Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Lebih sepuluh hari aku tak online, tak bukak fb, twitter
mahupun belog comel ni, langsung tak rasa macam kehilangan something. Kalau kat
kampus tak online satu hari pun dah rasa semacam but here, at my hometown,
tanah tumpahnya darahku, aku rasa hari2 yg aku lalui sangat bererti. Dan hari
ini, Ahad 26 Ogos, rumahku kembali sunyi
dari suara kanak2 dan riuh rendah adik beradik aku. Sepanjang Syawal ini hampir
tidak duduk diam kami dibuatnya. Ada open house di rumah abang sulung dan kakak
nombor dua aku, sambut family day beramai2
dan BBQ di La Hot Spring pada hari raya ketiga, keropok lekor dan air
kelapa muda di Pengkalan Nyireh, piknik di Pantai Air Tawar, konvoi beramai2 ke sana sini bertemu dengan
sanak saudara yang jarang berjumpa, macam2 lagi lah. Setahun sekali nikmat
berhari raya ini terasa. Aku sangat bersyukur. Bestnye kalau hari2 macam ni.
ketupat nasi ni aku buat sendiri taw ^^
berBBQ di La Hot Spring beramai2..sweett
nieces and nephew
Rasanya tahun ni paling banyak gambar aku ambik. But sadly my dearest Olym tiba2 rosak masa raya pertama. Means that jodoh aku dengan Olym tu setahun je. Nak buat macam mana, suhu dalam kereta panas sangat. Habis rosak kamera Olym tuh. Nak tak nak terpaksa pinjam ngn orang lain T__T
p/s: SELAMAT HARI RAYA :))
6 criticisms:
best kan raya..meriah je.dpt jmpe sedara mara :))
singgah beraya kt sini.. hepi weekend ^^
ini berdasarkan my past experiences...:) bila kita pernah bercouple dengan orang lain...then kita berkahwin dengan orang yang lain, itu tandanya Allah temukan kita dengan jodoh yang baik. Dalam hidup proses pencarian jodoh, bermula dengan cinta yang palsu...berkali2,beratus kali..hingga ke akhirnya kita bertemu cinta sejati dan disatukan dalam hubungan suami isteri. Apa yang berlaku dimasa lalu, sejarah hidup yang memang tak mungkin kita lupakan! :)
@rin: yup.. sgt meriah... hehe
caliph: thanks and selamat hari raya :)
@mummy: that's right mummy.. agree with you (:
Post a Comment