Tuesday, 25 September 2012

Mandarin class

currently written by faie mohamad at Tuesday, September 25, 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Just wanna share something for tonight. Maybe because aku terlampau excited kot. Excited nak belajar bahasa baru. Currently walaupun dah di saat2 akhir menikmati kehidupan sebagai student, for me, learning process still HARUS berjalan sampai bila2. Dan bila aku tengok jadual sem ni tak berapa nak padat. aku decide nak amik kelas mandarin. Special utk student UIA. Harganya sangat berpatutan. RM90/sem. Kalau nak dibandingkan dengan harga kat luar sana yg berkali2 ganda lagi mahal, aku rasa aku dah buat pilihan yang tepat dah. Walaupun mula2 die punye pronunciation tu masyaallah, tergeliat aku yang biasa makan budu nih, but lama kelamaan aku mula jatuh hati dengan kelas ni even though baru pertama kali masuk kelas.

But why Mandarin is my choice? Why not Japanese, Korean or Arabic or French or whatsoever? Reasonnya sebab aku sangat mengetahui tentang kepentingan bahasa ni kat negara berbilang kaum nih. Walaupun kaum cina bukan kaum majoriti but ramai yg tak boleh nafikan bahasa mandarin tak kurang pentingnya utk masa depan. Mostly majikan akan mengambil pekerja yang tahu berbahasa Mandarin, selain dari bahasa Inggeris dan Melayu. Memang minat aku suka sangat belajar tentang bahasa. Sejak baby kecil lagi. Walaupun dah ada basic yang secebis cuma dalam mandarin, bagi aku why not aku ambik subjek bahasa ni secara formal. Lagipun salasilah keluarga kami adalah dari bangsa cina, yang menurut arwah ayah aku familinya berasal dari Hong Kong. So secara tak langsung aku boleh belajar bahasa mandarin ni demi memartabatkan bahasa salasilah keturunan aku. cewah!


Sinar Language course. Kalau sape2 yang duk UIA memang tersangatlah familiar dengan company nih. Bertampal2 dimana2 je.. Kat center la, kafe2 kat seluruh UIA. Dengar kata ada experience 10 tahun ajar bahasa nih. Wallahualam.

Kelas aku bermula minggu ni, yakni Isnin dan Rabu. Tapi sebab partner aku ada kelas skill malam Rabu tu, kitaorang decide amik hari Isnin dan Khamis. Tutor kitaorang student jugak, nama Fatimah@Ma Jun Ling. Erkk bila aku dengar nama tu tiba2 je aku teringat pasal tajuk sebuah cite kat Astro tuh. Hahaha.. Eh apa ni duk gelak kat cikgu nih. Tak berkat lorr. Haih.


Look at my handwriting masa dalam kelas tu. Cakar ayam ke cakar harimau ntah. Nak wat camne dah cikgu  aku ajar laju sangat. Nak kena salin lagi, sebut lagi berulang2 pronunciation tu sampai lidah jadi kebas. Lepas tu dia akan random tnya sape2 suruh sebut balik apa yang dia cakap. Dahla baru first kelas, nasib badan. But yang tukang ajar kami ni bukan cikgu Fatimah @ Ma Jun Ling tuh sebab time tu dia ada hal tapi pengasas Sinar Language ni, Ishaq Ma, classmate kawan aku. Muda2 dah ada bisnes sendiri. Biasa la, orang cina, penuh semangat dan kerja kuat. Contohilah beliau dalam kehidupan seharian. Hihi


Untuk beginner macam aku nih, nak sesuaikan diri dengan lidah cina memang agak complicated. Dia punya alphabet tak sama dengan alphabet biasa sebab cara nak pronounce tu tersangatlah berbeza. Aku pun cuak jugak masa mula2 masuk tu. Mane la tahu kot2 susah nak faham ke. But sebab aku dah ada pengalaman mengajar foreigner dalam Bahasa Melayu for foreigner, aku faham untuk memahami sesuatu bahasa yang bukan bahasa ibunda bukan sesuatu yang senang. Walaupun ada orang kata bahasa Melayu bahasa paling senang, tapi nak betul2 faham tu amik masa jugak. Even kita yang duk belajar bahasa Inggeris ni dari 6 tahun sampai sekarang pun tak fasih-fasih dalam erti kata sebenar. Setakat sebut boleh, tapi nak apply dalam dialog harian memang SUSAH sebab minda orang kita, speaking je terus di cop berlagak. So what's the problem? Lantak pi la orang kata, janji kita tak kacau diorang. Diorang tak pernah bagi nafkah kat kita. Just ignore people like them okay.

p/s:  Sedang tengok latest update tentang pilihanraya UIA yang kena diadakan lagi sekali. Haih banyak betul tangan2 ghaib sekarang. Ape la nak jadi dengan kampus tercinta aku nih. (sigh)

6 criticisms:

unsecretostory said...

Bestnya dapat belajar bahasa orang nie . orang chinese memang sangat mengagungkan bahasa mereka . Untung mereka yg dapat belajar :D

Rin Saharina said...

wahh,faie, ko amik mandarin class eh.best lahh :)

Unknown said...

wah! Good adik! akak pon learnt japanese ngan mandarin language :) chaiyok! mandarin gave an advantage to u masa nak cari kerja nanti! Adriana pon nak hantar ke sekolah cina :)

faie mohamad said...

@unsecretostory: yup.. cuma kdg2 kite org melayu je yg xberbangga dgn bahasa sndri. huhu

faie mohamad said...

@rin: memang best! jom la jom la heee

faie mohamad said...

@mummy: tu sbb sy amik.. sbb thu mmg byk advantagenya.. kem salam kt si cumel adriana :)

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea