Assalamualaikum dan
salam sejahtera…
Harap masih lagi belum terlambat untuk aku mengucapkan
selamat menunaikan ibadah puasa kepada umat Islam di seluruh dunia, khususnya
di negara tercinta ini. Bersyukurnya jadi rakyat Malaysia yang tak pernah kenal
erti kebuluran dan kehausan berpanjangan dek kekurangan makanan, malahan
berlebihan lagi. Kalau nak dibandingkan dengan negara-negara nun disana, di
benua Afrika contohnya, alahai tak sanggup rasanya nak tengok gambar diorang
lama-lama. Sangat menyedihkan. Bayangkan jika mereka adalah dari kalangan
family kita sendiri. Tegakah kita melihat mereka yang hanya tinggal rangka dan
tulang je? Semoga penderitaan mereka dibalas dengan kenikmatan yang tidak
terkira indahnya di akhirat kelak.
Okay, bercerita pasal bulan Ramadhan al-mubarak wal karim
ni, baru-baru ni aku ada menerima checklist ibadah yang dilakukan sepanjang
bulan tersebut. Ni cheklistnya.
See, confirm tak nampak kan? Hehe. Meh aku list down kat
kesemua 27 senarai ibadah yang wajib/harus/sunat/afdal dilakukan.
ü
Solat subuh
berjemaah
ü
Solat zohor
berjemaah
ü
Solat asar berjemaah
ü
Solat maghrib berjemaah
ü
Solat isyak berjemaah
ü
Solat sunat rawatib
ü
Solat sunat dhuha
ü
Qiamullail/tahajud
ü
Solat sunat taubat
ü
Solat sunat witir
ü
Tilawah AQ (I juzu’)
ü
Tadabbur AQ
ü
Hafalan hadith
ü
Baca al- Mulk malam
ü
Al-mathurat (pagi)
ü
Al-mathurat (petang)
ü
Istighfar
ü
Selawat
ü
Sahur
ü
Terawikh
ü
Sedeqah/infaq
ü
Baca buku ilmiah
(bukan komik@novel cintan)
ü
Hadir majlis ilmu
ü
Muhasabah diri
ü
Tak tidur
lepas subuh
ü
Ziarah sahabat2
ü
Study/buat note
(kalu ade hok
tinggal, try kabo mula deh- ganung speaking)
27 list setakat yang
ditulis, kalau dapat sempurnakan 15 darinya pun dah
kira okay. Tapi tak tahula sempat
ke tak nak setelkan semua. Kekangan masa yang ada sekarang ni buatkan life aku
agak berterabur. Almost pukul 5
dah kena bangun, sahur, siap ke sekolah
and lepas habis waktu sekolah sampai bilik dalam pukul 5 petang. Kadang-kadang bila dah mengantuk sangat terlelap sedar-sedar dah 6 lebih. Tapi bak kata
orang, hendak seribu daya…
Ramadhan yang
hanya setahun sekali
wajar dimanfaatkan sebaik
mungkin. Andai ini Ramadhan terakhir, ibadah setakat itu yang kita sempat dibuat. Andai ada peluang berjumpa dengan
Ramadhan seterusnya, syukur
Alhamdulilla. Bukan susah sangat pun.
kalau lepaking dan bergayut
dengan buayafriend and gelifriend pun boleh berjam-jam, apa
salahnya kalau luangkan masa dengan
Pencipta tidak sampai sejam. Berpaling kasih padaNya,
itu lebih baik. Memang tidak mengecewakan, malah makin memberi ketenangan.
I juzu’ al-Quran,
kalau dibaca dengan fasih mampu
dihabiskan dalam jangkamasa
setengah jam je. So
why not kalau
sebelum ni duk asyik baca komik
kartun je, ambik masa hanya setengah jam sehari untuk habiskan I juzu’ selama30 hari. Mudahkan?
Harapnya,
Ramadhan kali ini lebih baik
dari Ramadhan lepas. Harap agar dosa-dosa
lalu segera diampun oleh Yang
Maha Kuasa. Bermujahadah itu
memang pahit kerana syurga itu manis. Tanpa mencapai sebuah kemanisan, sesuatu itu tidak akan menjadi pahit.
Selamat berpuasa!
3 criticisms:
Selamat berpuasa :)
wawww baguih ne ade checklist ramadhan!!
Alhamdulillah :) Hidayah Allah itu ada
Post a Comment