Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Indahnya sebuah senyuman...
SENYUMLAH!
Kenapa entri ini aku menyuruh supaya senyum?
Kenapa aku tidak menyuruh akan perkara lain yang lebih besar
isunya?
Kenapa hanya senyum?
Pernah dengar atau bukan word kuasa sebuah senyuman?
Pernah dengar atau tidak kerana sebuah senyuman mampu
meleraikan suatu kekusutan yang melanda?
Kerana bernilainya sebuah senyuman dan kata2 yang penuh
kasih sayang yang dihulurkan oleh Rasul Junjungan kita, Muhammad s.a.w, umatnya
makin mencintai Islam dan peribadi baginda serta kasihkan akan pencipta mereka.
Mereka tidak ragu-ragu akan Islam itu agama yang indah dan mesra kepada penganutnya.
Kerana sebuah senyuman, yang masam jadi manis, yang pahit
jadi madu, yang kusam jadi berseri, dan yang terlerai kembali bercantum.
Kerana sebuah senyuman, yang suka menjadi cinta, yang jiwa
kusut menjadi tenang, dan yang marah tiba-tiba menjadi cool.
Bukankah nabi sentiasa menyuruh kita agar tersenyum?
Senyum mampu merapatkan sebuah ukhuwah yang terbina. Bayangkan
jika selama ini kita bermasam kita, hanya dengan secebis senyuman yang
dilemparkan, jurang permusuhan itu seolah-olah tidak akan terlihat. Seorang sahabat
yang sentiasa menghiburkan sahabatnya dan memberi senyuman dan kata-kata
perangsang, perasaan tenang pasti akan membelenggu segenap dirinya. Jika seorang suami yang baru pulang dari kerja
dalam keadaan yang penat tidak terkira, dengan melihat sebuah senyuman dari
isterinya dan menyambut kepulangannya dengan mesra, agak-agak kepenatan si
suami itu terubat atau tidak? J
Di sekolah, menyandang gelaran sebagai guru praktikum tenyata banyak lagi perkara yang aku perlu
pelajari dan teladani dari pelajar dan guru, dan senyuman itu mampu
menyelamatkan keadaan. Bayangkan dengan penuh debaran mengetuk pintu bilik
pengetua sambil menghulurkan proposal program yang bakal dilaksanakan minggu
depan, secebis senyuman yang terbit dari bibirnya langsung membuatkan rasa
nervous kami hilang begitu sahaja. Pertama kali melapor diri sebagai guru
praktikum di sekolah ini, melihat senyuman yang terukir di bibir guru penolong
kanan menyambut kehadiran kami, terasa seolah-olah kami dihargai dan ia sungguh
bererti. Begitu juga setiap kali bertembung dengan guru-guru di sekolah terbabit
sambil menghulurkan senyuman, dan jika ia berbalas, kami akan rasa accepted and
welcomed di sekolah itu,
Untuk menarik pelajar supaya datang ke bilik kaunseling
bukan perkara mudah. Selain dari class relief yang berfungsi untuk
mempromosikan kami sendiri dan bilik UBK terbabit, aku akan menggunakan
pendekatan senyuman setiap kali bertembung dengan mana-mana pelajar. Setiap kali
jumpa mereka, aku akan senyum. Sampai naik lenguh otot muka ni. Ye la aku ni
bukannya guru disiplin sampai kena serius macam askar sepanjang masa. Walaupun time
tu tengah bad mood dengan timbunan kerja dan perselisihan pendapat dengan orang
lain, aku akan cuba untuk meramahkan diri dan bergaul dengan mereka sebelum
mereka dengan rela hati datang berjumpa dengan aku dan guru-guru kaunselor yang
lain. Senyum itu kan sedekah.
Ambik contoh macam ni. Ada seorang presiden PRS yang suka
sangat lepak-lepak dan berbual dengan kami andai tiada sesi dengan mana-mana
student. Suatu hari, budak lelaki ni bertanya aku.
‘cikgu, saya hairan lah dengan bilik ni sekarang. Kalau dulu
liat benar student nak datang sini, sekarang ni saya tengok student makin ramai
datang. Masa time cikgu praktikal datang sini pun takde ramai macam ni. Macam mana
cikgu tarik student ni?’
Aku hanya tersenyum dan menjawab,
‘senyumlah, dan kamu pasti akan disukai mereka.’
Ringkas dan padat tapi penuh bermakna jawapan aku berikan. Dia
hanya mengangguk setuju.
Walaupun sebelum ini aku dikenali sebagai orang yang agak
susah memberi senyuman kepada orang lain, namun di sekolah ini aku harus
mengubah sikap aku menjadi seorang yang friendly dan extrovert. Tapi tak de
sampai over limit. Walaupun senyuman itu tidak semanis orang lain, tapi jika
dilakukan dari sudut hati yang paling dalam, percayalah mereka akan melihat
keihklasan yang terpancar disebalik senyuman yang dilemparkan. Cahayanya pasti akan
menyinari setiap mereka yang melihatnya dengan mata hati.
Diriwayatkan oleh Jabir r.a:
''Sejak aku memeluk Islam, Rasulullah tidak pernah menghindarkan diri dariku. Dan dia tidak melihatku kecuali baginda pasti tersenyum melihatku.''
(Hadis Riwayat Bukhari Muslim)
Kenapa susah untuk senyum?
Senyumlah, dan kamu pasti akan berasa bahagia. Seisi dunia pasti akan menyayangimu. Dunia yang kontang pasti akan kembali berseri.
Senyumlah!
8 criticisms:
senyummmm :))
=)
senyuuummm...peace
Senyum ^_^
senyumlah senyumlah ahai cik mek molek , eh eh hehe :D
hehe.. senyum banyak2 :):):):)
slmat berpuasa.. cntik blog ni.. da follow da.. =) jemput join segmen http://jalanjatuhdanbangun.blogspot.com/2012/07/segmen-by-i-love-sleep-cerita-disebalik.html
sengih =D
Post a Comment