Tuesday, 11 December 2012

It's tiring but pretty fun!

currently written by faie mohamad at Tuesday, December 11, 2012
Asssalamualaikum dan salam sejahtera...

For 5 days I left my assignment, my roomates, my blog, my FB, no blogwalking, no stalking hahaha.. And finally, lepas 4 hari berada di Kuantan kerana Kursus Bina Insan Guru IIUM (KBIG) di Kempville Beach Resort, Kg Kempadang, Kuantan, akhirnya aku kembali kesini meneruskan hidup seperti biasa. Segalanya bercampur baur; penat, lapar, mengantuk, excited, seronok, sedih, macam2 lagi. It really taught me a life indeed. A life that is rounded by a globe. And the  globe is rounded by Him. Being in groups  with people that I rarely mingle and talk bangang2 with them is   something quite interesting for me. Aku berada dalam satu group yang semuanya lebih tua dari aku and aku digelar 'maknae' oleh diorang. Hahaha bangga sekejap jadi muda padahal kat sini aku antara yang paling tua cos dah nak abis belajar.



Members of the group



One of the module that is unforgettable by us is 'Qurban'. First time, cuak jugak dengar nama tu. Bila dah ada kat tempat tu (tepi chalet kitaorang), segalanya nampak biasa saje. Takde pun yang pelik macam nama tajuk module tu. Kot2 la maksud qurban tu ada alat tajam ke.. Hahaha memang dahsyat betul fikiran aku time tu.

 Di depan kami ada 3 papan yang terhampar and ada batu bata yg berselerakan. And kami diarahkan utk berjalan atas papan tu and jangan sesekali pijak tanah. Buatla macam mana pun janji dapat lalui papan yg satu lagi. You know jarak papan tu dengan papan satu lagi? More than 2 metres! Kalau ikut logik akal, sape yg dapat rentasi papan satu lagi tu melainkan kalau org tu ada kuasa supernatural. And the chief of fasi, Poknik bagitaw,  kami perlu berkorban.  Berkorban? Then dia menceritakan kisah Hajar dengan Ibrahim, Hajar yg terpaksa ditinggalkan oleh Ibrahim semata2 memenuhi tuntutan dakwah kpd Ilahi. And here, benda yang perlu dikorbankan ialah apa yang ada pada kami.

Then, my friends mostly voluntarily bagi apa yang ada pada mereka. Jam, keronsang, duit, macam2 lagi.... semata2 nak dapatkan bata untuk melalui papan yg satu lagi. Sadly, ia tak dapat lagi memenuhi kehendak Poknik. Dia cakap, pengorbanan ini melibatkan bukan hanya fizikal tetapi mental, rohani dan spiritual. Dia tanya sorang sister ni ada rantai tak. Perlahan saje dia cakap 'ya'. Pandai betul dia teka sister tu memang ada rantai yang terkalung di lehernya. Menangis sister tu sambil terpaksa memberikan rantai pemberian neneknya kpd Poknik. Sorang lagi terpaksa memberikan gelang emas yg diberi ibunya yg sedang sakit. Of course la sambil tu menahan sebak yang tertahan2, namun akhirnya air mata itu jatuh juga.

Perasaan kami waktu tu? Semuanya menangis teresak2. Air mata jatuh tak tertahan. Can you imagine that someday barang berharga yg diberikan oleh someone yg sangat kita sayang terpaksa diberikan secara paksarela untuk disedekahkan kpd anak yatim? Bagi aku, ambillah harta apa pun yang ada pada aku.. Yang aku beli guna titik peluh sendiri sekalipun, tetapi andaikata memberikan sesuatu yg dihadiahkan oleh orang yang kita sayang, tidak sama sekali... Walaupun ia murah, tetapi sentimental value yg ada pada barang itu tak mampu terluah dengan bicara kasar.

Paling menyedihkan, ada antara kawan2 senior aku yg dah berkahwin terpaksa memberikan barang kemas hantaran perkahwinan mereka. Rantai dan gelang itu menyaksikan betapa kentalnya mereka dengan pasrahnya memberi walau ada yang sampai menangis terduduk. Mungkin mereka rasa kesal, bukan kerana harga barang kemas itu, tetapi nilai ia pada mereka. Nilai yg jika ditukar dengan wang ringgit sekalipun takkan mampu menggantikan ia yang sudah tiada menjadi perhiasan di tubuh.

Itu yg terbuku dihati kami waktu itu. Melihat 2 orang kawan yang memberikan barang kemas milik mereka untuk mendapatkan sekeping dua bata sometimes nampak sgt tak logik. But it's a fact. Aku pasti ada perancangan tersembunyi yang dibuat Poknik diam2. And apa yang aku andaikan betul. Malam sebelum pulang, dia bagi balik semua benda yang kami bagi termasuklah rantai, gelang, jam, duit. Tujuan atau rasionalnya, supaya kami dapat mempersiapkan diri supaya lebih redha andai sesuatu terjadi kepada kami. Andai ia ditarik balik oleh Allah atau kita secara terpaksa melepaskan sesuatu yg kita sayang, itu adalah kerana suatu ujian yang indah. Indah kerana imbalannya bakal kita saksikan dan rasai selepas kita merasai hayat di dunia.

Poknik memang bijak! We all love you. Thanks for everything!


Muka Poknik ni sama macam lecturer aku, nama Poknik jugak. What a surprise...


Not only that, pengalaman night walking is something yang amat wonderful. Checkpoint pertama, terpaksa berjalan sorang diri... adala dalam seratus meter lebih. Chekcpoint kedua, kami terpaksa ditutup mata sambil berpegangan tangan. Time ni sikap percaya kepada members is very crucial. Then lepas bukak mata kena masuk dalam satu lorong sambil meniarap ala2 askar. Pulak tu diorang letak rempah kari dan telur. Memang habis badan bau rempah kari. Pastu badan kami diikat dan terpaksa melangkah2 ramai2 secara perlahan ke tempat yang dikehendaki sambil menjerit 'hud huuuuddd'. Nampak seram pun ada tapi buat2 berani je. Lepas sampai je checkpoint seterusnya, kena masuk dalam air sungai pulak dah. Tangan kiri pegang bahu kawan, tangan kanan pegang tali. Ada la dlmnya paras dada tapi sebab aku ni agak panjang, paras pinggang je. Ada gak hikmahnya. Lepas tu kami terpaksa masuk dalam terowong sambil merangkak. Terowong yang dipenuhi ais. And kami dilarang menyatakan apa yg kami rasai waktu itu walaupun rasa terseksa. Alhamdulillah akhirnya semuanya dapat melalui semua itu dengan jayanya.

Last sekali semua disuruh dalam keadaan tahiyat akhir sambil diazankan Poknik. Kemudian kami disuruh bermuhasabah diri dan sujud ke tanah yang berbau rumput tu. Sambil tu menyesali semua dosa2 dan perbuatan yang telah kami lakukan selama ini. Then kami disuruh berpelukan dan meminta maaf kepada semua kawan kot2 ada TERmengumpat ke, TERmengata ke, TERberprasangka bukan2 ke...

Actually banyak lagi module2 yang menarik. Module 'ukhuwah', yang mana 20 orang terpaksa berdiri dalam satu kawasan yg tersangat sempit sambil memijak kaki kawan dan didukung. Module 'bahtera Noah' yang mana terpaksa menaiki bot dan mengambil botol2 yg mengandungi ayat2 surah dan cantumkan semua ayat. Module 'gerak hati' dimana kami memijak petak2 sambil ikut gerak hati. Modul 'percaya' yg mana ada flying fox. Pulak tu angin bertiup kencang. Memang menguji kekuatan fizikal dan mental. Module 'hijrah' yang mana terpaksa pindahkan tayar ke satu kawasan lain sambil mata ditutup. Semua module2 tu challenging but fun!


Terompah ciptaan kami. Oba-chan means terompah nenek. Yang menggayakannya memang buat2 jadi nenek.. Klaka~





We are buddies till eternity :)



Poknik and sorang lagi trainer duk terangkan tentang modul


pakai jaket keselamatan dulu...




Tu belum termasuk lagi buat replika rumah, masjid and sekolah menggunakan sayur-sayuran dan keropok yg kalerful, design terompah yg dibuat daripada kotak dan ada telur dibawahnya. And pastikan telur tu tak pecah. Kalau pecah, failed. Alhamdulillah semua group berjaya buat. Berkat kerjasama semua pihak.


khusyuk potong kotak untuk dibuat terompak nenek.. hihi



Replika rumah ciptaan kami. Hentam je yg mana ado


one thing for sure... walau secantik mana pun rumah, namun jika tiada kebahagiaan dan ketenangan yang hakiki, nilai rumah itu pasti tiada... (learning outcome dari module ni)


Aktiviti lain, visit kawasan kampung dan cari rumah termiskin dan interview diorang. Macam2 gelagat dapat tengok. Kelakar pun ado. Lepas tu ada 'survivor cooking', and kami diberi seekor ayam yg masih hidup, seketul ubi keledek and bakar bawah tanah, seekor ikan patin dan masak nasi guna kelapa. First time buat macam tu, excitednya usah cerita. A very sweetest moment that I felt on that day.


Jalan2 cari rumah termiskin sambil hulurkan sumbangan termampu mungkin






Nasi kelapa.. Masak guna air kelapa and then bakar dalam timbunan api. fuuhhh



module Menara Maruah.. Cuba naikkan setinggi mungkin.









Pictures can tell everything.

Setiap perkara pasti akan berlalu, tetapi kenangan itu pasti akan dirasai andai ada gambar yang mampu membuatkan ia berbicara kembali :)


Biarku menjadi lilin...
memberikan cahaya...
terangi sekeliling.. dengan diri terbakar...
tak siapa yang sedar...
disaat kegelapan.. rela aku berkorban..
demi satu harapan...
biar masa berlari...
dan kau terus mendaki...
aku tenang disini...
dengan sabar menanti...
tanpa dendam dan benci..
andainya kau terjatuh, terluka dan 
tersungkur...
ku rawat biar sembuh...

Till then...


4 criticisms:

Rin Saharina said...

rinduuuuu nak mkn rmai2 ;( rindu sumeeeee ;(

module program sume best kan.lain dr yg lain.KBIG mmng superb!

Miss Zahirah said...

bestnyerr.. smbil2 berkursus b;e release tension..

محمد رازيق said...

syoknya. lama tak rasa suasana kursus semua tuh. hehe

Liyaa Mf said...

Rasanya masa skola2 dulu ada la join benda2 camni. Seronoknya baca Faie cite. Yang ni lebih mencabar kut. Ye laa, nak compare ngan dak2 skola bertahun2 lepas :D

Baca memang seronok, tapi yang kena menghadapi tu, menuntut kesabaran yang tinggi kut kan? Part korbankan barang berharga especially hadiah drpd mak & barang hantaran tu, rasanya kalau kena buat pun sedih & terkilan gak. Rupa2nya tu cuma sbg pengajaran ek? & pengajaran kat sebalek tu, err rasa insaf jap gak r dengar =_=

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea