Sunday, 22 September 2013

it's Lambaian Menara Gading program story!

currently written by faie mohamad at Sunday, September 22, 2013
Reactions: 
1 criticisms
Assalamualaikum...


I'm not feeling so well few days ago. Bila roomate disyaki demam dan batuk-batuk, aku pun turut terjangkit sama. Mula-mula tu batuk biasa, then celcius di badan terus naik mendadak sampaikan kalau letak telur ayam pun boleh masak da. Bedridden for two days, tak boleh bangun, makan pun lalu sampai kena gastrik and mintak mc untuk tidak hadir ke sekolah wuwuwu.. It's hard you know. Dengan lambakan kerja yang sentiasa menggunung tu, time2 macam ni teruji pulak dengan ujian kecil ni. Ok fine ok fine.

Pastu dalam duk demam tu, tetiba teringat kena jadi fasi untuk program nih. Tarikh 21 Sept hari Sabtu.  Program Lambaian Menara Gading untuk pelajar tingkatan 5 SMA Bugisiah Tampok, Pontian Johor. Dah TERjanji dgn sorang sahabat ni untuk jadi fasi then kalau tetiba nak kensel macam tak best pulak. Dahla time hujung minggu, orang kata waktu nak rehatkan diri bagai. But bila fikir-fikir balik buat apa nak rehat lebih-lebih, ye dak? Bukannya takde rehat langsung kot. Rehat sikit-sikit sudah.

Actually program ni lebih terarah pada bagaimana kami sebagai future counselor kena tolong pelajar tentang guideline yang betul on how to apply course kat IPTA dan jugak kecenderungan serta ciri-ciri personaliti yang ada pada mereka menerusi teori Holland. Pastu dalam masa yang sama kene la jugak boost up diorang punya confidence level dan semangat diri untuk SPM nanti. Ni program ad hoc untuk junior kami, student 4th year 1st sem dan aku serta 3 orang kawan lain yang sedang berpraktikal ni pulak kena membantu diorang untuk menjayakan program ni. Semua terpaksa jadi bidan terjun and last minute banyak benda yang tak terduga berlaku sampai semua pakat stres. Tapi Alhamdulillah berkat kesabaran, even bas diorang yang dijadualkan sampai awal tetiba mengalami kerosakan sampaikan semua jadi redundant, tapi dengan sifat profesionalisme yang tinggi dari main board kami, akhirnya ia berjalan lancar.


While waiting for the students. Me with juniors yang sporting. Program dijangka bermula pukul 11 tapi sebab bas mengalami kerosakan teknikal, kami terpaksa selama 2 jam lebih untuk menunggu kedatangan diorang nih. 





Alololo kemain lagi eh. Nasib baik ni time cuti. So takde orang sangat. Location: Depan Azman Hasyim Complex

And finally, semua peserta tiba dengan selamat kat UIA nih. After diberi taklimat, makan-makan dan menunaikan solat Zohor, mereka di bawa ke bangunan Institute of Education, specifically kat LT2.

Kaunselor diorang, bro Lukman Uzir, yang jugak ex student INSTED kat sini sebenarnya yang bertanggungjawab bawak diorang nih kat sini. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan kat pelajar tentang kehidupan sebenar kampus dan jugak maklumat berkenaan dengan kerjaya. Bro Lukman ni jugak satu-satunya kaunselor kat sekolah tuh. Actually sekolah tu baru dinaiktaraf dari Sekolah Agama Rakyat kepada sekolah menengah biasa.  Apa yang menariknya tentang student2 nih ialah, mereka sangat sopan santun, mendengar kata dan tak bising. Pendek kata kalau bagi arahan apa sekalipun, diorang mampu selesaikan dan melaksanakan dengan mudah. Kalau nak dibandingkan dengan budak sekolah aku tu...hahaha


Ada beberapa slot yang aku rasa agak menarik untuk students nih. Contohnya ucapan perwakilan pelajar setiap kuliyyah di UIAM. Kat sini comitee menjemput wakil dari setiap kuliyah bagi ucapan dan explain tentang kuliyyah diorang serta requirement yang perlu dipenuhi. Ada jugak dikalangan mereka yang menyentuh pasal pengalaman mereka sepanjang menjadi students kat sini. Kawan aku, Ayu yang jugak kawan sekolah rendah dulu dan mewakili kuliyyah AIKOL terpilih untuk sharing moment nih.  

Me with adik-adik yang comel-comel, manis-manis nih. Dalam program ni aku diberi tugas jadi fasi kat diorang dan explain tentang kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti masing-masing. Mula-mula nervous jugak tapi sebab masing-masing buat muka rilek je so segalanya berjalan dengan baik. Ada jugak sesi sharing moment dimana setiap orang akan diberi peluang bercakap dan mengekspresikan feeling masing-masing tentang life diorang. I like them sebab diorang sangat sporting dan mudah memberikan kerjasama. Terharu wuwuwu.


Time ni pulak waktu untuk jelajah kampus. Since masa tak berapa mengizinkan, ye lah dah drag masa yang tiga jam tadi tu, so aku just bawak diorang melawat bangunan Engin dan KAED je. Pastu bergambar sekejap kat depan CAC tuh and bagitahu serba sedikit tentang UIA. Kelakarnya aku sendiri pun sesat masa kat bangunan Engin tuh. Manala aku tahu, bukan kuliyah aku. Nasib baik cepat-cepat cover =p.

This is KAED gallery. For me bangunan KAED yang paling cantik kat UIA nih. Rindu nak datang sini sebab masa mula-mula aku masuk UIA ni, aku kena belajar kat bangunan KAED untuk subjek EPT. So masa first year dulu selalu jugak lepak-lepak sini dengan kawan-kawan yang lain. And again, sejarah telah berulang.


Momen sebelum bersurai. Semua pakat nak masuk UIA bila aku ceritakan tentang keindahan UIA yang serba permai nih dan suruh aku doakan semoga impian diorang tercapai. InsyaAllah adik-adik, ada jodoh kita bertemu lagi ye.

Thanks for coming here and become part of us. We're glad and thankful for this. Semoga anda semua berjaya dalam SPM dan tak lupa diri lepas ni. Nice to meet all of you guys :)

Wo hen gao xing renshi ni men dou! Zai jian...

Wednesday, 11 September 2013

Semester terakhir UIA

currently written by faie mohamad at Wednesday, September 11, 2013
Reactions: 
3 criticisms
Assalamualaikum...

Eh tetiba rajin je nak taip sesuatu kat rumah tadika kite nih. Jarang kot biarkan ia berupdate macam dulu. Time2 internship ni ade je kekangan melanda. Kalau dulu busy macam mana pun tapi ini belog takkan ku pinggirkan melainkan jika ada problem dengan internet connection. Contohnya kat kampung la. And aku rasa memang lepas habis belajar ni, duduk kat rumah saje2 tanpa keluar ke mana2,  belog ni kembali berhabuk, bersawang dengan sarang labah tarantula, dikerumuni lipas or katak bagai... erkk

Alhamdulillah, selama 3 minggu ni hidup kami seolah-olah terkontang-kanting dek kerana kafe mahalah tutup, yang ada kafe  yang jauh je bukak, tu pun lauk makanan boleh dikira dihujung jari je... akhirnya bermula semalam life sebagai student bermula seperti sediakala. Kafe kembali dibuka macam biasa, macam2 lauk yang best2 tersedia yang memang rindu sangat nak hadap. Mahalah kembali meriah dengan kehadiran bebudak yang lama termasuk lah yang baru masuk, freshie la senang cerita. Muka-muka innocent dan comel-comel je diorang nih. Feeling excited kekonon mesti menebal dalam diri masing-masing, sama macam aku dulu. Tapi bila dah di final semester, terrible nye Tuhan saja yang tahu. Tengok wajah-wajah junior yang masih lagi belum experience momen add drop subject yang sangat annoying, waktu pre reg subject mahupun mahalah, wajah-wajah officer department yang sentiasa menayangkan muka kelat setiap kali berurusan, sesat mencari kelas, belum lagi diuji dengan lecturer dan subject tough yang belum mampu lagi dapat bertahan atau tidak... Semua itu mengajar kita erti survival. Dan Alhamdulillah, selepas 4 tahun ia bakal berakhir bulan 10 ni. Insyaallah.

Masa mula-mula nak enroll sini, 4 tahun lepas yakni tahun 2009, aku masih lagi ingat, aku sorang-sorang je kat sini. Tak kenal sesape melainkan sorang kawan satu sekolah ni, Mysharah namanya. Tu pun kami jarang dipertemukan sebab dia budak cfs, tambahan pulak course lain-lain walaupun kuliah sama. Dulu time apply kat sini, takde sorang pun dari batch STPM 08 sekolah aku sanggup apply UIA. Alasan mereka, sebab ada Arabic dan English. So memandangkan takde sorang pun yang sanggup, aku sahut cabaran seorang guru aku waktu itu yang menginginkan salah seorang dari kami apply UIA. Kalau tak silap dalam 8 pilihan course dan universiti, 5 daripadanya ialah UIA. Course yang aku pilih pulak more to Human Sciences iaitu Psychology, History and Civilization, Political Sciences dan course undang-undang syariah. Yang lain aku pilih UM dan UKM kalau tak silap. Actually aku takde niat pun nak ambik Education sebab kalau ambik Education for sure first choice dan second choice tu haruss course Education tak kira lah universiti mana pun. Aku sebenarnya prefer undang-undang syariah seperti yang dicadangkan oleh kaunselor sekolah, ibu angkat dan abang sulung aku. Memang teringin sangat nak mendalami bidang ni sebab dah rasa excited gila kot tengok orang yang ambik bidang ni sangat fasih dengan hukum syariah . Apply pun main hentam je tapi seingat aku yang second choice tu memang aku mintak undang-undang syariah. Tapi rezeki aku lebih berpihak pada Education, specialization in Guidance and Counseling. Lepas dipanggil untuk ujian Medsi dan temuduga pendidikan, ingatkan tak dapat dah tapi tetiba aku diterima masuk ke UIA, specifically nya di INSTED.  Mula-mula tu cuak jugak, sedih pun ada tapi bila fikir balik, Insyaallah ada lah tu hikmah yang Allah nak bagi lepas ni. Perancangan Dia jauh lebih hebat berbanding perancangan aku yang entah apa-apa nih.

Then waktu mula-mula masuk tu, memang satu famili hantar aku ke sini. Time tu tak payah cakap, sedih kot, maklumlah jarang berpisah dengan family, pulak tu jauh beratus-ratus kilometer pulak tu. Dah la takde kenal sape-sape, dapat pulak Mahalah Maryam kat hujung dunia tuh. Dengan usrah room yang muat 8 orang satu bilik, bayangkan macam tin sardin dibuatnya. But Alhamdulillah roomates aku sangat baik dan peramah. Ada yang dari 3 orang budak Terengganu sama macam aku jugak, Kedah ada 3 orang dan sorang lagi dari Pahang. If I could tell you how wonderful moment that I had with them, memang tak tergambar dengan kata-kata. Sangat best dan meriah dengan loghat masing-masing yang pekat dengan dialek sendiri. Yang tak bestnye bila time tu kecoh dengan virus H1N1 yang memang tgh merebak sampai aku sendiri disuspek dengan virus tu but syukur sampai sekarang masih lagi bernafas ke hari ini.

Waktu taaruf week seingat aku jugak agak menguji kesabaran. Bila terbaca komen2 dari junior kat IIUM Online tentang taaruf week, mesti aku senyum2 sendiri. Dah namanya taaruf week, bagi aku ke'annoying'an momen itu memang tak de apa sangat kalau nak dibandingkan dengan momen berhadapan dengan subjek yang susah serta kerenah birokrasi dari pelbagai pihak. Pendek kata taaruf week tu macam dah bagi hint awal-awal kat students, bila dah masuk universiti ni memang memerlukan semangat dan kesabaran yang bukan sedikit. Bukan secebis harga yang patut dibayar demi menggenggam segulung ijazah untuk famili, air mata yang tertumpah pun bukannya setitis dua. Tu belum lagi termasuk krisis dengan sahabat atau lecturer, or kes putus cinta. Erk. Yang tu pun menambahkan beban masalah yang sedia ada.

Aku masih ingat lagi waktu mula-mula daftar masuk dulu dengan some committees taaruf yang attitude entah apa-apa, dengan program flow yang langsung tak dibagitahu, bunyi siren mengejut, briefing secara tetiba,  rushing sana sini sampai semua jadi kelam kabut, dengan diskriminasi pihak tertentu dengan kami-kami yang bukan student UIA yang original nih... Semua tu bila ingat balik, subhanallah... Allah Maha Besar.

Dan dugaan itu tak habis disitu sahaja. Daftar je kat sana, tetiba ada 4 exam menanti.

#English Placement Test
#Arabic Placement Test
#Tilawah Placement Test
#Fundamental Knowledge Test

Yang paling sedih, EPT aku gagal mencapai band 6. Sudahnya terpaksa berkampung di CELPAD selama 1 sem. Belajar baik macam nak belajar MUET dulu. Nasib baik 1 sem saja. Tu pun....

But I dare to say, kat CELPAD adalah kenangan paling best sepanjang aku bergelar student UIA. Jadi PRSS student tersangat awesome. Terlampau banyak memori yang aku kutip dan gali dari lecturer dan classmates sendiri.

Kisah pasal CELPAD ni aku ada cerita kat satu entri ni. klik sini ye :)

Menjadi student direct intake memang membuatkan kesabaran kami teruji, bukan hanya dari segi diskriminasi pihak atasan bahkan dari colleague mates itu sendiri. Itu bukan pilihan kami dan kami juga tidak memerlukan penghormatan dari sesiapa, cukup lah tiada usaha untuk merendah-rendahkan kami ini. Aku sendiri tidak terlepas dari situasi termasuk lah dari pensyarah sendiri (tetapi bukan semua, hanya sebahagian). Tapi bila fikir-fikir balik, selagi diorang tak bagi rezeki kat aku, selagi mana aku tak menyusahkan diorang, they have no right to keep judging me and others. That's come from their own flaws, not ours.

So, berbalik pada semester terakhir ni, tipu la kalau cakap tak rasa sedih langsung. Excited ada la kot sikit sebab lepas ni dah tak payah pening-pening duk pikir pasal add drop subject dah tapi feeling sayu tu tetap hado. Sayu nak tinggalkan roomates, classmates, mak cik kafe yang selalu borak sakan dengan beliau, dengan akak-akak cleaner yang sangat ramah dan rajin, dengan si dia... Ooohh terlampau banyak memori yang aku kutip sepanjang berada disini.. Yang banyak mengajar aku macam2. Kalau nak cerita kat sini memang sampai tahun depan pun tak siap taip tapi apa yang aku cerita ni hanya surface sahaja. Yang jauh lebih perit, lebih sakit dan pahit, biarlah hanya Dia yang mengetahui. Kisah lepas, makin diingat makin sengsara. So just serah kat Dia yang menentukan segala.

My dear IIUM, your people might annoy me, but my memories with you will eventually remain until the end. Thanks Allah for sending me at such a virtue place like this. May He bless everyone at here make this place as a barakah one.









Saturday, 7 September 2013

This is a story..

currently written by faie mohamad at Saturday, September 07, 2013
Reactions: 
0 criticisms
Assalamualaikum...

This is my story and it's just happened to me..about few days ago..

Bilik kaunseling.

10.00 am. Datang dua orang pelajar perempuan tingkatan 4 tetiba request nak buat sesi. So memandangkan aku tengah free, aku bersetuju.

Soalan pertama. Selesai menerangkan prosedur dan matlamat sesi, aku bertanyakan tujuan mereka datang berjumpa. Salah seorang dari mereka berkata,

''Cikgu, kami nak cerita pasal ada sorang kawan kami ni. Namanya X. Dia...bla bla bla bla.. dari dulu sampai sekarang ego tinggi gila.. bla bla bla.. tak nak mengalah... bla bla bla bla.. ada 2 orang tukang hasut.. dia benci kami sebab hasutan tu... bla bla bla... The end.

Pendek kata ia berkisar tentang kekecewaan mereka dengan sikap seorang sahabat yang selalu tidak mahu mengalah dan lebih teruk lagi mempunyai kawan-kawan yang sentiasa mengapikan keadaan. Sempat jugak aku bertanyakan mereka tentang ciri-ciri sahabat mereka tuh, trait dia dan tanpa disuruh mereka main mention nama budak tuh. Erkk

Okay. Cukup 50 minit mendengar cerita mereka, aku membuat ulasan dan memberi beberapa pandangan peribadi serta menyuruh mereka melakukan keputusan berdasarkan pandangan mereka sendiri. Dan aku terus menerangkan baik buruk kesan dari perkara tersebut. 

Then sesi itu tamat pada hari tersebut. Aku menyuruh mereka datang kembali minggu depan membuat follow-up untuk melihat sebarang perkembangan. Penting untuk aku mencatat nota sesi itu untuk rujukan pada saat yang diperlukan.

Keluar dari bilik sesi, aku disapa oleh dua orang pelajar yang juga tingkatan 4 yang mana sebelum ini pernah melakukan sesi ujian kerjaya dengan aku. Aku menyambut baik kedatangan mereka and sempat aku melirik pandangan dua orang pelajar yang baru lepas sesi itu menghadiahkan pandangan tajam kepada dua orang pelajar terbabit. Eh main-main mata pulak.

Dipendekkan cerita,  cerita mereka juga berkisar tentang hubungan persahabatan. Dengan seorang sahabat baik mereka sendiri.

''Cikgu, sebenarnya kan kedatangan kami nak cerita kat cikgu pasal sorang kawan saya ni. Namanya X. Dia ni kan memang dah banyak berubah sejak kebelakangan ni. Dah la suka marah-marah, pastu pulak ego tinggi tak hengat. Nak tahu tak kenapa? Sebab ada penghasut la cikgu. Mereka-mereka ni lah yang memecahbelahkan hubungan persahabatan kami..''

Eh ni macam cerita tadi ni, aku berbicara dalam hati. Kebetulan kot. So aku bertanyakan tentang ciri-ciri sahabat diorang tuh. 

Mereka menerangkan satu persatu. Eh ada persamaan pulak. Nama pun sama. Dan mereka menyambung,

''Kalau cikgu nak tahu, yang dua orang datang jumpa cikgu tu la tukang hasutnya. Saya pun terkejut macam mana la mereka boleh ada kat sini jumpa cikgu. Diorang cerita pasal apa cikgu? Ke pasal ni jugak?"

Gulp. Aku menelan air liur. Cuba menghela nafas sedalam-dalamnya. Orang yang sama rupanya. Group A tuduh group B buat onar. Group B pun tuduh A yang cuba memecahbelahkan keadaan.

''Ooo.. Yang diorang datang tu pasal lain. Jangan bimbang'', aku cuba berdalih. Takmau mengeruhkan keadaan. Kang tak pasal-pasal bertumbuk diorang kang.

''Cikgu jangan percaya diorang tuh. Nak-nak si A tuh. Dah banyak kali dia hasut cikgu-cikgu kat sini cakap saya buat macam-macam. Cakap saya miang la asyik kawan dengan lelaki la, macam2..''

Sudaahh.. Aku garu kepala. Macam mana ni? Nak percaya kat sape ni? Dua2 bagi bukti dan penjelasan yang kukuh. Dua-dua muka macam tak menipu dari segi luaran. Dah tu mana satu cerita yang aku boleh terima nih?

Habis la. Macam mana nak cakap kat diorang ni ek??



Tak mahu memeningkan kepala yang sudah sedia pusing, aku membuat reflection of content dan jugak reflection of feeling. Waktu tu tiada intervention yang mampu aku sediakan. Perlu untuk aku menenangkan diri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan berdasarkan cerita mereka. Apa yang mampu aku buat ialah conclude everything and doing paraphrasing kat depa-depa nih. Seperti biasa aku suruh diorang datang balik pada waktu yang ditetapkan. Dan diorang bersetuju.

--------------

This is among a short story yang boleh aku ceritakan kat sini. Actually banyak lagi. Terlalu banyak, bahkan lagi teruk pun ada. Kisah budak-budak remaja, biasa lah. Kita stop cerita pasal diorang nih.

Apa yang mahu aku tekankan kat sini ialah, among of us mesti ada yang jenis suka bawak mulut dan bercerita itu ini non stop. Kadang-kadang sampai berdesing telinga ni duk dengar macam-macam cerita yang dia cuba sampaikan sampai tak tahu mana satu betul mana satu salah. Bak kata penyanyi Nora, di persimpangan dilema samada nak percaya atau tidak.

Jom kita teliti ayat Al-Quran ni.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (surah Al-Hujurat:6)

Okay. Cuba bayangkan lebih 1400 tahun lepas Allah telah menitipkan ayat ini kepada rasul junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w sebagai peringatan kepada umat Islam. Ayat ini membawa maksud secara mudah ialah kalau ade je sesape yang fasik datang bawak cerita atau khabar angin yang belum tentu kesahihannya, jangan cuba untuk mempercayainya hidup. Selidik dan kaji dulu sebelum percaya. Tapi sebenarnya orang fasik tu apa? Macam mana nak tahu orang tu fasik atau tidak?

Fasik tu menurut Ustazah aku masa sekolah dulu membawa maksud orang yang tidak mentaati perintah Allah dan berkekalan melakukan dosa kecil mahupun besar. Fasik ni terbahagi kepada dua iaitu fasik kecil dan fasik besar yang mana fasik besar ni boleh membawa kepada kekafiran (rujuk surah as-sajdah ayat 18-20).

Dalam hal ini, Allah SWT berfirman dalam surah al-Hasyr, ayat 19 yang bermaksud: 

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang yang fasik lagi derhaka.”

Jugak sama-samalah kita meneliti ayat dalam surah Al-Maidah ni. 

“Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik”. (Surah al-Maidah ayat 47)

Tapi jangan la pulak sewenangnya pulak cakap si Abu tu fasik, si Minah tu munafik, si Husin tu  firaun. No no no! Kita sebagai manusia, tak layak untuk menilai itu ini. Untuk kita mengatakan dan menghukum mereka itu fasik tanpa kita mengenal dalaman dan luaran seseorang adalah sesuatu yang sangat tercela. Silap haribulan kita sendiri yang jadi fasik. Nauzubillahiminzalik.

So kat sini boleh kita nampak bahaya nya si fasik dalam masyarakat. Jika ia makin membarah tidak mustahil ia membawa kepada kehancuran umat Islam. 

Ini baru cerita pasal fasik. Belum lagi masuk pasal lain. Eh jadi apa kaitannya dengan cerita yang aku sampaikan tadi?

Jangan salah faham. Aku tak cakap pun yang bebudak yang datang jumpa aku tempoh hari tu adalah mereka yang fasik. A big no! Mintak dijauhkan, minta diampunkan dosa kita-kita sekalian.

Tapi apa yang aku dapat belajar dari situ adalah andainya ada yang datang berkongsi cerita kepada kita, tak kira lah siapa pun dia hatta kawan baik sekalipun, jangan telan bulat2 apa yang diperkatakan tuh. Kaji. Siasat. Bandingkan. Lepas dapat tahu benda sebenar, mohon ambik pengajaran dari perkara tuh. Jangan terlampau mudah mempercayai sesiapa. Seeloknya bersemuka kembali dengan mereka ni mencari pengesahan. Selesai.

Bukan apa. Takut nanti hati kita sendiri yang kecewa bila dapat tahu benda sebenar. Lain yang diberitahu, lain yang keluar. Punyala kita rasa bodoh sebab percaya bulat2, last2 rupanya benda tu tipu tu semata. Kecewa kan?

Alololo jangan la nanges.. Awak kan comey :)


Pengalaman aku dalam perkara sebegini tak banyak, tapi cukup untuk mengajar aku supaya jangan mudah memberi dan menerima kepercayaan seseorang. Kita tak tahu baik buruk orang itu untuk kita terima bulat-bulat apa yang disampaikan olehnya, jugak tak tahu sompek orang tu yang membuatkan bahana rahsia kita yang tersebar. Cukup lah.

Serik.








 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea