Assalamualaikum..
Memang agak lambat utk aku update pasal isu PRU. Ye la dah tiga hari berlalu dah. Kalau boleh hari Ahad lagi nak update (konon) tapi internet kat kampung punya la selow melow macam kura2 dalam perahu eh. And maybe jugak sebab rasa sedih (sedihla jugak) sebab hasrat untuk bertukar kerajaan pada PRU kali ni tak tercapai. Ni impian aku dari dulu sebenarnya. Nak sangat tengok perubahan. Berubah ke arah perkara baru. Sampai bila nak berada di takuk lama kan.
Ya, sebelum pilihan raya, aku akui aku agak jarang update isu mengenai pilihan raya, baik melalui FB atau teman2 rapat. Bukan aku memilih untuk tidak mahu mengambil tahu, tapi cuma mahu mengambil pendekatan secara sederhana. For me, become an observer is better than doing criticism on any issue aroused. Waktu tu aku jugak tidak mengatakan sokongan pada mana-mana parti kerana mahu mengkaji terlebih dahulu tentang sesebuah parti; samada bermanfaat untuk kemaslahatan ummah atau tidak. Aku lebih suka kumpul fakta dan memerhati gelagat teman2 di FB yang sibuk duk update pasal pilihan raya, tentang isu video lucah la, tentang provokasi dari kedua-dua belah pihak pada hari penamaan calon, isu nama yang tetiba tiada dalam senarai pemilih di tempat kelahiran sendiri (kakak aku sendiri yang jadi mangsa) dan macam-macam lagi. Terlalu banyak untuk di ceritakan.
Tapi kita dah dewasa. Kita dah boleh menilai. Kita dah pandai mentaksir mana yang baik or buruk tentang semua perkara. Bila banyak bukti berlaku depan mata, apa lagi nak dikata?
Aku tak kata parti pembangkang sekarang adalah super perfect in everything. Implementing Islamic component dalam segenap sudut. Sangat innocent and takde dosa langsung. A BIG NO! But kalau kita tak cuba mana kita tahu kan. Kalau kita tak bagi peluang kat diorang memerintah sampai bila2 pun kita takkan tahu sejauhmana diorang dapat mengubah keadaan sekarang. Yes, dalam 10 tahun lagi memang confirm dalam buku Sejarah sekolah menengah ada mention pasal benda nih. Cuma aku harap dalam buku tuh bagi turutan cerita yang telus dan jujur lah ye. Jangan just bergantung pada sebelah pihak yang terang-terang melakukan provokasi demi provokasi, penipuan demi penipuan yang kian terserlah di mata rakyat serta ketidaktelusan pihak atasan dalam menangani perkara ini. Sila bukak mata wahai rakyat Malaysia. Kita bukan lagi hidup dalam zaman baru lepas penjajahan British. Kita perlu lebih proaktif dan berani. Berani meluahkan pendapat dan menegur mereka yang khilaf. But I mean in a proper way, la. Jangan hanya jadi lalang, sekejap menghala ke sana, sekejap menghala ke sini. Stand on your own solid views. Don't be afraid. Allah ada, apa nak takut.
Malam sebelum election. Aku dan family sempat melawat sebuah markas PAS ni. Konon nak bergambar. Sekali mak aii, ramainya orang kat roadside tu. Jalan jadi jem. Diorang dengan semangatnya duk laungkan takbir dan bagi sorakan setiap kali ada kereta melintas. Siyesly aku excited gila. Walhal kat situ tak de makanan pun. Takde apa-apa yang menarik melainkan sebuah replika motorsikal yang agak besar. May be tula tarikannya. Tapi melihat pada suasana tuh, serta merta aku rasa terharu. Semangat kian membara. Tak sabar mengundi untuk first time dalam sejarah. Yes, i'm adult and i'm proud :)
Dan hari itu. PRU13. Hari Ahad. Semangat macam nak pergi beraya pulak. Nervousnya Tuhan je yang tahu. Excited pun ada dapat merasai pengalaman yang lima tahun sekali. Entah2 lima tahun akan datang dah tak rasa semua ni. Wallahua'lam.
Tak putus-putus aku berdoa pada hari itu,
''Ya Allah, andai Engkau takdirkan kami menemui kekalahan pada kali ini, hadirkan lah hikmah yang besar untuk kami. Makmurkan lah bumi Malaysia ini dan jauhilah ia dari anasir2 jahat serta musuh yang sentiasa memerhati, pencemaran rasuah yang kian berleluasa, dan sengketa yang tak putus2. Dan seandainya kami memperoleh kemenangan, berilah kami peluang untuk mengembalikan sistem khilafah seperti terdahulu, yang Engkau sentiasa redhai keatasnya. Tetapkanlah pendirian kami dan suburkan lah ketakwaan dan keimanan kami kepadaMu. Ameen''
Dan seperti yang dijangka. Malam itu hatiku berlagu kurang enak. Dan ia menjadi nyata akhirnya. Melihat keputusan yang diumumkan, hatiku terus sebak dan hampir menangis. Kawasan tempat aku mengundi juga menemui kekalahan. Bukan mudah untuk mencapai kemenangan andai terlampau banyak taktik kotor lawan menanti depan mata. Cuba memujuk diri sendiri, walaupun kita tak menang di sini, Insyaallah segala usaha dan tenaga kita sedang Allah hisab. Dia mahu kita terus bersabar dan tabah menanti bila tibanya detik gemilang itu. Mereka mungkin menang di mata manusia, tapi di mata Allah siapa yang tahu. Mungkin Allah mahu memberi ruang kepada mereka supaya sentiasa memperbaiki diri dan menjadi pemimpin yang adil dan saksama. Pembongkaran tentang penipuan sudah terbukti depan mata, dan Allah mahu kita terus mengkaji dan mencari kebenaran sebanyak mungkin. Untuk mengislah kan diri bukan mudah, jalan yang dilalui juga terlalu payah, namun andai ketabahan menjadi perisai, Insyaallah segalanya Allah permudahkan.
Andai semua pihak telus dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab, pasti semua ini dapat ditangani dengan mudah. Pasti tiadanya berlaku kejadian yang tak diingini i.e pergaduhan, sentimen perkauman, isu blackout, kotak undi dilarikan. Isu lain seperti bangla, pengundi hantu, rasuah undi, ugutan supaya mengundi parti kerajaan. Andai masing2 beretika dan tahu apa itu morality, pasti rakyat takkan lantang bersuara sebegini. Pasti tidak akan membangkitkan amarah rakyat yang sekian lama terpendam.
Kami, bukan tak redha pada kekalahan, kami cuma tak redha pada ketidaktelusan!
Dunia akhir zaman, meskipun teramat sukar untuk mencari apa itu kejujuran dan kebenaran, yang ada hanyalah penipuan dan pendustaan, aku yakin, Insyaallah suatu hari nanti hari itu pasti akan tiba jua. Allah mahu kita faham sesuatu di sebalik semua ini. Mungkin belum tiba masanya untuk semua ini.
Sama-sama kita berfikir dan muhasabah. Moga kita sentiasa di landasan betul.
Paling tidak pun, akan datang, pilih la pemimpin yang paling kurang mudaratnya pada masyarakat. Kalau dah terang2 pemimpin tu culas tentang erti tanggungjawab dan bergelumang dengan maksiat, mengapa mahu memilih mereka? Antara dua pemimpin, dua2 memang tak sempurna kalau dah namanya manusia, tapi pilihla yang mampu membangunkan ummah dan merealisasikan nilai2 Islam dalam negara. Yang terang2 mahu melaksanakan hukum syariah yang sepatutnya dilakukan sejak dulu lagi. Jangan terlalu harapkan kesempurnaan sesebuah parti. Kalau dah namanya manusia, pasti banyak khilaf nya. Tapi pilih la yang paling banyak memberi manfaat.
Seperti yang aku bagitahu, kita dah dewasa. Dah matang. Diberi akal yang cukup untuk menilai. Kita tahu apa itu Islam. Kita tahu apa itu kemungkaran. Kita tahu siapa Tuhan kita. Kita diberi kebebasan untuk memilih samada mahu ke jalan benar atau sesat. Segalanya bermula dari kita.
Aku, hanya mahukan keamanan. Dan sebuah ketelusan.
4 criticisms:
sorry sekira nye komen saya agak keterlaluan tp pada pendapat saya,tiada beza nye PAS dan PKR..PAS sudah jauh lari pada matlamat asal mengenai ajaran islam.pengikut PAS terlalu obses dgn parti itu.PKR pula spt gila kuasa.bila kalah tidak boleh terima kenyataan.
thanks sis for dropping your comment at here ^^
''PAS sudah jauh lari pada matlamat asal mengenai ajaran islam.pengikut PAS terlalu obses dgn parti itu.PKR pula spt gila kuasa.bila kalah tidak boleh terima kenyataan''
kalau boleh, blh x sis bg saya any bukti/link/post/statement berkaitan dgn itu?
just nak tahu apa opinion or reason diorang cakap camtu. sbb kite kena ada bukti yg kukuh utk kaitkan statement tu dgn keadaan sekarang. dunia zaman sekarang ni, terlampau byk fitnah dan kenyataan tak berasas yg dikeluarkan pihak utk menjatuhkan Islam.
saya tahu, saya jugak tak kata Pas/pkr tu perfect. thats why awal2 lg sy tulis kt atas tuh. tapi kalau dh terang2 kita tolak parti Islam utk kpntingan duniawi, apa yg ada pada kita?
at least diorg cuba utk bangunkan Islam. tapi kita? apa sumbangan kita pada Islam?
Setakat mengundi dan berkempen je kita mampu. Harap2 la Allah terima usaha kita itu walau sekecil cuma. nanti bila kt akhirat nanti kita dh terlepas dari pertanyaan Dia apa sumbangan kita.
seperti yg saya bgtaw tadi, sume parti politik kt mesia tak perfect. tp pilihla yg paling kurang mudaratnya pd islam. yang banyak membangunkan islam. parti yg kebanyakan ulama' islam jadi pilihan buat mereka.
kita dah besar, dah boleh fikir semua itu. Allah bagi akal utk kita menilai baik dan buruk.
Dan saya nak sgt tgk sis bg bukti kenyataan yg sis keluarkan tu. bukan bergaduh, cuma inginkan pencerahan.
Thanks :)
sama2 saling memerlukan antara satu sama lain sbnrnya.. :)) saya insyaAllah layak utk pru y seterusnya.. agar sukar utk mmbuat pemilihan.. :)
@aisya: sbb tu kne tgk dari sisi kedua2 belak pihak. find both sides. see the differences. pilih yg byk mmberi manfaat dan membangunkan ummah. Insyaallah.
Post a Comment