Pagi tadi ada writing workshop kat bangunan Engin E3 level 2, computer lab. Speaker tu, Ummu Itqan sempat berpesan kepada kami,
'sebarkan dakwahmu di mana-mana sahaja samada di fb, twitter, blog ataupun di majalah. setiap ilmu yang disebarkan pasti pahalanya berterusan bak air mengalir selagi mana ada orang membacanya'
So, aku telah menulis azam di sebuah kertas seperti yang dipinta olehnya. Menulis sebuah visi tentang mengarang sebuah artikel, atau cerpen, atau novel yang mampu memberi manfaat. Di dalam visi tersebut aku berjanji bahawa aku akan menulis artikel berusurkan islamik ataupun akhlak islamiah di blog ini sekurang-kurangnya satu entri untuk satu minggu.
Erk, boleh ke aku laksanakan? Dengan keadaan busy memanjang sampaikan masa untuk diri sendiri pun hampir tak ada. Time makan pun curi-curi. Nak keluar shopping cam dulu pun macam berat ati bila terkenang assignment yang berlambak. Tapi Insyaallah aku akan sahut cabaran dan visi tersebut. Kalau niat baik Insyaallah Allah pasti akan memudahkan urusan kita.
Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini.
Istighasah, boleh ke tak?
4 days ago
2 criticisms:
chaiyokkk farihah! :)
tq rin! ('',)
Post a Comment