Monday, 2 April 2012

i'm no longer 22 years old

currently written by faie mohamad at Monday, April 02, 2012
Tanggal 1hb April  1989

Hari yang cukup bermakna dalam diari hidup seorang gadis yang bernama Farihah Mohamad. Nama yang ringkas. Macam tuannya jugak. ahaks

Aku dilahirkan  oleh seorang wanita  yang  cukup  istimewa.   Hajah  Wan Mariam  bt  Wan  Ibrahim. Dia  melahirkan  aku,  anak  yang  bongsu dari sepuluh  orang  adik  beradik  (3  lelaki dan   7 perempuan).  Begitu tabahnya dia bertarung nyawa demi melahirkan anak-anak yang diharap bakal mendoakan kesejahteraannya di alam kubur kelak. Dan  dia  membesarkan  kami  dengan penuh  kasih  sayang  dan  ketegasan   yang kukira  tidak  pernah  melampaui tanggungjawabnya  sebagai  seorang ibu. Wanita yang makin dimamah usia, namun dimataku dia cukup muda, muda dengan kasih sayang sentiasa terlimpah untuk kami.

Begitu  juga dengan  almarhum  ayahandaku,  Haji  Mohamad  bin Hassa   (al-fatihah untuknya),  seorang  ayah  yang  cukup lemah  lembut kepada anak-anaknya. Tidak  pernah sekali  dia berkasar terhadap  kami dan  sangat sporting. Aku selalu  dimanjakan olehnya. Rinduku padanya tidak terucap dengan kata-kata.  Aku sangat merindui kenangan bersamanya, senyumannya yang tidak lekang dari bibirnya dan bait-bait nasihat yang  tidak putus-putus untuk aku, selaku anak bongsu beliau. Aku selalu dimanjakan olehnya, dan kerap kali juga dia back up aku ketika aku dimarahi oleh ibuku yang agak tegas itu. Kasihku yang tertumpah untuk lelaki ini, hanya Dia sahaja yang tahu. Betapa aku amat mengasihi lelaki lebih separuh abad itu. Namun sayang, aku tidak sempat membalas segala jasanya terhadap aku. Dia pergi sebelum sempat aku menggenggam segulung ijazah yang selalu diimpikannya. Melihat aku dengan bangganya bergelar seorang guru yang diidamkan olehnya untuk aku sewaktu kecil dahulu.

Dan waktu  ini, usiaku, pada hari Ahad lepas, genap  23 tahun.  Usia yang kurasakan cukup matang untuk aku hidup berdikari dan lebih matang seiring dengan pertambahan usia.  Aku akui kadang-kadang aku bersikap keanak-anakan seperti kanak-kanak kecil, kadangkala aku tidak mampu menghapus sikap panas baran dan keras kepala yang melekat sejak kecil lagi. Kadangkala manjaku agak berlebihan. Dan aku selalu memberontak andai keperluanku tidak  dipenuhi. Lumrah anak remaja yang masih mentah.

Well, itu mungkin dulu. Kini, selari dengan usiaku  yang sudah kukira layak menjadi seorang ibu dan isteri kepada seorang suami (jeng jeng jeng), ku harap biarlah sikap itu berubah 360 darjah. Aku mahu menjadi seorang yang lebih  matang, lebih berjaya dari sekarang, lebih mendekatkan diri kepadaNya, lebih penyayang dan  lebih pemaaf. Aku hanya seorang manusia biasa. Aku tak mampu menolak  semua sikap negatif itu, tapi aku akan berusaha untuk meminimumkannya. Biarlah usia 23 tahun ini menyaksikan perubahan yang lebih positif kepada aku yang bakal bergelar seorang guru. Seorang guru yang akan dihormati dan disayangi. Yang selalu didoakan kesejahteraan dan kerahmatan oleh pelajarnya kerana curahan ilmu yang menjadi sedekah jariah di alam kubur nanti.

Meskipun zaman remajaku sudah berlalu, namun aku gembira. Fasa-fasa yang lebih mencabar sedang menanti aku nun di hadapan. Aku tidak sabar untuk mencurahkan khdimat dan baktiku di sekolah, menyandang tugas sebagai seorang ibu dan isteri yang solehah dan dengan bangganya bergelar seorang dorktor falsafah. Erkk, doktor falsafah? Hehe, at least kalau bukan Doktor falsafah, master holder pun dah ok :)



Insyaallah.

0 criticisms:

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea