Monday, 13 May 2013

sehari bersama

currently written by faie mohamad at Monday, May 13, 2013
Assalamualaikum..

Ini kisah semalam. Semalam yang sangat best, bermakna dan menarik untuk dijadikan pedoman. A day with single mothers at Kementerian Pembangunan Wanita & Masyarakat at UTC Pudu, Pudu Sentral (11th May 2013). Having so much precious moment with them, sharing experience, got laugh together, and at last wiping tears with them. Such a painful story to be told I see. Terkenang kembali diri sendiri, Alhamdulillah segala puji bagi Allah, apa yang aku dapat pada hari ini dan seterusnya adalah lebih dari cukup. Ujian yang Allah bagi tak seberat mereka (setakat ini) dan even ada moment2 perit sekalipun, Allah beri aku jalan untuk aku harunginya dengan mudah walau terkadang ada jugak beberapa kali aku tersungkur. Namun bila bangun kembali, aku dapat berlari dengan lebih semangat dan mudah. Bahkan di sebalik keperitan itu Dia memberikan aku kebahagiaan yang tak mampu di ucap. Segala  puji bagiNya.

Berbalik pada cerita ni, sebenarnya join program counseling support group dengan ibu tunggal ni adalah secara kebetulan sahaja. Dalam erti kata yang lain hanya jadi bidan terjun. Khamis lepas, sewaktu group supervision dengan lecturer aku untuk subjek Action Research, tetiba madam mengutarakan soalan kepada kami.

'Ada sesiapa yang free tak Sabtu ni?'

Laju je aku respon. 'Kalau saya free je Madam. Kenapa?'

'Nak join support group utk single mothers tak? Kat Pudu Sentral'.

'Nak nak nak!!' Dengan muka tak malunya aku dengan kawan aku meng'offer'kan diri. Excited kot. Bukan senang nak dapat pengalaman gini.

'Bagus! Nanti saya emel in details about the module.' Pantas dia conclude. Yakin pulak tuh ngan kitorang nih.

Then baru aku teringat. Eh aku ni dah lama tak masuk sekolah. Dah hampir bertahun. Teori pun dah lama tak apply. Ingat2 lupa gitu. Boleh ke aku ni join? Diorang tak pe la, hari2 kat sekolah, dah terbiasa dengan kerenah yang pelbagai. Students la, cikgu la, admin lelebih lagi.

Takpe2, ni orang kata cabaran kan. cewah. Bila lagi kan nak mencabar diri sendiri buat something spontan kan. Lagipun bagi aku application tu still sama cuma time nak guna tu je yang kena tukar sikit. Ibu tunggal,  jiwanya tak sama dengan budak sekolah. Diorang punya emosi are totally different. Cara nak approach kena berbeza, kena pandai yakinkan mereka. Because kadang2 diorang macam tak yakin untuk ceritakan masalah diorang, nak2 dengan kitorang yang masih belum experience apa itu perkahwinan and even worst, the word so-called divorce.  Uhuk


Program Kesejahteraan Emosi: Bridge To A Better Life namanya. Sebenarnya start pukul 8.30 tapi sebab ramai participants datang lambat, so ditangguhkan ke pukul 9.30. Nasib baik. Kitorang pun sampai lambat sebab sesat huhu. Oh yes, participants hanya 20 orang. And fasilitator pulak, campur kitorang dari UIA 4 orang, USIM 3 orang and UKM berapa ntah, jumlahnya lebih 10 la. Eh separuh dari peserta nampak.

Kami yang sentiasa jakun bergambar. Siap suruh participants tolong snapkan hehe. 





Usai program. Bergambar sebelum balik ke kampus. Walaupun tak kenal, tapi time bergambar, semua jadi mesra seolah2 dah lama kenal. Haa ada jugak manfaatnya. Merapatkan ukhuwah gitu. 

Kalau nak ceritakan kisah hidup mereka kat sini memang takkan habis. Tapi apa yang dapat simpulkan kat sini ialah mostly reason diorang bergelar ibu tunggal ni adalah disebabkan perceraian. Ada yang dah tiga kali kahwin dan kali ketiga diceraikan melalui sms dengan talak tiga sekaligus. Bila ditanya tentang perasaannya kini, beliau menjawab (lebih kurang gini la ayat beliau, aku tak rekod pulak),

'selepas banyak momen pahit membelenggu hidup saya, bermula dari kematian kedua-dua orang tua ketika masih sekolah dan terus menyebabkan hubungan saya dengan satu-satunya renggang sampai sekarang, berkahwin pada usia yang cukup muda iaitu 19 tahun dan bercerai beberapa tahun kemudian, berkahwin lagi dengan orang seterusnya dan bercerai, and lastly bertemu jodoh dengan sorang hamba Allah ni, dan akhirnya menemui perceraian jugak. Dan tika ditanyakan apa perasaan saya sekarang, saya dah tak rasa apa-apa. Dah kalis. Saya langsung tak menangis. Entahla, bukan tak sedih, tapi mungkin sebab terlalu banyak peristiwa pedih dalam hidup saya, saya jadi seakan-akan kaku untuk menangis. Lagipun saya tahu ramai lagi yang lebih teruk dari saya. Tiada sebab untuk saya menyalahkan Tuhan tentang apa yang terjadi..'

Subhanallah. Kuatnya semangat dia. Cekalnya hati dia. Postifnya dia akan semua yang terjadi. Tabahnya dia dalam melalui liku2 hidup sebegini. And betul kata dia, sepanjang sesi tersebut, dia langsung tak mengeluarkan air mata. Bahkan dia lah yang paling ceria. Paling positif dalam memberi pandangan dan menenangkan hati member2 group yang lain.

Ada sorang kakak ni. Umur 40an. Bercerai 3 tahun lepas. Dimadukan tanpa sedar and lepas bercerai suami abaikan terus nafkah terhadap dia dan anak2. Terpaksa la dia kerja cari rezeki untuk sara anak seramai 4 orang tuh. Yang sulung dah umur 25 tapi malas berkerja. Dia cakap anak2 nya mostly bermasalah dan time bergaduh semua orang kat rumah flat tu boleh dengar. Malunya Tuhan je yang tahu. Semua kerja dia kena buat, terpaksa tahan dengan perangai anak lagi then uruskan hal keluarga tanpa sedikit pun anak membantu. Sepanjang sesi tu dia asyik menangis je. Sebab selama ni dia pendam, tak pernah cerita kat orang. Yang terluah hanya air mata yang setiap malam temani beliau.

Dan aku boleh tengok peranan kakak yang dah tiga kali mengalami episod perceraian dalam hidupnya. Tak putus-putus dia memberikan kata semangat dan memujuk kakak yang sedang menangis tuh dengan kata-kata yang penuh kelembutan. Bermotivasi dan penuh mendidik. Member group lain turut memberikan kata sokongan. Meskipun masing-masing mempunyai cerita tersendiri, tapi mereka saling memberi kata peransang antara satu sama lain tanpa menjatuhkan sesiapa. Belajar dari pengalaman silam, mereka saling membantu dan memberi tips berguna untuk membantu kawan2 lain mengaplikasikannya dalam hidup masing2.

See, ini lah sebenarnya tujuan support group nih. Dah namanya 'support' kat tengah2 tuh, ia bertujuan nak beri pendedahan kepada orang lain tentang isu yang sama tetapi masalah yang berbeza. Isu kat sini ialah cabaran sebagai ibu tunggal and masalah yang dihadapi mesti lah berbeza.So ahli2 group ni berperanan untuk berkongsi idea masing2 dan luahkan pendapat dan isi hati mereka berserta cara penyelesaian yang mungkin dilakukan. Then ahli2 tersebut akan try untuk evaluate dan beri pandangan dalam persepsi yang berbeza. Paling penting perlu ada sifat empati; meletakkan diri kita ke tempat orang lain supaya kita dapat menyelami perasaan insan tersebut. And paling penting, sebagai leader, kami perlu mengawal keadaan group terbabit and menerangkan fungsi serta matlamat group agar tak tersasar.

 Best? Sangat best. Memberikan pengalaman baru dan menyelami hati mereka dalam pelbagai sudut. Yes, tak semua orang bernasib baik. Setiap orang ada ujian masing-masing yang sudah ditetapkan dan hanya orang terpilih sahaja yang Allah beri. Bertuahnya mereka diuji dengan ujian yang membuatkan mereka bertambah kuat dan aku terfikir andai aku berada di tempat mereka, belum tentu lagi aku sekuat itu.

So, kat sini apa pengajaran paling penting yang kita boleh dapat?

Perkahwinan, tak semestinya indah seperti yang selalu kita bayangkan. Untuk permulaan, mungkin yes! Tapi selepas itu pasti disusuli dengan tanggungjawab cukup besar untuk keluarga. Bila disertakan dengan pengorbanan dan komitmen yang cukup tinggi, mula la masalah lain yang muncul. Bila hati hanya rasa excited tanpa memikirkan beban yang bakal ditanggung, pengakhiranya akan menyumbang kepada masalah yang cukup besar.

Kematangan dan persediaan sebelum melangkah ke alam rumah tangga. Elemen yang cukup penting untuk dijadikan perisai. Tak semestinya seseorang tu perlu cukup matang baru kahwin tapi jangan hanya menjadikan alasan bernikah untuk menghalalkan perkara yang haram. Kalau perkara tu pun kita tak mampu nak kawal, bagaimana nak kawal perkara yang jauh lebih besar? Kalau berkahwin hanya sebab cemburu melihat teman-teman yang sudah selamat mendirikan alam rumah tangga, bagaimana nak uruskan hal yang langsung tak terjangka?

Bila emosi dah tak menentu dengan masalah yang semakin membukit dan parah, tambah pula dengan ketidakserasian dan masalah komunikasi dengan pasangan, itu yang membuatkan kes perceraian makin kerap berlaku.

Sudah bersedia kah kita?


2 criticisms:

Miss Zahirah said...

program kesejahteraan emosi...
bla dgr masalah org, bru kta sedar, ade org lain yg lbh byk mslh drpd kta.. bersyukur la kta..

faie mohamad said...

yup.. true indeed.. bila kita tgk kesusahan org lain bru kite start muhasabah :)

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea