Sunday 1 July 2012

between noble and lowly

currently written by faie mohamad at Sunday, July 01, 2012

*********************************************************************************
Yun Bo Gyeoung:  You should understand, that it’s actually not easy to teach a lowly servant. But this type of small problem isn’t easy to change. From  what I see, before she commit an even bigger mistake, you should sell her off.

Heo Yeon U: No matter what, the money that  you’ve lost, I’ll find someone to send it to…

Yun Bo Gyeoung: There’s no need. Since we’ve hurt your household property, then we’re even.

Heo Yeon U: Agassi (young lady), this child isn’t something that can be bought and sold. But she’s my friend and family.

Yun Bo Gyeoung: What?

Heo Yeon U: I  feel   there isn’t division of the noble and lowly’s. But there’s  noble and lowly in one person’s personality. Although I don’t know how much money that   you’ve lost today, but can it compare  to the  amount of  pain in   her heart?

Yun Bo Gyeoung:   What did you  say?

Heo Yeon U: Then   I’ll just  take  it as you’ve   spared  her. I’m   going  to  take  her away.

*********************************************************************************

Ni   adalah  secebis  dialog  yang diambil  dari sebuah  drama  Korea,  The  Moon That Embraces  The Sun, episod 2.  Ia  adalah  perbualan  yang  berkisar tentang  darjat  dan pangkat  yang  mejarakkan jurang antara seseorang dengan  yang  lainnya. Sebab  aku tak reti nak tulis dalam bahasa Korea, so aku just ambik subtitle Inggeris ni je. Babak ni menceritakan bahawa orang suruhan Heo Yeon U (heroin) yang bernama Seol dipukul  oleh orang suruhan Yun Bo Gyeoung atas  tuduhan mencuri.  Yun Bo Gyeoung yang agak angkuh itu telah mengarahkan agar Seol dipukul bertubi tubi kerana dendam terhadap Seol telah melanggarnya sehingga mengotorkan baju bangsawannya walaupun beliau tahu bahawa bukan Seol yang mencuri duit tersebut. Namun kerana kecerdikan Heo Yeon U yang baik hati itu dan dikurniakan kecerdikan yang hebat demi mempertahankan Seol yang cedera itu, Yun Bo Gyeong itu terdiam tanpa kata. Yun Bo Gyeong sebenarnya sengaja menganiaya Seol kerana berpendapat sebagai seorang hamba, Seol tidak patut melanggarnya sehingga mengotorkan bajunya walaupun tidak sengaja. Bermanfaat  dan penuh  dengan  mesej  tersembunyi.  Itu lah  yang  dapat disimpulkan  dari drama  20  episod   ni.

Sebenarnya,  aku  bukanlah seorang  kpop  lover. Bukan  peminat  drama-drama dari Korea. Drama  ni  adalah  drama  Korea kedua  yang pernah  aku tonton  seumur  hidup  aku  selepas  drama  Autumn in My  Heart. Entah, tak kena  dengan  jiwa  mungkin. Aku lebih suka tengok cerita dari Barat walaupun tidak kerap. Tapi dalam tak minat   tu ada jugak  sekerat   dua artis Korea yang aku kenal   dan kumpulan kpop yang kadang kadang time  bosan layan je lagu diorang.  Siap boleh  hafal dan  ingat  nama  diorang  lagi. Contohnya  macam   ahli  kumpulan SuJu,  Kara, SNSD, Wonderpet  Wondergirl, etc. Lagipun aku bukan jenis suka menonton tv dan movie. I prefer reading instead of watching tv. (except reading theories of counseling books  :P)

Tapi  sebab  drama ni yang berlatarbelakangkan zaman maharaja terdahulu, ada permaisuri, gundik, dayang dayang dan puteri raja, hati aku seakan melekat nak tengok cerita ni sampai habis. Tambah pulak bila aku sangat tertarik dengan kecomelan Heo Yeon U  dan Puteri Min Hwa yang suka menangis tu. Nampak cute sangat. Ada part yang sangat kelakar dan ada part yang membuatkan air  mata mengalir,terutamanya part Heo Yeon U meninggal.  Pendek kata  cerita  ni  memang   diadun  dengan   resepi  yang  pelbagai  dan menakjubkan sehingga   membuatkan  aku sanggup   menontonnya      sehingga    jam    3    pagi disebabkan jalan ceritanya yang penuh saspen tu.



Heo Yeon U (dewasa)


Princess Min Hwa (kanak-kanak)


Berbalik pada drama ni, disini memang secara jelas kita akan dapat gambaran tentang stratifikasi  sosial masyarakat Korea terdahulu. Golongan Raja dan keluarga baginda berkuasa mutlak dan bebas membuat apa apa keputusan,  golongan bangsawan  dipandang tinggi dan dari kalangan mereka wujud ilmuwan-ilmuwan yang expert tentang teori berkenaan masyarakat. Manakala golongan hamba pula dinafikan hak untuk bersuara, dipaksa melakukan semua jenis kerja dan sekiranya mereka disyaki bersalah, mereka akan dikenakan hukuman berat sehingga mereka didapati tidak bersalah. Ini sangat berlawanan dengan undang undang zaman kini yang mana jika seseorang itu ditahan, dia tidak akan dianggap pesalah sehinggalah dia dibuktikan dengan kesalahan tersebut.

Dan yang paling ketara ialah bila wujud diskriminasi golongan dari kalangan rakyat biasa dan hamba abdi dengan golongan bangsawan. Noble and lowly. Wujud sistem kasta dalam masyarakat itu yang mana mereka dibahagikan mengikut tahap tahap berdasarkan pangkat dan posisi mereka.  Walaupun dikalangan rakyat biasa ada golongan cerdik pandai,tapi disebabkan mereka tidak mempunyai sebarang pengaruh dan kuasa, maka mereka tidak mampu memanfaatkan ilmu tersebut kepada masyarakat. Apakah sistem kasta sebegitu masih lagi relevan dengan masyarakat zaman ini?

Pada pendapat aku, sistem  kasta ni masih lagi diamalkan, walaupun di dunia yang serba moden ini. Kalau tak takkan  la  dalam  drama  drama  Melayu ada menayangkan kisah tentang seorang yang miskin  menjalinkan hubungan  cinta dengan golongan kaya. Percintaan  mereka  dihalang oleh kedua-dua pihak atas  satu prinsip perbezaan darjat.  Yes, cerita  Ibu Mertuaku dan Antara Dua Darjat adalah secebis daripada  ribuan  contoh kisah yang  menunjukkan bahawa masih lagi wujud  pemikiran sebegini di kalangan masyarakat kita. Cerita-cerita zaman sekarang pun, contohnya dalam cerekarama ke, lestari ke, telenovela ke, ataupun novel-novel pasaran yang berlambak pun ada cerita dua darjat macam ni. Ada watak Datuk dan Datin yang menentang hubungan percintaan anak mereka yang dari kalangan orang biasa. Sangat c.l.i.c.h.e.

Zaman serba canggih ini menyaksikan masih lagi ramai yang berpegang kepada adat dimana golongan miskin ditindas sesuka hati, dinafikan hak mereka sebagai seorang rakyat yang ori dan tidak mendapat hak yang sepatutnya mereka dapat.  Manakala golongan kaya pula bebas berbuat apa sahaja menggunakan kuasa veto mereka,dengan bangganya menayangkan pangkat dan harta mereka kepada umum.  

Allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 13:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."


Dalam ayat ni, adakah Allah menyuruh manusia berkawan dan bergaul dengan sesama taraf sahaja? Orang kaya harus berdamping dengan yang kaya sahaja, dan yang miskin hanya dibenarkan berkawan dengan sesama mereka. Dan adakah Allah juga menyuruh supaya mereka yang berilmu hanya bersahabat dengan mereka yang ilmu juga? Tidak. Manusia memang dijadikan dari pelbagai jenis, yakni agama, bangsa, budaya, pangkat mahupun harta. Namun perbezaan sebegitu memang sengaja diberi supaya manusia boleh saling bertukar pendapat, macam mana nak bangunkan negara bangsa, nak pertingkatkan ukhuwah islamiah, nak hapuskan musuh dan sebagainya. Bukan untuk saling merendahkan, mengutuk ataupun menganiayai manusia lain tanpa sebab konkrit.

Tapi sedih, apa yang aku lihat sekarang adalah sebaliknya. Mungkin ramai yang menyangka mentang-mentangla mereka dari keturunan anak orang kaya, harta 10 keturunan pun tak habis, maka menjadi budaya dalam diri mereka meminggirkan hak lain sehingga mewujudkan sikap angkuh, ujub, riak, sombong dan takbur.




See, walaupun sekaya mana pun kita, walau setinggi mana pun pangkat kita, kita tetap akan dimasukkan dalam liang lahad berisi tanah. Masa tu takde yang akan mengambus kita dengan tanah berlian atau buat kondominium khas bawah tanah, khusus untuk kita. Malaikat Mungkar & Nakir takkan bertanyakan soalan kepada kita,  ‘berapa juta duit kamu dalam bank’, ‘berapa million asset yang kamu tinggalkan’, ataupun ‘berapa banyak gelaran dan pangkat yang kamu dapat sepanjang hidup di dunia’. Tapi malaikat akan bertanyakan kepada kita, ‘siapa tuhan kita’, ‘siapa nabi kita, ‘ dan amalan kita di dunia ini’. Allah tak memandang akan harta dan rupa paras yang kita, tapi Dia melihat akan akhlak kita padaNya dan pada makhluk yang lain. Keadilan dan persamaan hak sesama manusia menunjukkan bahawa Islam tidak membezakan manusia dengan harta dan pangkat kerana umumnya, semua manusia bertaraf hamba.

Dunia hanyalah satu persinggahan. Ibarat musafir yang usai berjalan dari sebuah perjalan jauh dan berhenti sekejap dibawah sebatang pokok untuk melepaskan lelah. Sekejap dan sementara. Oleh itu, hayatilah sebagaimana firmanNya yang bermaksud,


"Berlaku adillah kamu, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa." (Surah al-Maidah ayat 8).



Kita semua sama sahaja,

Tiada bezanya kaya dan miskin harta,

Kerana kaya akhlak lebih bernilai dari kaya harta,

Apa gunanya harta menggunung andai kita bisa melukakan hati siapa sahaja?

Pada Allah, akhlak dan akidah yang lebih utama,

Moga rezeki kita sentiasa diberkati olehNya.

Ameen.





9 criticisms:

Unknown said...

MR pun ade post sal cite the moon that embraces the sun.best.

dariilhamkehati said...

CP plak memang minat citer bangsawan nih :D

Unknown said...

MR bukan tulis ape2 sangat pun.just share ape yang MR tengok.hehe,,

http://bird7842.blogspot.com/2012/06/moon-embracing-sun.html

faie mohamad said...

M.R : hehe..thanks for ur sharing :)

CP: same la kite.. (:

Fieza Sani said...

dah tgok cite nie,
sgtt best! love the King.
"ye cone" :D

dah tgok love story?

Diari Si Froggie said...

cerita ala2 bangsawan adat resam mereka memang best.. dulu suka tengok cina punya dinasti.. best.

faie mohamad said...

fieza: dah :)

aida: same la.. mse kcik2 dulu mmg kejenye mengadap tv je time pkul 6 tv3..haha

niesasukasuki said...

nice entry! kipidap =)

faie mohamad said...

niesasukasuki: thanks dear '',

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea