Assalamualaikum dan
salam sejahtera..
Baru-baru ni salah seorang classmate datang bilik aku. Dia
yang baru je selesai pembedahan akibat apendiks terpaksa menunda praktikum kat
sekolah selama dua minggu. Sambil tunjukkan parut pembedahan di perut yg jelas
kelihatan, hatiku dipagut rasa sayu dan pilu. Andai aku berada di tempatnya,
dengan keadaan genting yang terpaksa bertempur antara keperluan sebagai student
dan peribadi, ditambah pulak dengan kesakitan yang dialaminya sampai sekarang
walaupun dah sebulan dibedah, aku membayangkan mungkin saat ini aku praktikum
kat rumah je la… berehat puas-puas sampai sembuh sepenuhnya. Sampai emosi yang
terganggu akan beransur2 pergi.
Teringat jugak tentang kisah lalu. Lapan tahun lalu, masa sebulan
aku nak PMR, aku pernah dibedah di bahagian kepala. Accident yang teruk masa
hujan lepas aku pulang dari sekolah tu masih lagi segar dalam ingatan. Time tu
aku hanya ingat satu perkataan je. MATI. Dengan darah yang keluar dengan
banyaknya dibahagiankepala sepanjang jalan kesan hentakan kuat buat aku pitam.
Sampai je kat hospital, aku terus dibawa ke bilik kecemasan dan dewan bedah. Masa
tu aku dah tak boleh nak fikir jelas, rasa kelam je dunia ini. Bahagian rambut
yang affected kena cukur sampai botak (tapi of course la sekarang dah tumbuh
balek). Aku tak sure kena bius ke tak sebab masa doktor jahit luka tu memang
aku rasa kesakitan yang teramat sangat. Seolah-olah dijahit tanpa bius. Meraung
la sekejap kat atas katil tu. Doktor memang tak boleh nak buat apa. Famili aku
memang cemas tak boleh nak cerita. Lebih kurang 10 jahitan aku kena. Sampai
sekarang parut sepanjang 4 inci di kepala itu masih kekal. Nasib baik kat
kepala, kalau bahagianmuka…. Maunya aku tak keluar rumah 10 tahun. Nauzubillah.Time
tu ramai yang beranggapan aku dah amnesia sebab kalau baca novel ke tengok
drama sekalipun, lepas accident confirm hilang ingatan. Cerita yang klise. Kalau
tengok kecederaan parah tu memang tak mustahil tapi Alhamdulillah sampai kini
aku masih ingat semua benda lagi. Setakat lupa tu biasa la.
Surprisingly waktu PMR, kuasa Allah, aku dapat almost
straight A’s. Top 5 student waktu tu. Maunya tak terkejut makhluk Allah ni. Biar
betol. Aku sebelum ni membayangkan mungkin hentakan kuat yang aku dapat
membuatkan otak aku jadi kurang berfungsi macam dulu, tapi keadaan jadi sebaliknya. Mungkin Allah nak
tolong aku, time jawab paper exam tu rasa smooth je. Mungkin jugak berkat doa
parents dan cikgu2 yang tak putus2. Alhamdulillah.
Kesan dari accident itu jugak membuatkan aku cepat pitam
sampai sekarang. Aku tak boleh berdiri lama-lama time panas terik atau kat situ
pengsan terus la jawabnya. Aku tak boleh join outdoor activities sebab takut
terdedah pada panas terik. Sebab tu pergi kemana-mana sekalipun aku harus
berpayung sebab tak nak rebah sampai kena naik ambulans. Serik dah. Cukupla
kali pertama dan terakhir aku berada di hospital. Membayangkan kepala dijahit
macam jahit baju lagaknya buat aku rasa seram sejuk sampai sekarang. Darah yang
keluar tak henti-henti membuatkan aku sering beristighfar. Mintak-mintakla ia
tidak berulang lagi. Cukuplah hanya sekali.
Namun siapa yang menduga kuasa Dia yang Maha Kuasa. Selepas
8 tahun, aku masih lagi berdiri disini sambil tersenyum gembira. Tak mampu
kubayangkan andai 8 tahun dahulu kemalangan itu membuatkan aku pergi buat
selama-lamanya, mungkin tidak terhasillah blog ni. Tiada budak panjang kat
bangunan Edu ni. Tiada suara seorang auntie yang garang kat anak-anak buahnya.
Tiada lagi anak bongsu yang manja dan mengada-ngada. Yang jadi anak bongsu
sekarang mungkin Bib yang baru melangsungkan perkahwinan sebulan yg lepas.
Mungkin jika 8 tahun dahulu aku sudah diambil olehNya, aku tidak akan mengenal
erti sebuah kasih sayang dan cinta abadi, erti kepahitan bila menghadapi sebuah
episod kegagalan, tiada garis senyum di bibir seorang ibu atas sebuah kejayaan
yang tercipta dariku 4 tahun lepas. Tiada juga erti tangisan yang mengiringi
pemergian seorang bapa tanggal Julai 2010. Tiada siapa yang mampu menyangkal
akan hal itu.
Betapa aku bersyukur akan semua ini. Andai nyawaku ditarik
pergi kala itu, pasti aku tidak mengenal erti kehidupan yang penuh warna warni
ni. Usia 15 tahun masih terlalu mentah untuk aku memahami hakikat sebuah citra
hidup yang dipenuhi dengan gelak tawa dan tangisan. Jiwa remajaku terlalu sarat
dengan keinginan untuk mencuba segala benda. Ada hikmah tersirat disebalik
semua ini. Syukur padaMu ya Allah. KepadaMu kupanjatkan seribu kesyukuran dan
terima kasih yang tidak terkira.
Melewati usia yang makin menuju alam dewasa yang ternyata
menuntut kesabaran dan kelelahan yang mengusik jiwa membuatkan aku makin cepat
berfikir. Arus perjalanan kehidupan dan ujian yang aku tempuhi kadangkala
membuatkan aku kesabaranku cepat sangat hilang, namun bila difikirkan kembali,
inilah ujian yang telah tertulis untuk aku. Jaluran pelangi yang indah sedia
terhidang andai aku melepasi semua syarat ujian yang ditetapkan. Seribu
kenikmatan sedia ternanti dihadapan. Siapalah aku untuk mengingkari kuasaNya.
KepadaMu Tuhan, aku tak mampu membalas segala nikmat yang
telah Kau kurniakan. Walau jutaan ucapan yang terucap di bibir, walau seribu
tahun ibadah tanpa henti dan mujahadah yang berterusan kepadaMu, masih lagi
tidak mampu membalas segala kurniaanMu pada hamba yang hina ini. Mungkin aku
mudah terleka, namun Kau cepat-cepat menunjukkan kepadaku JalanMu yang lurus
itu melalui ujian yang pelbagai. Air mata yang mengalir atas kepedihan ujianMu
yang melanda aku lewat kebelakangan ini membuatkan aku mengerti, sebagai
manusia, aku sememangnya layak untuk diuji olehMu yang Maha Berkuasa.
source: google |
Betapa aku bersyukur padaNya. Cuma sebagai manusia, aku
sering lalai. Sering lupa dan alpa. Nikmat-nikmat yang diberi olehNya sering
dipersia. Khilaf aku. Dan yang lebih menyedihkan bila melihat betapa dahsyatnya
keruntuhan moral. Nilai Islam dipermainkan. Agama Allah sedikit demi sedikit
dirobohkan. Di kiri dan kanan musuh Islam sedia menanti mengambil peranan. Ya
Allah, selamatkanlah Islam agama kami. Hapuskanlah musuh-musuh kami.
Selamatkanlah mereka yang tidak berdosa dari menjadi mangsa. Kami diserang dari
segenap sudut oleh musuh Islam yang mencemburui agamaMu. Selamatkan kami…
Dan juga, jadikanlah dari kalangan kami hambaMu yang
sentiasa bersyukur.
Ameen.
Ameen.
3 criticisms:
yup, kdg2 tpaksa jahit tanpa bius.. sbb sy pnah lalui operation yg hnya bius separuh badan.. so, sy bole tgk wajah2 doktor & dpt bau tulang yg dikerat laser ^^
yeke? tula bila teringat balik ngeri pulak rase.. huhu
Post a Comment