Sunday 30 September 2012

maksud surah Al-Fatihah

currently written by faie mohamad at Sunday, September 30, 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saban hari, 5 kali sehari kita menunaikan solat yang telah di fardukan, 17 kali membaca Al-Fatihah dalam solat, belum tentu lagi kita memahami erti dan makna lafaz Al-Fatihah tersebut. Bukan sahaja dalam solat, hatta mahu memulakan sesuatu majlis atau acara, memulakan perjalanan, ketika mendengar berita kematian,  membaca al-Quran atau di mana-mana sahaja, ummul kitab itu tidak lekang di bibir. Namun fahamkah anda tentang maksud di sebalik tujuh ayat yang tersurat dalam kitab suci kita? Mari kita baca ramai-ramai maksudnya.





Bismillahirrahmanirrahim

1.  Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang.

     2.  Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam.

     3.  Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

     4.   Pemilik hari pembalasan.

     5.   Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.

     6.   Tunjukilah kami jalan yang lurus.

     7.   (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya, bukan (jalan) mereka yang   dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.



Subhanallah. Betapa indahnya kalimah yang penuh suci ini. Setiap bait yang tertulis membawa makna yang penuh tersendiri. Sayangnya ramai antara kita yang tak begitu memahami maksud disebalik kalam tersebut. Justeru baru-baru ni aku jumpa satu lagu yang dinyanyikan oleh sekumpulan kanak-kanak (termasuk anak seorang artis, Nora) yang mana sangat best dan mudah di ingati. Lagipun kan ada kajian yang menunjukkan bahawa untuk memudahkan hafalan dan ingatan, kita perlu menggunakan muzik sebagai medium untuk mudah faham, as long as menurut Islam muzik tu tak melalaikan dan tidak bercampur dengan yang haram. Untuk tujuan kebaikan, apa salahnya kan?

Nah, dengarlah lagu@nasyid yang dinyanyikan kanak-kanak comel nih.



Siyes tersangatlah awesome!

Jom kita berdoa ramai-ramai...



''Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang kafir. Dan ampunilah kami ya Tuhan kami. Sesungguhnya Engkau Maha Perkasa dan Maha Bijaksana''.

 (surah al-mumtahanah: ayat 5)

6 criticisms:

StuntWomanWho :) said...

setiap kali lakukan sesuatu, baca surah al-fatihah :)

Miza Idgihat said...

Di mulakan dengan bismillah dan diakhiri dengan alhamdulillah

mulakan juga dengan al fatihah dan ayat kursi :)

Irna ahmad said...

Alhamdulillah, ilmu untuk semua. Terima kasih :)

caliph shuriken said...

nice sharing ^^

Malaysian Cockpit said...

Alhamdulillah..

Unknown said...

Alhamdulillah :) moga jadik amalan berterusan buatmu adik :)

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea