Sunday, 24 June 2012

it's not just a profession, it's a responsibility

currently written by faie mohamad at Sunday, June 24, 2012
Reactions: 
 Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Takut dan seram sejuk.. Neves tak payah cerita la..

Bermula hari esok, aku akan memulakan praktikum di salah sebuah sekolah di area Kuala Lumpur ni... Guru praktikum. Hampir 3 tahun belajar teori, akhirnya esok aku akan apply balik semua yang aku belajar di taman ilmu dan budi ni. 7 minggu aku mengabdikan diri disitu bersama sorang lagi roomate aku, and I  feel everything that I do not want to go through it. Hampir 4 tahun aku meninggalkan alam persekolahan, aku dah hampir lupa semua rules sekolah yang jauh berbeza dengan alam kampus. Bezanya kalau dulu aku bergelar student, sekarang ni I am teacher... heee... A counselor to be... Insyaallah.


Kalau nak cerita tentang perasaan nak masuk sekolah ni, dengan menggalas tugas yang bukan sikit, memang sampai esok pun takkan habis. Berdepan dengan pelajar urban dengan karakter dan attitude yang berbeza pastinya, bakal menuntut kesabaran dan ketabahan yang tinggi. Kalau dulu sesi kaunseling yang aku conduct hanya melibatkan kawan kawan rapat dan orang yang aku kenal, tapi kalau di real setting macam ni, mesti suasana pun berbeza. Ilmu dan kemahiran yang dipelajari dan pengalaman2 lepas mesti dijadikan guideline untuk aku. Ni bukan satu kerja yang mudah.

7 minggu di sekolah, aku harus berada di situ sebanyak 250 jam secara keseluruhannya, conduct individual counseling for 70 hours, group counseling for 30 hours, group guidance sekurang kurangnya 5 kali, buat 3 proposal untuk program... Fuuhhh... belum lagi masuk perkara sampingan yang lain termasuklah melaksanakan program luar yang takde dalam list.

Talking about this, sebenarnya profesion perguruan (kaunseling) ni bukan lah pilihan utama aku masa dulu-dulu. Aku lebih suka mengajar dan suka sangat tengok telatah cikgu2 masa ajar students. Tapi aku suka cabar diri aku dan berkata kata pada diri sendiri yang jadi kaunselor mungkin lebih sesuai untuk aku sebab kat situ aku akan lebih banyak belajar tentang karakter manusia yang pelbagai dan tahu macam mana nak deal dengan orang lain effectively. Walaupun ada beberapa stigma masyarakat yang tak dapat lari contohnya guru kaunselor tak buat banyak kerja macam guru subjek lain, dan jadi kauselor ni kena perfect segala galanya, dari hujung rambut ke hujung kaki, tak boleh buat silap sikitpun... kalau tak kredibiliti diorang akan terjejas, tapi sebenarnya orang yang ambik bidang ni je tahu macam mana. Kalau nak ikutkan kena sempurna dari segala galanya, bagi aku, dalam dunia ni nak cari manusia yang tak pernah buat silap memang takkan jumpa sampai bila-bila, except our Prophet, Muhammad s.a.w. Kalau kata kaunselor tak pernah ada masalah, pernah ke kita tertanya-tanya mengapa doktor yang sering merawat pesakit pun ada je yang jatuh sakit? Kenapa seorang yang pakar dalam mengendalikan haiwan liar mati terbunuh kerana serangan haiwan peliharaannya?

Kalau ikutkan, sebenarnya tak semestinya apa apa jua jawatan ataupun tugas yang kita pegang menunjukkn bahawa kita benar-benar expert dan perfect dalam bidang itu. Sebagai manusia, kekhilafan dan ketidaksempurnaan adalah lumrah. Mana mungkin kita dapat melihat seseorang yang dari kecil lagi tidak pernah jatuh ataupun ditimpa musibah mahupun berbuat kesilapan yang normal seperti orang lain buat?


Berbalik pada kaunseling punye profesion nih, ia bukan satu kerja semata-mata. Ia suatu tanggungjawab yang maha berat untuk dilaksanakan. Mengubah seseorang dari sikap negatif ke positif bukan satu tugas mudah. Mungkin di mata umum ia nampak sangat mudah, tapi di mata kami, cabaran yang digalas menggambarkan betapa kentalnya semangat yang perlu kami ada. Perjuangan yang terpaksa kami harungi bukan hanya untuk kami sendiri, tetapi ia lebih kepada kejayaan anak bangsa di luar sana. Sekurang-kurangnya, ia bakal menjadi ilmu bermanfaat untuk dibawa bekal ke alam kubur kelak. 


Counseling. For me,

It's not just a profession, it's a responsibility.

It's not an easy task, it's so-called amanah and trust.

It must not come by force.

It begins by sincerity and genuineness.

To guide others, you must be guided first!

So,

To be or not to be?

Yes, I will be...

InsyaAllah~



kami bakal kaunselor :)


Wish me luck!


p/s: tak de mood nak tulis panjang2 walaupun panjang la jugak..heee..




11 criticisms:

zera eira said...

gudluck cikgu comel! motivator anak murid tu! :)

:: RJ :: said...

all the best, kak!
smoga dipermudahkan urusan. ^^

faie mohamad said...

zera: haha comel sgt la tu.. tq,gud luck for you too :)

RJ:thanks dear (: may you get blessed as well..

buatbest said...

gud luck!!..uit..takotnyerr~ hihi..

cendol said...

Gud luck ye cikgu! semoga sentiase tabah berdepan dgn anak murid yg pelbagai ragam.Cendol dulu pn bnyk kali masuk bile cikgu kaunseling.hehe
mase tu bengang tapi skrg Cendol tau betape susah kerje cikgu tu cube memotivasikan budak mcm saya .hehe
Guru,berada lah kamu dimane jua,jasamu tetap dikenang !

caliph shuriken said...

gud luck.. cikgu kena sedia satu jurus kenyit2 mata kt student *sila guna bila emergency saja ok, hikk...

SimplySeoul said...

Selamat bertugas. All the best. Give a first good impression. Depan students ni xboleh bawa macam kawan sgt, nanti dia buli balik. Hehehe. I used to be a substitute teacher for a year.. once kita tunjuk yg kita boleh kena bawa gurau2 trus budak naik kepala. hehe.

All the best tho.

faie mohamad said...

buat best : thanks.. dh hilang neves ckit..hehee

cendol:alhamdulillahh.. smoga kita sentiasa dibwh perlindunganNya :)

caliph: erkkk..nti esk sy try apply..hahaha

simplyseoul: betol tu.. kalau kita lembut sgt diorg pijak kepala..kena ada tolerate each others baru dapat menjalinkn ukhuwah sebenar...:)

missha said...

gud luck :) ^^

Yuni Aisyah said...

go farihah..u can do it..hehe...all da best..nice story..:)

faie mohamad said...

missha : thanks dear (:

Y.A: all the best too.. ('',)

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea