Assalamualaikum dan salam sejahtera..
(Pendahuluan) Sem ni jadual aku sangat sangat tak padat. Aku ada kelas 3 hari je seminggu. Jumaat, sabtu, ahad dan isnin aku cuti. Amacam awesome tak? Sangat kan? Macam2 benda aku boleh buat nak isi masa terluang tu. Shopping, cari keje part time, study (erkk), makan and tido. Tambah berat badan but not ketinggian, online, cari buku bebanyak buat koleksi, boleh update belog banyak kali, macam2 ah. Yang penting aku tak lagi busy macam masa praktikum tu. Sampai mata pun dah macam panda dah time tu. Eyebag yang agak ketara di bawah mata. Macam zoro pun ada.
Dah start melalut dah. Actually aku nak cerita something ni. Agak jarang entri aku berbentuk macam ni tapi takpe la, sekali sekala why not kan. Alkisahnya aku ni suka sangat set alarm pagi pukul 6.15 untuk solat subuh. Biasanya aku set alarm tu gune handphone antik aku tu. And then 3 4 hari kebelakangan ni aku perasan aku cepat sangat terjaga pukul 6.15 tu. Padahal sebelum tu liat jugak nak bangun sampai kadang2 roomate tolong kejutkan. Nasib baik sem ni aku dapat roomate yg jenis beriman, solehah and sejuk je mata memandang.
Suatu hari aku tersedar bila alarm tu bunyi pukul 6.15. Aku terus bangun nak ambik wuduk. Memang kebiasaan aku akan bukak langsir masa nak sembahyang sebab suka sangat tengok pemandangan fajar di ufuk subuh. But bila aku bukak langsir, mak ai.. cerahnya! Macam pukul 7! Aku tengok balik handphone kot2 la aku tersilap tengok. Eh betul la 6.15. Asal cerah macam pukul 7? Ni fenomena luar biasa lagi menarik ni. Aku sudahkan ibadat wajib tu and then sebab pagi tu tak buat apa2, aku tidur sekejap. (habit ni agak kurang elok. Takpe slow2 aku cuba hentikan). Pagi tu mulut aku becok bercerita kat roomate,
'weh korang tahu tak, tadi kan aku bangun pukul 6.15 tapi cerahnya macam pukul 7!'
'haaah!' Terlopong diorang dengar. 'Aku bangun time tu jugak tapi tak cerah macam tu pun', sampuk sorang lagi.
'Betul', penuh semangat aku bercerita. 'Memang cerah. Kalau korang tak percaya, cuba tengok pagi esok macam mana.'
'Ye ke ko ni?' Dengan penuh kesangsian kawan aku bertanya.
'Betul la.' Aku menarik muncung. 'Takkan la aku nak tipu korang... alaa tak sporting arr korang nih'.
Last2 percaya jugak diorang kat aku. Alhamdulillah. Tu pun sebab diorang tengok ekspresi muka aku yang memang bersungguh2 kalau bab bercerita. Then pagi tadi bila aku set alarm pada waktu yang sama, pagi tu memang aku terjaga cam biasa. Still, suasana nampak cerah. Boleh nampak bangunan kat centre tu walaupun berbalam-balam. Haaa, kan betul, baru 6.15 tapi dah nampak tanah, bisik hati aku.
So lepas solat, memandangkan kelas aku pukul 10, aku pun decide nak tidur kejap. Tepat pukul 8 aku terjaga. Ada sms dari kakak aku dari phone yang satu lagi. Yang phone aku set alarm tu memang function dia set waktu je. Nak bagi kat orang rasa sayang pulak. Bila aku bukak je mesej kakak aku, aku terkejut... Eh dia antar sms ni pukul 8.30? Bukan ke tadi aku tengok pukul 8? Aku check handphone kat tangan aku. 8.40??? Kelam kabut aku cari jam tangan yang aku pakai. 8.40 jugak. Check jam dinding kat compartment roomate, 8.40. Sah, handphone aku tu terlewat 40 minit. Patutla bila aku bangun pukul '6.15' tu macam pukul 7. Dah memang pukul 7 pun. Memang aku la tersilap selama ni.
Alamak malunya aku kat roomate. Macam mana nak cakap kat diorang nih? Dengan muka yang malu-malu aka merah macam cili besar, tadi aku pun bocorkan hal tu masa makan kat kafe edu. Cakap handphone aku tu ada masalah problem. Handphone antik, dah boleh kena buang dalam sungai UIA dah. Apa lagi gelak sakan la diorang.
'Itu la, aku ni dah 20 tahun lebih hidup kat dunia ni, mana ada pukul 6 suku tu cerah macam pukul 7. Dari ari tu lagi aku dah cuak masa ko cerita. Ha ha ha', sindir kawan aku.
Apa lagi, lagi sekali aku buat muncung. Malu ada tapi kelakar pun ada. Maknanya dah 4 ari la aku solat subuh pukul 7. Haih rasa bersalah pulak. Tapi aku kan tak tahu. Tak berdosa kan?
Moralnya, lepas ni make sure jangan la ada lagi perkara macam ni. Entah2 time tu dah syuruk agaknya. Hummm. Aku selalu nasihatkan diri aku, tak baik lengah-lengahkan solat. Kalau rasa nak duduk dalam neraka wail tu try la. Tapi dalam perkara ni may be aku boleh dimaafkan sebab tak sengaja, melainkan kalau buat-buat tak sengaja. Memang naya arr.
So, to all readers yang Muslim, korang yang solat ni pun tak tahu Allah terima ke tak, ni kan pulak kalau tak solat langsung. Make sure jangan tinggal solat ye or melewat-lewatkannya. Kadang2 sedih jugak time aku wat praktikum tu. 90% dari students yang aku wat sesi dgn diorang mengaku tak sembahyang. Jarang sangat diorang buat ibadat wajib ni. Kata diorang, family diorang pun tak solat, so takde sape nak marah kalau diorang tak solat. Kawan2 sekelas diorang pun macam tu jugak. Takutnya aku dengar. So, jaga amalan, jaga solat and jaga hati. May Allah bless us anyway.
Kbai!
Istighasah, boleh ke tak?
5 days ago
4 criticisms:
HAHAHA.lawak la ko faie..tu la aku pun plik jgk,6.15 dah cerah sgtt,lain mcm je..xpe,pasni beli iphone ah,xpun ipad..KIHKIH :D
hahaha ! kelakar2 , hm , budak sekarang memng macam tuh tapi takleyh nak slahkan diorang semata sebab semuanya berbalik pada keluarga jugak ..
rin:hahaha.. skg ni tgah usaha cari duit bebanyak nk cari duit beli ipad cm yg ko beli kat dati tu..hihi
CP:memang pun. sedih sgt tgk.. baca quran pun merangkak2 nak solat cane..humm
Post a Comment