Friday 17 May 2013

Selamat Hari Guru

currently written by faie mohamad at Friday, May 17, 2013
Assalamualaikum...

Ada orang cakap jadi cikgu ni mudah. Sisi pandangan sesetengah orang:

''Jadi cikgu ni keje paling senang. Pukul 7.30 pagi pergi mengajar lebih kurang pukul 2 petang dah balik.''

''Best jadi cikgu ni. Banyak cuti. Pulak tu gaji berjalan even tak mengajar 2 bulan (cuti akhir tahun)''

''Zaman sekarang ni kalau susah nak cari kerja pilih la jadi cikgu. Tak pening kepala''

''Tugas cikgu ni mengajar je pun. Semua orang boleh buat. Kalau profession lain maunya pecah kepala duk pikir''

''Gaji cikgu sekarang ni tinggi kot. Macam tak setimpal dengan kerja''



Tapi dari sisi lain pulak. Hakikatnya jadi cikgu ni,

Terpaksa jadi segala-galanya. Dia lah cikgu, jururawat, hakim, jurulatih sukan, cleaner, doktor, kaunselor, polis bla bla bla. Tu pun ada yang cakap jadi cikgu rileks je. Tampor kang.

Kalau murid fail exam, cikgu orang yang pertama dipersalahkan. Kalau murid tu dapat keputusan excellent, orang cakap tu berpunca dari usaha murid tu sendiri.

Berdepan dengan kerenah parents murid ni bukan senang. Pantang marah anak sikit mula la ibu bapa datang sekolah. Siap ugut saman bagai. Kalau macam tu silalah wahai ibu bapa buat sekolah sendiri.

Bukan saja diberi tugas mengajar, cikgu jugak dibebankan dengan urusan perkeranian yang tak sudah2. Yang ni diakui sendiri oleh cikgu2 yang aku interview untuk satu subjek nih.

Jadi cikgu ni penampilan dipandang dari hujung rambut ke hujung kaki. Ibarat role model la. Sentiasa jadi perhatian terutamanya murid2. Hari2 mesti murid cakap, 'cikgu nampak makin tinggi pakai baju ni la', 'cantiknya baju cikgu pakai hari ni', 'wah, pakai baju ni nampak cikgu berisi sikit', 'cikgu, tudung cikgu macam tudung kakak saya la'.. adoii 


source: here



Alhamdulillah, sepanjang aku bernafas di muka bumi ni, aku dah menjadi pendidik dalam tiga situasi. Pertama waktu mengajar tuisyen sekolah rendah kat area Selayang dan Batu Caves. Tahun 2010 time tuh. Baru je masuk umur 21 tahun. Waktu tu aku mengajar semua subjek baik BM, BI, BA, Math dan Sains untuk pelajar darjah 1 hingga darjah 6. Time tu punya la stress jugak bila berdepan dengan budak2 ni terutamanya dengan student darjah 1 hingga 4. Kerenah mereka punya la mak aiii.. sampai suara aku serak2 dibuatnya. Nak kawal bukan senang. Satu kelas hampir 30 orang. Diorang pulak pantang kita buat muka garang mula la nak menangis. Dalam dilema aku nih nak buat garang ke tidak. Dah la aku ni tak de adik kecik kat rumah, so nak deal dgn diorang ni memang satu masalah yang besar buat aku. Tapi tu yang manis bila ingat2 balik. Nak2 bila teringat betapa innocent nya diorang ni bila kita mengajar kat depan tapi bila keluar je sekejap jawab panggilan telefon ke, bisingnya nauzubillah. Pergi toilet pun berjemaah, sekali pergi kalau boleh sepuluh orang nak angkut sekali. Siyesly aku rindu waktu tu.

Kedua bila aku diberi peluang mengajar Bahasa Melayu untuk foreign students. (baca entri kat sini) Waktu tu tahun 2011 masa aku buat shortsem. Sebenarnya ni impian aku yang dah lama aku nak capai; mengajar Bahasa Melayu kat diorang nih.  Sangat best, tapi sangat mencabar bila aku bukan saja terpaksa mengajar undergraduate student macam aku nih, tapi jugak student Masters and PhD. Nervousnya Tuhan je yang tahu. Bila pengalaman langsung takde dalam bidang ni, debarannya hanya Allah saja yang memahami. Tapi tak lama pun neves tuh, masuk kelas kali kedua aku dapat membiasakan diri. Paling best diorang respek aku, budak yang tak de apa2 nih dan menerima ilmu yang dicurahkan seadanya. Sangat fun kelas kitorang time tuh. Dengan diorang yang suka buat lawak nya, selalu tersalah grammar, siap argue lagi kononnya diorang yang betul. Bila suruh present kat depan, diorang dengan yakinnya bercakap walhal semua tatabahasa yang lintang pukang. Hahaha. Time aku gelak, semua buat muka konfius, ye la mana la diorang faham kenapa aku gelak. Tapi siyesly sangat kelakar. 

Dan kali ketiga bila aku menjadi guru praktikum di sebuah sekolah kat area Kuala Lumpur selama . (Entri klik kat sini dan sini). Jadi cikgu praktikum ni memang menuntut kesabaran yang tinggi. Untungnya students kat situ takde yang bermasalah sangat, cuma aku ada problem sikit dengan pihak admin kat situ tapi takde la siyes sangat. Ye la kat mana-mana pun ada cabarannya kan. Jadi guru kaunseling ni memang best, dapat get along dengan student very well, dapat explore isi hati remaja seusia mereka, dapat penghormatan yang tinggi dari mereka dan paling best bila orang panggil kita 'cikgu'... hehehe.

Dan akan datang, untuk kali keempat, aku akan memulakan praktikal kat sebuah sekolah ni masa short sem. Nervousnya. Dah lama tak apply teori kat budak2, dah lupa rules kat sekolah and paling sadis pukul 5 dah kena bangun huaaaa. Lepas ni dah tak leh stay up sampai pukul 3 pagi la kalau gitu. Tak boleh online sokmo, tak boleh update belog dgn kerap macam sekarang. Haih memang turun balik la berat badan aku nih.

Ehem. Dikesempatan yang baik2 ni aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgu2 yang mengajar aku di:

1. Tabika Kemas depan rumah aku. Nama cikgu tu Surina kalau tak silap. Terima kasih cikgu sebab ajar   saya membaca, mengira, menari untuk persembahan akhir tahun, menulis dengan baik dan selalu memujuk saya bila saya menangis kena buli dengan seorang hamba Allah ni (sekarang dah arwah budak tuh Innalillah)

2. SKAL (nama panjang rahsia ehem). Dalam banyak2 cikgu, cikgu yang paling aku rindu ialah Teacher Faridah yg mengajar subjek Bahasa Inggeris. Terima kasih teacher sebab mengajar kami bahasa omputih nih dengan tabah dan bersungguh2 sehingga kami skor A dalam subjek tuh. Terima kasih kerana menghias bilik darjah kami sehingga menjadi bilik darjah tercantik di sekolah dan terima kasih jugak kerana selalu memarahi kami kerana kami tahu perasaan marah itu terbit kerana kami ni nakal dan degil, lebih penting lagi supaya kami menjadi orang. Jugak terima kasih kepada Cikgu Zawawi, Allahyarham Cikgu Megat (yang pulang kerahmatullah tahun lepas Al Fatihah), Cikgu Rasyidah, Cikgu Norah, Cikgu Noraini, Cikgu Mahani dan semua sekali lah. Tak larat nak tulih dah.

3. SMAM. Walaupun sekolah ni banyak mencatatkan memori pahit manis untuk aku, aku tetap menganggap ni sekolah terbaik untuk aku. Still aku teringat, menyandang jawatan ketua pengawas aka ketua pelajar selama 2 sem bukan mudah. Walaupun jawatan itu aku tolak dengan baik dengan alasan langsung tak layak, mereka terus memberi semangat dan sokongan yang tak putus. Terima kasih dan Alhamdulillah. Berkejar masa dengan junior, selalu buat meeting tergempar, dengan spotcek nya, pelajaran lagi yg memang kena dahulukan, macam2 kena ambik kira. Waktu itu berselisih pendapat dengan guru2 adalah perkara biasa. Bukan semua orang boleh menerima kita seadanya. Bilik guru jadi bilik darjah kedua aku. Ada je benda yang kena bincang dan explore dengan diorang nih. Tapi tak de la pulak aku jadi anak emas diorang.  Expectation mereka terhadap aku dalam bidang akademik dan jawatan tersebut itu tersangat tinggi. Aku terpaksa struggle habis-habisan dan cuba meletakkan diri sebagai tempat pertama dalam ujian serta perlu mencapai sekurang-kurangnya pointer 3.5 dan keatas setiap kali exam. Bukan mudah sebenarnya. Terlalu payah dan teramat sukar. Aku terpaksa mengorbankan masa untuk diri sendiri dan hanya menjadikan buku sebagai boifren aku.  Sebab itu aku kurang senang jika guru2 sangat menekan student dalam bidang akademik. Bukan tak penting tapi biarlah sesuai dengan kemampuan. Aku dah mengalami pengalaman ni dan aku tahu peritnya bila waktu kita berjaya, nama kita diagung-agungkan tapi bila tak mendapat apa yang diharap, terus disindir dengan kata-kata yang pedih. iskk. Btw terima kasih kepada semua cikgu di sekolah tuh. Cikgu2 yang tak putus memberi semangat dan dorongan kepada aku supaya jangan mudah mengalah. Buat Cikgu Hartini, Teacher Norawati, Ustazah Suryani, Ustazah Anizawati, Ustazah Norasiah, Cikgu Khabi, Teacher Zaila, Ustazah Jailami, Ustazah Dalilah, dan banyak lagi. Terima kasih kepada mudir kami, Ustaz Abdullah Fadzil atas sokongan moral dan wang kepada kami2 nih. Kami hargai semua tuh dan semoga Allah membalas jasa dan budi baik kalian sebaik mungkin.

4. Pusat Tuisyen nama apa ntah kat Terengganu tuh. Tahun 2006. Sampai sekarang aku ingat lagi muka Miss Azie yang comel dan sangat mesra dengan kitorang. Terima kasih sebab mengajar kami sehingga kami dapat faham dengan mudah dan lancar dengan formula mudah yang diberi. Terima kasih daun keladi.

5. Pusat latihan memandu. Terima kasih cikgu sebab ajar saya memandu kereta walaupun sampai sekarang tak cekap2 lagi, sampai hampir terlanggar tiang rumah and paling teruk nak langgar sekor lembu yang tak reti-reti tengok kiri kanan time melintas tapi apa pun terima kasih atas tunjuk ajar yang diberikan sehingga saya pass and last2 dapat jugak lesen memandu. Walaupun dah lama tak praktis, Insyaallah ada masa saya try praktis pinjam keta abang hehehe.

6. Lecturer2 waktu PRSS. Mdm Radziah, Miss Asma, Miss Liyana, Miss Fatiha dan Miss Mardhiyah yg teramat awesome and sporting. Love you all forever. Jugak lecturer2 di Institute of Education, dan kuliyyah yang lain jugak. Terima kasih Madam Azmah yang sangat strict bab grammar dan pronunciation and sampai sekarang terkenang2 ayat pedas tapi kelakar beliau, Madam Salmi yang sangat organized dan tegas, Madam Haniza yang kami panggil iron lady, Madam Norwati yang penuh keibuan, Sir Ssekamanya Siraje yang suka senyum, Madam Khamsiah yang bicaranya penuh kelembutan, Madam Suhailah yang tegas tetapi mesra, Dr Mohyani yang penuh kebapaan, Sir Azam yang hensem, Poknik yang sangat low profile, Sir Abbas yang tersangat baik, dan semua sekali lah. Terima kasih kerana menabur jasa kepada kami yang sentiasa dahagakan ilmu nih.

7. Sensei dan laoshi di Sinar Language. Xie xie, domo arigatou gozaimasu kerana mengajar aku Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun. Terima kasih  Salima Xiaojie kerana mengajar aku sebutan dan ejaan Mandarin yang betul, Razu@Razlan Sensei atas tunjuk ajar tentang bahasa negara matahari terbit tuh. Gomenasai sensei sebab tak dapat hadir final exam malam Khamis hari tuh sebab ada sebab yang tak dapat dielakkan. Thanks sebab sampai sekarang aku dah terer sikit2 praktis dua2 bahasa ni walau tak sehebat mana pun. Tapi nak try jugak! Thanks for everything! wo ai nimen dou ji le!

8. Poknik yang menjadi fasi kami (entri ni) di Kem Bina Insan Guru Disember tahun lepas. Dia antara murabbi terbaik yang pernah aku temui setakat nih. Bicaranya penuh kelembutan tapi maksudnya sangat mendalam sehingga menusuk ke hati. Terima kasih kerana mengajar kami tentang apa itu hidup dan cabaran yang sentiasa menanti dihadapan. Kami sentiasa merinduimu.

source: gugel


Dan terima kasih jugak kepada semua guru di Malaysia nih, yang bakal atau yang dah lama berada dalam profession nih. Kepada 3 orang abang dan kakakku yang bergelar pensyarah dan guru di sekolah, semoga ilmu dan bakti yang dicurahkan menjadi ilmu bermanfaat dan pahala jariah yang berpanjangan ganjaran pahalanya sehingga kiamat Insyaallah. Kepada kakak2 ipar serta sepupu-sepupuku di Klang yang kebanyakannya bergelar pendidik di sekolah sana, semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan kalian sehingga ke akhir hayat. Kepada teman seperjuangan di INSTED, selamat bergelar cikgu hehehe. Tak lupa jugak buat diri sendiri. Semoga menjadi lebih bertanggungjawab akan amanah yang bakal dipikul.

Buat para guru, pegang lah dua hadis ni dan kamu akan tahu betapa besarnya kasih dan rahmat Allah kepada hambaNya menerusi pahala yang tak putus.


"Apabila seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakannya". (Riwayat Muslim)

"Bahawasaya Allah SWT, malaikat-malaikat, isi langit dan bumiNya sehinggalah semut di dalam lubang dan ikan di dalam laut, semuanya berdoa untuk orang yang mengajarkan manusia " (Riwayat Tarmidzi)

Tapi, untuk dapat ganjaran sedemikian tak semestinya menjadi seorang murabbi. Terkadang tanpa sedar kita, orang biasa-biasa nih mengajarkan seseorang tentang sesuatu yang bermanfaat dan semestinya bila dia apply benda tug selagi itu lah kita beroleh ganjaran pahala. Even benda kecik pun dicatit dan ditulis oleh malaikat yang sentiasa mencatat. Sebagai contoh, mengajar anak kecil membaca doa makan. Selagi dia apply doa tu sampai dewasa sekalipun, selagi tu lah kita dapat ganjaran disisiNya. 

Maka, jadilah insan yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain. Jangan selalu memberi mudarat sudah.

Selamat hari guru!

p/s: Al-Fatihah dan takziah aku ucapkan kepada sahabat aku yang baru sahaja kehilangan ibunya beberapa hari lepas. Semoga kau tabah, teman. Insyaallah jiwamu bertambah kuat dan kau takkan mudah rebah dengan ujian Allah ini. Allah mengujimu untuk lebih tabah dan berbaik sangka kepadaNya. Aku yakin kau juga mampu menjadi sekuat itu. Aameen.

4 criticisms:

Rin Saharina said...

tiba2 rindu KBIG aftr bc entry ko ni. uwaaa. sweet memory kan? =)

selamat hari guru jgk faie =)

faie mohamad said...

kannn.. poknik tu mmg xde pengganti.. huhu.. thanks dear, slmt hari guru jugak :D

sakuraadibah said...

betoll.. jadik cikgu bukan tugas yang mudah. kalau bab mengajar, semua orang boleh ajo... tapi bila bab melayan karenah murid-murid, tanda kertas jawapan yang cakar ayam... mencabar. certain person jek boleh tahan. happy guru-guru day.

faie mohamad said...

betol tu.. sy sokong sis.. kdg2 org nmpak mudah tp hakikatnya Allah je yg tahu.. huhu

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea