Assalamualaikum
dan salam sejahtera…
Rindunya aku kat
belog ni. Dah hampir berbulan aku tak update dengan entri panjang2 macam dulu.
Kat kampung, biasalah, macam2 benda nak kena uruskan. Mood nak online langsung
takde. Ada internet connection pun kalau
dah namanya takde mood, tak guna jugak. Ye dok?
Sebenarnya bila aku
banyak kali menyepikan diri dari online atau contact dengan sape2, aku banyak
berfikir sendiri akan apa yang aku dah buat selama ni. Kalau dulu aku jugak
seperti yang lain. Fitrah manusia, indahnya jika menyayangi dan disayangi. Gembiranya
bila hati ini dimiliki. Cemburu melihat kemesraan kawan2 yang asyik bercinta.
Panggil sayang la, bebi la, honey la. Madah-madah cinta yang tak lekang dari
bibir. Kejut time subuh dan bangun malam untuk study. Dorongan motivasi yang
menjadi perangsang buat diri yang sentiasa fragile. Tapi pernah jugak aku
terfikir, andai jika kita couple sekarang, adakah si dia itu akan benar2
menjadi milik kita suatu hari nanti? Adakah kemesraan yang wujud itu kekal
berterusan di alam rumahtangga? Bukankah kemanisan itu hilang kerana hilangnya
keberkatan cinta yang dianjurkan Rasul kita? Adakah kesucian cinta terpelihara
hingga akhirnya?
Kat rumah aku, abang aku ada belikan sebuah
buku yang dikarang oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin. ‘Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul’. First time aku baca buku
ni lebih kurang setahun lepas. Sampai sekarang andai ada kelapangan aku akan
belek buku ni dan membaca bait2 ayat yang tertulis. Penuh puitis dan syahdu.
Cinta selepas nikah sesungguhnya amat indah. Itulah yang dinukilkan oleh beliau
dalam melayari bahtera hidup bersama sang suami. Dalam buku ni beliau
menggunakan nama Qaniah dan Dr Muslih, iaitu suaminya. Mungkin ia kisah benar
ataupun mungkin hanya rekaan tapi hati aku kuat mengatakan bahawa Qaniah itu
adalah dirinya dan Dr Muslih itu suaminya, yang juga seorang doktor. Dr Farhan
Hadi. Mungkin juga beliau mengkiaskan ceritanya dengan nama lain untuk
mengelakkan perasaan riya’ dan cemburu. Mungkin.
Aku jugak suka
download video2 beliau. Apa yang aku nak cakap kat sini ialah pandangan beliau
tentang hubungan cinta sebelum dan selepas nikah. Apa yang dapat aku simpulkan
kat sini ialah..ehem. Banyak benda sebenarnya nak kena tulis tapi biarlah aku
tulis seringkas dan sepadat mungkin. Hopefully la.
Kata beliau,
- Walaupun kita couple dengan seseorang hingga 10 tahun lamanya, kita takkan betul-betul kenal hati budinya kerana apa yang kita nampak ialah lakonan dan sikap hipokrit serta pura-pura pada dirinya. Kita hanya akan kenal seorang pacar, bukan seorang suami/isteri.
- Kalau masa couple dia boleh duk sms dengan kita, contact kita guna skype dan ym, bersayang-sayang, calling berjam-jam sampai pukul 3 dan 4 pagi saban malam, tak mustahil bila kahwin dia akan ulang perangai tu dengan lelaki/perempuan lain.
‘kalau masa bercinta dengan aku dia
berani sms aku, mesti lepas nikah dia berani sms perempuan/lelaki lain’. Itulah
monolog dalaman yang sentiasa terbit dihati.
So kesannya akan
timbul pergolakan yang dahsyat dalam rumahtangga. Ini kenyataan. Kalau tak percaya,
kita sama-sama tunggu dan lihat. Biarpun dia cakap dia seorang yang setia hanya
pada yang satu, boleh kah kita pegang kata-kata itu sepuluh tahun akan datang
saat kita menjadi miliknya?
- Jika sebelum kahwin kita pernah couple dengan orang lain, bila kita kahwin dengan orang yang bukan kita couple selama ini, akan timbul rasa memperbanding-bandingkan dirinya dengan orang terdahulu.
# ‘Dulu
pakwe aku ada Lembugini yang harga juta-juta tu. Laki aku sekarang..ermm ada
Persona je’.
# ‘Dulu
pakwe aku selalu bagi aku bunga setiap hari. Laki aku sekarang, usahkan bunga,
tangkai bunga pun tak pernah kasik!’
# ‘Pakwe
aku dulu hensem. Ruginya tak kahwin dengan dia. Laki aku sekarang ni, nasib baik
comel sikit je dari Shrek’.
# ‘Kalau
aku kahwin dengan pakwe yang pertama dulu, mesti aku tak duduk rumah flat macam
ni. Asal laki aku tak sekaya dia ek. Dah nasib kena kahwin dengan orang miskin
nih’.
Menurut Ustaz
Azhar Idrus menerusi videonya, kalau kita berkahwin dengan seseorang itu, itu
bermakna dialah yang terbaik untuk kita. Kalau tak kenapa gatal nak kahwin
dengan dia? So bila dah namanya jadi milik kita, tak payah la nak compare dia
dengan orang lain, kan.
- Zaman sekarang kenapa ramai pemuda yang hanya kelihatan gagah pada zahirnya tetapi jiwanya lemah? Pemuda yang banyak membuka lembaran kelalaian dengan sms cinta yang bermadah berseni, ungkapan cinta untuk si dia yang belum tentu halal untuknya, dan merebut perempuan dengan cara yang salah.
- Kalau suka jumpa la ibu bapa. Sayangnya tiada yang berani,tandanya tak bersedia. Kalau tak bersedia, kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata?
Bagi aku kalau dia betul sayangkan seorang hamba Allah ni sudah pasti dia akan cuba jaga kesucian cintanya dari perkara bukan-bukan. Kerana dia tahu cinta sucinya itu hanya dipersembahkan untuk si dia yang halal buat dirinya saja.
So adakah
basically dalam entri ni aku bermaksud cinta sebelum nikah adalah palsu
semata2? Bagaimana kalau kita sayangkan seseorang tapi kita takut berbuat dosa
kepada Allah dengan bercouple dengannya?
Kata-kata
Fatimah Syarha yang aku petik dari bukunya itu,
‘‘Jika kau belum
berkahwin, kejarlah cinta Allah sebelum mengejar cinta lelaki. Tanpa reda
Allah, andai dirinya kau miliki sekalipun, kau pasti takkan bahagia.
Percayalah. Sia-sia segala usaha yang kau curahkan atas dasar maksiat. Ianya
hanya meluputkan berkat daripada hidupmu.
‘‘kerana asyik
bercinta, mungkin juga jodohmu jadi lambat kerana kebanyakan lelaki hanya ingin
mengambil kesempatan berseronok dengan gadis yang mudah menyerah. Habis madu
sepah dibuang. Jika ingin mencari isteri pula, biasanya mereka akan mencari
yang terpelihara dan terjaga’’.
Aku akui tatkala
umur yang sudah menginjak dewasa ini aku sepatutnya sudah tidak memerlukan lagi
madah-madah cinta yang meranapkan jiwa aku dan huluran cinta dari lelaki ajnabi
yang hanya sekadar bermain kata tanpa membuktikan dengan lafaz ‘aku terima nikahnya’. Apa yang mungkin aku
perlukan sekarang ialah komitmen dan tanggungjawab. Komitmen dari lelaki
sebagai suami untuk melunaskan tanggungjawabnya supaya mendapat keredhaan
dariNya. Jika dia setia dengan cinta Allah, sudah pasti dia juga setia akan
cintanya pada manusia.
Memang aku akui sebagai
manusia biasa, untuk kita melupakan
seratus peratus yang yang berlaku adalah perit dan pahit sekali. Tapi
percayalah, andai dia benar-benar milik kita, pasti tak ke mana. Walau kita
couple dengannya bertahun-tahun, belum tentu lagi dia adalah jodoh kita. Mengapa
nak menikmati cinta sebelum kahwin? Tak bimbangkah ia jadi tawar dan hambar?
Hilang barakah, hilanglah kemanisan. Jodohmu telah sedia tertulis di Luh
Mahfuz. Istikharahlah dan kamu pasti akan berasa tenang.
Bacalah doa ini
kala sujud kudusmu pada Dia yang maha Esa,
‘‘Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami pasangan kami dan
keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin orang
yang bertakwa’’
(Surah
Furqan 25:74)
Apa yang aku
tulis ni bukan sebab perasan bagus. Ia lebih kepada peringatan untuk aku sendiri.
Supaya langkah aku tidak tersasar. Supaya aku menjadi lebih baik dari semalam.
Peringatan untuk aku kala kesedihan dan kelukaan. Bukan aku tidak pernah kecewa
dan terluka. Sesungguhnya aku amat berterima kasih kepada mereka kerana
membuatkan aku sedar, cinta sebelum nikah tidak akan kemana.
‘‘telah tercatat secebis namanya di luh mahfuz cuma
peribadinya ditentukan oleh sejauhmana ketinggian peribadimu. Jika kau thabat
di jalan yg benar nescaya si dia akan turut berada di jalan yang sama…’’
Insyaallah…
4 criticisms:
Nice entry kak ;D
suka entry nie !
syamimi : thanks :)
eyqa: thanks :)
syamimi : thanks :)
eyqa: thanks :)
Post a Comment