Friday, 25 January 2013

kalau nak jadikan robot, maka jadilah ia...

currently written by faie mohamad at Friday, January 25, 2013
Asssalamualaikum dan salam sejahtera...

Beberapa bulan lepas, masa aku tengah praktikum di sebuah sekolah di area KL,

(perbualan antara pengetua dan penolong kanan 1- dua2 perempuan)

PK: Macam mana ni Datin, pelajar A ni dah banyak buat masalah kat sekolah kita.  Ponteng la, mencuri la, hisap rokok la... Nanti kang tak pasal2 imej sekolah kita tercemar..Kita jugak yg susah nanti.

Pengetua: Alaa.. apa yang susah.. kita buang je anak firaun ni, daripada duk burukkan nama sekolah kita, duk hancurkan gred SPM tahun ni, lebih baik kita buang je terus.

PK: Habis macam mana nasib dia? Kalau kita buang kang, makin rosakla jadinya, duk merayau tak tentu hala.. makin gangster la jadinya..

Pengetua: Tu nasib dia la.. janji imej sekolah kita tak terjejas. Sekarang ni yang penting imej kita... imej kita... ingat tu.

Gulp. Melopong aku dan kawan aku kat sebelah aku ni dengar butir2 percakapan diorang kat bilik pengetua ni. Memandangkan aku dan kawan aku baru je nak present tentang proposal program untuk student form 5 depan diorang, diorang pulak duk buat gosip macam ni depan kami, apa lagi kami pun curi2 dengar la. Lagi dahsyat bila sang pengetua tu panggil budak tu 'anak firaun'. Erkkk~

Masih terngiang2 di kepala otak aku tentang istilah 'anak firaun' yang ditimbulkan oleh seorang penceramah sempena Israk Mikraj.

'Pelajar2 sekarang ni ramai yang jadi 'anak firaun'. Tahu tak kenapa? Ingat lagi kan kisah Masyitah dulu? Bila  sikat yang digunakan olehnya terjatuh, terus dia menyebut nama Allah menggantikan nama Firaun. Apa lagi anak perempuan Firaun itu terus melaporkan hal itu kepada ayahandanya, Firaun tentang Masyitah. Apa lagi mengamuk la si Firaun tu. Dibunuhnya Masyitah dan keluarganya sehingga mereka syahid. Jadi kat sini kita boleh tengok, pelajar2 sekarang ni pantang cikgu denda sikit, marah je lelebih, cubit macam semut terus report kat ibu bapa masing2. Mana tak 'anak-firaun'nya?'

Hahahaha.. Satu dewan tiba2 meletus dengan ledakan ketawa oleh hadirin iaitu guru2 dan pelajar2.. Aku yang kononnya duk control ayu kat depan murid (cikgu kat duk depan masa perhimpunan) terus tergelak bagai nak rak. Memang kelakar. Sangat mendalam maksudnya. Memang benar apa yang di sampaikan olehnya tapi yang sedihnya bila pengetua di situ cuba menjadikan isu itu sebagai satu modal penting untuk dia menuding jari kekuasaannya kepada pelajar2 yang bermasalah.

Dua bulan atau lebih tepat lagi tujuh minggu berada di sekolah itu, aku dapat menyaksikan kembali gelagat2 individu yang dulu sangat aku sanjungi profesionnya. Seakan2 respek aku hilang sama sekali.  Kalau di sekolah dulu aku sebagai pelajar tapi di sini  tanggungjawab pendidik sedia tergalas di bahu. Seorang murabbi untuk pelajar yang inginkan ilmu. Jauh benar beza antara keduanya. Tanggungjawab dan amanah yang terpikul berlainan antara satu sama lain. Menjadi pelajar, aku hanya perlu fikirkan tentang pelajaran sahaja. Tentang hubungan dengan yang lain. Tanpa terbeban dengan masalah lain di sekolah. Tapi menjadi seorang guru, hampir segenap inci perlu di ambil kira dan difikirkan. Menjadi guru seakan-akan menjadi role model kepada pelajar. Andai guru yang khilaf, pelajar juga tak mustahil terkena tempias yang sama. Aku tidak mahu begitu. Biarlah sikap negatif itu disimpan jauh2, dibuang ke dalam semak ke, lautan Hindi ke, janji biarlah mereka tidak terikut2 dengan perangai buruk kita dan menjadikan kita alasan untuk mereka menjadi jahat.

Sadly apa yang aku saksikan ini benar2 menyentuh hati dan mengubah persepsi aku terhadap sekolah. Dari dulu lagi aku perasan sekolah sangat mementingkan akademik berbanding yang lain. Diulangi akademik! Hanya secebis ilmu kerohanian diterapkan kepada pelajar2. Kita di mindsetkan oleh sekolah bahawa belajar untuk masuk U. Untuk mendapat gred cemerlang dalam exam. Untuk mendapat kerja yang best2, sesuai dengan kelayakan. Sangat sedikit guru2 menerapkan kepada murid2 bahawa ilmu yang digali itu adalah untuk bekalan mereka dan amalan yang takkan terputus bekalan pahalanya sampai mati. Yang ada dalam fikiran mereka, 'A', 'A', 'A', dan 'A'!!! Apakah aku tersalah tafsir? Tidak sama sekali.

Zaman aku bersekolah dulu, kami selalu disogokkan dengan dakyah2 terkenal,



# 'belajar pandai2 nanti boleh masuk U, dapat kerja best..'

# 'kalau ilmu kita tinggi, mesti semua orang akan dengar cakap kita dan kita akan menjadi sangat berkuasa..'

# 'Dapat semua A dalam exam bermaksud orang tu memang cemerlang dalam hidupnya...'

# 'Kalau fail dan dapat gred 'F' or 'G', itu bermakna hidup kamu sudah sampai ke penghujungnya.. No excellence no life.'

Aku tak nafikan bahawa semua itu betul. Tapi kalau kita sebagai murabbi selalu menyogokkan mereka bahawa akademik adalah keutamaan tanpa perlu memikirkan hal lain, aku rasa ia jauh menyimpang dari kebenaran yang mutlak. Kenapa aku berkata begitu?

Bila pelajar ditakut2 kan dengan ilusi bahawa prestasi akademik adalah segala2 nya, for sure mereka akan;

-menjadi robot manusia yang diprogramkan hanya untuk belajar, belajar, belajar tanpa matlamat yang betul.

-berasa sangat kecewa bila mendapati bahawa result exam mereka tidak mencapai tahap piawaian yang diinginkan. Kesannya? Samada bunuh diri or kemurungan yang berpanjangan. Perubahan tingkah laku dari positif ke negatif.

-timbul rasa memperbandingkan diri dengan orang lain. Merasakan diri terlampau cerdik or bodoh yang teramat.

-Berbangga dengan kecemerlangan diri dan mula memperkecilkan orang lain. Rasa diri segala-galanya betul dan sempurna.

-selalu berasa stress yang melampau setiap kali exam. Kadangkala ia bukan disebabkan keinginan diri tapi lebih kepada keinginan ibu bapa. Takut andai mereka kecewa andai result rendah. Erkk~


Jugak masih ku ingat di sekolah tersebut yang pengetua di situ sangat memaksa para guru di situ supaya menekankan prestasi akademik kepada anak murid mereka. Setiap kali mesyurat, konfem ada nama2 pelajar bermasalh akademik dilistkan dan dijadikan isu. Siap mengutuk lagi. Well, bagi aku akademik tu penting. Sapa kata tak penting. Tapi kalau kita sebagai orang tua terlalu menekan mereka dan melihat mereka sebagai komputer yang perlu diprogramkan untuk terima segala bagai ilmu tanpa memikirkan tentang kehidupan mereka, macam mana life mereka kat rumah, mereka ni solat ke tak, etc.. aku rasa ia sangat2 useless.

Aku sangat takut andai aku jugak buat benda yang sama kat anak2 aku nanti. Sudahla sekolah sekarang ni terlalu stresskan benda macam ni, kalau kat rumah pun ibu bapa duk asyik memaksa dan menghukum, macam mana psikologi anak itu? Makin baik atau makin memburuk? Kita dulu, suka sangat ke kalau selalu ditekan dengan prestasi akademik dan dibandingkan dengan anak orang lain? Harap sangat biarlah aku tidak menjadi parent macam ni. Tak cerdik sangat pun tak pe, janji cukup ilmu agama, janji jadi anak yang soleh dan solehah. Memaksa dan terlalu mengharap anak2 cemerlang dalam pelajaran sama sekali tidak membantu bahkan makin memburukkan keadaan.

Kalau mereka tidak pandai dalam akademik, pasti mereka berkebolehan dalam sesuatu skill. Allah takkan menciptakan sesuatu itu sia-sia bukan?

Ilmu yang dicari bukan untuk kepentingan duniawi sahaja tetapi sebagai jalan untuk menghubungkan kita dengan Pencipta. Untuk membuatkan kita lebih mengenali siapa Tuhan kita, untuk membuatkan kita sentiasa bersyukur dalam setiap pemberiannya. Menjadikan kita hambaNya yang zuhud dan tawaduk. Bukan untuk membuatkan kita makin jauh dariNya. Ini tidak.. makin pandai makin jauh dari masjid, makin takde masa nak solat, mengaji, pergi haji etc. Hummm.

Till then,

Wassalam

p/s: belajar bukan untuk menjadi pandai dan mencari siapa yang terbaik, tetapi menjadi cahaya dalam diri seseorang. Bukan untuk mendapat gaji yang tinggi dari orang lain or menjadi yang berkuasa antara yang berkuasa tetapi untuk menonjolkan identiti sebagai muslim sejati serta menaikkan taraf umat Islam seperti yang dilakukan oleh scholars terdahulu. Semoga kita belajar menuntut ilmu adalah keranaNya...



4 criticisms:

Azee Hana said...

uu,,ganasnye pengetua..hahaa pepon,,selmat menjadi guru y berjaya dan disayangi anak murid nanti..hee

Sabella Mohamad said...

huu creepy gila dengar pengetua cakap cantu ! bella setuju 101% dengan akak . bella pernah jugak di-stress kan oleh cg . time tu hampir-2 nak spm dah . kes nya sebab time trial , bella dapat 10A 1B & B tu addmath ! sangatlah stress sebab cikgu duk sindir-2 sebab tiap-2 kali exam , memang slack dekat addmath ajeee . nasib baik laa dah lepas skrg ni .

faie mohamad said...

@azee: Insyaallah.. thanks :D

faie mohamad said...

@sabella: akak pun dulu slalu kne pandang serong bila dpt result rendah.bila cikgu terlalu letak expectation tinggi mcm ni la jadinya.. sedih jugak.. mmg down sgt tp alhamdulillah bila dh brada kt sini terbayang betapa pahit manis itu menjadi satu pengalaman berharga dlm hdup :)

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea