Thursday 31 January 2013

You are Most Merciful

currently written by faie mohamad at Thursday, January 31, 2013 12 criticisms

:: Let's pray to Him may we are not among His servants who commit sins to Him. Even if our life much shrouded in sin against Him, do pray may He forgive and accept our repentance. Give thanks because He still loves us and never ignore us.

O Allah, do accept our taubat :'(

Wednesday 30 January 2013

final exam result

currently written by faie mohamad at Wednesday, January 30, 2013 5 criticisms
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Malam tadi bukak fb dalam pukul 12 malam lebih tiba2 terperasan status kawan2 UIA yang duk ucap syukur Alhamdulillah la, rasa happy la, rasa terkilan, duk ucap tahniah la,  macam2 lagi la. Mula2 heran jugak apasal ngan diorang ni. But then baru teringat, omaigod pukul 12 mlm tadi result exam dah keluar! How come aku boleh jadi tersangat pelupa and careless nih. Asyik shopping je memanjang kat Johor ni sampai tak sedar malam tadi dah 30hb.. Hahaha... Tapi okay jugak.. at least aku takde la rasa neves memanjang or risau yang teramat pasal result satu killing paper nih.. Hihi ada jugak hikmahya.



Then bila je nak login web IIUM, terserlah keannoyingnya disitu. Banyak kali try masuk tak dapat2. Terpaksa refresh berjuta2 kali. Setiap kali masukkan matrix number and pin number kat situ, tiap kali tu la debarannya tak hilang. Eh sejak bila pulak aku ni ada feeling macam nih? 

So aku dah fed up dengan server tuh and close that tab. Esok pulak baru nak check.. Nak warm up dulu rasa nervous tuh.. hehe. Then kawan aku suggest bukak server yang satu lagi yang mana lebih ringan and cepat sikit loading. Aku pun cepat2 bukak.. Dup dap dup dap.. Then bila terpampang result, syukur Alhamdulillah.. lebih dari expectation aku. Memandangkan banyak subjek killer sem lepas and lecturer kami mula strict dalam pemarkahan, aku tak letakkan harapan yang tinggi. Tapi syukur bila check akhirnya ia jauh dari apa yang aku jangkakan. Terima kasih pensyarah2 ku tersayang!

Kalau tengok result tu, ada harapan utk aku dpt Dean List. Syarat minima Dean List tu mesti lebih dari pointer 3.5. Tapi sedihnya  aku takde dalam kategori tuh. Tahu tak kenapa? Sebab subjek aku tak cukup 15 credit hour. Sem tu aku just ambik 12.5 credit hour je sebab nak balancekan subjek dengan sem depan lagi satu. Tu la masa awal2 dulu gatal sangat nak ambik banyak2.. Sekarang ni... haaaa amekaw!! Terkilan jugak tapi cepat2 aku pujuk hati aku, Dean List is nothing kalau kita tak practice apa yang kita belajar. It's just a number that indicates to others that we are achievable from outer, tapi dalamannya hanya kita sahaja yang mampu buktikan, whether we are capable or not. Dapat Dean List setiap sem pun tapi kalau praktikal hancuss tak kemana jugak kan (sedang berkata didepan cermin sambil pujuk hati dan ketuk2 kepala).

Lagipun dulu aku jugak yang cakap kan, pointer hanya sebuah nombor... Yang penting kita dapat apply apa yang kita belajar. Pointer tu hanya nilai luaran yang menjadi kayu ukur tapi tidak mampu menilai seratus peratus hasil kerja seseorang itu melainkan dia berjaya membuktikannya menerusi alam pekerjaan. Betol tak? :)



Till then...

Wassalam.

p/s: Mode: Tak puas lagi spend masa kt Johor nih.. Nak jadi babysitter puas2 dulu = P




Friday 25 January 2013

kalau nak jadikan robot, maka jadilah ia...

currently written by faie mohamad at Friday, January 25, 2013 4 criticisms
Asssalamualaikum dan salam sejahtera...

Beberapa bulan lepas, masa aku tengah praktikum di sebuah sekolah di area KL,

(perbualan antara pengetua dan penolong kanan 1- dua2 perempuan)

PK: Macam mana ni Datin, pelajar A ni dah banyak buat masalah kat sekolah kita.  Ponteng la, mencuri la, hisap rokok la... Nanti kang tak pasal2 imej sekolah kita tercemar..Kita jugak yg susah nanti.

Pengetua: Alaa.. apa yang susah.. kita buang je anak firaun ni, daripada duk burukkan nama sekolah kita, duk hancurkan gred SPM tahun ni, lebih baik kita buang je terus.

PK: Habis macam mana nasib dia? Kalau kita buang kang, makin rosakla jadinya, duk merayau tak tentu hala.. makin gangster la jadinya..

Pengetua: Tu nasib dia la.. janji imej sekolah kita tak terjejas. Sekarang ni yang penting imej kita... imej kita... ingat tu.

Gulp. Melopong aku dan kawan aku kat sebelah aku ni dengar butir2 percakapan diorang kat bilik pengetua ni. Memandangkan aku dan kawan aku baru je nak present tentang proposal program untuk student form 5 depan diorang, diorang pulak duk buat gosip macam ni depan kami, apa lagi kami pun curi2 dengar la. Lagi dahsyat bila sang pengetua tu panggil budak tu 'anak firaun'. Erkkk~

Masih terngiang2 di kepala otak aku tentang istilah 'anak firaun' yang ditimbulkan oleh seorang penceramah sempena Israk Mikraj.

'Pelajar2 sekarang ni ramai yang jadi 'anak firaun'. Tahu tak kenapa? Ingat lagi kan kisah Masyitah dulu? Bila  sikat yang digunakan olehnya terjatuh, terus dia menyebut nama Allah menggantikan nama Firaun. Apa lagi anak perempuan Firaun itu terus melaporkan hal itu kepada ayahandanya, Firaun tentang Masyitah. Apa lagi mengamuk la si Firaun tu. Dibunuhnya Masyitah dan keluarganya sehingga mereka syahid. Jadi kat sini kita boleh tengok, pelajar2 sekarang ni pantang cikgu denda sikit, marah je lelebih, cubit macam semut terus report kat ibu bapa masing2. Mana tak 'anak-firaun'nya?'

Hahahaha.. Satu dewan tiba2 meletus dengan ledakan ketawa oleh hadirin iaitu guru2 dan pelajar2.. Aku yang kononnya duk control ayu kat depan murid (cikgu kat duk depan masa perhimpunan) terus tergelak bagai nak rak. Memang kelakar. Sangat mendalam maksudnya. Memang benar apa yang di sampaikan olehnya tapi yang sedihnya bila pengetua di situ cuba menjadikan isu itu sebagai satu modal penting untuk dia menuding jari kekuasaannya kepada pelajar2 yang bermasalah.

Dua bulan atau lebih tepat lagi tujuh minggu berada di sekolah itu, aku dapat menyaksikan kembali gelagat2 individu yang dulu sangat aku sanjungi profesionnya. Seakan2 respek aku hilang sama sekali.  Kalau di sekolah dulu aku sebagai pelajar tapi di sini  tanggungjawab pendidik sedia tergalas di bahu. Seorang murabbi untuk pelajar yang inginkan ilmu. Jauh benar beza antara keduanya. Tanggungjawab dan amanah yang terpikul berlainan antara satu sama lain. Menjadi pelajar, aku hanya perlu fikirkan tentang pelajaran sahaja. Tentang hubungan dengan yang lain. Tanpa terbeban dengan masalah lain di sekolah. Tapi menjadi seorang guru, hampir segenap inci perlu di ambil kira dan difikirkan. Menjadi guru seakan-akan menjadi role model kepada pelajar. Andai guru yang khilaf, pelajar juga tak mustahil terkena tempias yang sama. Aku tidak mahu begitu. Biarlah sikap negatif itu disimpan jauh2, dibuang ke dalam semak ke, lautan Hindi ke, janji biarlah mereka tidak terikut2 dengan perangai buruk kita dan menjadikan kita alasan untuk mereka menjadi jahat.

Sadly apa yang aku saksikan ini benar2 menyentuh hati dan mengubah persepsi aku terhadap sekolah. Dari dulu lagi aku perasan sekolah sangat mementingkan akademik berbanding yang lain. Diulangi akademik! Hanya secebis ilmu kerohanian diterapkan kepada pelajar2. Kita di mindsetkan oleh sekolah bahawa belajar untuk masuk U. Untuk mendapat gred cemerlang dalam exam. Untuk mendapat kerja yang best2, sesuai dengan kelayakan. Sangat sedikit guru2 menerapkan kepada murid2 bahawa ilmu yang digali itu adalah untuk bekalan mereka dan amalan yang takkan terputus bekalan pahalanya sampai mati. Yang ada dalam fikiran mereka, 'A', 'A', 'A', dan 'A'!!! Apakah aku tersalah tafsir? Tidak sama sekali.

Zaman aku bersekolah dulu, kami selalu disogokkan dengan dakyah2 terkenal,



# 'belajar pandai2 nanti boleh masuk U, dapat kerja best..'

# 'kalau ilmu kita tinggi, mesti semua orang akan dengar cakap kita dan kita akan menjadi sangat berkuasa..'

# 'Dapat semua A dalam exam bermaksud orang tu memang cemerlang dalam hidupnya...'

# 'Kalau fail dan dapat gred 'F' or 'G', itu bermakna hidup kamu sudah sampai ke penghujungnya.. No excellence no life.'

Aku tak nafikan bahawa semua itu betul. Tapi kalau kita sebagai murabbi selalu menyogokkan mereka bahawa akademik adalah keutamaan tanpa perlu memikirkan hal lain, aku rasa ia jauh menyimpang dari kebenaran yang mutlak. Kenapa aku berkata begitu?

Bila pelajar ditakut2 kan dengan ilusi bahawa prestasi akademik adalah segala2 nya, for sure mereka akan;

-menjadi robot manusia yang diprogramkan hanya untuk belajar, belajar, belajar tanpa matlamat yang betul.

-berasa sangat kecewa bila mendapati bahawa result exam mereka tidak mencapai tahap piawaian yang diinginkan. Kesannya? Samada bunuh diri or kemurungan yang berpanjangan. Perubahan tingkah laku dari positif ke negatif.

-timbul rasa memperbandingkan diri dengan orang lain. Merasakan diri terlampau cerdik or bodoh yang teramat.

-Berbangga dengan kecemerlangan diri dan mula memperkecilkan orang lain. Rasa diri segala-galanya betul dan sempurna.

-selalu berasa stress yang melampau setiap kali exam. Kadangkala ia bukan disebabkan keinginan diri tapi lebih kepada keinginan ibu bapa. Takut andai mereka kecewa andai result rendah. Erkk~


Jugak masih ku ingat di sekolah tersebut yang pengetua di situ sangat memaksa para guru di situ supaya menekankan prestasi akademik kepada anak murid mereka. Setiap kali mesyurat, konfem ada nama2 pelajar bermasalh akademik dilistkan dan dijadikan isu. Siap mengutuk lagi. Well, bagi aku akademik tu penting. Sapa kata tak penting. Tapi kalau kita sebagai orang tua terlalu menekan mereka dan melihat mereka sebagai komputer yang perlu diprogramkan untuk terima segala bagai ilmu tanpa memikirkan tentang kehidupan mereka, macam mana life mereka kat rumah, mereka ni solat ke tak, etc.. aku rasa ia sangat2 useless.

Aku sangat takut andai aku jugak buat benda yang sama kat anak2 aku nanti. Sudahla sekolah sekarang ni terlalu stresskan benda macam ni, kalau kat rumah pun ibu bapa duk asyik memaksa dan menghukum, macam mana psikologi anak itu? Makin baik atau makin memburuk? Kita dulu, suka sangat ke kalau selalu ditekan dengan prestasi akademik dan dibandingkan dengan anak orang lain? Harap sangat biarlah aku tidak menjadi parent macam ni. Tak cerdik sangat pun tak pe, janji cukup ilmu agama, janji jadi anak yang soleh dan solehah. Memaksa dan terlalu mengharap anak2 cemerlang dalam pelajaran sama sekali tidak membantu bahkan makin memburukkan keadaan.

Kalau mereka tidak pandai dalam akademik, pasti mereka berkebolehan dalam sesuatu skill. Allah takkan menciptakan sesuatu itu sia-sia bukan?

Ilmu yang dicari bukan untuk kepentingan duniawi sahaja tetapi sebagai jalan untuk menghubungkan kita dengan Pencipta. Untuk membuatkan kita lebih mengenali siapa Tuhan kita, untuk membuatkan kita sentiasa bersyukur dalam setiap pemberiannya. Menjadikan kita hambaNya yang zuhud dan tawaduk. Bukan untuk membuatkan kita makin jauh dariNya. Ini tidak.. makin pandai makin jauh dari masjid, makin takde masa nak solat, mengaji, pergi haji etc. Hummm.

Till then,

Wassalam

p/s: belajar bukan untuk menjadi pandai dan mencari siapa yang terbaik, tetapi menjadi cahaya dalam diri seseorang. Bukan untuk mendapat gaji yang tinggi dari orang lain or menjadi yang berkuasa antara yang berkuasa tetapi untuk menonjolkan identiti sebagai muslim sejati serta menaikkan taraf umat Islam seperti yang dilakukan oleh scholars terdahulu. Semoga kita belajar menuntut ilmu adalah keranaNya...



Thursday 24 January 2013

wahai seorang kekasih

currently written by faie mohamad at Thursday, January 24, 2013 4 criticisms





                                                         




Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui


Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis ku tak berair mata

Namun hati tetap gembira 
Syafaatmu menanti disana

Sungguh tabahnya hatimu
Menanggung derita yang melanda
Biarpun perit pedih tersiksa
Kerana umat kau tempuhi jua

Wahai rasul kaulah segalanya
Contoh terbaik umat akhir zaman
Akhlakmu tinggi kan kami jejaki
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi

Wahai rasul kami merindui
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
Manis senyumanmu penawar hiba
Dihati kami kaulah segalanya

*
Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis ku tak berair mata

Namun hati tetap gembira 
Diakhirat kita dah bersua..


p/s: Salam Maulidur Rasul wahai nabiku yang tercinta. Cahaya yang engkau bawakan kepada kami masih lagi bersinar seolah2 baru semalam kau pergi. Doa dan harapan yang mampu aku berikan dan semoga kita mendapat syafaat dari Baginda di akhirat sana. Seriously dengar lagu ni aku rasa sedih gile.. Terbayang2 betapa deritanya Baginda menyebarkan dakwah kepada manusia tetapi ada yg sanggup membalasnya dengan cacian, makian, lontaran batu dan najis. Betapa tabahnya baginda menyebarkan kebenaran kepada umatnya. Ya Allah, ampunilah dosa kami. Rahmatilah kami dan bersihkanlah noda2 dalam hati kami. Moga kami mati dalam keadaan bersih dengan kalimah syahadah yang mulia dan mati dalam husnul khatimah.. Ameen~

Wednesday 23 January 2013

Judgment

currently written by faie mohamad at Wednesday, January 23, 2013 2 criticisms
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dah masuk empat hari aku bercuti untuk semester ini. And next week, omaigod cuti sem bakal berakhir. Awat cuti kejap sangat? Nak bermalas-malasan kat rumah pun tak sempat, nak naikkan berat badan pun lagi payah, nak buat itu ini semuanya masa terhad. Since cuti ini teramat singkat (lebih kurang dua minggu jew), aku plan dengan mummy aku untuk melawat kakak2 di Johor sana.

It's a beautiful life that I ever experience for today and next day. Lepas je tamat FSP, Sabtu malam tu aku balik kampung di Terengganu and malam seterusnya, tanpa jarak even sehari terus aku bertolak ke Johor pulak. Kuala Lumpur-Terengganu, Terengganu-Johor Bahru. Omaigod, hanya Tuhan je yang tahu betapa penatnya aku. Tak cukup tidur, tak cukup rehat, muka dah sembap semacam gara2 dua malam berturut2 naik bas melalui perjalanan jauh (nasib baik tak muntah) and today, I become a babysitter to my niece and nephew, Darwisy and Qiesya.


Ni la Qiesya.. Hehehe.. Miss her damn much! Terubat jugak rindu aku pada dia nih. Jaga dia sepanjang mummy and abi dia ke tempat kerja. Mandikan dia, bagi dia susu, suapkan dia bubur nasi, tidurkan dia, geletek dia sampai mengekek2 ketawa... oh sweeettt banget!

Alhamdulillah setelah sekian lama aku diselubungi misteri  stress yang agak menstresskan (ada ke ayat macam ni), akhirnya hari ini penawarnya dijumpai depan mata. Penyejuk jiwa dan pengubat hati yang duka. Kalau sebelum ini hanya Dia sahaja yang tahu betapa rapuhya hati ini dalam mendatangi hari-hari seterusnya dan tekanan bertalu2 dari pelbagai pihak yang sentiasa memandang kesempurnaan. Mood swing. Encountering it is as if you see a thunderstorm in front of you. Bila-bila masa sahaja boleh meluru ke arah kamu. Tanpa sebarang isyarat khusus. Lain orang lain pendekatannya. Mungkin sesetengah orang memandangnya secara enteng dan sebelah mata. Pandangan dari sudut positif juga menjadi faktor keseimbangan mood. Tapi bagi aku, untuk mendapat mood yang ideal, perlu ada satu insiden atau event penting dalam hidup aku yang secara tidak langsung mampu memusnahkan virus2 jahat yang sentiasa membuatkan aku dalam depression. Contohnya? Ermmm

Aku terlalu ingin membetulkan auta bahawa kaunselor itu seorang yang sempurna. Kalau dah namanya manusia, whether he or she is an ustaz, motivator, doctor, lawyer or  even a counselor, it's not a ticket for them to be seen as a perfect being. They are just a human being that are equipped with so much imperfection in themselves. Whether they like it or not, they must have it!

Disebabkan itu bila ada yang menegur aku yang aku ni jenis agak sombong, aku hanya akan menjawab,

'Mungkin pandangan kamu hanya pada itu. Kamu perlu melihatnya dengan mata hati, tetapi bukan mata kasar kamu'.

Nonjudgmental and unconditional positive regard. Satu daripada prinsip yang perlu kami bakal kaunselor pegang untuk klien mahupun semua orang. Di sekolah juga begitu. Sewaktu aku menjadi kaunselor praktikum tahun lepas, melihat situasi dan gelagat pelajar yang pelbagai latar belakang dan karakter kadang2 membuatkan kita selaku guru senang men'judge' student and guru2 lain dengan bermacam2 telahan dan persepsi.

Tengok student pakai selekeh dan nampak gangster, 'oh, dia ni memang jenis tak makan saman. Anak orang miskin nih'.

Bila tengok student lemah lembut je, 'oh dia ni sopan santun mengalahkan perempuan melayu terakhir.. mesti dia ni lemah lembut, innocent, takde dosa..' walhal hakikatnya...

Then bila lihat ada student yang low academic achievement, satu jawapan akan bermain-main di fikiran, 'dia ni mesti jenis malas study kat rumah.. bla bla bla'

And bila tengok ada student yang susah nak tegur orang dan beriak sombong, 'dia ni mesti sombong and susah nak dekat...', padahal dia sangat peramah dan suka membuatkan orang ketawa dengan telatahnya.

First impression itu memang penting, tapi kadangkala ia tergelincir dari hakikat yang kita bayangkan selama ini. Mungkin ia dibatasi dengan ilusi yang membatasinya dari menonjolkan dirinya yang sebenar dan seterusnya membuatkan dirinya sentiasa kecil di mata orang lain.  

Pandangan mata memang selalu menipu. Hakikat yang ada memang selalu tertutup dengan hijab yang dikaburi dengan pandangan jiwa yang sering melihat orang berbuat salah padahal diri sendiri yang khilaf. Fix your fault first before you find others' 

Teringat kata2 seorang teman rapat sewaktu aku masih berkawan dengannya,

'Nak tahu tak, dulu masa kita first time jumpa, saya ingatkan awak ni jenis sombong. Susah orang nak dekat.  Muka asyik serius semacam je..'

'Dah tu sekarang ni saya macam tu jugak ke?' Aku bertanya.

'Takla... ia jauh tersasar dari apa yang saya fikir. Memang dah stail awak kot macam ni.. hahahaha' (sempat lagi gelak.. cehh).

Moralnya, nak kenal seseorang tu, jangan kenal pada first impression kita padanya. Telusuri hatinya, berkawan dengannya and you will find who he or she is. Quote 'don't judge book by its cover' maybe ada betulnya kan?

Till then...

p/s: Kebelakangan ni aku perasan setiap kali aku publish entri terutamanya entri bulan Januari, mesti dalam keadaan tergesa-gesa with non-edited. Hahaha nasibla kalau isi aku lari tanpa ada sedikit pun kesinambungan dari tajuk entri. Nak cepat punya pasal. Busy la kunun.. Ceh

Saturday 19 January 2013

finished!

currently written by faie mohamad at Saturday, January 19, 2013 6 criticisms
Asssalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah.. Finishing School Program tamat sudaa. Akhirnya kami berjaya menarik nafas lega, lepas semua experiences, event, thought, incidents happened to us. Sangat menguji kesabaran yang semakin menipis. Sangat membuatkan aku berada dalam stress yang agak tinggi but Alhamdulillah, akhirnya ia berbaloi.

Dinner


Too many slots during this event.. Stress management, financial management, dining etiquette, introducing oneself, grooming, IT, art therapy, play therapy, movie and popcorn, macam2 lagi la.. Tiring but meaningful. Could see participants yang seramai 61 nampak seronok walaupun keletihan. Ada jugak cupcake decoration. Kelakarnya ada sorang participant bagi cupcake yang siap buat untuk aku. Motif? Wallahualam.

We're in red :)

Hihi ramai tak ramai tak? Campur commitees 44 orang plus participants 61 orang, jadi la 100++.. Ada orang tanya, kenapa commitees ramai sangat? Actually ni program subjek kelas. Classmate aku campur junior ada dalam 4 5 orang tu yang jadi ramai tu. 


Art therapy session. Bestnye sume pakat jadi budaks again. Main water color, guna brush, palette, kertas mahjong. Marvellous!



Talk by Dr A. Sher Kawi on 3rd day. Seriously kelakar gila.. Memandangkan dia speaker dalam Grooming and Image, dia suruh semua lelaki berdiri kat depan and kritik sorang2.. Still teringat ayat dia ni kat seorang participant yang agak tak cukup inci, 'yang rendah kita tinggi2 kan'.. Semua tergelak termasuk aku yang berada di barisan belakang.. Hihi

commitees


Lucky draw during dinner.. Nampak tak budak panjang jubah hijau kat belakang tu? Aku la tu.. hahaha


buddy aka roomate aka classmate 


Kawan aku cakap aku macam zoro.. Lantak la zoro ke zero ke.. hihi

masquerade and misterious theme

girlfriends

Behind the major experiences that we ever had, there are also big major other things that we learn for today. Apa2 pengalaman yang kami dapat waktu program ini berlangsung sesungguhnya membawa sejuta erti dan harapan. Quarrel, different mind perception, crying, etc semuanya ada. Tapi yang membuatkan kami belajar dari smua ini, nobody is perfect. Walaupun hati ada tercalit duka dan sedih akibat kerenah pelbagai pihak, itu yang membuatkan kami kuat. Whatever it is, all these things really made our day. Big lessons that we learnt from here already gave us so many things unrevealed. 

Till then.. 

Wassalam 











Sunday 13 January 2013

kehidupan

currently written by faie mohamad at Sunday, January 13, 2013 4 criticisms
Asssalamualaikum dan salam sejahtera...



Alhamdulillah... 10hb lepas berakhirnya final exam aku yang super mencabar... Mencabar minda dan keupayaan.. Meningkatkan hormon stress dan juga tawakal. Agak terkilan sebab soalan MCQ nya sudah tahap gaban. Definition of terms yang tak pernah dengar tiba2 keluar. Sudahnya reka sendiri la jawabnya. Sampai keluar status kat FB aku macam nih...

  


Hehehe.. nampak tak dialog aku dengan kawan aku nih? Kawan time sekolah menengah yang super sengal dan 'sumak'. Sumak tu ape? Sumak tu sengal la.. Bahasa pantai timur... hehe.. But yes, dia sangat kelakar dan suka kutuk aku. But of course la kutukan tu buat aku tak terasa hati langsung pun. Sebab lagi banyak dia kutuk aku, lagi banyak aku kutuk die.. Kami sama2 jenis gila2.. Walaupun ramai yang cakap aku agak sombong masa first jumpa... Persepsi manusia, nak buat cemano.. But yup.. Already missed her right now. Oh yes, fyi, dia ni bakal doctor tau. Study Medic kat USIM and now final year student. Biasanya orang cakap Medic student ni nerd la, skema la.. But dia berjaya meroboh persepsi orang terhadap profession ni.. Yes, she's sangat gila2.. And already taken! *still tak tahu apa motif aku cakap benda nih~

Tapi syukur segalanya tentang exam sudah setel. Tunggu nak check result je. Stress memang stress, but try to think positive, ada rezeki ada la tu. 

Orang kata, kalau dah abih exam tu... heavenn!! Dah boleh angkat beg balik kampung, tengok movie puas2, baca novel, buat itu buat ini... But sadly, sem ni aku tak boleh rasa semua tuh. Me and my classmates. We need to conduct a program outside UIA... 4 hari 3 malam pulak tu.. 

Finishing School Program 3 is waiting for us. Terpaksa pulun habis-habisan settlekan apa yang patut within this week.. Huk3 bayangkan dalam duk bergelut dengan final exam kena settlekan pelbagai task. Nasib baik aku just jadi subcomm Special Task je. But kejenye tetap bertimbun. Hari2 kena usya kedai Waqec untuk dapatkan barang2 like files holder, kertas la, template sijils la, tags la, printing itu ini... Tapi jauh disudut hati nurani jiwa raga aku, terselit jugak rasa seronok even penatnya macam naik Gunung Kinabalu. Hari2 ulang alik ke tempat sama sampai diorang pun dah familiar dah ngan kitaorang.

Then hari ni ada peristiwa yang kelakar ada, geram pun hado. Semalam kami diberitahu hari ni ada meeting pukul 9. Pastu malam tadi memang aku tak leh tido sebab duk terbayang2 kisah seram yang kawan aku cerita masa dia pergi toilet 2 pagi. Dia cakap ada lembaga hitam duk selongkar plastik2 sampai bising satu blok. Tapi peliknya aku takde dengar apa-apa pun. Paling scary, lembaga tu betul2 bawah level aku.. Tu yang buat aku jadi insomnia sepanjang malam. Pukul 4 pagi baru tido. Then after subuh aku tidur skejap because of mengantukness yang teramat sangat. Pukul 8 pagi headcomm aku call cakap meeting kami ditunda pukul 2 ptg. Ape lagi, aku yang dah bersiap nak mandi terus tarik balik selimut.

Tiba2 pukul 10 pagi, our head comm call kami, tanya mana nya wakil Special Task nih? Aku jawab eh bukan ke meeting pukul 2? Siasat punya siasat rupanya s/u kami tersilap forward mesej pagi tadi. Haih, tak pasal2 bila sampai sana dapat jelingan 'manja' dari mereka2 nih. 

Tapi biasala tu.. LUMRAH kan..





Important point that I have to ponder... need to energize my mind and keep it healthy and strong.. creative and imaginative.. Waktu sibuk waktu yang orang rasa sangat down.. Tapi jugak waktu untuk waktu menadah doa dan harapan.  Doa yang tak putus2 yang tersalur jauh disudut hati paling dalam. Hanya Allah mengetahui segala.

Waktu lapang. Tak mampu dibayar walau dengan apa jua sekalipun. Waktu sibuk yang tak lekang mendatangi. Harga yang perlu dibayar untuk mencipta sebuah memori terindah.

"Ada 2 jenis nikmat yang dilupakan oleh  kebanyakan manusia,iaitu kesihatan dan masa lapang"
(riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)


Dear FSP, welcome to my memory of life!

#Sometimes kita perlu berpura2 untuk jaga hati orang. Walau dah sakit macam mana sekalipun, perlu katakan pada diri sendiri, dia ada kuasa. Dia mampu lakukan segala-galanya. Kita hanya mampu menyerah dan menerima. Pasrah. Tiada dalam kamus hidup aku actually, tapi kadang kala perlu.


p/s: need to be strong and just pedulikan segala makian orang. Need to have 'hati kering' lepas ni..:)




Sunday 6 January 2013

Pilihan di tanganmu

currently written by faie mohamad at Sunday, January 06, 2013 6 criticisms
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Malam2 macam ni jari memang pantas menaip. Tanpa perlu berfikir dengan laju, tangan pantas bekerja di depan laptop menari2 di keyboard menulis bait perkataan yang diinginkan. Malam yang indah. Tanpa sebarang gangguan dan ancaman seperti di luar sana. Tanpa hilaian ketawa mereka yang membuat bising di bilik study. Tu pun lepas di 'sound' dan diberi ancaman yg suara mereka sama dgn suara langsuir. Sentap barangkali.  Tapi cara yang berkesan. Tiada lagi suara yg mengilai jam 2 pagi di blok ni. Tahu pun takut korang ye. Okay sekarang ni aku tergelak dan sedang ketawa sopan dalam hati bila ingat balik insiden tu. Pasti merah padan muka mereka baca surat layang yang tidak diundang yang tertampal di depan pintu bilik study itu.

Momen menjelang final exam ni memang mencabar. Lambakan assignment yang tersedia di depan menanti untuk di taip. Program yang bakal menyusul pertengahan bulan ini di Genting Highlands. Tuntutan seorang adik dan jugak seorang anak yang sanggup melupakan kepenatan berkejar pula ke Johor melawat kakak2 di sana atas permintaan seorang ibu harusss ditunaikan. Diri ini juga sangat merindui gelak tawa dan tangisan anak saudara yang sangat keletah dan dirindui saban malam. Berperang dengan perasaan sendiri dan dilema seorang sahabat dalam memulihkan sebuah ikatan. Aku berada di dua persimpangan. Mengiyakan atau menyuruhnya menolak. Keduanya berisiko tinggi. Namun aku lebih menyuruhnya menolak.

Insiden lama terimbau kembali. Teringat dulu betapa setianya dia dalam sebuah perhubungan. Bersumpah sehidup semati. Andai antara mereka pergi dulu, sanggup membujang sehingga tua. Namun kini janji tak mampu ditepati. Janji tinggal janji. Yang ada cuma sebuah mimpi. Mimpi ngeri!

Sejenak aku berfikir, andai seorang lelaki pun mampu rapuh jiwanya kerana seorang perempuan, inikan pula seorang perempuan yang ternyata memang fragile dan lembut jiwa didalamnya. Meskipun luarannya mungkin terselit kekasaran, kelembutannya pasti terserlah melalui tutur kata mahupun perbuatannya. Itulah wanita. Diciptakan dengan sifat penyayang atau 'rahim', yg mana rahim itu lah membawa satu nyawa ke dunia.

Cinta memang memerlukan sebuah pengorbanan!

Andai dia tidak mahu lagi meneruskan satu perhubungan, mengapa masih mengharap agar dia kembali? Mahu luka lama berdarah kembalikah? Mahu kepahitan itu makin bernanah kah? Mengapa mengharap pada dia yang tidak sudi?

Pilihan memang di tanganmu! Andai kamu memilih untuk terseksa, teruskan. Andai memilih untuk lebih sakit buat kali kedua, silakan terima dia kembali. Tapi jangan sekali-kali menyesal.

Jika kamu pilihan dia dari dulu lagi, dia pasti tidak akan memilih yang lain. Tidak akan sekali-kali melirikkan pandangan pada yang lain dan menadah cinta pada insan lain. Bahkan tidak akan menjadikan kamu sebagai 'ubat' untuk dia menahan sakit buat seketika dan terus meninggalkan kamu selepas sakitnya menghilang.

Andai dia memilihmu kerana rupa, pasti suatu hari nanti jika dia bertemu dengan seseorang yang lebih elok rupa parasnya, dia akan meninggalkan kamu terkontang-kanting. Tanpa sebarang kata.

Andai dia memilihmu kerana harta, dia pasti akan meninggalkanmu jika dia bertemu dengan insan yang lebih kaya darimu.

Andai dia memilihmu kerana ilmu, pasti dia akan meninggalkanmu jika dia bertemu dengan orang yang lebih berintelek darimu.

Andai dia memilihmu kerana agamamu, kerana dirimu yang sebenar, dia tidak akan berpaling kepada yang lain. Pasti dia akan menjadikan kamu insan paling dekat dengannya. Tanpa ragu. Tanpa jemu atau bosan mendengar setiap bait kata yang keluar dari bibirmu. Tega bersama denganmu walau diuji dengan maki atau cela. Mampu menjadi ibu/ayah untuk anak-anakmu. Paling penting, mampu membuatkan kamu bersama-samanya di syurga.

Masih ada kah insan itu zaman ini?



Masih ku ingat satu pujukan dari Dia melalui surat cintaNya yang tiada tolok tandingannya.

'Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. (surah an-nur:26)


Terfikir sejenak... baikkah kita untuk menerima pasangan yang baik? Jahatkah kita untuk mendapat pasangan yang jahat? Layakkah kita untuk mendapat dia yang patuh kepada segala perintahNya? Atau layakkah kita untuk mendapat dia yang selalu bermaksiat padaNya?

Sama2 bermuhasabah diri dan cuba koreksi diri. 

''Happiness is a feeling that resides in the heart.It is characterized by peace of mind, tranquility, a sense of well-being and a relaxed nature. Happiness depends on totally on degree of growth and development attained by the soul, the real person...''- Al-Farabi





Friday 4 January 2013

Jom belajar bahasa Mandarin #3

currently written by faie mohamad at Friday, January 04, 2013 10 criticisms
Asssalamualaikum dan salam sejahtera...

Harap masih belum terlambat untuk aku wish selamat tahun baru kat semua. Terkilan jugak coz awal Muharam dulu pun tak sempat publish entri pasal tahun baru dalam Islam. Moga2 tahun ni menjadi tahun pencetus semangat dan motivasi untuk kita melangkah lebih jauh. I mean, not only melangkah dalam ilmu duniawi but ukhrawi as well. Balancing the both and Insyaallah u'll be the luckiest creature in the universe. Ameen~

Lama rasa blog ni tak diupdate. Ni entri first untuk tahun ni (eleh mcm la tahun baru 8 bulan lepas). Disebabkan kemalasan nak update plus mood tak de nak update, blog ni dibiarkan sepi tanpa visitors. So sad. Maybe dah bersawang, but tonight I'll try to publish a new entry.



JOM BELAJAR MANDARIN #part 3 *haaa ni la entri pembuka tirai tahun baru..heeee (senyum sambil tutup mulut)

Since aku dah lama tak study subjek ni disebabkan exam dah sebulan berlalu, so aku dah jarang belek buku macam dulu. Tapi praktikalnya still on sampai sekarang. Formula yg aku gunakan senang saja, tampal words and sentences Mandarin kat setiap penjuru compartment bilik disamping notes2 kuliah yg lain. Very effective I see. Bangun je tidur tengok ayat2 tu then terus hafal sampai ingat. Try this at home k.. hehe

Okay la dah byk aku melalut ni. Untuk entri ni aku akan ringkaskan seringkas mungkin sebab tak nak bagi ade yg bosan (ada ke yg baca entri neh) or pening dengan words bagai. Kita mulakan dengan vocab simple dulu.


qing >   tolong/ please                                                                  

bangzhu >tolong/help

keyi > boleh                                                                        

zai  > lagi                                                                           

shuo  > cakap                                                                      


yi bian > sekali              


man > perlahan                                                                   

cha > teh

yingyu > B. Inggeris                                                            

riyu  >B. Jepun                                                                    

fayu  > B. Perancis                                                               

deyu > B. Jerman                                                                

dong > faham

neng > boleh

fanyi > translate

kuai > laju

xie > tulis                                                                               

zuo > duduk                                                                           

nar > disana                                                                            

houbian > belakang                                                                   

xi yan > merokok                                                          

zai > di

ting > berhenti

che > kenderaan

zher > disini

hanzi > Tulisan cina                                                              
yi bian > sekali              

man > perlahan                                                                 
cha > teh

yingyu > B. Inggeris                                                            
riyu  >B. Jepun                                                                    
fayu  > B. Perancis                                                               

deyu > B. Jerman                                                                
dong > faham

neng > boleh

fanyi > translate

kuai > laju

xie > tulis                                                                               

zuo > duduk                                                                           

nar > disana                                                                             

houbian > belakang                                                                   
xi yan > merokok                                                          

zai > di

ting > berhenti

che > kenderaan

zher > disini

hanzi > Tulisan cina 

wen > tanya                                                             

jin > datang

he >minum

Ada faham tak? Sabar2 kalau pening... Baca satu2, pastu try hafal dalam hati..Tengok dulu cth ayat ni, then lepas ni aku bagi formula macam mana nk ingat dengan lebih mudah.





  • Qing zai shuo yi bian
- Tolong cakap lagi sekali

  • Qing shuo man yi dianr
- Tolong cakap perlahan sikit

  • Qing bangzhu wo
-Tolonglah saya

  • Wo keyi xi yan ma?
-Boleh saya merokok?

  • Wo bu dong yingyu, ni keyi fanyi ma?
-Saya tak faham BI, boleh tak awak tolong terjemahkan?


Jom baca karangan pendek ni sama sambil menterjemahkan apa yg patut.. Hihi


Wo bu dong yingyu. Wang xiaojie dong yingyu, ta ye keyi shuo riyu, fayu, deyu, ta changchang bangzhu wo. Wo chang qing ta shuo man yi dianr. 


Gao xiansheng hen xihuan xi yan, Gao taitai hen bu gaoxing, ta chang shuo: 'zher bu keyi xi yan, nar ye bu keyi xi yan'. Gao taitai bu xi yan, ta he cha, he hao cha.

kalau ada term yg korang tak faham, boleh refer kat entri mandarin PART 1 dan PART 2 ok. Bukan apa, sampai sekarang aku tak leh translate betol2 sebab bila translate ayat2 ni tersangatlah KELAKAR. Kalau nak tahu, sila translate sendiri ye :)

Okay, berbalik pada camne nk bagi senang hafal term ni, just categorizekan ia mana yg patut. Contohnya,


Houbian --> belakang

Qianbian--> depan

Pangbian --> tepi

Dumian --> bertentangan


 Man --> perlahan

Kuai --> laju


Zher --> disini

Nar --> disana


Semoga bermanfaat.

Sekian sahaja untuk kali ni. Nak sambung study pulak. 8hb ni next paper aku.. Wish me luck yaa :)


p/s: Lagi sekali  nak habaq mai nih, nak copy ke, nak teh ke, nak paste ke, silakan.. Tak payah mintak permission. Ilmu Allah tu percuma, sebarkan selagi terdaya. tata~












 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea