Thursday, 30 May 2013

Cerita exam dan sebelah sayap

currently written by faie mohamad at Thursday, May 30, 2013
Assalamualaikum...

Alhamdulillah.... Selesai sudah final exam untuk sem ni. Sem terakhir aku berada di kampus sebelum memulakan internship di sekolah. Sem ni aku just ambik 2 paper je untuk final. 2 out of 4 papers. Macam2 perasaan ada sekarang ni. Sedih, gembira,  excited dan terharu bila teringat balik betapa penatnya untuk aku survive sepanjang berada disini. Bukan survive untuk subjek kuliah tapi dengan kerenah birokrasi pelbagai pihak. Turun naik ofis, deal secara baik dengan pihak atasan tapi last2 respon yang diterima agak negatif... Semuanya mengajar kami apa itu survival. Life is not such an easy thing. Indeed. What we want, we must go thoroughly to achieve it or else you would gain nothing, so-called meaningless!

Dalam hal begini, kebergantungan pada Allah jangan putus. Dia Maha Tahu. Dia mengerti betapa lelahnya kita semua dalam semua ini. Dia cuma mahu kita sabar dan kuat. Cuba untuk tidak putus harapan atas semua  ni. Ia adalah ujian. Ujian untuk menjadikan kita lebih dewasa. Lebih bersyukur dan selalu koreksi diri betapa kerdilnya kita. Yang hanya mampu mengharap dan berdoa, tapi di pengakhirannya hanya Dia yang mampu menentukan.

Selesai exam di Main Hall CAC. Sempat lagi tuh bergambar. Kenangan konon ;p

Tapi walau apa pun, syukur kerana ia semakin sampai ke penghujung. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa tak sabarnya aku nak habis cepat-cepat. Tak sabar menempuhi alam pekerjaan pulak. InsyaAllah kalau masa mengizinkan, teringin sangat nak sambung Master pulak. Tu saranan lecturer kami. Aku tahu terlalu banyak lagi perkara yang masih perlu belajar. Degree je tak cukup. Ia hanya permulaan utk kita melangkah ke perkara yang lebih besar. Selagi hayat masih bernafas, selagi itu lah pencarian ilmu takkan selesai. Tu antara jihad utama.

 Out of topic. Sebenarnya aku tersangat suka bila tengok video Mat Luthfi nih.Video Sebelah Sayap. Klik link disini. Niat nak upload je video tu kat sini tapi internet slow macam siput sedut pulak. You got my respect, Mat. Suka sangat tengok video2 beliau yang kelakar tapi penuh pengajaran tuh. Nak2 video beliau yang latest tuh. Yup, kita tak boleh nak judge seseorang tuh selagi kita tak berada di tempat dia. Jahat macam mana dia pun belum tentu dia seorang ahli neraka. Baik macam mana pun kita, belum tentu lagi kita seorang ahli syurga kalau kita tak mati dalam husnul khatimah. Masuknya syurga seseorang tuh bukan disebabkan seseorang itu mendapat banyak pahala tetapi atas keredhaan Allah padanya. Jangan menghukum. Tapi didik lah dia. Ngerti?

Antara babak2 best dalam Sebelah Sayap:






Seriously menyentuh jiwa. Bukan senang nak cari video macam ni kat Malaysia. Balik2 cerita jiwang yang entah apa-apa. Tapi video tu bagi aku best la. Cuma ending nya tu aku agak blur disitu. Tapi still menerapkan mesej tersembunyi. Good job, Mat Luthfi!

Selamat menonton ya. Sesungguhnya yang baik itu hanya datang dari Allah.

Till then.

''Jika agama gagal menawarkan harapan, ia bukan dari Tuhan''







12 criticisms:

zas said...

alaaaa rasa mcm suka matlutfi la..kahkah :D video dia semua ohsemm..

faie mohamad said...

kannn :D kelakar gila kalu tgk sume video2 dia tuh.. tp yg ni siyes sedih gile.. huhu

IMA SALSUZAIMA said...

xpe.bersusah sush dhulu. bersenng2 kemudin. pengakhirnya ada kemanisan menanti. :)

faie mohamad said...

insyaallah.. really hope so ;)

siti suraya said...

Wahh yeke? Saya ada 4 paper final lagi. Tsk tsk, lepas ni pergi praktikal plak. Semoga kejayaan menyebelahi kita kan? InsyaAllah :)

faie mohamad said...

same la sy pn internship jgk pas ni huhu.. Insyaallah ;)

Unknown said...

semoga dapat result yang gempak! intern kat mana? :) btw miss u

Unknown said...

salam..nice sgt2 video lutfi yg ni..smg mndpt result yg gembak ye dik..:-)


s..done follow...jom singgah + komen penulisan saya..komitmen anda amat sy hargai..;-)

http://nurnaa-irah.blogspot.com/2013/06/mencari-satu-noktah-part-3-ii.html

shar90 said...

klu vid dari dia nih... bile ending buat sye terpikir balik pgisian dlm scene dia... ^^
gud luck ye ^^

faie mohamad said...

@noor azreen: thanks mummy. miss you too! ke mana kamu menghilang..huhu.. miss your little Adriana as well :')

faie mohamad said...

@nur naairah: thanks sis.. Insyaallah i'll follow. thanks for that support :)

faie mohamad said...

@shar90: yup.. memang kita boleh nmpak impak die mcm mana.. seolah2 satu tamparan hebat pd sesape yg suka judge org lain :)

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea