Friday, 13 April 2012

Good news for me :)

currently written by faie mohamad at Friday, April 13, 2012
Reactions: 
Alhamdulillah...

Sekian lama aku berdoa,akhirnya ia dimakbulkan.

Dia  memberikan  kepadaku  lebih  dari  yang  aku  minta.  Tidak  disangka-sangka.

Syukur.

Jadi,   nikmat  mana  yang  perlu  didustakan?

Empat bulan lepas, saat kami satu family berdiskusi tentang tarikh yang bakal ditetapkan untuk pernikahan  kakakku  Bib, abang  aku yang sulung terus mengutarakan cadangan supaya  ia  diadakan  pada akhir   Mei  ini.  Katanya, senang, sebab  time  tu kanak-kanak  cuti  sekolah.  Boleh  spend  masa  kat  kampung  lama  sikit  untuk   persiapan   tuh.  Nak setelkan  hal   ni bukan senang   katanya.

Aku  berkira-kira  dalam  hati.

Eh, ni  macam time  final exam aku nih. Aku mula rasa  berdebar-debar. Mula  rasa tak  sedap  hati.

Aku check kalendar, kira betul2 period 14 minggu lectures excluding mid sem  break  and  revision period. Sekali check,  erkk  macam betul  je.  Aku tak  puas  hati. Aku  check  lagi  sekali.   Manala  tahu  kot-kot  salah  ke.

Memandangkan time  tu  cuti  final,  aku  pun  amik  first week  untuk  bulan  Febuari   dan  setelah  campur  darab bahagi  kira,  sah,  memang  time  tu  aku  final  exam. Oh  tidakkk

Aku  pun  menyuarakan  kebimbangan  dan kesedihan   aku  kat  abang  aku.  Aku  takut  aku tak mampu  terima kenyataan  yang  aku  tak dapat  attend  wedding  kakak  aku  yang paling  rapat  ngan  aku  sejak  kecil.  Aku  takut, sangat  takut  andai aku  tiada  di sisinya  time tu. Berkahwinnya dia maka   bermakna  hanya  aku sorang  je dalam  adik  beradik  aku  yang  belum mendirikan rumah tangga.  Ah, tu bukan  persoalannya.  Tapi, macam mana  kalau  aku  tak de time  nikah tu?

Abang aku  pun  cakap,  ni  dah tak leh  ubah.  Kalau  ubah  kena  effect  kat  semua  pihak.  Susah  pulak nak  dapat   cuti.  Tawakal  je la, doa  je  mintak2  tak clash.  Aku  makin hilang sabar.

Senangnya  cakap,  aku  rasa  geram, tapi just tunjuk dalam hati. Takkan  nak memberontak kot.  Sapela  aku nih.  Bib  tenangkan  hati aku.  Dia cakap, 'naluri aku  kuat mengatakan time  tu  ko  tak exam.  Ko  berdoa  la banyak2,  Insyaallah  mesti  tak  clash punye'.  Aku tahu dia try sedapkan hati aku. Aku hanya mengangguk lemah

Sepanjang semester ni, debaran hati aku tak hilang-hilang. Aku selalu berdoa, andai time tu aku ada paper, mintak2 la aku diberi kekuatan untuk tidak menitiskan air mata hari itu. Perasaan aku, hanya Dia je yang tahu.   Di  lubuk hati yang  paling dalam, tersimpan  seribu perasaan yang  aku  sendiri mungkin tak sedar.

Dan hari ini, bila kawan2 aku bagitahu aku pasal schedule yang dah keluar, debarannya makin sampai kemuncak. Aku jadi gelabah, jawab midterm paper Psychoedu pagi tadi pun rasa macam terketar-ketar. Bukan sebab takut jawab exam, tapi sebab takut akan schedule tu. Manala  tahu kot2 apa  yang aku bimbangkan jadi kenyataan. Tapi  aku terus berfikiran positif.

Nisah, kawan aku terus tunjukkan aku jadual tu. Dia cakap,

'Cuba ko tengok betul-betul 31hb Mei tu ada tak paper ko'. Kelas kami banyak yang tak sama, that's why dia pun confuse subjek apa yang aku amik.

Aku cepat2  tengok tarikh tu. Alhamdulillah, tak paper time tu. Yaaayyyy!!

Tapi aku cuak lagi, entah2 30hb ngn 1hb Jun ada paper kang. Takkan satu ari je aku balik. Terketar2 aku check balik. Last2 bila Nisah tengok aku semacam, dia amik kertas tu,  dia check depan aku.

'Haaa, see, tak de pun  paper ko time tu. Start dari 28hb sampai 2hb. Ko boleh holiday kat kampung seminggu taw...''

Subhanallah, syukur Alhamdulillah, aku mengucap rasa syukur takterhingga. Rasa gembira yang tak sudah2. Akhirnya doa hamba yang hina ini dimakbulkan. Bukan cuti seminggu yang aku pinta, just 2 hari, tapi Dia memberikan aku lebih dari tempoh tu. Aku terkedu.

See, nikmat mana yang perlu didustakan?

Terus aku sms kakak2 aku bagitahu berita gembira tu. Since Bib  dah  appoint  aku jadi  pengapit beliau yang  tak rasmi  sejak dulu lagi, akhirnya  hari ini aku dah  membuktikan padanya  aku dengan  rasminya  akan   menjalankan  tugas  yang  enjoyable  dihari bahagianya  tuh.

Seronok tidak  terkira. Indah   tidak  terkata.  Gembira tidak  sudah-sudah.





Terima kasih Tuhan   :)

4 criticisms:

saharinasaharudin said...

fuhhh.mmg stress.sabo ye cik farihah.try crik CL.smpt tu :D

Anonymous said...

Yeayyy. Percaya pada keajaiban doa ye sayang.See u next month :) -Bib

Miko Michiko said...

:)thanks darl
xoxo

Miko Michiko said...

yess bib...heee

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea