Sungguh aku rindu. Rindu pada suasana itu. Yang pastinya tidak akan kembali menjelma andai aku tiada di situ.
Dikala ini hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa rindunya aku pada mereka. Mereka yang telah banyak mewarnai lukisan kanvas dalam diri aku. Mereka yang banyak membuatkan hatiku berlagu kasih dan cinta. Kasih sayang yang tidak mampu dicoret dengan untaian kata. Yang tidak mampu ditelaah melalui sebuah permerhatian biasa.
Who's going to take care of them?  Me.
Since mak  kepada  Fitri,  Mirza   dan  Adawiyah  takde kat rumah  atas  urusan kerja, so aku yang bertanggungjawab menguruskan mereka.  Makan pakai mereka, mandi dan  jugak  time  tidur.
Kat rumah, dialog yang biasa untuk  aku  dengar,
'tolong  buatkan susu Darwisy.  Basuh  sekali semua botol2 susu  dia'
'Mirza dah nak  pergi  tadika.  Tolong  mandikan  dia'
'Siapkan  air mandian  untuk  Qiesya boleh?'
'Tolong  sendukkan  nasi  untuk  Adawiyah. Sebelum  tu  gi  amik  dia kat  sekolah  dulu'
'Fitri  ni  lapar.  Tolong  buatkan  susu  kat  dia  eh?'
'Malam ni kita sama-sama berjaga untuk Qiesya eh'
Arahan  ni  belum  lagi  termasuk  arahan  untuk  kerja-kerja  rumah.  Basuh  baju,  lipat baju,  sapu  sampah, mop  lantai,  masak,  pergi pasar, cuci toilet, macam2.
But, you know,  walaupun  rasa penat macam mana  sekalipun, letih or fed up dengan semua  kerja-kerja  ni, believe this, one day after kita tinggalkan semua ini, ia pasti  akan  menggamit  rindu  yang  tak sudah.   Rindu akan  tangisan yang memecah keheningan malam, rindu akan suara  dan  teriakan anak-anak kecil  yang  tak sudah,  rindu  akan kritikan dan complain dari  mak tentang kerja kat rumah yang kadangkala terbengkalai. Sehinggakan masa  untuk diri  sendiri pun  hampir  tiada. 
Semua itu  pasti akan menumbuhkan  kenangan  yang  terindah.  Sangat  indah. Suatu  saat  bila ia  semuanya berlalu, hati pasti akan  berdetik, ''Ya Allah, datangkanlah kembali kenangn  itu padaku. Sesungguhnya  aku amat merindui saat itu''
Ia tidak akan kembali. Tapi kita  mampu mengecasnya  semula. Menjadi sebuah memori kehidupan yang paling indah.
Kerinduan itu menjadikan aku seorang perindu yang tegar. Rindu akan kasih sayang sejati yang tertumpah sejak dulu lagi. Sebuah kasih sayang yang abadi. Ia pasti tidak akan berulang kembali.
Kerinduan itu menjadikan aku seorang perindu yang tegar. Rindu akan kasih sayang sejati yang tertumpah sejak dulu lagi. Sebuah kasih sayang yang abadi. Ia pasti tidak akan berulang kembali.

 
 
 
 
 

0 criticisms:
Post a Comment