Sunday 16 September 2012

puisi untuk dia

currently written by faie mohamad at Sunday, September 16, 2012



Dariku untukmu....



Kau tak pernah tahu,

kerana kau tidak mengerti

apa yang aku rasai,

rinduku untukmu tidak pernah terucap,

kerna kau lebih tega

memandang bayang-bayang yang kau ciptakan sendiri,

melalui sirna matamu , 

yang membuat aku resah tanpa kata,

kau tidak pernah memahami,

sebuah kalam indah yang terpatri,

dalam jiwa seorang gadis

seperti aku.

Meski kita jarang bersua muka,

kita jarang memanjangkan bicara,

kita jarang menanya khabar,

kerna bagiku,

setiap kata yang terukir,

setiap kata yang terbit dariku dan darimu,

pasti akan ada pertemuan seterusnya,

aku tidak mungkin menyerah,

pada jiwa lemah yang kau taruhkan

hanya untuk membuktikan kesucian cinta itu,

cuma bagiku,

cinta suci itu hanya dariNya

bukan dari dirimu

aku hanya terlanjur menyayangimu,

kerna kau pernah menitipkan sebaris ayat

kata-kata  penuh keramat,

tapi penuh kepalsuan dan noda.

tegakah jika aku berterusan sebegini?

Saat kau tersenyum,

walau tanpa secangkir kata,

aku telah kehilangan erti,

jika jiwa ini mampu kau selami,

jika diri ini mampu kau hargai,

dimana rasa semakin hari semakin utuh,

semakin teguh mengigit rasa,

pasti kau mengerti

bahawa ia bukan sekadar mainan.

ia sebuah lafaz yang hanya tersimpan,

tersekat di bibir tanpa mampu melafazkan.

Andai ku merindui dirimu,

hanya satu yang aku harapkan,

pergilah dikau,

pergilah dari hidupku,

kita tidak mungkin bersatu,

kita juga tidak ditakdirkan bersama,

kerana kau cuma ilusiku,

kau cuma persinggahan hidupku,

untukku  menemui insan lain,

yang jauh lebih hebat darimu.

Sebaris ayat darimu,

sudah cukup untuk buat aku mengerti,

kau hanyalah sebuah khayalan,

dan angan-angan yang tak sudah-sudah.


kbai!

7 criticisms:

dariilhamkehati said...

wah , panjangnye ...

SN said...

nice :)

faie mohamad said...

@CP: haha

faie mohamad said...

@syamimi : thanks

Unknown said...

meh karang puisi untuk mummy pulak...:)

faie mohamad said...

@mummy : bereh mummy.. anytime :)

Unknown said...

hehehehe nak puisi pasal muslimah sejati :)

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea