Friday 20 July 2012

senyumlah!

currently written by faie mohamad at Friday, July 20, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Indahnya sebuah senyuman...



SENYUMLAH!

Kenapa entri ini aku menyuruh supaya senyum?

Kenapa aku tidak menyuruh akan perkara lain yang lebih besar isunya?

Kenapa hanya senyum?

Pernah dengar atau bukan word kuasa sebuah senyuman?

Pernah dengar atau tidak kerana sebuah senyuman mampu meleraikan suatu kekusutan yang melanda?

Kerana bernilainya sebuah senyuman dan kata2 yang penuh kasih sayang yang dihulurkan oleh Rasul Junjungan kita, Muhammad s.a.w, umatnya makin mencintai Islam dan peribadi baginda serta kasihkan akan pencipta mereka. Mereka tidak ragu-ragu akan Islam itu agama yang indah dan mesra kepada penganutnya.

Kerana sebuah senyuman, yang masam jadi manis, yang pahit jadi madu, yang kusam jadi berseri, dan yang terlerai kembali bercantum.

Kerana sebuah senyuman, yang suka menjadi cinta, yang jiwa kusut menjadi tenang, dan yang marah tiba-tiba menjadi cool.

Bukankah nabi sentiasa menyuruh kita agar tersenyum?

Senyum mampu merapatkan sebuah ukhuwah yang terbina. Bayangkan jika selama ini kita bermasam kita, hanya dengan secebis senyuman yang dilemparkan, jurang permusuhan itu seolah-olah tidak akan terlihat. Seorang sahabat yang sentiasa menghiburkan sahabatnya dan memberi senyuman dan kata-kata perangsang, perasaan tenang pasti akan membelenggu segenap dirinya.  Jika seorang suami yang baru pulang dari kerja dalam keadaan yang penat tidak terkira, dengan melihat sebuah senyuman dari isterinya dan menyambut kepulangannya dengan mesra, agak-agak kepenatan si suami itu terubat atau tidak? J

 Senyuman itu pasti dapat menyejukkan jiwa sekaligus dapat menenangkan hati yang kusut si suami. Betul tak?

Di sekolah, menyandang gelaran sebagai guru praktikum tenyata banyak lagi perkara yang aku perlu pelajari dan teladani dari pelajar dan guru, dan senyuman itu mampu menyelamatkan keadaan. Bayangkan dengan penuh debaran mengetuk pintu bilik pengetua sambil menghulurkan proposal program yang bakal dilaksanakan minggu depan, secebis senyuman yang terbit dari bibirnya langsung membuatkan rasa nervous kami hilang begitu sahaja. Pertama kali melapor diri sebagai guru praktikum di sekolah ini, melihat senyuman yang terukir di bibir guru penolong kanan menyambut kehadiran kami, terasa seolah-olah kami dihargai dan ia sungguh bererti. Begitu juga setiap kali bertembung dengan guru-guru di sekolah terbabit sambil menghulurkan senyuman, dan jika ia berbalas, kami akan rasa accepted and welcomed di sekolah itu,

Untuk menarik pelajar supaya datang ke bilik kaunseling bukan perkara mudah. Selain dari class relief yang berfungsi untuk mempromosikan kami sendiri dan bilik UBK terbabit, aku akan menggunakan pendekatan senyuman setiap kali bertembung dengan mana-mana pelajar. Setiap kali jumpa mereka, aku akan senyum. Sampai naik lenguh otot muka ni. Ye la aku ni bukannya guru disiplin sampai kena serius macam askar sepanjang masa. Walaupun time tu tengah bad mood dengan timbunan kerja dan perselisihan pendapat dengan orang lain, aku akan cuba untuk meramahkan diri dan bergaul dengan mereka sebelum mereka dengan rela hati datang berjumpa dengan aku dan guru-guru kaunselor yang lain. Senyum itu kan sedekah.

Ambik contoh macam ni. Ada seorang presiden PRS yang suka sangat lepak-lepak dan berbual dengan kami andai tiada sesi dengan mana-mana student. Suatu hari, budak lelaki ni bertanya aku.

‘cikgu, saya hairan lah dengan bilik ni sekarang. Kalau dulu liat benar student nak datang sini, sekarang ni saya tengok student makin ramai datang. Masa time cikgu praktikal datang sini pun takde ramai macam ni. Macam mana cikgu tarik student ni?’

Aku hanya tersenyum dan menjawab,

‘senyumlah, dan kamu pasti akan disukai mereka.’

Ringkas dan padat tapi penuh bermakna jawapan aku berikan. Dia hanya mengangguk setuju.

Walaupun sebelum ini aku dikenali sebagai orang yang agak susah memberi senyuman kepada orang lain, namun di sekolah ini aku harus mengubah sikap aku menjadi seorang yang friendly dan extrovert. Tapi tak de sampai over limit. Walaupun senyuman itu tidak semanis orang lain, tapi jika dilakukan dari sudut hati yang paling dalam, percayalah mereka akan melihat keihklasan yang terpancar disebalik senyuman yang dilemparkan. Cahayanya pasti akan menyinari setiap mereka yang melihatnya dengan mata hati.

Diriwayatkan oleh Jabir r.a:

''Sejak aku memeluk Islam, Rasulullah tidak pernah menghindarkan diri dariku. Dan dia tidak melihatku kecuali baginda pasti tersenyum melihatku.''

(Hadis Riwayat Bukhari Muslim)

Kenapa susah untuk senyum?

Senyumlah, dan kamu pasti akan berasa bahagia. Seisi dunia pasti akan menyayangimu. Dunia yang kontang pasti akan kembali berseri.

Senyumlah!

8 criticisms:

Rin Saharina said...

senyummmm :))

faie mohamad said...

=)

zakirulRahim said...

senyuuummm...peace

Unknown said...

Senyum ^_^

SN said...

senyumlah senyumlah ahai cik mek molek , eh eh hehe :D

faie mohamad said...

hehe.. senyum banyak2 :):):):)

o.O said...

slmat berpuasa.. cntik blog ni.. da follow da.. =) jemput join segmen http://jalanjatuhdanbangun.blogspot.com/2012/07/segmen-by-i-love-sleep-cerita-disebalik.html

Cendol said...

sengih =D

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea