Sunday 6 January 2013

Pilihan di tanganmu

currently written by faie mohamad at Sunday, January 06, 2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Malam2 macam ni jari memang pantas menaip. Tanpa perlu berfikir dengan laju, tangan pantas bekerja di depan laptop menari2 di keyboard menulis bait perkataan yang diinginkan. Malam yang indah. Tanpa sebarang gangguan dan ancaman seperti di luar sana. Tanpa hilaian ketawa mereka yang membuat bising di bilik study. Tu pun lepas di 'sound' dan diberi ancaman yg suara mereka sama dgn suara langsuir. Sentap barangkali.  Tapi cara yang berkesan. Tiada lagi suara yg mengilai jam 2 pagi di blok ni. Tahu pun takut korang ye. Okay sekarang ni aku tergelak dan sedang ketawa sopan dalam hati bila ingat balik insiden tu. Pasti merah padan muka mereka baca surat layang yang tidak diundang yang tertampal di depan pintu bilik study itu.

Momen menjelang final exam ni memang mencabar. Lambakan assignment yang tersedia di depan menanti untuk di taip. Program yang bakal menyusul pertengahan bulan ini di Genting Highlands. Tuntutan seorang adik dan jugak seorang anak yang sanggup melupakan kepenatan berkejar pula ke Johor melawat kakak2 di sana atas permintaan seorang ibu harusss ditunaikan. Diri ini juga sangat merindui gelak tawa dan tangisan anak saudara yang sangat keletah dan dirindui saban malam. Berperang dengan perasaan sendiri dan dilema seorang sahabat dalam memulihkan sebuah ikatan. Aku berada di dua persimpangan. Mengiyakan atau menyuruhnya menolak. Keduanya berisiko tinggi. Namun aku lebih menyuruhnya menolak.

Insiden lama terimbau kembali. Teringat dulu betapa setianya dia dalam sebuah perhubungan. Bersumpah sehidup semati. Andai antara mereka pergi dulu, sanggup membujang sehingga tua. Namun kini janji tak mampu ditepati. Janji tinggal janji. Yang ada cuma sebuah mimpi. Mimpi ngeri!

Sejenak aku berfikir, andai seorang lelaki pun mampu rapuh jiwanya kerana seorang perempuan, inikan pula seorang perempuan yang ternyata memang fragile dan lembut jiwa didalamnya. Meskipun luarannya mungkin terselit kekasaran, kelembutannya pasti terserlah melalui tutur kata mahupun perbuatannya. Itulah wanita. Diciptakan dengan sifat penyayang atau 'rahim', yg mana rahim itu lah membawa satu nyawa ke dunia.

Cinta memang memerlukan sebuah pengorbanan!

Andai dia tidak mahu lagi meneruskan satu perhubungan, mengapa masih mengharap agar dia kembali? Mahu luka lama berdarah kembalikah? Mahu kepahitan itu makin bernanah kah? Mengapa mengharap pada dia yang tidak sudi?

Pilihan memang di tanganmu! Andai kamu memilih untuk terseksa, teruskan. Andai memilih untuk lebih sakit buat kali kedua, silakan terima dia kembali. Tapi jangan sekali-kali menyesal.

Jika kamu pilihan dia dari dulu lagi, dia pasti tidak akan memilih yang lain. Tidak akan sekali-kali melirikkan pandangan pada yang lain dan menadah cinta pada insan lain. Bahkan tidak akan menjadikan kamu sebagai 'ubat' untuk dia menahan sakit buat seketika dan terus meninggalkan kamu selepas sakitnya menghilang.

Andai dia memilihmu kerana rupa, pasti suatu hari nanti jika dia bertemu dengan seseorang yang lebih elok rupa parasnya, dia akan meninggalkan kamu terkontang-kanting. Tanpa sebarang kata.

Andai dia memilihmu kerana harta, dia pasti akan meninggalkanmu jika dia bertemu dengan insan yang lebih kaya darimu.

Andai dia memilihmu kerana ilmu, pasti dia akan meninggalkanmu jika dia bertemu dengan orang yang lebih berintelek darimu.

Andai dia memilihmu kerana agamamu, kerana dirimu yang sebenar, dia tidak akan berpaling kepada yang lain. Pasti dia akan menjadikan kamu insan paling dekat dengannya. Tanpa ragu. Tanpa jemu atau bosan mendengar setiap bait kata yang keluar dari bibirmu. Tega bersama denganmu walau diuji dengan maki atau cela. Mampu menjadi ibu/ayah untuk anak-anakmu. Paling penting, mampu membuatkan kamu bersama-samanya di syurga.

Masih ada kah insan itu zaman ini?



Masih ku ingat satu pujukan dari Dia melalui surat cintaNya yang tiada tolok tandingannya.

'Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. (surah an-nur:26)


Terfikir sejenak... baikkah kita untuk menerima pasangan yang baik? Jahatkah kita untuk mendapat pasangan yang jahat? Layakkah kita untuk mendapat dia yang patuh kepada segala perintahNya? Atau layakkah kita untuk mendapat dia yang selalu bermaksiat padaNya?

Sama2 bermuhasabah diri dan cuba koreksi diri. 

''Happiness is a feeling that resides in the heart.It is characterized by peace of mind, tranquility, a sense of well-being and a relaxed nature. Happiness depends on totally on degree of growth and development attained by the soul, the real person...''- Al-Farabi





6 criticisms:

Sabella Mohamad said...

well ,kita tak tahu sama ada kita ni baik atau tak untuk dapat jodoh yg baik . apa yg boleh kita buat , perbaikkan diri kita .insyaAllah Allah akan bg yg terbaik . kan kak ? ;)

faie mohamad said...

@sabella: dat's true, dear...
nk dptkan jodoh baik kenela perbaikkan diri tlebih dulu, brula dpt yg baik :)

Annamariana1989 said...

betul 2.. pilihan di tangan kita.. =)

faie mohamad said...

@anna: =)

SN said...

menakutkan tu ketawa mengilai tengah malam.

Unknown said...

Memang pilihan ditangan kita..namun Allah jua yang menentukan segalanya :)

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea