*********************************************************************************
Yun Bo Gyeoung: You should understand, that it’s actually not easy to teach a lowly servant. But this type of small problem isn’t easy to change. From what I see, before she commit an even bigger mistake, you should sell her off.
Yun Bo Gyeoung: You should understand, that it’s actually not easy to teach a lowly servant. But this type of small problem isn’t easy to change. From what I see, before she commit an even bigger mistake, you should sell her off.
Heo Yeon U: No matter what, the money that you’ve lost, I’ll find someone to send it to…
Yun Bo Gyeoung: There’s no need. Since we’ve hurt your
household property, then we’re even.
Heo Yeon U: Agassi (young lady), this child isn’t something
that can be bought and sold. But she’s my friend and family.
Yun Bo Gyeoung: What?
Heo Yeon U: I feel
there isn’t division of the noble and lowly’s. But there’s noble and lowly in one person’s personality.
Although I don’t know how much money that
you’ve lost today, but can it compare
to the amount of pain in
her heart?
Yun Bo Gyeoung: What
did you say?
Heo Yeon U: Then
I’ll just take it as you’ve
spared her. I’m going
to take her away.
*********************************************************************************
Ni adalah secebis
dialog yang diambil dari sebuah
drama Korea, The
Moon That Embraces The Sun,
episod 2. Ia adalah
perbualan yang berkisar tentang darjat dan pangkat
yang mejarakkan jurang antara seseorang
dengan yang lainnya. Sebab aku tak reti nak tulis dalam bahasa Korea, so
aku just ambik subtitle Inggeris ni je. Babak ni menceritakan bahawa orang
suruhan Heo Yeon U (heroin) yang bernama Seol dipukul oleh orang suruhan Yun Bo Gyeoung atas tuduhan mencuri. Yun Bo Gyeoung yang agak angkuh itu telah
mengarahkan agar Seol dipukul bertubi tubi kerana dendam terhadap Seol telah
melanggarnya sehingga mengotorkan baju bangsawannya walaupun beliau tahu bahawa
bukan Seol yang mencuri duit tersebut. Namun kerana kecerdikan Heo Yeon U yang
baik hati itu dan dikurniakan kecerdikan yang hebat demi mempertahankan Seol
yang cedera itu, Yun Bo Gyeong itu terdiam tanpa kata. Yun Bo Gyeong sebenarnya
sengaja menganiaya Seol kerana berpendapat sebagai seorang hamba, Seol tidak
patut melanggarnya sehingga mengotorkan bajunya walaupun tidak sengaja. Bermanfaat dan penuh
dengan mesej tersembunyi.
Itu lah yang dapat disimpulkan dari drama
20 episod ni.
Sebenarnya, aku bukanlah seorang kpop
lover. Bukan peminat drama-drama dari Korea. Drama ni
adalah drama Korea kedua
yang pernah aku tonton seumur
hidup aku selepas
drama Autumn in My Heart. Entah, tak kena dengan
jiwa mungkin. Aku lebih suka
tengok cerita dari Barat walaupun tidak kerap. Tapi dalam tak minat tu ada jugak
sekerat dua artis Korea yang aku kenal dan kumpulan kpop yang kadang kadang
time bosan layan je lagu diorang. Siap boleh
hafal dan ingat nama
diorang lagi. Contohnya macam
ahli kumpulan SuJu, Kara, SNSD, Wonderpet Wondergirl, etc. Lagipun aku bukan jenis suka
menonton tv dan movie. I prefer reading instead of watching tv. (except reading
theories of counseling books :P)
Tapi sebab drama ni yang berlatarbelakangkan zaman
maharaja terdahulu, ada permaisuri, gundik, dayang dayang dan puteri raja, hati
aku seakan melekat nak tengok cerita ni sampai habis. Tambah pulak bila aku
sangat tertarik dengan kecomelan Heo Yeon U dan Puteri Min Hwa yang suka menangis tu.
Nampak cute sangat. Ada part yang sangat kelakar dan ada part yang membuatkan
air mata mengalir,terutamanya part Heo
Yeon U meninggal. Pendek kata cerita
ni memang diadun dengan resepi
yang pelbagai dan menakjubkan sehingga membuatkan
aku sanggup menontonnya sehingga jam
3 pagi disebabkan jalan
ceritanya yang penuh saspen tu.
Heo Yeon U (dewasa)
Princess Min Hwa (kanak-kanak)
Berbalik pada drama ni, disini memang secara jelas kita akan
dapat gambaran tentang stratifikasi
sosial masyarakat Korea terdahulu. Golongan Raja dan keluarga baginda berkuasa
mutlak dan bebas membuat apa apa keputusan,
golongan bangsawan dipandang
tinggi dan dari kalangan mereka wujud ilmuwan-ilmuwan yang expert tentang teori
berkenaan masyarakat. Manakala golongan hamba pula dinafikan hak untuk
bersuara, dipaksa melakukan semua jenis kerja dan sekiranya mereka disyaki
bersalah, mereka akan dikenakan hukuman berat sehingga mereka didapati tidak
bersalah. Ini sangat berlawanan dengan undang undang zaman kini yang mana jika
seseorang itu ditahan, dia tidak akan dianggap pesalah sehinggalah dia
dibuktikan dengan kesalahan tersebut.
Dan yang paling ketara ialah bila wujud diskriminasi golongan
dari kalangan rakyat biasa dan hamba abdi dengan golongan bangsawan. Noble and
lowly. Wujud sistem kasta dalam masyarakat itu yang mana mereka dibahagikan
mengikut tahap tahap berdasarkan pangkat dan posisi mereka. Walaupun dikalangan rakyat biasa ada golongan
cerdik pandai,tapi disebabkan mereka tidak mempunyai sebarang pengaruh dan
kuasa, maka mereka tidak mampu memanfaatkan ilmu tersebut kepada masyarakat. Apakah
sistem kasta sebegitu masih lagi relevan dengan masyarakat zaman ini?
Pada pendapat aku, sistem
kasta ni masih lagi diamalkan, walaupun di dunia yang serba moden ini. Kalau
tak takkan la dalam
drama drama Melayu ada menayangkan kisah tentang seorang
yang miskin menjalinkan hubungan cinta dengan golongan kaya. Percintaan mereka
dihalang oleh kedua-dua pihak atas
satu prinsip perbezaan darjat.
Yes, cerita Ibu Mertuaku dan
Antara Dua Darjat adalah secebis daripada
ribuan contoh kisah yang menunjukkan bahawa masih lagi wujud pemikiran sebegini di kalangan masyarakat
kita. Cerita-cerita zaman sekarang pun, contohnya dalam cerekarama ke, lestari
ke, telenovela ke, ataupun novel-novel pasaran yang berlambak pun ada cerita
dua darjat macam ni. Ada watak Datuk dan Datin yang menentang hubungan
percintaan anak mereka yang dari kalangan orang biasa. Sangat c.l.i.c.h.e.
Zaman serba canggih ini menyaksikan masih lagi ramai yang
berpegang kepada adat dimana golongan miskin ditindas sesuka hati, dinafikan
hak mereka sebagai seorang rakyat yang ori dan tidak mendapat hak yang
sepatutnya mereka dapat. Manakala
golongan kaya pula bebas berbuat apa sahaja menggunakan kuasa veto
mereka,dengan bangganya menayangkan pangkat dan harta mereka kepada umum.
Allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 13:
"Wahai umat manusia!
Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami
telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu
berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara
kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan
kamu)."
Dalam ayat ni, adakah Allah
menyuruh manusia berkawan dan bergaul dengan sesama taraf sahaja? Orang kaya
harus berdamping dengan yang kaya sahaja, dan yang miskin hanya dibenarkan
berkawan dengan sesama mereka. Dan adakah Allah juga menyuruh supaya mereka
yang berilmu hanya bersahabat dengan mereka yang ilmu juga? Tidak. Manusia
memang dijadikan dari pelbagai jenis, yakni agama, bangsa, budaya, pangkat
mahupun harta. Namun perbezaan sebegitu memang sengaja diberi supaya manusia
boleh saling bertukar pendapat, macam mana nak bangunkan negara bangsa, nak
pertingkatkan ukhuwah islamiah, nak hapuskan musuh dan sebagainya. Bukan untuk
saling merendahkan, mengutuk ataupun menganiayai manusia lain tanpa sebab
konkrit.
Tapi sedih, apa yang aku lihat
sekarang adalah sebaliknya. Mungkin ramai yang menyangka mentang-mentangla
mereka dari keturunan anak orang kaya, harta 10 keturunan pun tak habis, maka
menjadi budaya dalam diri mereka meminggirkan hak lain sehingga mewujudkan
sikap angkuh, ujub, riak, sombong dan takbur.
See, walaupun sekaya mana pun
kita, walau setinggi mana pun pangkat kita, kita tetap akan dimasukkan dalam
liang lahad berisi tanah. Masa tu takde yang akan mengambus kita dengan tanah
berlian atau buat kondominium khas bawah tanah, khusus untuk kita. Malaikat
Mungkar & Nakir takkan bertanyakan soalan kepada kita, ‘berapa juta duit kamu dalam
bank’, ‘berapa million asset yang kamu tinggalkan’, ataupun ‘berapa banyak
gelaran dan pangkat yang kamu dapat sepanjang hidup di dunia’. Tapi
malaikat akan bertanyakan kepada kita,
‘siapa tuhan kita’, ‘siapa nabi kita, ‘ dan amalan kita di dunia ini’.
Allah tak memandang akan harta dan rupa paras yang kita, tapi Dia melihat akan
akhlak kita padaNya dan pada makhluk yang lain. Keadilan dan persamaan hak
sesama manusia menunjukkan bahawa Islam tidak membezakan manusia dengan harta
dan pangkat kerana umumnya, semua manusia bertaraf hamba.
Dunia hanyalah satu persinggahan.
Ibarat musafir yang usai berjalan dari sebuah perjalan jauh dan berhenti
sekejap dibawah sebatang pokok untuk melepaskan lelah. Sekejap dan sementara.
Oleh itu, hayatilah sebagaimana firmanNya yang bermaksud,
"Berlaku adillah kamu,
kerana adil itu lebih dekat kepada takwa." (Surah
al-Maidah ayat 8).
Kita semua sama sahaja,
Tiada bezanya kaya dan miskin harta,
Kerana kaya akhlak lebih
bernilai dari kaya harta,
Apa gunanya harta menggunung
andai kita bisa melukakan hati siapa sahaja?
Pada Allah, akhlak dan akidah
yang lebih utama,
Moga rezeki kita sentiasa
diberkati olehNya.
Ameen.
9 criticisms:
MR pun ade post sal cite the moon that embraces the sun.best.
CP plak memang minat citer bangsawan nih :D
MR bukan tulis ape2 sangat pun.just share ape yang MR tengok.hehe,,
http://bird7842.blogspot.com/2012/06/moon-embracing-sun.html
M.R : hehe..thanks for ur sharing :)
CP: same la kite.. (:
dah tgok cite nie,
sgtt best! love the King.
"ye cone" :D
dah tgok love story?
cerita ala2 bangsawan adat resam mereka memang best.. dulu suka tengok cina punya dinasti.. best.
fieza: dah :)
aida: same la.. mse kcik2 dulu mmg kejenye mengadap tv je time pkul 6 tv3..haha
nice entry! kipidap =)
niesasukasuki: thanks dear '',
Post a Comment