Wednesday, 23 January 2013

Judgment

currently written by faie mohamad at Wednesday, January 23, 2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dah masuk empat hari aku bercuti untuk semester ini. And next week, omaigod cuti sem bakal berakhir. Awat cuti kejap sangat? Nak bermalas-malasan kat rumah pun tak sempat, nak naikkan berat badan pun lagi payah, nak buat itu ini semuanya masa terhad. Since cuti ini teramat singkat (lebih kurang dua minggu jew), aku plan dengan mummy aku untuk melawat kakak2 di Johor sana.

It's a beautiful life that I ever experience for today and next day. Lepas je tamat FSP, Sabtu malam tu aku balik kampung di Terengganu and malam seterusnya, tanpa jarak even sehari terus aku bertolak ke Johor pulak. Kuala Lumpur-Terengganu, Terengganu-Johor Bahru. Omaigod, hanya Tuhan je yang tahu betapa penatnya aku. Tak cukup tidur, tak cukup rehat, muka dah sembap semacam gara2 dua malam berturut2 naik bas melalui perjalanan jauh (nasib baik tak muntah) and today, I become a babysitter to my niece and nephew, Darwisy and Qiesya.


Ni la Qiesya.. Hehehe.. Miss her damn much! Terubat jugak rindu aku pada dia nih. Jaga dia sepanjang mummy and abi dia ke tempat kerja. Mandikan dia, bagi dia susu, suapkan dia bubur nasi, tidurkan dia, geletek dia sampai mengekek2 ketawa... oh sweeettt banget!

Alhamdulillah setelah sekian lama aku diselubungi misteri  stress yang agak menstresskan (ada ke ayat macam ni), akhirnya hari ini penawarnya dijumpai depan mata. Penyejuk jiwa dan pengubat hati yang duka. Kalau sebelum ini hanya Dia sahaja yang tahu betapa rapuhya hati ini dalam mendatangi hari-hari seterusnya dan tekanan bertalu2 dari pelbagai pihak yang sentiasa memandang kesempurnaan. Mood swing. Encountering it is as if you see a thunderstorm in front of you. Bila-bila masa sahaja boleh meluru ke arah kamu. Tanpa sebarang isyarat khusus. Lain orang lain pendekatannya. Mungkin sesetengah orang memandangnya secara enteng dan sebelah mata. Pandangan dari sudut positif juga menjadi faktor keseimbangan mood. Tapi bagi aku, untuk mendapat mood yang ideal, perlu ada satu insiden atau event penting dalam hidup aku yang secara tidak langsung mampu memusnahkan virus2 jahat yang sentiasa membuatkan aku dalam depression. Contohnya? Ermmm

Aku terlalu ingin membetulkan auta bahawa kaunselor itu seorang yang sempurna. Kalau dah namanya manusia, whether he or she is an ustaz, motivator, doctor, lawyer or  even a counselor, it's not a ticket for them to be seen as a perfect being. They are just a human being that are equipped with so much imperfection in themselves. Whether they like it or not, they must have it!

Disebabkan itu bila ada yang menegur aku yang aku ni jenis agak sombong, aku hanya akan menjawab,

'Mungkin pandangan kamu hanya pada itu. Kamu perlu melihatnya dengan mata hati, tetapi bukan mata kasar kamu'.

Nonjudgmental and unconditional positive regard. Satu daripada prinsip yang perlu kami bakal kaunselor pegang untuk klien mahupun semua orang. Di sekolah juga begitu. Sewaktu aku menjadi kaunselor praktikum tahun lepas, melihat situasi dan gelagat pelajar yang pelbagai latar belakang dan karakter kadang2 membuatkan kita selaku guru senang men'judge' student and guru2 lain dengan bermacam2 telahan dan persepsi.

Tengok student pakai selekeh dan nampak gangster, 'oh, dia ni memang jenis tak makan saman. Anak orang miskin nih'.

Bila tengok student lemah lembut je, 'oh dia ni sopan santun mengalahkan perempuan melayu terakhir.. mesti dia ni lemah lembut, innocent, takde dosa..' walhal hakikatnya...

Then bila lihat ada student yang low academic achievement, satu jawapan akan bermain-main di fikiran, 'dia ni mesti jenis malas study kat rumah.. bla bla bla'

And bila tengok ada student yang susah nak tegur orang dan beriak sombong, 'dia ni mesti sombong and susah nak dekat...', padahal dia sangat peramah dan suka membuatkan orang ketawa dengan telatahnya.

First impression itu memang penting, tapi kadangkala ia tergelincir dari hakikat yang kita bayangkan selama ini. Mungkin ia dibatasi dengan ilusi yang membatasinya dari menonjolkan dirinya yang sebenar dan seterusnya membuatkan dirinya sentiasa kecil di mata orang lain.  

Pandangan mata memang selalu menipu. Hakikat yang ada memang selalu tertutup dengan hijab yang dikaburi dengan pandangan jiwa yang sering melihat orang berbuat salah padahal diri sendiri yang khilaf. Fix your fault first before you find others' 

Teringat kata2 seorang teman rapat sewaktu aku masih berkawan dengannya,

'Nak tahu tak, dulu masa kita first time jumpa, saya ingatkan awak ni jenis sombong. Susah orang nak dekat.  Muka asyik serius semacam je..'

'Dah tu sekarang ni saya macam tu jugak ke?' Aku bertanya.

'Takla... ia jauh tersasar dari apa yang saya fikir. Memang dah stail awak kot macam ni.. hahahaha' (sempat lagi gelak.. cehh).

Moralnya, nak kenal seseorang tu, jangan kenal pada first impression kita padanya. Telusuri hatinya, berkawan dengannya and you will find who he or she is. Quote 'don't judge book by its cover' maybe ada betulnya kan?

Till then...

p/s: Kebelakangan ni aku perasan setiap kali aku publish entri terutamanya entri bulan Januari, mesti dalam keadaan tergesa-gesa with non-edited. Hahaha nasibla kalau isi aku lari tanpa ada sedikit pun kesinambungan dari tajuk entri. Nak cepat punya pasal. Busy la kunun.. Ceh

2 criticisms:

Liyaa Mf said...

Yurp! First impression tu penting tapi nak lebih kenal, penting untuk telusuri hatinya. Betul Faie. Tapi tak semua orang kita sempat kenal. Plus, refleks kita pada setiap org kadang berbeza. So, org yang betul2 akan kenal kita cuma family & pasangan je kut. Means, husband & wife laa. Selebihnya, dalam mana pun kenal, ada benda yg mungkin dea tak tahu tentang kita :D

Sabella Mohamad said...

bella pun sama . dulu ada kawan yg bagitau , dulu dia ingat bella ni sombong , tadak kawan sebab salu je jalan sorang-2 . but bila dah kenal & rapat , baru la dia tau kita ni boleh geng . jenis ting tong jugak bella ni . aha . memang la bila kita tengok je sesorang tu , mesti dah ada tanggapan dalam otak ni . but , kita kena kenal dulu sebenarnye . taleh main aci redah aje ;D

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea