Sunday 8 July 2012

Betapa aku bersyukur

currently written by faie mohamad at Sunday, July 08, 2012

Assalamualaikum  dan salam sejahtera..

Baru-baru ni salah seorang classmate datang bilik aku. Dia yang baru je selesai pembedahan akibat apendiks terpaksa menunda praktikum kat sekolah selama dua minggu. Sambil tunjukkan parut pembedahan di perut yg jelas kelihatan, hatiku dipagut rasa sayu dan pilu. Andai aku berada di tempatnya, dengan keadaan genting yang terpaksa bertempur antara keperluan sebagai student dan peribadi, ditambah pulak dengan kesakitan yang dialaminya sampai sekarang walaupun dah sebulan dibedah, aku membayangkan mungkin saat ini aku praktikum kat rumah je la… berehat puas-puas sampai sembuh sepenuhnya. Sampai emosi yang terganggu akan beransur2 pergi.

Teringat jugak tentang kisah lalu. Lapan tahun lalu, masa sebulan aku nak PMR, aku pernah dibedah di bahagian kepala. Accident yang teruk masa hujan lepas aku pulang dari sekolah tu masih lagi segar dalam ingatan. Time tu aku hanya ingat satu perkataan je. MATI. Dengan darah yang keluar dengan banyaknya dibahagiankepala sepanjang jalan kesan hentakan kuat buat aku pitam. Sampai je kat hospital, aku terus dibawa ke bilik kecemasan dan dewan bedah. Masa tu aku dah tak boleh nak fikir jelas, rasa kelam je dunia ini. Bahagian rambut yang affected kena cukur sampai botak (tapi of course la sekarang dah tumbuh balek). Aku tak sure kena bius ke tak sebab masa doktor jahit luka tu memang aku rasa kesakitan yang teramat sangat. Seolah-olah dijahit tanpa bius. Meraung la sekejap kat atas katil tu. Doktor memang tak boleh nak buat apa. Famili aku memang cemas tak boleh nak cerita. Lebih kurang 10 jahitan aku kena. Sampai sekarang parut sepanjang 4 inci di kepala itu masih kekal. Nasib baik kat kepala, kalau bahagianmuka…. Maunya aku tak keluar rumah 10 tahun. Nauzubillah.Time tu ramai yang beranggapan aku dah amnesia sebab kalau baca novel ke tengok drama sekalipun, lepas accident confirm hilang ingatan. Cerita yang klise. Kalau tengok kecederaan parah tu memang tak mustahil tapi Alhamdulillah sampai kini aku masih ingat semua benda lagi. Setakat lupa tu biasa la.

Surprisingly waktu PMR, kuasa Allah, aku dapat almost straight A’s. Top 5 student waktu tu. Maunya tak terkejut makhluk Allah ni. Biar betol. Aku sebelum ni membayangkan mungkin hentakan kuat yang aku dapat membuatkan otak aku jadi kurang berfungsi macam dulu, tapi  keadaan jadi sebaliknya. Mungkin Allah nak tolong aku, time jawab paper exam tu rasa smooth je. Mungkin jugak berkat doa parents dan cikgu2 yang tak putus2. Alhamdulillah.

Kesan dari accident itu jugak membuatkan aku cepat pitam sampai sekarang. Aku tak boleh berdiri lama-lama time panas terik atau kat situ pengsan terus la jawabnya. Aku tak boleh join outdoor activities sebab takut terdedah pada panas terik. Sebab tu pergi kemana-mana sekalipun aku harus berpayung sebab tak nak rebah sampai kena naik ambulans. Serik dah. Cukupla kali pertama dan terakhir aku berada di hospital. Membayangkan kepala dijahit macam jahit baju lagaknya buat aku rasa seram sejuk sampai sekarang. Darah yang keluar tak henti-henti membuatkan aku sering beristighfar. Mintak-mintakla ia tidak berulang lagi. Cukuplah hanya sekali.

Namun siapa yang menduga kuasa Dia yang Maha Kuasa. Selepas 8 tahun, aku masih lagi berdiri disini sambil tersenyum gembira. Tak mampu kubayangkan andai 8 tahun dahulu kemalangan itu membuatkan aku pergi buat selama-lamanya, mungkin tidak terhasillah blog ni. Tiada budak panjang kat bangunan Edu ni. Tiada suara seorang auntie yang garang kat anak-anak buahnya. Tiada lagi anak bongsu yang manja dan mengada-ngada. Yang jadi anak bongsu sekarang mungkin Bib yang baru melangsungkan perkahwinan sebulan yg lepas. Mungkin jika 8 tahun dahulu aku sudah diambil olehNya, aku tidak akan mengenal erti sebuah kasih sayang dan cinta abadi, erti kepahitan bila menghadapi sebuah episod kegagalan, tiada garis senyum di bibir seorang ibu atas sebuah kejayaan yang tercipta dariku 4 tahun lepas. Tiada juga erti tangisan yang mengiringi pemergian seorang bapa tanggal Julai 2010. Tiada siapa yang mampu menyangkal akan hal itu.

Betapa aku bersyukur akan semua ini. Andai nyawaku ditarik pergi kala itu, pasti aku tidak mengenal erti kehidupan yang penuh warna warni ni. Usia 15 tahun masih terlalu mentah untuk aku memahami hakikat sebuah citra hidup yang dipenuhi dengan gelak tawa dan tangisan. Jiwa remajaku terlalu sarat dengan keinginan untuk mencuba segala benda. Ada hikmah tersirat disebalik semua ini. Syukur padaMu ya Allah. KepadaMu kupanjatkan seribu kesyukuran dan terima kasih yang tidak terkira.

Melewati usia yang makin menuju alam dewasa yang ternyata menuntut kesabaran dan kelelahan yang mengusik jiwa membuatkan aku makin cepat berfikir. Arus perjalanan kehidupan dan ujian yang aku tempuhi kadangkala membuatkan aku kesabaranku cepat sangat hilang, namun bila difikirkan kembali, inilah ujian yang telah tertulis untuk aku. Jaluran pelangi yang indah sedia terhidang andai aku melepasi semua syarat ujian yang ditetapkan. Seribu kenikmatan sedia ternanti dihadapan. Siapalah aku untuk mengingkari kuasaNya.

KepadaMu Tuhan, aku tak mampu membalas segala nikmat yang telah Kau kurniakan. Walau jutaan ucapan yang terucap di bibir, walau seribu tahun ibadah tanpa henti dan mujahadah yang berterusan kepadaMu, masih lagi tidak mampu membalas segala kurniaanMu pada hamba yang hina ini. Mungkin aku mudah terleka, namun Kau cepat-cepat menunjukkan kepadaku JalanMu yang lurus itu melalui ujian yang pelbagai. Air mata yang mengalir atas kepedihan ujianMu yang melanda aku lewat kebelakangan ini membuatkan aku mengerti, sebagai manusia, aku sememangnya layak untuk diuji olehMu yang Maha Berkuasa.

source: google


Betapa aku bersyukur padaNya. Cuma sebagai manusia, aku sering lalai. Sering lupa dan alpa. Nikmat-nikmat yang diberi olehNya sering dipersia. Khilaf aku. Dan yang lebih menyedihkan bila melihat betapa dahsyatnya keruntuhan moral. Nilai Islam dipermainkan. Agama Allah sedikit demi sedikit dirobohkan. Di kiri dan kanan musuh Islam sedia menanti mengambil peranan. Ya Allah, selamatkanlah Islam agama kami. Hapuskanlah musuh-musuh kami. Selamatkanlah mereka yang tidak berdosa dari menjadi mangsa. Kami diserang dari segenap sudut oleh musuh Islam yang mencemburui agamaMu. Selamatkan kami…

Dan juga, jadikanlah dari kalangan kami hambaMu yang sentiasa bersyukur.

Ameen.




3 criticisms:

caliph shuriken said...

yup, kdg2 tpaksa jahit tanpa bius.. sbb sy pnah lalui operation yg hnya bius separuh badan.. so, sy bole tgk wajah2 doktor & dpt bau tulang yg dikerat laser ^^

faie mohamad said...

yeke? tula bila teringat balik ngeri pulak rase.. huhu

Mime MF said...
This comment has been removed by the author.
 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea