Friday, 24 May 2013

Kita

currently written by faie mohamad at Friday, May 24, 2013
Assalamualaikum...

Jom sama-sama kita hayati bait-bait ini:

source: KhadimulQuran

Nak tambah sikit lagi ni.. hehehe.. Ada seorang sahabat ni pernah pesan,

Jangan menilai seseorang tu berdasarkan pemahaman kita sendiri. Banyak salahnya. Banyak khilaf yang tak sepatutnya. Terkadang ia tersasar jauh dari realiti sebenar yang kita jangka. Mungkin kita nampak dia begitu, walhal dia sebaliknya. Mungkin pada hemat kita dia seorang yang begini padahal ia jauh menyimpang dari telahan biasa kita. Kita tak maksum. Kita pendosa. Naluri kita pun bukannya semua boleh diterima pakai.

Jangan pernah hancurkan hati sesiapa. Jangan lakukan sesuatu yang tak baik kalau kita sendiri tak nak orang buat macam tu kat kita. Jangan sesekali ada niat mahu permainkan hati sesiapa kalau kita sendiri pernah mengalami episod luka. Jangan buat orang rasa kita ni useless dengan cara kita yang entah apa-apa.  Kalau kita dah tahu ia sakit kenapa nak buat benda yang sama kat orang lain jugak?

Yes, kita memang bukan malaikat yang sentiasa menurut perintah. Kita manusia biasa yang hatinya sentiasa berubah-ubah. Selalu berbolak-balik. Iman sentiasa turun naik. Kalau takde protection memang hati akan menjadi hitam sehitam-hitamnya. Bila hati rosak semua akan rosak. Tapi kita boleh ubah. Ubah diri kita dulu. Cara pemikiran kita. Dari biasa kepada luar biasa. Cara bagaimana kita didik hati kita. Susah, tapi tak mustahil. Allah ada.

Orang mungkin takkan mengaku dia lemah. Takkan sekali-kali dia dedahkan aib dia sendiri. Luarannya memang nampak kuat  dalamannya siapa yang tahu. Dia takkan cakap secara direct dia terluka dengan kita atau sape-sape, tapi kita boleh nampak air muka dia macam mana. Dia mungkin diam tanpa suara, mungkin jugak buat-buat tak peduli konon gembira sepanjang masa, tapi siapa tahu dia yang sering mengalirkan air mata kerana kita. Kita tak tahu. Takkan tahu melainkan kalau dia yang bagitahu.

Jadi, jangan terlalu ikut kata hati. Terkadang hati selalu menidakkan kata akal. Nafsu selalu mendahului segalanya. Emosi yang selalu kita letakkan di tempat pertama. Minta lah petunjuk dengan Allah, bukan hanya melalui fatwa hati. Teruskan melangkah. Jangan ulang kesilapan yang sama. Ia mungkin salah kita pada kesilapan yang pertama tapi jika berterusan melakukannya untuk kali kedua, ia memang kelemahan kita.

Jangan tunggu kedudukan diri terlalu perfect baru terfikir nak berubah. Ubah lah dari sekarang. InsyaAllah kita boleh buat. Doa dan istighfar banyak-banyak. Kita memang takkan lari dari kesilapan tapi kita boleh meminumkannya. Tu pun dah cukup baik. Lambat sedikit pun tak mengapa. Asalkan kita ada kemahuan.

Jom muhasabah. Kerana kita seorang pendosa.


p/s: Good luck untuk final exam kali ni. Lakukan sebaik mungkin kerana peluang mungkin hanya datang sekali. Manfaatkan peluang yang ada semaksimumnya.


8 criticisms:

Lieza Nordin said...

biasanya apa y kita lihat x seprti apa y kita fikirkan..heheh.. :))

faie mohamad said...

@aisya: true indeed :)

Anonymous said...

alhamdulillah.. dpt muhasabah diri.. ade jugak terbace, "kalau tak taw nak taubat2, banyak2 la istighfar" InsyaALLAH, segala urusan kita akn dprmudahkanNYA..
btw, gud luck for final exam (:

faie mohamad said...

@idah: kita kan tak maksum.. memng slalu buat dosa..tu yg kne istighfar byk2... huhu

btw thnks a bunch sis ;)

Fais-SKA said...

alhamdulillah betul 2..jum muhasabah dri jap..bersangka baik 2 lebih baik dan ikutlah pertunjuk ALLAH =)

faie mohamad said...

@ska: jom ;')

atynadya said...

seriously suka matluthfi juga ! memang tak pernah tak tengok video dia . awesome kan :p

miranadia said...

semoga berjaya. saya pon baru jer abes exam as a degree student. ye. perasaan itu berbaur. sedih dan gembira

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea