Wahai
seorang kekasih
Telah
lama kau dirindui
Pilu
sedih dalam kerinduan
Menangis
ku tak berair mata
Namun
hati tetap gembira
Syafaatmu
menanti disana
Sungguh
tabahnya hatimu
Menanggung
derita yang melanda
Biarpun
perit pedih tersiksa
Kerana
umat kau tempuhi jua
Wahai
rasul kaulah segalanya
Contoh
terbaik umat akhir zaman
Akhlakmu
tinggi kan kami jejaki
Sifatmu
sempurna pelengkap peribadi
Wahai
rasul kami merindui
Sinaran
wajahmu mendamaikan jiwa
Manis
senyumanmu penawar hiba
Dihati
kami kaulah segalanya
*
Wahai
seorang kekasih
Telah
lama kau dirindui
Pilu
sedih dalam kerinduan
Menangis
ku tak berair mata
Namun
hati tetap gembira
Diakhirat
kita dah bersua..
p/s: Salam Maulidur Rasul wahai nabiku yang tercinta. Cahaya yang engkau bawakan kepada kami masih lagi bersinar seolah2 baru semalam kau pergi. Doa dan harapan yang mampu aku berikan dan semoga kita mendapat syafaat dari Baginda di akhirat sana. Seriously dengar lagu ni aku rasa sedih gile.. Terbayang2 betapa deritanya Baginda menyebarkan dakwah kepada manusia tetapi ada yg sanggup membalasnya dengan cacian, makian, lontaran batu dan najis. Betapa tabahnya baginda menyebarkan kebenaran kepada umatnya. Ya Allah, ampunilah dosa kami. Rahmatilah kami dan bersihkanlah noda2 dalam hati kami. Moga kami mati dalam keadaan bersih dengan kalimah syahadah yang mulia dan mati dalam husnul khatimah.. Ameen~
4 criticisms:
salam maulidur rasul :) moga2 kita dapat berjumpa Rasullulah di akhirat kelak :)
semoga kita dapat menjadi 'ikhwan' rasulullah & mendapat syafaat baginda di akhirat kelak . insyaAllah ameen . salam maulidur rasul kak ^^
Sifat mulia baginda memang kita tak tertandingi. Tapi penting untuk kita contohi mana yang boleh. Salam maulidurrasul Faie! :D
Salam Maulidur Rasul :)
Post a Comment