Sunday, 13 January 2013

kehidupan

currently written by faie mohamad at Sunday, January 13, 2013
Asssalamualaikum dan salam sejahtera...



Alhamdulillah... 10hb lepas berakhirnya final exam aku yang super mencabar... Mencabar minda dan keupayaan.. Meningkatkan hormon stress dan juga tawakal. Agak terkilan sebab soalan MCQ nya sudah tahap gaban. Definition of terms yang tak pernah dengar tiba2 keluar. Sudahnya reka sendiri la jawabnya. Sampai keluar status kat FB aku macam nih...

  


Hehehe.. nampak tak dialog aku dengan kawan aku nih? Kawan time sekolah menengah yang super sengal dan 'sumak'. Sumak tu ape? Sumak tu sengal la.. Bahasa pantai timur... hehe.. But yes, dia sangat kelakar dan suka kutuk aku. But of course la kutukan tu buat aku tak terasa hati langsung pun. Sebab lagi banyak dia kutuk aku, lagi banyak aku kutuk die.. Kami sama2 jenis gila2.. Walaupun ramai yang cakap aku agak sombong masa first jumpa... Persepsi manusia, nak buat cemano.. But yup.. Already missed her right now. Oh yes, fyi, dia ni bakal doctor tau. Study Medic kat USIM and now final year student. Biasanya orang cakap Medic student ni nerd la, skema la.. But dia berjaya meroboh persepsi orang terhadap profession ni.. Yes, she's sangat gila2.. And already taken! *still tak tahu apa motif aku cakap benda nih~

Tapi syukur segalanya tentang exam sudah setel. Tunggu nak check result je. Stress memang stress, but try to think positive, ada rezeki ada la tu. 

Orang kata, kalau dah abih exam tu... heavenn!! Dah boleh angkat beg balik kampung, tengok movie puas2, baca novel, buat itu buat ini... But sadly, sem ni aku tak boleh rasa semua tuh. Me and my classmates. We need to conduct a program outside UIA... 4 hari 3 malam pulak tu.. 

Finishing School Program 3 is waiting for us. Terpaksa pulun habis-habisan settlekan apa yang patut within this week.. Huk3 bayangkan dalam duk bergelut dengan final exam kena settlekan pelbagai task. Nasib baik aku just jadi subcomm Special Task je. But kejenye tetap bertimbun. Hari2 kena usya kedai Waqec untuk dapatkan barang2 like files holder, kertas la, template sijils la, tags la, printing itu ini... Tapi jauh disudut hati nurani jiwa raga aku, terselit jugak rasa seronok even penatnya macam naik Gunung Kinabalu. Hari2 ulang alik ke tempat sama sampai diorang pun dah familiar dah ngan kitaorang.

Then hari ni ada peristiwa yang kelakar ada, geram pun hado. Semalam kami diberitahu hari ni ada meeting pukul 9. Pastu malam tadi memang aku tak leh tido sebab duk terbayang2 kisah seram yang kawan aku cerita masa dia pergi toilet 2 pagi. Dia cakap ada lembaga hitam duk selongkar plastik2 sampai bising satu blok. Tapi peliknya aku takde dengar apa-apa pun. Paling scary, lembaga tu betul2 bawah level aku.. Tu yang buat aku jadi insomnia sepanjang malam. Pukul 4 pagi baru tido. Then after subuh aku tidur skejap because of mengantukness yang teramat sangat. Pukul 8 pagi headcomm aku call cakap meeting kami ditunda pukul 2 ptg. Ape lagi, aku yang dah bersiap nak mandi terus tarik balik selimut.

Tiba2 pukul 10 pagi, our head comm call kami, tanya mana nya wakil Special Task nih? Aku jawab eh bukan ke meeting pukul 2? Siasat punya siasat rupanya s/u kami tersilap forward mesej pagi tadi. Haih, tak pasal2 bila sampai sana dapat jelingan 'manja' dari mereka2 nih. 

Tapi biasala tu.. LUMRAH kan..





Important point that I have to ponder... need to energize my mind and keep it healthy and strong.. creative and imaginative.. Waktu sibuk waktu yang orang rasa sangat down.. Tapi jugak waktu untuk waktu menadah doa dan harapan.  Doa yang tak putus2 yang tersalur jauh disudut hati paling dalam. Hanya Allah mengetahui segala.

Waktu lapang. Tak mampu dibayar walau dengan apa jua sekalipun. Waktu sibuk yang tak lekang mendatangi. Harga yang perlu dibayar untuk mencipta sebuah memori terindah.

"Ada 2 jenis nikmat yang dilupakan oleh  kebanyakan manusia,iaitu kesihatan dan masa lapang"
(riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)


Dear FSP, welcome to my memory of life!

#Sometimes kita perlu berpura2 untuk jaga hati orang. Walau dah sakit macam mana sekalipun, perlu katakan pada diri sendiri, dia ada kuasa. Dia mampu lakukan segala-galanya. Kita hanya mampu menyerah dan menerima. Pasrah. Tiada dalam kamus hidup aku actually, tapi kadang kala perlu.


p/s: need to be strong and just pedulikan segala makian orang. Need to have 'hati kering' lepas ni..:)




4 criticisms:

Liyaa Mf said...

Kita sama! Baru je abes exam. Bezanya, takde lak nak kena buat task laen pulak selaen terus bercuti. Hahaha! Saje nak bagi jeles :P

Cuma, maybe cuti ni tak cuti sepenuhnya. Dah mula nak kena pikir amek data untuk thesis. Takpe. Cuti lama lagi. Leh enjoy dulu :P

Miss Zahirah said...

ehh.. mmg btul la.. sbb time exam tu la mcm2 bnda ingat.. abis sume cmpur aduk.. knon2 bgi penuh 1 paper..
hahahah

aiman mania said...

tertarik ngn ayt kat facebook tuh..renung2 balik, ada benarnya jugak :)
apa2pon moga dpt keputusan cemerlang :)

Sabella Mohamad said...

alaa reka formula sendirik tu biasa la kak *titibe teringat spm haritu . waa !!

baca entry akak ni titibe terfikir cemana la bella bila masuk uni nanti . gementar pun ada jugak ni . huish

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea