Tuesday 24 July 2012

Checklist untuk Ramadhan

currently written by faie mohamad at Tuesday, July 24, 2012

Assalamualaikum dan  salam sejahtera…

Harap masih lagi belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada umat Islam di seluruh dunia, khususnya di negara tercinta ini. Bersyukurnya jadi rakyat Malaysia yang tak pernah kenal erti kebuluran dan kehausan berpanjangan dek kekurangan makanan, malahan berlebihan lagi. Kalau nak dibandingkan dengan negara-negara nun disana, di benua Afrika contohnya, alahai tak sanggup rasanya nak tengok gambar diorang lama-lama. Sangat menyedihkan. Bayangkan jika mereka adalah dari kalangan family kita sendiri. Tegakah kita melihat mereka yang hanya tinggal rangka dan tulang je? Semoga penderitaan mereka dibalas dengan kenikmatan yang tidak terkira indahnya di akhirat kelak.

Okay, bercerita pasal bulan Ramadhan al-mubarak wal karim ni, baru-baru ni aku ada menerima checklist ibadah yang dilakukan sepanjang bulan tersebut. Ni cheklistnya.



See, confirm tak nampak kan? Hehe. Meh aku list down kat kesemua 27 senarai ibadah yang wajib/harus/sunat/afdal dilakukan.

ü  Solat subuh berjemaah
ü  Solat zohor berjemaah
ü  Solat asar berjemaah
ü  Solat maghrib  berjemaah
ü  Solat isyak  berjemaah
ü  Solat sunat rawatib
ü  Solat sunat  dhuha
ü  Qiamullail/tahajud
ü  Solat sunat   taubat
ü  Solat sunat witir
ü  Tilawah AQ (I juzu’)
ü  Tadabbur AQ
ü  Hafalan hadith
ü  Baca al- Mulk  malam
ü  Al-mathurat (pagi)
ü  Al-mathurat (petang)
ü  Istighfar
ü  Selawat
ü  Sahur
ü  Terawikh
ü  Sedeqah/infaq
ü  Baca buku ilmiah (bukan komik@novel cintan)
ü  Hadir majlis ilmu
ü  Muhasabah diri
ü  Tak   tidur  lepas subuh
ü  Ziarah   sahabat2
ü  Study/buat note



(kalu ade  hok tinggal, try kabo mula deh- ganung speaking)

27  list setakat yang ditulis, kalau dapat sempurnakan 15 darinya pun   dah  kira  okay. Tapi tak tahula sempat ke tak nak setelkan semua. Kekangan masa yang ada sekarang ni buatkan  life aku  agak berterabur.  Almost pukul 5 dah kena   bangun, sahur, siap ke sekolah and lepas habis waktu sekolah sampai bilik dalam pukul 5  petang. Kadang-kadang   bila dah mengantuk  sangat terlelap  sedar-sedar dah 6 lebih. Tapi  bak kata  orang, hendak seribu  daya…

Ramadhan yang   hanya    setahun  sekali  wajar dimanfaatkan sebaik   mungkin.  Andai ini Ramadhan     terakhir, ibadah setakat itu  yang kita sempat   dibuat. Andai ada peluang berjumpa dengan Ramadhan seterusnya,  syukur Alhamdulilla. Bukan  susah sangat pun. kalau lepaking  dan  bergayut  dengan  buayafriend  and gelifriend pun boleh berjam-jam, apa salahnya  kalau luangkan  masa dengan  Pencipta tidak sampai  sejam.  Berpaling kasih  padaNya,  itu  lebih baik.  Memang tidak mengecewakan,  malah makin memberi ketenangan.

I juzu’ al-Quran,   kalau  dibaca dengan   fasih mampu   dihabiskan  dalam   jangkamasa  setengah   jam je.  So   why  not   kalau  sebelum ni  duk asyik  baca komik  kartun  je, ambik  masa hanya setengah jam sehari untuk  habiskan I juzu’ selama30  hari. Mudahkan?

Harapnya,  Ramadhan   kali ini lebih baik dari Ramadhan lepas. Harap agar dosa-dosa  lalu segera  diampun  oleh Yang  Maha  Kuasa. Bermujahadah itu memang pahit kerana syurga  itu  manis. Tanpa mencapai sebuah kemanisan, sesuatu itu tidak akan menjadi pahit.


Selamat berpuasa!




3 criticisms:

Unknown said...

Selamat berpuasa :)

Cendol said...

wawww baguih ne ade checklist ramadhan!!

Fida Fidot (; said...

Alhamdulillah :) Hidayah Allah itu ada

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea