Assalamualaikum…
(post ni sepatutnya aku wat 4 ari yang lepas tapi sebab masa tidak mengizinkan untuk aku tulis tentang luahan hati aku yang tengah panas ni T__T)
Beberapa hari lepas masa aku tengah online kat dalam kelas, seperti biasa aku bukak news feed untuk cari info2 terkini tang perkembangan kawan2 aku kat fb. Tiba2 dalam duk baca komen2 status diorang, mataku tertancap pada sesuatu. Post yang dikeluarkan oleh BULETIN UIAM.. Mula2 baca tajuk tu pun dah cukup membuatkan aku beristighfar dan seram sejuk…
‘’UIAM bakal menjadi sebuah sarang dot dot dot’’(tak sanggup nak tulis) T_T
Nota ni ditulis oleh seorang hamba Allah yang belajar di UIA, student postgraduate yang mengambil jurusan keagamaan dan sebelum ni mendapat ijazah di sebuah universiti tempatan, juga dalam bidang yang sama. Yang membuatkan celcius dalam badan aku naik mendadak ialah bila penulis tu mengeluarkan statement dan pendapat beliau yang agak berat sebelah tentang gejala sosial yang hangat diperkatakan di UIA waktu ni. Dan yang pastinya, statement tu telah mendapat reaksi dan feedback dari pelbagai pihak, komen2 negatif tentunya. Mana taknya, post yang dikeluarkan oleh pelajar tu jelas menunjukkan sikap unfair beliau kepada warga UIA dan mengeluarkan stigma bahawa semua student UIA adalah seperti perkara yang disebutkan, tanpa ada pengecualian!
Aku tak nafikan bahawa masalah2 sosial yang berlaku kat sini adalah betul dan tidak sama sekali bercanggah dengan isu2 yang sering diwarwarkan oleh pihak2 ilmuwan agama kat sini. Tapi statement yang dikeluarkan oleh beliau itu jelas menunjukkan ketidakcerdikan beliau dalam memberi pendapat dan sikap beliau itu adalah seolah2 menghentam dan ingin menunjukkan kepada seantero dunia bahawa UIA adalah universiti yang sekian sekian bla bla bla!
UIAM telah ditubuhkan berlandaskan satu falsafah dan misi serta visi yang murni demi kepelbagaian sejagat. Dan penubuhan universiti ini telah diikitiraf oleh pelbagai pihak dan jelas membuktikan bahawa universiti ini mampu mencapai visi dan misi yang diharapkan. Aku sangat kesal dengan penulis tersebut yang sanggup memalukan UIA dengan sedemikian rupa. Bagaimana kalau orang lain yang membaca dan menilai kenyataan tuh? Dah tentu ia bakal mengundang musibah yang lebih besar terhadap kesucian UIA itu sendiri. Aku bukan nak menutup mata tentang masalah2 sosial yang berlaku sekarang lebih2 lagi yang berlaku kat sini tapi apa salahnya sebelum mengeluarkan kenyataan itu, selidikilah fakta dengan cara yang lebih mendalam. Cari penyelesaian yang lebih bijak dan matang, bukan hanya tahu menghentam. Walhal penulis tu baru setahun jagung kat sini tetapi sudah menilai universiti dengan macam2 kutukan negatif. Dia tak tahu ke yg kat universiti ini sudah banyak melahirkan ilmuwan2 yang cerdik pandai tentang Islam dan kat sini juga terdapat banyak jenis persatuan dan kelab2 yang dibina atas nama Islam demi memartabatkan kesucian agama itu sendiri? Kenapa penulis tidak melihat akan semua itu malah cuba menunjukkan kepada semua bahawa UIA adalah seperti yang diperkatakan tanpa mengambil kira perkara2 baik yang berlaku disini? Sigh~
Jangan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Dalam setandan pisang pasti ada yang dimakan haiwan walaupun sebiji. Jangan anggap semua perkara itu adalah sempurna kerana last2 pasti akan menimbulkan kekecewaan lak kat diri sendiri. Mana ada benda perfect dalam dunia ni melainkan ALLAH. Sama juga macam tanggapan kat UIA nih. Meskipun dibina atas dasar islamization, tetapi tidak semestinya semua student yang mendaftar masuk ke sini adalah mereka yang berlatarbelakangkan agama dan lepasan maahad. Ada antara mereka yang datang dari sekolah biasa dan course yang diambil pula tidak semestinya menjurus kepada keagamaan semata2. Aku rasa penulis tu mesti lebih arif tentang hal ni kerana beliau merupakan student master dan lebih alim tentang ilmu2 agama berbanding orang lain, termasuklah aku sendiri.
Lagipun aku tengok situasi kat UIA ni takdela seteruk seperti yang diperkatakan oleh penulis tu. Bahkan kat sini aku dapat melihat satu suasana dimana ajaran Islam masih dipraktikkan oleh kebanyakan penghuni disini. Setiap kali aku balik dari AIKOL pukul 10 malam aku akan tengok berbondong2 orang keluar dari masjid. Usai mengadakan tazkirah dan usrah barangkali. Sister2 juga kulihat ramai yang masih layak digelar wanita solehah dan sering menundukkan pandangan walaupun ada segelintir yang masih ada sister yang endah tak endah. Tapi jumlah itu agak terpencil jika dibandingkan dengan jumlah mereka yang still menghayati nilai agama yang sebenar. Saban hari terutama waktu maghrib dan subuh hatiku pasti terusik mendengar azan dari masjid UIAM yg berkumandang indah dan agak sayu kedengaran dan tika itu hatiku terdetik, alangkah bertuahnya aku menjadi sebahagian dari penghuni UIA ni. Tapi bila penulis itu mengatakan bahawa sini bagaikan 'neraka', aku tak tahulah nak cakap apa. Memang la nak kata kat sini perfect tak boleh sebab setiap benda tu ada kekurangannya, tapi tindakan beliau mengecop universiti ini sbg neraka, memang sangat2 melampau.
Jujurnya, aku kadang2 meluat plus bosan dengan perangai orang macam penulis tu. Hanya tahu mencaci dan menghentam tetapi tidak tahu mencari solusi. Hanya merasakan diri mereka je yang betul, orang lain semua salah. Dan hanya fikir orang mcam dia je yang layak masuk syurga, dan orang lain layak masuk neraka ( maaf agak kasar), tetapi itulah hakikatnya. Dan aku sudah banyak kali berjumpa dengan insan2 yang kononnya alim dan warak tetapi bila bertembung dengan orang2 biasa ni, usahkan nak tegur, pandang pun tak mahu. Kenapa perlu menunjukkan sikap macam tu? Islam ajar ke?
Islam adalah agama yang syumul, meliputi semua perkara termasuk urusan duniawi. Islam juga adalah agama yang mudah dipraktikkan, bukan untuk menyusahkan umatnya dan segala macam urusan dan arahan serta larangan yang sedia termaktub dalam kitab suci dan hadis2 nabi sememangnya bersesuaian dengan jiwa dan fitrah kejadian manusia itu sendiri. Islam juga tidak mengajar umat2nya double standard dan menuding jari sesama sendiri, ‘aku yang salah, ko pun salah’… jadi kenapa perlu memburuk2kan saudara sesama muslim dan mencaci mereka tanpa mencari sebuah solution yang tepat akan hal ini?
Sepatutnya orang seperti penulis itulah yang menjernihkan keadaan, bukan semakin mengeruhkan perkara yang timbul. Orang seperti penulis itulah yang dipertanggungjawabkan untuk mentarbiahkan kembali jiwa2 muda anak2 remaja di sini supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Cuba cari satu penyelesaian yang tepat untuk mengatasi kekalutan nih. Penulisan yang extreme mcm ni tidak akan menyelesaikan masalah kerana ini pasti menimbulkan salah faham dari student universiti tempatan yang lain. Meskipun ia membuka mata ramai pihak, tapi tindakan mengeluarkan tajuk yang bersifat kurang sopan itu pasti menimbulkan kontroversi dari semua orang. Lagi satu, nak berdakwah tidak semestinya berserban dan berjilbab serta dilakukan kat masjid. Dakwah ada banyak cara dan memerlukan masa yang bukan sehari dua. Kalau kita telusuri semangat jihad yang dilakukan oleh rasul junjungan kita dan mengimbas kembali kebijaksanaan baginda dalam menyampaikan dakwah sehingga Islam masih kekal kesuciannya di muka bumi ini sehingga sekarang, sudah pasti kita sedar untuk mentarbiahkan orang lain itu semestinya bukan perkara mudah. Ingat, setiap perkataan yang keluar dari mulut kita itu adalah doa. Jangan hanya kerana bicara anda, maruah UIA tercemar teruk. Orang seperti anda lah yang sebenarnya merosakkan kesucian taman ilmu dan budi itu sendiri. Fikirkan.
:: Matlamat takkan menghalalkan segala cara. Walaupun niat penulis tu betul tapi method yg digunakan oleh beliau itu sangat bertentangan sekali dengan ajaran Islam. Sedangkan Rasul kita menutup aib para sahabat dan umatnya. Dan kami sisters kat sini bukannya ________ seperti yang anda perkatakan!
P/s : kesal + kecewa + bengang. Moga penulis itu diberi hidayah oleh Allah atas kekasaran dan keterlanjuran beliau…
0 criticisms:
Post a Comment