Friday, 10 May 2013

Tanya Diri Kita

currently written by faie mohamad at Friday, May 10, 2013
Assalamualaikum...

Tengah scroll down post kawan2 kat news feed, tetiba tertarik bila tengok statement nih.



Sama-sama kita bermuhasabah.

Bila kita tak mahu melakukan sesuatu atas alasan outcome tak setimpal dengan usaha, sila ingatkan diri balik dengan kisah burung di zaman Nabi Ibrahim nih.

Kadang-kadang kita terfikir, apa yang akan kita dapat kalau buat sesuatu yang imbalannya hampir tak terzahir? Terkadang tak nampak langsung. So kita fikir better tak payah buat apa-apa. Hanya duduk diam dan memerhati.

Bila disuruh melakukan kebaikan, alasannya kalau buat pun belum tentu dapat pengaruhi orang lain. Belum tentu dapat perbetulkan kekusutan dan kejahilan melanda. So baik tak payah buat kata mereka.

Bila time mengundi (contohnya la kan), kita memilih untuk tidak mengundi mana-mana parti. Alasannya, dua-dua pegangan parti tuh tak boleh diterima akal. Dua2 parti tu ada agenda tersembunyi. Nanti bila dah wujud negara Islam yang betul2 nak membangunkan Islam, i.e bilangan solat subuh berjemaah melebihi bilangan solat Jumaat, hiburan tak de dah unsur2 hedonisme, pemimpin semua maksum, semua tutup aurat dengan sempurna tanpa cacat cela then baru nak undi parti yang buat manifesto tuh. Saya nk tegaskan kat sini. Kalau nak tunggu umat Islam macam tuh, dalam dunia zaman sekarang ni yang manusia nya setiap masa hati mereka berbolak-balik, sampai kiamat belum tentu lagi kita akan jumpa umat Islam sebegitu. Umat Islam yang iman mereka seperti di zaman khulafa' Al-Rasiyidin yang sentiasa mengesakan Allah, tiada yang lain. 

Diulangi,susah untuk kita capai. Bukan mustahil, tapi jalan untuk menelusurinya teramat payah. Terlalu sukar. Terlalu banyak onak durinya. Perlukan masa yang agak lama. Perlukan pertarbiyahan yang secukupnya. Tapi tak mustahil. Langsung tak mustahil kerana di akhir zaman nanti, situ lah Islam akan kembali berkembang.

Kita, kita yang sebenarnya yang harus memulai itu semua. Kita yang harus menggerakkan diri dan masyarakat untuk sentiasa merapatkan jurang sekularisme itu dan merealisasikan impian tersebut. Kita yang bertanggungjawab mengajak dan menyokong ulama dan pemimpin dalam mendokong nilai Islamiyah dalam sesebuah negara. Kita, rakyat biasa2 ni yang harus beri peluang kepada mereka. Kita, yakni diri sendiri yang terlebih dahulu patut memulakan.

Ni, mengundi pun tak nak. Cakap bukan main lagi pong pang pong pang konon tahu banyak benda. Konon diri dah Islamik sesangat. Konon diri tahu semuanya tentang Islam. Tapi bab nak jalankan kewajipan pada negara dan masyarakat, cepat2 lari sembunyi ke belakang. Dengan alasan tak percaya pada manisfesto sesebuah parti dan tak yakin Islam akan membangun dengan berkembangnya parti politik tersebut.

Kalau bukan kita yang berusaha nak mengubah, siapa lagi? Nak mengharapkan orang lain? Kalau mereka pun sama macam kita macam mana?

Ingin sekali aku tegaskan. Kalau kita nak mengharapkan perubahan dalam sesuatu tuh, jangan mengharapkan segalanya kekal sempurna. Tanpa cacat cela. Perfect. TAKKAN ADA semua tuh. Tunggu la sampai rambut memutih di kepala sekalipun, kalau kita mengharapkan segalanya sempurna, ia takkan terjadi kalau bukan kita yang memainkan peranan.

Peranan kita, walau sekecil cuma, walau hanya menyatakan secebis sokongan dan berjaya mempengaruhi orang even sebesar zarah, ganjarannya hanya Allah yang mampu membalas. Mungkin bagi kita ia nampak remeh, tapi siapa tahu jika berterusan dilakukan... Hanya Allah yang mampu membalas.

Jangan jadi mereka yang hanya pandai bercakap konon tahu semua benda. Semua perkara tak baik dikritiknya. Ini bagus, tapi bab menjalankan kewajipan negara, terus diam. Terus lari bersembunyi. Kaku.

Kita tak mencapai kemenangan, its okay. Bukan rezeki kita. Kita dah cuba selagi terdaya. Kita dah berusaha semampu mungkin. Kita hanya mampu merancang itu dan ini. Tapi yang menentukan hanyalah Dia. Yang layak memutuskan hanya lah Yang Maha Berkuasa. Kalau Dia mengatakan KUN FAYAKUN, maka tiada siapa yang boleh melawannya. Tiada siapa akan berani membantah.

Biarlah kita tak menang di dunia ini. Biarlah kita kalah. Kita dah try macam2. Allah memang takkan tanya hasil yang bakal kita dapat. Tapi Allah akan tanya apa usaha kita kearah itu.

Baca. Find out both side. See the differences. Moga kita di pihak yang benar.

Ameen.

0 criticisms:

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea