Saturday 14 July 2012

2 tahun berlalu

currently written by faie mohamad at Saturday, July 14, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Dah dua tahun. Sekejap je. Pejam  celik pejam celik rupanya  sudah 2 tahun aku kehilangan seorang ayah. 10 julai 2010 menyaksikan pemergian seorang bapa di katil sebuah hospital akibat serangan jantung. Begitu cepat ia terjadi. Mudahnya dia pergi menghadap Ya Rabbi. Perasaan aku sekarang? Entah, tak tahu nak cakap.

Sepanjang dua tahun pemergiannya, langsung tidak pernah aku melihat fotonya untuk melepaskan rindu di dada. Bagi aku semakin aku terbayang akan wajahnya melalui foto yang terakam, aku akan semakin beremosi. Fragile. Mungkin tu perkataan yang sesuai. Kalau aku tertengok gambarnya di mana-mana, seperti di album keluarga kami, aku akan cepat2 menutup album itu dan buat-buat tak nampak. Aku takut seandainya aku masih dibayangi wajahnya, mungkin aku tak mampu menghindarkan diri dari rasa pedih dan pilu. Aku bimbang seandainya aku masih terkenangkannya berterus-terusan, mungkin memori lampau terimbau kembali. Bukan aku ingin melupakannya, dia ayahku, hingga akhir nyawaku, walau siapa pun dia, dia tetap menjadi ayah kandung aku. Wali aku yang sah. Tetapi aku ada cara tersendiri untuk tidak sentiasa teringatkannya melainkan jika tiba-tiba figura itu muncul selepas aku solat. Biasanya memang begitu. Entah, aku pun kadang-kadang terfikir, mungkin Allah mahu aku segera mendoakan kesejahteraannya usai solat. Doa selepas solat, insyaallah pasti dimakbulkan.

Hanya jika aku tiba-tiba terkenangkan dirinya, cepat-cepat ku hadiahkan Al-Fatihah dan Yasin buatnya disana. Tetapi untuk mengenang kembali kenangan kami dan gambar kami yang diambil beberapa tahun lepas, aku tidak bersedia. Sangat mustahil untuk aku melupainya tetapi untuk aku terus  meratap dan menangis walaupun sudah lama dijemput Tuhan, bagi aku sangat tidak relevan. Yang pergi biarlah ia pergi. Dia juga pasti tidak gembira andai kami berterusan bersedih akan kehilangannya.

Aku tak nafikan kadang-kadang perasaan sedih tu perlu ada. Bila kita rasa sedih baru kita akan tergerak hati mendoakan yang baik-baik untuk si mati. Tetapi seandainya perasaan sedih itu berlebihan, bukankah ia bakal ‘menyeksa’ si mati di alam sana?

Enggan melihat fotonya bukan bererti aku melupakannya,

Jarang membayangkan kenangan kami bukan bererti  aku tidak mengingatinya,

Sudah  dua tahun ia berlalu,

Sebegitu pantas sehingga aku langsung tak menyedari akan cepatnya ia pergi,

Sebagai manusia biasa,  mana mungkin aku langsung tak terasa kehilangan itu,

Tapi wajarkah jika aku meratapi pemergian itu?




Life must go on. No matter how hard you walk on the next step, the past surely can’t be returned back. No matter how much you think of your past time,  you won’t be able to get your precious past time in the present.  Grief can only make you in sorrow, but you won’t be strong from it at all.

Remember them in your dua’a, because someday you will return to the same place with theirs…

Al-Fatihah untuk Allahyarham Haji Mohamad bin Hassan…

11 criticisms:

Rin Saharina said...

Al-fatihah.rin menangis bca entry ni.sedihnyaa.be strong ya farihah.

InsyaAllah tuesday rin bgi novel tu.baru nak carik kat box.hehe.maaf :D

cikeyrah said...

Al-fatihah . . keyrah dah 8tahun xde mak & ayah , sampai sekarang masih terngiang2 lagi ape yang mereka pesan kt keyrah, sbb keyrah ank sulong, setiap hari keyrah akn sedekahkan al-fatihah utk mereka, ape yg farihah ckp mmg betul bukan xnk egt kenangan bersama ketika mereka masih hidup tapi bila di layan, nnt automatik perasaan nie jadi tak menentu.

Mime MF said...

Al-Fatihah..doa sbg penghubung & hadiah dr anak untuk ibu bapa;)

p/s:slh ltk komen pulak;p

Unknown said...

tersentuhnya ati ni baca entry awak . . sabar k . . moga2 arwah ditempatkan bersama orang yang beriman . . amin :)

HanaNabihah said...

Jangan pernah lupa doakan kesejahteraan beliau di sana. Doa anak soleh buat bekalan di sana. Hana masih ada mak ayah & insyaAllah Hana akan hargai, sayang mereka selagi mereka ada =)

caliph shuriken said...

al-fatihah...

fyna ahmad said...

al-fatihah untuk ayah dear..

SITI ARFAH said...

Salam takziah ya.. Moga sntiasa tabah..

faie mohamad said...

rin: xpe rin.. janji rin bawak.. btw thanks for the support :)

cikeyrah: nti jgn lupa doakn kesejahteraan mereka ea :)

miss fluffy: that's true :)

murni: amin.. thanks

faie mohamad said...

hananabihah: bagusla..gud luck and pray harder for them k (:

caliph: al-fatihah

fyna: thanks

siti arfah: terima kasih

Unknown said...

Alfatihah buat arwah ayah! Doa anak yang solehah jadi bekalan ayah disana! Semoga arwahnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman! AMIN

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea