisms
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

(Pendahuluan) Sem ni jadual aku sangat sangat tak padat. Aku ada kelas 3 hari je seminggu. Jumaat, sabtu, ahad dan isnin aku cuti. Amacam awesome tak? Sangat kan? Macam2 benda aku boleh buat nak isi masa terluang tu. Shopping, cari keje part time, study (erkk), makan and tido. Tambah berat badan but not ketinggian, online, cari buku bebanyak buat koleksi, boleh update belog banyak kali, macam2 ah. Yang penting aku tak lagi busy macam masa praktikum tu. Sampai mata pun dah macam panda dah time tu. Eyebag yang agak ketara di bawah mata. Macam zoro pun ada.

Dah start melalut dah. Actually aku nak cerita something ni. Agak jarang entri aku berbentuk macam ni tapi takpe la, sekali sekala why not kan. Alkisahnya aku ni suka sangat set alarm pagi pukul 6.15 untuk solat subuh. Biasanya aku set alarm tu gune handphone antik aku tu. And then 3 4 hari kebelakangan ni aku perasan aku cepat sangat terjaga pukul 6.15 tu. Padahal sebelum tu liat jugak nak bangun sampai kadang2 roomate tolong kejutkan. Nasib baik sem ni aku dapat roomate yg jenis beriman, solehah and sejuk je mata memandang.

Suatu hari aku tersedar bila alarm tu bunyi pukul 6.15. Aku terus bangun nak ambik wuduk. Memang kebiasaan aku akan bukak langsir masa nak sembahyang sebab suka sangat tengok pemandangan fajar di ufuk subuh. But bila aku bukak langsir, mak ai.. cerahnya! Macam pukul 7! Aku tengok balik handphone kot2 la aku tersilap tengok. Eh betul la 6.15. Asal cerah macam pukul 7? Ni fenomena luar biasa lagi menarik ni. Aku sudahkan ibadat wajib tu and then sebab pagi tu tak buat apa2, aku tidur sekejap. (habit ni agak kurang elok. Takpe slow2 aku cuba hentikan). Pagi tu mulut aku becok bercerita kat roomate,

'weh korang tahu tak, tadi kan aku bangun pukul 6.15 tapi cerahnya macam pukul 7!'

'haaah!' Terlopong diorang dengar. 'Aku bangun time tu jugak tapi tak cerah macam tu pun', sampuk sorang lagi.

'Betul', penuh semangat aku bercerita. 'Memang cerah. Kalau korang tak percaya, cuba tengok pagi esok macam mana.'

'Ye ke ko ni?' Dengan penuh kesangsian kawan aku bertanya.

'Betul la.' Aku menarik muncung. 'Takkan la aku nak tipu korang... alaa tak sporting arr korang nih'.

Last2 percaya jugak diorang kat aku. Alhamdulillah. Tu pun sebab diorang tengok ekspresi muka aku yang memang bersungguh2 kalau bab bercerita. Then pagi tadi bila aku set alarm pada waktu yang sama, pagi tu memang aku terjaga cam biasa. Still, suasana nampak cerah. Boleh nampak bangunan kat centre tu walaupun berbalam-balam. Haaa, kan betul, baru 6.15 tapi dah nampak tanah, bisik hati aku.

So lepas solat, memandangkan kelas aku pukul 10, aku pun decide nak tidur kejap. Tepat pukul 8 aku terjaga. Ada sms dari kakak aku dari  phone yang satu lagi. Yang phone aku set alarm tu memang function dia set waktu je. Nak bagi kat orang rasa sayang pulak. Bila aku bukak je mesej kakak aku, aku terkejut... Eh dia antar sms ni pukul 8.30? Bukan ke tadi aku tengok pukul 8? Aku check handphone kat tangan aku. 8.40??? Kelam kabut aku cari jam tangan yang aku pakai. 8.40 jugak. Check jam dinding kat compartment roomate, 8.40. Sah, handphone aku tu terlewat 40 minit. Patutla bila aku bangun pukul '6.15' tu macam pukul 7. Dah memang pukul 7 pun. Memang aku la tersilap selama ni.

Alamak malunya aku kat roomate. Macam mana nak cakap kat diorang nih? Dengan muka yang malu-malu aka merah macam cili besar, tadi aku pun bocorkan hal tu masa makan kat kafe edu. Cakap handphone aku tu ada masalah problem. Handphone antik, dah boleh kena buang dalam sungai UIA dah.  Apa lagi gelak sakan la diorang.

'Itu la, aku ni dah 20 tahun lebih hidup kat dunia ni, mana ada pukul 6 suku tu cerah macam pukul 7. Dari ari tu lagi aku dah cuak masa ko cerita. Ha ha ha', sindir kawan aku.

Apa lagi, lagi sekali aku buat muncung. Malu ada tapi kelakar pun ada. Maknanya dah 4 ari la aku solat subuh pukul 7. Haih rasa bersalah pulak. Tapi aku kan tak tahu. Tak berdosa kan?

Moralnya, lepas ni make sure jangan la ada lagi perkara macam ni. Entah2 time tu dah syuruk agaknya. Hummm. Aku selalu nasihatkan diri aku, tak baik lengah-lengahkan solat. Kalau rasa nak duduk dalam neraka wail tu try la. Tapi dalam perkara ni may be aku boleh dimaafkan sebab tak sengaja, melainkan kalau buat-buat tak sengaja. Memang naya arr.

So, to all readers yang Muslim, korang yang solat ni pun tak tahu Allah terima ke tak, ni kan pulak kalau tak solat langsung. Make sure jangan tinggal solat ye or melewat-lewatkannya. Kadang2 sedih jugak time aku wat praktikum tu. 90% dari students yang aku wat sesi dgn diorang mengaku tak sembahyang. Jarang sangat diorang buat ibadat wajib ni. Kata diorang, family diorang pun tak solat, so takde sape nak marah kalau diorang tak solat. Kawan2 sekelas diorang pun macam tu jugak. Takutnya aku dengar. So, jaga amalan, jaga solat and jaga hati. May Allah bless us anyway.



Kbai!

Sunday, 16 September 2012

puisi untuk dia

currently written by faie mohamad at Sunday, September 16, 2012
Reactions: 
7 criticisms



Dariku untukmu....



Kau tak pernah tahu,

kerana kau tidak mengerti

apa yang aku rasai,

rinduku untukmu tidak pernah terucap,

kerna kau lebih tega

memandang bayang-bayang yang kau ciptakan sendiri,

melalui sirna matamu , 

yang membuat aku resah tanpa kata,

kau tidak pernah memahami,

sebuah kalam indah yang terpatri,

dalam jiwa seorang gadis

seperti aku.

Meski kita jarang bersua muka,

kita jarang memanjangkan bicara,

kita jarang menanya khabar,

kerna bagiku,

setiap kata yang terukir,

setiap kata yang terbit dariku dan darimu,

pasti akan ada pertemuan seterusnya,

aku tidak mungkin menyerah,

pada jiwa lemah yang kau taruhkan

hanya untuk membuktikan kesucian cinta itu,

cuma bagiku,

cinta suci itu hanya dariNya

bukan dari dirimu

aku hanya terlanjur menyayangimu,

kerna kau pernah menitipkan sebaris ayat

kata-kata  penuh keramat,

tapi penuh kepalsuan dan noda.

tegakah jika aku berterusan sebegini?

Saat kau tersenyum,

walau tanpa secangkir kata,

aku telah kehilangan erti,

jika jiwa ini mampu kau selami,

jika diri ini mampu kau hargai,

dimana rasa semakin hari semakin utuh,

semakin teguh mengigit rasa,

pasti kau mengerti

bahawa ia bukan sekadar mainan.

ia sebuah lafaz yang hanya tersimpan,

tersekat di bibir tanpa mampu melafazkan.

Andai ku merindui dirimu,

hanya satu yang aku harapkan,

pergilah dikau,

pergilah dari hidupku,

kita tidak mungkin bersatu,

kita juga tidak ditakdirkan bersama,

kerana kau cuma ilusiku,

kau cuma persinggahan hidupku,

untukku  menemui insan lain,

yang jauh lebih hebat darimu.

Sebaris ayat darimu,

sudah cukup untuk buat aku mengerti,

kau hanyalah sebuah khayalan,

dan angan-angan yang tak sudah-sudah.


kbai!

Saturday, 15 September 2012

fake friend

currently written by faie mohamad at Saturday, September 15, 2012
Reactions: 
3 criticisms
Assalamualaikum dan salam sejahtera...



In this world, there are groups of people who...




pretend to befriend with you,

dislike you because of power and fame,

spread rumors about you,

know your business to attract you,

kill you silently,

give you fake hope and dream,

promise not to tell your problems to anyone,

but after all everybody found about it,

only exist when they need you,

hug you but hold the knife to stab you from the back,

give you smile when bump into you but spit you when you are away,

be your shadow as if you are always be with them,

stick around during your brightness moment,

but disappear during you darkest hours,

they are called....



FAKE FRIENDS!!!!

Beware...

You may not realize them because they are good in acting,

and bluff you with their own ways!

they may sit in front of you right now!


Tuesday, 11 September 2012

awesome quotes from great people

currently written by faie mohamad at Tuesday, September 11, 2012
Reactions: 
8 criticisms
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Untuk entri kali ni aku nak letak quotes yg best2 dari scholars seluruh dunia. Mungkin dah common didengar tapi tak salah kan kalau share. Sharing is caring :)










Awesome kan?








Monday, 10 September 2012

new sem, new spirit

currently written by faie mohamad at Monday, September 10, 2012
Reactions: 
6 criticisms
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dearest me,

welcome to the campus!

Almost one month I spent my precious life at kampung, now, I have to say to myself; it's time for me to be a student again and again. For two months I became a counselor, and right now... back to my old title; typical student with a typical life. But the grateful thing is, still God endow me so many awesome people around me. Ohsem!

I arrived at IIUM on this cold morning. Looking forward to a new spirit that I hope for, I really want to forget all the things that conquered my mind right now. And last night, a miracle, (perhaps) happened to me. I bumped into my old friend while waiting for a bus to the destination and from far I could see how innocent that person is. Getting matured and full of strength. Female of course. A  friend that always be with me through thick and thin, spent her great time with me a long time ago but because of a small incident, we have a big fight and the crisis is still unresolved. Unfinished business. She did not want to forgive me and I also did not have any courage to seek her forgiveness, for so many times I waited the moment, but nothing has changed . Am I wrong? Yes. But maybe not. Hmmmm...

I possibly forgive and forget her mistake. Accepting her frailty and start a new friendship. I have done my work and it's up to her. She has right to re bond our friendship or not. Needless to say, she has power of it! Emm why did I wrote this story? Actually it's because I miss her. Too much. Miss our friendship that we hope never sank. On the ship that we carry together, we bring a name called FRIENDSHIP. Miss my family as well. When I miss somebody, it's my pleasure to write something about that person. That's my odd habit. And that's what I do right now. And I'm practicing it. Whatever.

(story got hanged).


My current semester at here. I hope I can change to a better one. If previously I'm unmotivated, now I have concrete reason why I must do my best at here. I have a mother to prove my ability and give her love, I have Allah to carry the amanah and responsibility and I have myself to run the job and be successful. Good luck to myself.

I'm not a perfect one, and I'm never ask Him to make me so, because I feel grateful. Thankful. Get blessed with His kindness. He is Almighty and the Most Gracious one. And He love me, as His servant and vicegerent.

All praises to Him.




Tuesday, 4 September 2012

Sebelum nikah vs. selepas nikah

currently written by faie mohamad at Tuesday, September 04, 2012
Reactions: 
4 criticisms

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Rindunya aku kat belog ni. Dah hampir berbulan aku tak update dengan entri panjang2 macam dulu. Kat kampung, biasalah, macam2 benda nak kena uruskan. Mood nak online langsung takde.  Ada internet connection pun kalau dah namanya takde mood, tak guna jugak. Ye dok?

Sebenarnya bila aku banyak kali menyepikan diri dari online atau contact dengan sape2, aku banyak berfikir sendiri akan apa yang aku dah buat selama ni. Kalau dulu aku jugak seperti yang lain. Fitrah manusia, indahnya jika menyayangi dan disayangi. Gembiranya bila hati ini dimiliki. Cemburu melihat kemesraan kawan2 yang asyik bercinta. Panggil sayang la, bebi la, honey la. Madah-madah cinta yang tak lekang dari bibir. Kejut time subuh dan bangun malam untuk study. Dorongan motivasi yang menjadi perangsang buat diri yang sentiasa fragile. Tapi pernah jugak aku terfikir, andai jika kita couple sekarang, adakah si dia itu akan benar2 menjadi milik kita suatu hari nanti? Adakah kemesraan yang wujud itu kekal berterusan di alam rumahtangga? Bukankah kemanisan itu hilang kerana hilangnya keberkatan cinta yang dianjurkan Rasul kita? Adakah kesucian cinta terpelihara hingga akhirnya?



 Kat rumah aku, abang aku ada belikan sebuah buku yang dikarang oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin. ‘Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul’. First time aku baca buku ni lebih kurang setahun lepas. Sampai sekarang andai ada kelapangan aku akan belek buku ni dan membaca bait2 ayat yang tertulis. Penuh puitis dan syahdu. Cinta selepas nikah sesungguhnya amat indah. Itulah yang dinukilkan oleh beliau dalam melayari bahtera hidup bersama sang suami. Dalam buku ni beliau menggunakan nama Qaniah dan Dr Muslih, iaitu suaminya. Mungkin ia kisah benar ataupun mungkin hanya rekaan tapi hati aku kuat mengatakan bahawa Qaniah itu adalah dirinya dan Dr Muslih itu suaminya, yang juga seorang doktor. Dr Farhan Hadi. Mungkin juga beliau mengkiaskan ceritanya dengan nama lain untuk mengelakkan perasaan riya’ dan cemburu. Mungkin.

Aku jugak suka download video2 beliau. Apa yang aku nak cakap kat sini ialah pandangan beliau tentang hubungan cinta sebelum dan selepas nikah. Apa yang dapat aku simpulkan kat sini ialah..ehem. Banyak benda sebenarnya nak kena tulis tapi biarlah aku tulis seringkas dan sepadat mungkin. Hopefully la.

Kata beliau,

  •   Walaupun kita couple dengan seseorang hingga 10 tahun lamanya, kita takkan betul-betul kenal hati budinya kerana apa yang kita nampak ialah lakonan dan sikap hipokrit serta pura-pura pada dirinya. Kita hanya akan kenal seorang pacar, bukan seorang suami/isteri.
 Aku sangat bersetuju dengan statement ni. Di sekeliling aku, banyak pedoman dan contoh yang aku nampak. Zaman bercinta dengan zaman berkahwin adalah dua dimensi yang berbeza. Time bercinta semuanya nak nampak perfect. Nak jumpa buah hati bukan main lagi mekap macam hantu cina, dress atau kemeja yang digosok rapi, tapi selepas berkahwin, barulah tunjuk taring sebenar. 10 tahun kenal hati budinya melalui alam percintaan yang penuh kepalsuan, baru tahu rupanya si dia seorang yang panas baran, kaki pukul, kaki perempuan la, kaki lelaki la dan banyak lagi. Baru sebulan bernikah akhirnya terserlah sifatnya sebenar. Jadi bolehkah statement couple dulu baru kahwin di terima pakai?

  •      Kalau masa couple dia boleh duk sms dengan kita, contact kita guna skype dan ym, bersayang-sayang, calling berjam-jam sampai pukul 3 dan 4 pagi saban malam, tak mustahil bila kahwin dia akan ulang perangai tu dengan lelaki/perempuan lain.
   Aku tak nafikan akan hal ini. Sangat-sangat betul. Bukan nak bersetuju dengan apa yang Fatimah Syarha cakap seratus peratus tapi memang ada betulnya. Bayangkan kalau selama ni dia selalu dedahkan kita dengan dosa-dosa zina hati, tak mustahil sesangat bila dah masuk alam berumahtangga, bila dia dah jemu or bosan dengan kita, dia akan cari orang lain untuk hilangkan bosannya. Time tu dia akan ulang balik perkara yang dia buat masa dia bercinta dengan kita dulu. So bila setiap kali dia duduk jauh sikit dari kita sambil tangan tak lekang dari handphone, hati kita akan terbit rasa cemburu dan prasangka bukan2.

‘kalau masa bercinta dengan aku dia berani sms aku, mesti lepas nikah dia berani sms perempuan/lelaki lain’. Itulah monolog dalaman yang sentiasa terbit dihati.

So kesannya akan timbul pergolakan yang dahsyat dalam rumahtangga. Ini kenyataan. Kalau tak percaya, kita sama-sama tunggu dan lihat. Biarpun dia cakap dia seorang yang setia hanya pada yang satu, boleh kah kita pegang kata-kata itu sepuluh tahun akan datang saat kita menjadi miliknya?

  •   Jika sebelum kahwin kita pernah couple dengan orang lain, bila kita kahwin dengan orang yang bukan kita couple selama ini, akan timbul rasa memperbanding-bandingkan dirinya dengan orang terdahulu.

    Maksudnya macam ni. Aku bagi contoh yang agak sadis sikit.


# ‘Dulu pakwe aku ada Lembugini yang harga juta-juta tu. Laki aku sekarang..ermm ada Persona je’.


# ‘Dulu pakwe aku selalu bagi aku bunga setiap hari. Laki aku sekarang, usahkan bunga, tangkai bunga pun tak pernah kasik!’


# ‘Pakwe aku dulu hensem. Ruginya tak kahwin dengan dia. Laki aku sekarang ni, nasib baik comel sikit je dari Shrek’.


# ‘Kalau aku kahwin dengan pakwe yang pertama dulu, mesti aku tak duduk rumah flat macam ni. Asal laki aku tak sekaya dia ek. Dah nasib kena kahwin dengan orang miskin nih’.


Menurut Ustaz Azhar Idrus menerusi videonya, kalau kita berkahwin dengan seseorang itu, itu bermakna dialah yang terbaik untuk kita. Kalau tak kenapa gatal nak kahwin dengan dia? So bila dah namanya jadi milik kita, tak payah la nak compare dia dengan orang lain, kan.


  •   Zaman sekarang kenapa ramai pemuda yang hanya kelihatan gagah pada zahirnya tetapi jiwanya lemah? Pemuda yang banyak membuka lembaran kelalaian dengan sms cinta yang bermadah berseni, ungkapan cinta untuk si dia yang belum tentu halal untuknya, dan merebut perempuan dengan cara yang salah.
  Syabab2 muslimin yang diharapkan menjadi panglima perang demi agama dan meruntuhkan nafsu ammarah sanggup merendahkan diri mereka hanya untuk memikat wanita. Pemuda yang jika di Palestin sudah mahir memegang senjata tetapi disini masih lagi ralit menonton cerita Power Rangers di kaca tv, duk tayang gajet2 terkini yang menjadi kebanggaan, menjadi pencinta ramai wanita dan bangga sekali bila ramai yang berebut akan dirinya. Lelaki inikah yang mampu membawa wanita ke syurga?

  •   Kalau suka jumpa la ibu bapa. Sayangnya tiada yang berani,tandanya tak bersedia. Kalau tak bersedia, kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata?
 Contoh sebegini sudah banyak aku lihat dikalangan mereka yang terdekat dengan aku. Pengalaman mereka. Couple bukan main tapi time ajak jumpa parents terus senyap. Kalau betul2 serius kenapa nak tangguhkan? Kalau betul-betul sayangkan dirinya, kenapa perlu ragut kehormatannya walaupun hanya berpegang tangan?

Bagi aku kalau dia betul sayangkan seorang hamba Allah ni sudah pasti dia akan cuba jaga kesucian cintanya dari perkara bukan-bukan. Kerana dia tahu cinta sucinya itu hanya dipersembahkan untuk si dia yang halal buat dirinya saja.

So adakah basically dalam entri ni aku bermaksud cinta sebelum nikah adalah palsu semata2? Bagaimana kalau kita sayangkan seseorang tapi kita takut berbuat dosa kepada Allah dengan bercouple dengannya?



Kata-kata Fatimah Syarha yang aku petik dari bukunya itu,


‘‘Jika kau belum berkahwin, kejarlah cinta Allah sebelum mengejar cinta lelaki. Tanpa reda Allah, andai dirinya kau miliki sekalipun, kau pasti takkan bahagia. Percayalah. Sia-sia segala usaha yang kau curahkan atas dasar maksiat. Ianya hanya meluputkan berkat daripada hidupmu.

‘‘kerana asyik bercinta, mungkin juga jodohmu jadi lambat kerana kebanyakan lelaki hanya ingin mengambil kesempatan berseronok dengan gadis yang mudah menyerah. Habis madu sepah dibuang. Jika ingin mencari isteri pula, biasanya mereka akan mencari yang terpelihara dan terjaga’’.


Aku akui tatkala umur yang sudah menginjak dewasa ini aku sepatutnya sudah tidak memerlukan lagi madah-madah cinta yang meranapkan jiwa aku dan huluran cinta dari lelaki ajnabi yang hanya sekadar bermain kata tanpa membuktikan dengan lafaz ‘aku terima nikahnya’. Apa yang mungkin aku perlukan sekarang ialah komitmen dan tanggungjawab. Komitmen dari lelaki sebagai suami untuk melunaskan tanggungjawabnya supaya mendapat keredhaan dariNya. Jika dia setia dengan cinta Allah, sudah pasti dia juga setia akan cintanya pada manusia.

Memang aku akui sebagai manusia biasa, untuk kita  melupakan seratus peratus yang yang berlaku adalah perit dan pahit sekali. Tapi percayalah, andai dia benar-benar milik kita, pasti tak ke mana. Walau kita couple dengannya bertahun-tahun, belum tentu lagi dia adalah jodoh kita. Mengapa nak menikmati cinta sebelum kahwin? Tak bimbangkah ia jadi tawar dan hambar? Hilang barakah, hilanglah kemanisan. Jodohmu telah sedia tertulis di Luh Mahfuz. Istikharahlah dan kamu pasti akan berasa tenang.

Bacalah doa ini kala sujud kudusmu pada Dia yang maha Esa, 


‘‘Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin orang yang bertakwa’’
                                                                                                (Surah Furqan 25:74)





Apa yang aku tulis ni bukan sebab perasan bagus. Ia lebih kepada peringatan untuk aku sendiri. Supaya langkah aku tidak tersasar. Supaya aku menjadi lebih baik dari semalam. Peringatan untuk aku kala kesedihan dan kelukaan. Bukan aku tidak pernah kecewa dan terluka. Sesungguhnya aku amat berterima kasih kepada mereka kerana membuatkan aku sedar, cinta sebelum nikah tidak akan kemana.



‘‘telah tercatat secebis namanya di luh mahfuz cuma peribadinya ditentukan oleh sejauhmana ketinggian peribadimu. Jika kau thabat di jalan yg benar nescaya si dia akan turut berada di jalan yang sama…’’


Insyaallah…
 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea