Tuesday, 24 April 2012

Travelog Cinta Abadi: Masa Yang Berlalu

currently written by faie mohamad at Tuesday, April 24, 2012

Sebuah  kisah yang berkisarkan tentang sebuahkehidupan yang dialami oleh   Puan Raudzah Roslan (Roza Roslan), tentang jerih  perih yang sentiasa  tercatat dalam  diari kehidupannya, menjadi sebuah  kenangan  dalam mensyukuri  nikmat sebuah  kehidupan yang termaktub sejak  azali lagi. Cerita yang padat dengan pengajaran, bila membacanya seakan-akan aku juga berada ditempat  itu. Memang menarik. Sangat menarik. Penulis berjaya  menyelitkan unsur-unsur seakan  hidup dalam  tulisannya yang bersahaja,  tetapi penuh  tawaduk yang digarap begitu indah.



Pertama kali aku menatap  buku ni, covernya takdela  menarik perhatian aku.  Gabungan  warna  merah  dan  putih  yang  bagi  aku  takde beza  dengan  buku  lain. Content dalam buku  pun aku  tak  belek  time kat  kedai tu. Perasaan  aku  buku  ni  sama  saje  dengan  buku lain. Cerita motivasi yang  mendidik dan beradab. Meskipun  banyak knowledge  yang  terkandung,  bagi  aku buku lain pun  apa  kurangnya. Stereotaip   dan  tak  menarik  pandangan  untuk orang macam aku.  Tapi  kini baru  aku  sedar  maksud  pepatah  Inggeris,  ‘don’t  judge  book by  its  cover’.  Mungkin  Allah nak  tunjukkan kat  aku  melalui  buku ni  aku  dapat sesuatu  yang  ternilai,  yang  membuatkan  aku  rasa makin dekat padaNya. Bila   dah lama  kat kedai   itu,  aku  perasan  rakan lain sedang menunggu,  so aku just capai  buku  ni ke  kaunter bayaran. Nak  bagi  nampak sikit   yang ada buku yang  aku bawak  balik  nanti.  Dua jam kot  kat kedai tu, takkan tak beli  apa-apa.  Rugi pulak.

So, bila aku  balik, satu persatu aku belek setiap muka  surat dan bait-bait yang tertulis.  Sungguh indah  dan berseni.  Penulis  itu  menggarap 93 bab yang berlainan  situasi dalam  buku  itu  menggunakan tajuk yang  ringkas tapi  sangat  bersahaja.  Bermula  seawal  beliau  bersekolah  rendah  sehingga memasuki  alam universiti.  Betapa   tulus  pengorbanan seorang kakak  yang  sanggup mengorbankan dirinya demi adik-adiknya yang seramai  5  orang. Dan untuk pengetahuan,penulis ialah anak  kedua  dari tujuh beradik, tetapi kakak  beliau   yang sulung itu  jarang  disebut  kerana dia  melanjutkan   pelajaran  di  sekolah  berasrama  penuh  waktu  itu.  Mostly  ceritanya  hanya  berkisarkan  tentang  dia sendiri,  Tuty  dan  Ratna  (adik-adiknya),  ibu dan  bapanya,  dan  tak  terkecuali mak  wa,  nenek  yang penuh dengan  kasih sayang  dan  suka  berfalsafah  tentang kehidupan.

Apa pengajaran  yang aku dapat dalam buku setebal 271  muka  surat ni?

# Kisah   seorang   anak (penulis) yang terpaksa  hidup  berdikari  dan  melupakan  zaman  riangnya walaupun masih bersekolah rendah. Menggalas  tanggungjawab  yang besar  demi  keluarganya.  Melakukan  kerja  rumah yang pelbagai  seperti  membasuh  baju,  memasak bubur  nasi  sehingga separuh rentung untuk adik-adiknya yang  kelaparan  saat ibunya sedang sakit walaupun  waktu itu  beliau baru memasuki  sekolah  rendah. Sanggup  meredah paya  semata-mata mencari pucuk paku pakis untuk santapan tengahari. Membantu orang tuanya  dihujung minggu dikebun koko sehingga  tiada ruang untuknya  bersama  teman  lain. Pohon nyiur  gading menjadi saksi dia membisikkan cita-cita yang tulus untuk mengubah nasib keluarganya.

# Seawal usia 10 tahun sudah pandai memanjat pokok manggis dan mempelam untuk dijual ditepi jalan. Pernah suatu  ketika jatuh dari   pokok. Dia  jugak selalu memanjat pokok kelapa yang  tinggi  gile  semata-mata untuk mendapatkan santannya .  Budak  zaman sekrang ada  lagi ke sanggup panjat pokok kelapa macam  tu?  Perempuan  pulak  tu.

# Penulis  jarang mendapat kasih sayang dari seorang ayah yang  merupakan seorang guru  dan  suka  memukulnya tanpa sebab. Ayah  yang autokratik. Biasanya  kemarahan  bapanya itu diakhiri dengan libasan  tali pinggang.  Namun diakhir  bab ini  penulis berjaya membuang prasangka  buruk pembaca  akan  sikap bapanya itu. Nak  tahu macam mana?  Sila  baca di muka  surat   131,  136   dan  159.  (cewah,  ni memang nak  promote  nih  hahaha :P)

#Setiap doa yang dipohon pasti didengari. Aku terbaca  bab ‘pucuk paku’ yang mana time tu  ayah dan mak dia pergi ke kebun dan tak de satu pun  bahan  mentah di dapur yang boleh ditukar menjadi lauk. Adik-adiknya mula merengek kelaparan dan masa tu dia berdoa supaya tengahari itu dia dapat menikmati makanan bersama  adik-adiknya. Tak lama lepas tu dia dipelawa oleh jirannya untuk mengambil pucuk paku di tepi paya dalam keadaan hujan yang lebat. Bayangkan, hujan yang lebat. Apa  la kudrat seorang kanak-kanak yang masih tidak mengerti apa-apa itu. Tapi  demi kasihkan adik-adiknya dia sanggup meredah paya itu  semata-mata tidak mahu  membiarkan adik-adiknya kelaparan. Cerita dalam bab ni banyak kali membuatkan mata aku dimasuki habuk yang entah  dari mana datangnya.

#Hendak-hendak. Atau kahwin-kahwin. Penulis mengakui sewaktu kecil beliau ialah seorang budak yang comot, hitam  dan garang. Gara-gara  itu semua  kawan  lelakinya  tidak  mahu  bermain  kahwin-kahwin  dengannya sehingga beliau  rasa  tersisih. Dia  juga menceritakan sewaktu memanjat   dan memetik buah  mempelam untuk dijual,  ada seorang  budak lelaki lalu dikawasan tu dan dia terus menyembunyikan dirinya  dibalik pokok untuk mengelak dari  tiada lelaki  yang  enggan bermain  dengannya lagi. Esoknya  cerita itu  heboh dan samseng sekolah itu  terus mempersendakannya sehingga  memaksa penulis  itu  melayangkan flying kick dan tae  kwan  do  kat  samseng  tuh.  Kesannya, dia terpaksa menerima tiga libasan tali  pinggang  dari  ayahnya yang juga merupakan guru di  sekolah itu. See,  ayah  yang  autokratik.  Tapi hakikatnya penuh kasih sayang  yang tersembunyi.

#Kasih sayang  seorang  nenek  terhadap  cucunya. Mak wa,  nenek penulis sangat mengasihinya, selalu  membelanya  disaat  dia  dimarahi  bapanya dan suka  mengajarnya bermacam-macam. Membuat masakan  yang  pelbagai,   mengajarnya  membuat  kerja-kerja  yang zaman  sekarang  ni  aku  tak sure  ada  lagi  ke  tak yang buat.  Contohnya  membuat  bantal kekabu,  membuat  sira   ubi  kayu  yang  dijemur  terlebih dahulu  kemudian digoreng, masakan dari resepi  nenek moyang  yang  bagi aku  sangat  unik dan  banyak  lagi. Kisah Mak  Wa  banyak  kali disebut  dalam cerita  ni,  bermula  dari  awal   hinggan akhir  bab.

#Epal  yang diracik  tujuh.  Can you  imagine  that  sebiji  epal hijau diracik tujuh untuk diberi kepada tujuh orang anak?  Begitulah didikan yang  diberi oleh  ibu penulis yang cukup mengajar  mereka untuk membesar. Zaman sekarang ni kalau sorang makan pun belum tentu lagi lima biji epal  cukup untuk sekali makan.

#Aiskrim Malaysia yang dibuat dari bubur kacang. Penulis menceritakan yang beliau suka menjual aiskrim di sekolahnya  kerana  ayahnya selalu  terlupa memberikannya  duit  belanja  sekolah. Pada suatu hari beliau tertangkap oleh taukeh kantin dan hari itu 30 batang aiskrim itu cair begitu sahaja dan beliau terpaksa memujuk kawannya untuk mengambilnya secara percuma tetapi mereka enggan.  Dan kala itu beliau merasakan dirinya seorang penjenayah dan melalui situasi itu beliau melihat dirinya dalam keadaan masa kini. Ibu tunggal yang menjual kerepek di kaki lima. Lelaki tua yang menjaja keropok ikan meniti dari satu kereta ke kereta lain. Kanak-kanak yang berjualan kismis minda di merata-mata. Dia menyaksikan dirinya dalam diri mereka!

#Cerita tentang beliau dan dua orang adiknya yang menyewa disebuah rumah yang berdekatan dengan sekolah. Waktu itu beliau berada ditingkatan empat. Waktu itu juga beliau menjadi ‘beruk trojan’ gara-gara difitnah kononnya menjadi dalang  menyebarkan cerita yang bukan-bukan  tentang  bas yang  dinaikinya  setiap  hari. Demi kebenaran, semua itu  ditelan  dan akhirnya  ia  berjaya dibuktikan.

#Sikap pilih kasih  sekolah  Inggeris  terhadap  pelajar  Melayu.  Penulis  yang  bersekolah  di  Canossian  Convent waktu  tingkatan  empat dinafikan  hak sebagai student  di situ.  Tapi  kerana satu persembahan  kelasnya  yang  mempersembahkan  dikir barat  dan  endang  dari Negeri  Sembilan, satu-satunya  persembahan  adat  Melayu  berbanding  persembahan  lain  yang  berbentuk  kebaratan,   perspektif  sekolah  itu  terhadap pelajar  Melayu  berubah  sama sekali.  Mereka yang  terbaik.  Itu satu  anugerah.

Dan banyak  lagi.  Setiap  93   bab  yang digarap penuh dengan  maknanya tersendiri   sehinggakan  aku sendiri seolah-olah dipukau  untuk  membaca  bab demi   bab tanpa  rasa   bosan.

Sebenarnya      kehidupan  penulis  ni  walaupun  susah  tapi  hakikatnya beliau  bukanlah dari keluarga  yang  miskin.  Bapanya  seorang  guru.  Begitu  juga dengan datuknya yang juga  merupakan seorang imam dan pegawai kerajaan di  zaman mudanya.  Tapi  sebab  ayahnya terlalu  sibuk  dengan  urusan  kerja  dan  kebun yang  diusahakannya, dan ibunya  yang terpaksa menolong  bapanya menguruskan kebun itu,  tanggungjawab menjaga  adik-adiknya  terpaksa diserahkan   dibahunya seorang.  Dan  beliau  mengakui yang kadang-kadang  beliau memberontak  akan sikap  orang  tuanya yang seolah-olah lepas  tangan  tapi  akhirnya  beliau  mengakui bahawa  pengalam  itulah  yang menjadikan  beliau seorang  yang  tabah,  gigih  dan tidak  mudah menyerah.  See, ada hikmah  kan?

 Pada  awal  cerita  tu pun  aku selalu  mempersoalkan  kenapa  ayah  dan ibunya  selalu  membiarkan  penulis  dan  adik-adiknya  membawa diri  sendiri  tanpa  ada  sesiapa  yang  menjaga. Namun di akhir bab itu aku  mula  mengerti tentang  sebab musabab  itu. Well,  itu untuk  kebaikan mereka jugak.

Aku sangat mengesyorkan  kat semua   untuk  membaca  buku ni.  Ni  adalah  antara  buku  terbaik yang  pernah  aku  baca seumur hidup  aku.  Setiap  malam  sebelum tidur  aku  akan  belek  setiap   bab dan reflek balik dengan  diri  aku.  Buku  yang  mengajar  aku  supaya  sentiasa  bermuhasabah.  Ia  berjaya mengusik perasaan  dan   naluri aku supaya  sentiasa mensyukuri nikmat yang  diberikan.  Ia  cukup mengajar  aku  untuk  lebih  menghargai  orang  lain  dan    menilai kembali  pengorbanan mereka.

p/s: sebenarnya buku ni  terpaksa dibahagikan  kepada dua  jilid kerana terlalu panjang.  Jilid  yang  satu lagi  tu  aku belum  berpeluang nak  survey  kat  kedai lagi. Hope suatu hari  nanti aku akan jumpa ngan  buku  tu.  Mesti lagi best ^___^




2 criticisms:

P U C A T said...

aduh..panjang benau entry die..hehe

faie mohamad said...

hahahaha:)

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea