Tuesday 4 September 2012

Sebelum nikah vs. selepas nikah

currently written by faie mohamad at Tuesday, September 04, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Rindunya aku kat belog ni. Dah hampir berbulan aku tak update dengan entri panjang2 macam dulu. Kat kampung, biasalah, macam2 benda nak kena uruskan. Mood nak online langsung takde.  Ada internet connection pun kalau dah namanya takde mood, tak guna jugak. Ye dok?

Sebenarnya bila aku banyak kali menyepikan diri dari online atau contact dengan sape2, aku banyak berfikir sendiri akan apa yang aku dah buat selama ni. Kalau dulu aku jugak seperti yang lain. Fitrah manusia, indahnya jika menyayangi dan disayangi. Gembiranya bila hati ini dimiliki. Cemburu melihat kemesraan kawan2 yang asyik bercinta. Panggil sayang la, bebi la, honey la. Madah-madah cinta yang tak lekang dari bibir. Kejut time subuh dan bangun malam untuk study. Dorongan motivasi yang menjadi perangsang buat diri yang sentiasa fragile. Tapi pernah jugak aku terfikir, andai jika kita couple sekarang, adakah si dia itu akan benar2 menjadi milik kita suatu hari nanti? Adakah kemesraan yang wujud itu kekal berterusan di alam rumahtangga? Bukankah kemanisan itu hilang kerana hilangnya keberkatan cinta yang dianjurkan Rasul kita? Adakah kesucian cinta terpelihara hingga akhirnya?



 Kat rumah aku, abang aku ada belikan sebuah buku yang dikarang oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin. ‘Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul’. First time aku baca buku ni lebih kurang setahun lepas. Sampai sekarang andai ada kelapangan aku akan belek buku ni dan membaca bait2 ayat yang tertulis. Penuh puitis dan syahdu. Cinta selepas nikah sesungguhnya amat indah. Itulah yang dinukilkan oleh beliau dalam melayari bahtera hidup bersama sang suami. Dalam buku ni beliau menggunakan nama Qaniah dan Dr Muslih, iaitu suaminya. Mungkin ia kisah benar ataupun mungkin hanya rekaan tapi hati aku kuat mengatakan bahawa Qaniah itu adalah dirinya dan Dr Muslih itu suaminya, yang juga seorang doktor. Dr Farhan Hadi. Mungkin juga beliau mengkiaskan ceritanya dengan nama lain untuk mengelakkan perasaan riya’ dan cemburu. Mungkin.

Aku jugak suka download video2 beliau. Apa yang aku nak cakap kat sini ialah pandangan beliau tentang hubungan cinta sebelum dan selepas nikah. Apa yang dapat aku simpulkan kat sini ialah..ehem. Banyak benda sebenarnya nak kena tulis tapi biarlah aku tulis seringkas dan sepadat mungkin. Hopefully la.

Kata beliau,

  •   Walaupun kita couple dengan seseorang hingga 10 tahun lamanya, kita takkan betul-betul kenal hati budinya kerana apa yang kita nampak ialah lakonan dan sikap hipokrit serta pura-pura pada dirinya. Kita hanya akan kenal seorang pacar, bukan seorang suami/isteri.
 Aku sangat bersetuju dengan statement ni. Di sekeliling aku, banyak pedoman dan contoh yang aku nampak. Zaman bercinta dengan zaman berkahwin adalah dua dimensi yang berbeza. Time bercinta semuanya nak nampak perfect. Nak jumpa buah hati bukan main lagi mekap macam hantu cina, dress atau kemeja yang digosok rapi, tapi selepas berkahwin, barulah tunjuk taring sebenar. 10 tahun kenal hati budinya melalui alam percintaan yang penuh kepalsuan, baru tahu rupanya si dia seorang yang panas baran, kaki pukul, kaki perempuan la, kaki lelaki la dan banyak lagi. Baru sebulan bernikah akhirnya terserlah sifatnya sebenar. Jadi bolehkah statement couple dulu baru kahwin di terima pakai?

  •      Kalau masa couple dia boleh duk sms dengan kita, contact kita guna skype dan ym, bersayang-sayang, calling berjam-jam sampai pukul 3 dan 4 pagi saban malam, tak mustahil bila kahwin dia akan ulang perangai tu dengan lelaki/perempuan lain.
   Aku tak nafikan akan hal ini. Sangat-sangat betul. Bukan nak bersetuju dengan apa yang Fatimah Syarha cakap seratus peratus tapi memang ada betulnya. Bayangkan kalau selama ni dia selalu dedahkan kita dengan dosa-dosa zina hati, tak mustahil sesangat bila dah masuk alam berumahtangga, bila dia dah jemu or bosan dengan kita, dia akan cari orang lain untuk hilangkan bosannya. Time tu dia akan ulang balik perkara yang dia buat masa dia bercinta dengan kita dulu. So bila setiap kali dia duduk jauh sikit dari kita sambil tangan tak lekang dari handphone, hati kita akan terbit rasa cemburu dan prasangka bukan2.

‘kalau masa bercinta dengan aku dia berani sms aku, mesti lepas nikah dia berani sms perempuan/lelaki lain’. Itulah monolog dalaman yang sentiasa terbit dihati.

So kesannya akan timbul pergolakan yang dahsyat dalam rumahtangga. Ini kenyataan. Kalau tak percaya, kita sama-sama tunggu dan lihat. Biarpun dia cakap dia seorang yang setia hanya pada yang satu, boleh kah kita pegang kata-kata itu sepuluh tahun akan datang saat kita menjadi miliknya?

  •   Jika sebelum kahwin kita pernah couple dengan orang lain, bila kita kahwin dengan orang yang bukan kita couple selama ini, akan timbul rasa memperbanding-bandingkan dirinya dengan orang terdahulu.

    Maksudnya macam ni. Aku bagi contoh yang agak sadis sikit.


# ‘Dulu pakwe aku ada Lembugini yang harga juta-juta tu. Laki aku sekarang..ermm ada Persona je’.


# ‘Dulu pakwe aku selalu bagi aku bunga setiap hari. Laki aku sekarang, usahkan bunga, tangkai bunga pun tak pernah kasik!’


# ‘Pakwe aku dulu hensem. Ruginya tak kahwin dengan dia. Laki aku sekarang ni, nasib baik comel sikit je dari Shrek’.


# ‘Kalau aku kahwin dengan pakwe yang pertama dulu, mesti aku tak duduk rumah flat macam ni. Asal laki aku tak sekaya dia ek. Dah nasib kena kahwin dengan orang miskin nih’.


Menurut Ustaz Azhar Idrus menerusi videonya, kalau kita berkahwin dengan seseorang itu, itu bermakna dialah yang terbaik untuk kita. Kalau tak kenapa gatal nak kahwin dengan dia? So bila dah namanya jadi milik kita, tak payah la nak compare dia dengan orang lain, kan.


  •   Zaman sekarang kenapa ramai pemuda yang hanya kelihatan gagah pada zahirnya tetapi jiwanya lemah? Pemuda yang banyak membuka lembaran kelalaian dengan sms cinta yang bermadah berseni, ungkapan cinta untuk si dia yang belum tentu halal untuknya, dan merebut perempuan dengan cara yang salah.
  Syabab2 muslimin yang diharapkan menjadi panglima perang demi agama dan meruntuhkan nafsu ammarah sanggup merendahkan diri mereka hanya untuk memikat wanita. Pemuda yang jika di Palestin sudah mahir memegang senjata tetapi disini masih lagi ralit menonton cerita Power Rangers di kaca tv, duk tayang gajet2 terkini yang menjadi kebanggaan, menjadi pencinta ramai wanita dan bangga sekali bila ramai yang berebut akan dirinya. Lelaki inikah yang mampu membawa wanita ke syurga?

  •   Kalau suka jumpa la ibu bapa. Sayangnya tiada yang berani,tandanya tak bersedia. Kalau tak bersedia, kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata?
 Contoh sebegini sudah banyak aku lihat dikalangan mereka yang terdekat dengan aku. Pengalaman mereka. Couple bukan main tapi time ajak jumpa parents terus senyap. Kalau betul2 serius kenapa nak tangguhkan? Kalau betul-betul sayangkan dirinya, kenapa perlu ragut kehormatannya walaupun hanya berpegang tangan?

Bagi aku kalau dia betul sayangkan seorang hamba Allah ni sudah pasti dia akan cuba jaga kesucian cintanya dari perkara bukan-bukan. Kerana dia tahu cinta sucinya itu hanya dipersembahkan untuk si dia yang halal buat dirinya saja.

So adakah basically dalam entri ni aku bermaksud cinta sebelum nikah adalah palsu semata2? Bagaimana kalau kita sayangkan seseorang tapi kita takut berbuat dosa kepada Allah dengan bercouple dengannya?



Kata-kata Fatimah Syarha yang aku petik dari bukunya itu,


‘‘Jika kau belum berkahwin, kejarlah cinta Allah sebelum mengejar cinta lelaki. Tanpa reda Allah, andai dirinya kau miliki sekalipun, kau pasti takkan bahagia. Percayalah. Sia-sia segala usaha yang kau curahkan atas dasar maksiat. Ianya hanya meluputkan berkat daripada hidupmu.

‘‘kerana asyik bercinta, mungkin juga jodohmu jadi lambat kerana kebanyakan lelaki hanya ingin mengambil kesempatan berseronok dengan gadis yang mudah menyerah. Habis madu sepah dibuang. Jika ingin mencari isteri pula, biasanya mereka akan mencari yang terpelihara dan terjaga’’.


Aku akui tatkala umur yang sudah menginjak dewasa ini aku sepatutnya sudah tidak memerlukan lagi madah-madah cinta yang meranapkan jiwa aku dan huluran cinta dari lelaki ajnabi yang hanya sekadar bermain kata tanpa membuktikan dengan lafaz ‘aku terima nikahnya’. Apa yang mungkin aku perlukan sekarang ialah komitmen dan tanggungjawab. Komitmen dari lelaki sebagai suami untuk melunaskan tanggungjawabnya supaya mendapat keredhaan dariNya. Jika dia setia dengan cinta Allah, sudah pasti dia juga setia akan cintanya pada manusia.

Memang aku akui sebagai manusia biasa, untuk kita  melupakan seratus peratus yang yang berlaku adalah perit dan pahit sekali. Tapi percayalah, andai dia benar-benar milik kita, pasti tak ke mana. Walau kita couple dengannya bertahun-tahun, belum tentu lagi dia adalah jodoh kita. Mengapa nak menikmati cinta sebelum kahwin? Tak bimbangkah ia jadi tawar dan hambar? Hilang barakah, hilanglah kemanisan. Jodohmu telah sedia tertulis di Luh Mahfuz. Istikharahlah dan kamu pasti akan berasa tenang.

Bacalah doa ini kala sujud kudusmu pada Dia yang maha Esa, 


‘‘Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin orang yang bertakwa’’
                                                                                                (Surah Furqan 25:74)





Apa yang aku tulis ni bukan sebab perasan bagus. Ia lebih kepada peringatan untuk aku sendiri. Supaya langkah aku tidak tersasar. Supaya aku menjadi lebih baik dari semalam. Peringatan untuk aku kala kesedihan dan kelukaan. Bukan aku tidak pernah kecewa dan terluka. Sesungguhnya aku amat berterima kasih kepada mereka kerana membuatkan aku sedar, cinta sebelum nikah tidak akan kemana.



‘‘telah tercatat secebis namanya di luh mahfuz cuma peribadinya ditentukan oleh sejauhmana ketinggian peribadimu. Jika kau thabat di jalan yg benar nescaya si dia akan turut berada di jalan yang sama…’’


Insyaallah…

4 criticisms:

SN said...

Nice entry kak ;D

Eyqa Hasnan said...

suka entry nie !

faie mohamad said...

syamimi : thanks :)

eyqa: thanks :)

faie mohamad said...

syamimi : thanks :)

eyqa: thanks :)

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea